ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 1 (DIMENSI DIRI)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 1 | ||
1 | MRSM | Kesan tabiat mementingkan jenama produk kepada remaja |
2 | SBP | Kemahiran oleh remaja hadapi cabaran globalisasi |
3 | Kedah | Implikasi penggunaan telefon bimbit kepada pelajar |
4 | Perlis | Cara remaja memanfaatkan laman sosial. |
5 | Perak | Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan. |
6 | Pulau Pinang | Usaha menghargai jasa guru. |
7 | Melaka | Ciri sahabat yang baik dapat membantu anda menjadi pelajar cemerlang. |
8 | Negeri Sembilan | Laporan program Gotong-royong Perdana. |
9 | Johor | Usaha anda tangani tekanan atau stres. |
10 | Kelantan | Remaja bersahsiah mulia. |
11 | Terengganu | Laporan kejadian dan aktiviti misi bantuan bencana banjir. |
12 | Pahang | Cadangan cara menjaga kebersihan diri |
13 | YIK | Peranan Ketua Pengawas menangani masalah disiplin pelajar. |
14. | Sabah | Persediaan anda menghadapi peperiksaan awam. |
15 | Sarawak | Kemahiran remaja hadapi cabaran era globalisasi. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 2 (KELUARGA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 2 | ||
1 | MRSM | Tanggungjawab ahli keluarga menangani demam denggi |
2 | SBP | Peranan ibu bapa – gaya hidup sihat |
3 | Kedah | Peranan keluarga atas masalah penderaan kanak-kanak. |
4 | Perlis | Peranan ibu bapa lahirkan anak-anak yang mengenang budi. |
5 | Perak | Peranan ibu bapa pupuk sikap cintai alam sekitar. |
6 | Pulau Pinang | Peranan ibu bapa pupuk semangat patriotik |
7 | Melaka | Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak membantu meringankan bebanan kewangan keluarga. |
8 | Negeri Sembilan | Peranan pelbagai pihak menangani gejala sosial. |
9 | Johor | Pidato – langkah membentuk keluarga bahagia. |
10 | Kelantan | Amalan membaca. |
11 | Terengganu | Kos sara hidup memerlukan pengurusan kewangan yang bijak setiap ahli keluarga. |
12 | Pahang | Rencana jiran sepakat membawa berkat. |
13 | YIK | Peranan ibu bapa pupuk anak-anak minat membaca. |
14. | Sabah | Rencana peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. |
15 | Sarawak | Peranan ibu bapa galakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti sukan. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
(KBAT)
Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.
[100 markah]
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 3 (NEGARA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 3 | ||
1 | MRSM | Punca-punca dan usaha menangani penyebaran berita melalui laman sembang |
2 | SBP | Implikasi TMK |
3 | Kedah | Langkah memupuk semangat kejiranan. |
4 | Perlis | Usaha masyarakat tangani demam denggi. |
5 | Perak | Langkah memupuk semangat patriotik. |
6 | Pulau Pinang | Langkah menyuburkan semangat kejiranan. |
7 | Melaka | Kepentingan majlis ilmu menjayakan Wawasan 2020. |
8 | Negeri Sembilan | Kepentingan perpaduan kepada negara kita. |
9 | Johor | Amalan permuafakatan penting menjamin keharmonian hidup. |
10 | Kelantan | Menjaga sumber air bersih. |
11 | Terengganu | Usaha pelbagai pihak mewujud dan mengekalkan perpaduan di negara ini. |
12 | Pahang | Sistem pengangkutan awam. |
13 | YIK | Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. |
14. | Sabah | Kesan kenaikan harga bahan mentah kepada rakyat dan langkah pelbagai pihak mengurangkan kesan itu. |
15 | Sarawak | Kebaikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]
(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 4 | ||
1 | MRSM | Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini. |
2 | SBP | Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah |
3 | Kedah | Kesan negatif pemerdagangan manusia |
4 | Perlis | Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara. |
5 | Perak | Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia. |
6 | Pulau Pinang | Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan. |
7 | Melaka | Masalah pendatang asing. |
8 | Negeri Sembilan | Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB. |
9 | Johor | Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa. |
10 | Kelantan | Tenaga kerja berkemahiran |
11 | Terengganu | Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain. |
12 | Pahang | Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia. |
13 | YIK | Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim. |
14. | Sabah | Faktor dan usaha - Jenayah siber |
15 | Sarawak | Langkah bantu negara yang alami bencana alam. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 5 | ||
1 | MRSM | Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan |
2 | SBP | Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama |
3 | Kedah | Cerita – Berakit-rakit ke hulu... |
4 | Perlis | Kepentingan mempertahankan adat warisan. |
5 | Perak | Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif. |
6 | Pulau Pinang | Faedah membaca kepada masyarakat. |
7 | Melaka | Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya. |
8 | Negeri Sembilan | Cara belajar yang berkesan. |
9 | Johor | Langkah menghargai sasterawan. |
10 | Kelantan | Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. |
11 | Terengganu | Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api... |
12 | Pahang | Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah. |
13 | YIK | Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. |
14. | Sabah | Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh... |
15 | Sarawak | Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]
(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[100 markah]