Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 558

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (FRASA SENDI NAMA)

$
0
0

KESALAHAN UMUM FRASA SENDI NAMA


1.            Kata sendi memerlukan kata nama selepasnya. Oleh itu, penggunaan oleh kerana adalah salah kerana kerana ialah kelas kata hubung. Kata yang sesuai digunakan ialah oleh sebab. Contohnya:
(a)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana sakit.(û)
(b)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.(ü)
(c)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab sakit.(ü)

2.                  Kata sendi yang merujuk kepada pernyataan sikap / perasaan tidak boleh ditiadakan di antara kata adjektif dengan kata nama. Contohnya:
(a)Saya sukaaiskrim ini.(û)
(b)Saya suka akanaiskrim ini.(ü)

3.                  Kata sendi akantidak boleh digugurkan di antara kata kerja tunggal dengan kata nama. Contohnya:
(a)Biar dia kenal diri sendiri.(û)
(b)Biar dia kenal akan diri sendiri.(ü)

4.                  Kata sendi demi dan untuk tidak boleh hadir serentak dalam ayat kerana dianggap lewah. Contohnya:
(a)Dia berusaha demi untuk kejayaannya.(û)
(b)Dia berusaha demikejayaannya.(ü)
(c)Dia berusaha untuk kejayaannya.(ü)

5.                  Kata sendi tentangdan mengenai tidak boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya. Contohnya:
(a)Dia tahu mengenaiperkara itu.(û)
(b)Dia tahu tentangperkara itu.(ü)

6.                  Frasa sendi di dalam atau di antara hanya digunakan bagi frasa nama yang berpengertian tempat atau ruang. Contohnya:
(a)Buku itu dalamlaci meja.(û)
(b)Buku itu di dalamlaci meja.(ü)
(c)Buku sejarah itu terletak antara buku geografi dengan buku sains.(û)
(d)Buku sejarah itu terletak di antara buku geografi dengan buku sains.(ü)

7.                  Kata sendi daritidak boleh hadir selepas kata sendi semenjakatau sejak kerana membawa maksud lewah. Contohnya:
(a)Sejak dari tadi dia ada di situ.(û)
(b)Sejak tadi dia ada di situ.(ü)
(c)Dari tadi dia ada di situ.(ü)

8.                  Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika dihubungkan dengan kata hubung dan atau atau secara pilihan. Contohnya:
(a)Awak ingin bertemu dengandia atau saya?(û)
(b)Awak ingin bertemu dengandia atau dengan saya?(ü)

9.                  Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika kata tersebut adalah ke. Contohnya:
(a)Kita mahu kesana atau sini.(û)
(b)Kita mahu kesana atau ke sini.(ü)

10.              Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi tersebut adalah ke dan bukan berkata hubung. Contohnya:
(a)Lajim berjalan kesana sini.(û)
(b)Lajim berjalan ke sana ke sini.(ü)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 558

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>