SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Jalan raya – dibina oleh kerajaan – bertujuan memudahkan perjalanan dan kemudahan pengangkutan bergerak – kemalangan semakin meningkat – saya harus memainkan peranan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya |
ISI PENTING | 1. Saya tidak akan menyalahgunakan lesen kenderaan yang saya miliki – menggunakan lesen tersebut untuk tujuan kemudahan bergerak – tidak menyalahgunakan lesen memandu untuk berlumba haram – kemalangan dapat dikurangkan 2. Saya perlu bertimbang rasa – menghormati pengguna jalan raya yang lain – memberikan laluan kepada pejalan kaki – menunggu dengan kesabaran – sikap sabar itu separuh daripada iman – mengurangkan kemalangan jiwa 3. Saya mesti mematuhi peraturan lalu lintas – mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan – tidak memandu melebihi had laju – sikap ini membahayakan diri dan nyawa orang lain – biar lambat asalkan selamat – sentiasa mengingati pesanan ibu bapa 4. Saya mesti berbudi bahasa di jalan raya – bersikap tolak ansur terhadap pengguna jalan raya yang lain – tidak menunjukkan sikap biadab seperti mencabar pemandu lain untuk bersaing dan berlagak ngeri – menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh Tuhan 5. Saya wajib memandu dengan berhemat dan berhemah – merancang perjalanan yang jauh – rehat apabila berasa letih – tidak memaksa diri memandu dalam keadaan penat – menggelakkan kemalangan jalan raya – pandu cermat jiwa selamat |
PENUTUP | Setiap pengguna jalan raya termasuk saya – berusaha untuk mengurangkan risiko kemalangan – tidak lagi melabelkan jalan raya sebagai mulut harimau yang berbahaya – menjamin keselamatan diri dan orang lain di jalan raya – rakyat Malaysia boleh! |
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Telefon bimbit – ciptaan teknologi yang paling popular selepas Internet – hampir semua manusia di dunia ini memerlukannya – telefon bimbit banyak manfaatnya – remaja boleh memanfaatkannya dengan tujuan yang baik |
ISI PENTING | 1. remaja bolehlah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan telekomunikasi – perhubungan antara manusia menjadi erat bagai isi dengan kuku – bertukar cerita dan pandangan melalui perbualan – menjalin ukhuwah dengan cara yang betul melalui teknologi telefon 2. remaja dapat menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran – memuat turun aplikasi yang berguna dalam sistem android – aplikasi Kamus, kalkulator, perisian nota sejarah dan geografi – memudahkan pencarian maklumat – masa itu emas – menjimatkan masa 3. remaja dapat menyimpan data waima maklumat – bergantung pada kapasiti memori telefon – nota dalam bentuk PDF, JPEG, dan multimedia lain – memudahkan kerja ulang kaji – maklumat di hujung jari – dapat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan 4. remaja dapat membina laman web atau laman blog sendiri – meluahkan perasaan dan idea dalam bentuk media – membina laman blog kehidupan, pelajaran waima hiburan – mengisi masa lapang dengan bijak – tidak mensia-siakan kemahiran yang diperoleh 5. remaja juga dapat membina jaringan sosial yang sihat – bertukar-tukar idea dan pendapat tentang ilmu dan pengetahuan – membina kumpulan belajar secara maya – menggunakan kemudahan aplikasi Telegram – memudahkan perhubungan dan penyebaran maklumat |
PENUTUP | Remaja – bijak memanfaatkan ciptaan teknologi – tidak menyalahgunakan telefon bimbit – menghargai dan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan baik – memudahkan kehidupan moden |
(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Remaja – golongan yang menghadapi perubahan fizikal dan mental – menjaga kesihatan sejak kecil – gaya hidup yang sihat – mencapai tahap kesihatan yang optimum – memastikan hidup lebih berkualiti – pelbagai cara dapat saya amalkan – menjadi remaja yang sihat |
ISI PENTING | 1. makan makanan yang seimbang – menjauhi makanan segera – mengelakkan diri daripada mengunjungi restoran yang menjual makanan segera – mematuhi piramid makanan – mendapat semua zat dan nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa depan 2. remaja harus bersenam dan bersukan – tidak menjadikan sibuk sebagai alasan tidak bersenam – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu – membina stamina yang tinggi – membuang sisa-sisa toksik – berasa lebih cergas – badan cergas otak cerdas – amalan gaya hidup sihat 3. remaja perlulah merancang jadual kehidupan – berehat jika penat dan letih – tidak memaksa diri bekerja lebih daripada kemampuan – rehat dapat membaiki tisu badan yang rosak – menjamin kesihatan diri – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – kesedaran 4. remaja seperti saya harus menjauhi gejala sosial – mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat – menjauhi tabiat merokok, kancah dadah, dan gengsterisme – memastikan diri berfikiran matang dan memiliki jati diri mulia – diterima kawan dan disanjung oleh lawan 5. remaja harus mendapatkan rawatan jika tidak sihat – membuat pemeriksaan kesihatan – mendengar nasihat pakar kesihatan – makan ubat mengikut sukatan dan jadual – membasmi bakteria dalam badan – otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas |
PENUTUP | remaja – menjaga kesihatan diri – menghargai nyawa – tidak menyesal setelah mendapat strok – kadar strok dalam kalangan orang muda semakin meningkat – penyakit tidak akan menyerang manusia yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat – demi masa depan yang gemilang |