NO | PERIBAHASA | MAKSUD |
1 | air susu dibalas dengan air tuba | kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan kejahatan. |
2 | alah bisa tegal biasa | sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan lama-kelamaan menjadi kebiasaan. |
3 | alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / | apabila mula membuat sesuatu, kita harus menyempurnakannya. |
4 | bagai lebah menghimpun madu | rajin bekerja. |
5 | bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik / bagaimana tepuk, begitulah tarinya | anak-anak biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa |
6 | berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul | orang yang melihat penderitaan orang lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu. |
7 | biar putih tulang, jangan putih mata | berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa |
8 | buah tangan | cenderamata. |
9 | air yang dicincang tidak akan putus / biduk lalu kiambang bertaut | pergaduhan dalam kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah berbaik-baik semula. |
10 | gunting dalam lipatan / api dalam sekam / musuh dalam selimut | musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat kita kesan |
11 | harapkan pagar, pagar makan pagi / harapkan sokong, sokong membawa rebah | dikhianati oleh seseorang yang dipercayai / dikecewakan oleh golongan yang diharapkan |
12 | kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya | kalau tidak berusaha, kejayaan tidak akan dapat dicapai. |
13 | langkah kanan | bernasib baik. |
14 | masa itu emas | masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik. |
15 | masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak | pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang lain. |
16 | menconteng arang di muka sendiri | apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri. |
17 | muafakat membawa berkat / bersekutu bertambah mutu | untuk mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat amat diperlukan. |
18 | rendah diri / ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk / ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya | seseorang yang tidak bersombong walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat. |
19 | seperti anjing dengan kucing | sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing |
20 | seperti langit dengan bumi | sangat berbeza |
21 | seperti pahat dengan penukul | seseorang yang hanya akan bekerja apabila disuruh. |
22 | seperti pinang dibelah dua / seperti bulan dengan bintang / seperti cincin dengan permata | pasangan yang kelihatan secocok. |
23 | seperti rusa masuk kampung | seseorang yang kelihatan tercengang-cengang apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang baharu. |
24 | seperti ulat lupa akan daun / seperti kacang lupakan kulitnya | seseorang yang melupakan jasa. |
25 | setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua/ seperti gagak pulang ke benua/ seperti ikan pulang ke lubuk / seperti sirih pulang ke gagang/ seperti belut pulang ke lumpur / seperti gagak pulang ke benua | pulang ke tempat asal setelah lama merantau |
26 | sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula | seseorang yang sudah mengetahui sesuatu masih ingin bertanya tentang perkara yang sama. |
27 | usaha tangga kejayaan / genggam bara api, biar sampai jadi abu / genggam bara api, biar sampai jadi arang / hati hendak semua jadi / di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya | jika seseorang mempunyai niat untuk berjaya, dia akan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan. |
↧
PERIBAHASA RAMALAN BM SPM 2015
↧