INFORMASI BAHASA
UNSUR JAMAK YANG MENGELIRUKAN
(RAMALAN PT3 DAN SPM)
Penggubal soalan peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM sering kali menguji calon peperiksaan dengan memasukkan unsur kelewahan yang dibawa oleh perkataan yang mendukung makna jamak. Soalan seperti ini sering menjadi punca utama calon peperiksaan gagal mencari kesilapan malah mereka beranggapan bahawa ayat itu tiada kesilapan. Di samping itu, keterbiasaan dalam perbualan harian dengan ayat yang tidak gramatis juga menyebabkan fenomena ini berlaku. Saya akan menyenaraikan 20 kesilapan umum yang sering diuji dalam peperiksaan. Saya berharap agar calon PT3 waima SPM akan berusaha untuk membaiki kelemahan diri demi persiapan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM nanti.
1
ada murid-muridû
ada murid ✔
2.
antologi puisi-puisi lamaû
antologi puisi lama✔
3.
gugusan pulau-pulau kecilû
gugusan pulau kecil✔
4.
kekurangan buku-buku bacaanû
kekurangan buku bacaan✔
5.
rangkaian filem-filemû
rangkaian filem✔
6.
longgokan sampah-sampah û
longgokan sampah✔
7.
himpunan pelajar-pelajar û
himpunan pelajar✔
8.
senarai nama-nama guruû
senarai nama guru✔
9.
dua orang guru-guruû
dua orang guru✔
10.
ribuan penonton-penontonû
ribuan penonton✔
11
menjumlahkan angka-angka kecilû
menjumlahkan angka kecil✔
12
mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan rumahû
mengurangkan perbelanjaan rumah✔
13.
koleksi cerpen-cerpen remajaû
koleksi cerpen remaja✔
14.
memperbanyak latihan-latihan sukanû
memperbanyak latihan sukan✔
15.
setiap calon-calon SPMû
setiap calon SPM✔
16.
sebilangan besar ahli-ahli keluargaû
sebilangan besar ahli keluarga✔
17.
segala maklumat-maklumatû
segala maklumat✔
18.
para remaja-remajaû
para remaja✔
19.
sekandang lembu-lembuû
sekandang lembu✔
20.
kebanyakan kata-kataû
kebanyakan kata✔
Secara tuntas, subjek Bahasa Melayu bukannya sukar tetapi memerlukan usaha pencarigalian ilmu yang berterusan agar kita dapat mengenal pasti ketidakgramatisan dalam ayat. Kesilapan dan unsur kelewahan yang dapat dibetulkan akan menjanjikan markah penulisan yang baik dan kesilapan tatabahasa dalam ayat juga dapat dikenal pasti dengan mudah. Oleh sebab hendak seribu daya, tek hendak seribu dali, janganlah lupa untuk membuat latih tubi yang dapat membantu anda semua untuk menghadapi peperiksaan.