NO | PERIBAHASA | MAKSUD |
1 | Qke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Qhati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Qberat sama dipikul, ringan sama dijinjing Qbagai aur dengan tebing Qterapung sama hanyut, terenang sama basah | Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu |
2 | Q Rambang mata | Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya cantik. |
3 | Q Sirih pulang ke gagang Q setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga Q ikan pulang ke lubuk Q belut pulang ke lumpur | Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal. Kena pada tempatnya pulang ke tempat asal |
4 | Q Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. |
5 | Q Usaha tangga kejayaan Q di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Q kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Q genggam bara api, biar sampai jadi abu Q hati hendak, semua jadi | Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya. |
6 | Q ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk | semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri. |
7 | Q Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang | Suka merendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun semakin berilmu atau berkedudukan tinggi adalah lebih baik daripada bersikap tiada pendirian yang teguh |
8 | Q Seperti duduk di dalam duri Q Seperti cacing kepanasan | sentiasa gelisah dan tidak tenteram |
9 | Q Keadilan tidak mengenali kawan | Dalam mengadili sesuatu perkara, kita mesti bersikap adil; yang bersalah tetap bersalah walaupun dia kawan baik kita. |
10 | Qada udang di sebalik batu | ada tujuan atau maksud tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. |
11 | Q Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara | Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting |
12 | Q Batu loncatan | Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu |
13 | Q Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga Q kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau | Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga |
14 | Q Potong leher | Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal |
15 | QHarimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama QHancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua | Orang yang baik (banyak berjasa) apabila meninggal dunia akan meninggalkan nama yang baik dan jasanya tetap dikenang |
16 | Qbertangguh itu pencuri masa | Seseorang yang menangguhkan sesuatu kerja akan merugikan diri sendiri. |
17 | QPatah hati | sakit hati / perasaan terluka / emosi terganggu |
18 | QMalu bertanya sesat jalan | Kalau segan bertanya, kita tidak akan sampai ke destinasi yang ingin ditujui jika sesat jalan. |
19 | Q bagaimana ditanam, begitulah ditunai Q bagaimana acuan, begitulah kuihnya Q ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Q bapa borek anak rintik Q ke mana tumpah hujan dari bubungan, kalau tidak ke cucuran atap | Sikap atau tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga. |
20 | Q Bermuafakat itu membawa berkat Q Bersekutu bertambah mutu | sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. |
21 | Q Bertanam tebu di bibir mulut | Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya) |
22 | Q Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati | Biar miskin asalkan mempunyai budi bahasa yang baik |
23 | Q di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Q masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak | dalam kehidupan sehari-hari, kita harus menghormati atau mematuhi adat istiadat atau peraturan serta kebudayaan di mana-mana sahaja kita berada. |
24 | Q Alah bisa tegal biasa | Oleh sebab sudah biasa membuat kerja yang susah, kerja yang lebih sukar pun tidak terasa sudah lagi |
25 | Q Mulut tempayan | Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana pembocor rahsia |
26 | Q seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung Q seperti burung diam dalam sangkar emas | Orang dalam jagaan orang lain sungguhpun dipelihara dengan baik tetapi berasa susah dan tidak bebas. |
27 | Q membuka pekung di dada Q menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri Q menconteng arang di muka Q seperti meludah ke langit | perbuatan yang salah sehingga memalukan diri dan keluarga |
28 | Q bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi | Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya. |
29 | Q seperti kaca terhempas ke batu Q bagai kaca retak seribu | berasa amat sedih dan perasaan hati hancur kecewa |
30 | Q Belakang parang, kalau diasah nescaya tajam | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. |
31 | Q Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Q Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian | Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu |
32 | Q yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang | Seseorang yang bertuah akan memperoleh keuntungan dari mana-mana sahaja. |
33 | QRumah siap pahat berbunyi | Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. |
34 | Qbagai mencurahkan air ke daun keladi Qmasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri Qseperti hujan jatuh ke pasir Qdidengar ada, dipakai tiada | Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu kerja yang sia-sia. |
35 | Q Kalah jadi abu, menang jadi arang | Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan mana-mana pihak pun. |
36 | Q Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. |
37 | Qkecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa | Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. |
38 | Qbadan cergas, otak cerdas Qotak yang cerdas datang daripada badan yang cergas | dengan memiliki kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan pendapat bernas. |
39 | Q Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan | Setiap orang tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan risiko bahaya akan terjadi di mana-mana sahaja |
40 | Qjauh berjalan luas pandangan Qjauh perjalanan luas pemandangan | Teruskan memberi perangsang, galakan dan sokongan kepada anak-anak, meniti jalan yang masih jauh untuk mendapatkan pengalaman berharga. |
41 | Q bagai bersumur di tepi rawa Q iri hati | Orang yang selalu cemburu. |
42 | Q Bagai tanduk diberkas Q Bagai mengepal pasir kering | Sangat susah hendak menyatukan manusia yang berbagai-bagai fikirannya. |
43 | QMata pena lebih tajam daripada mata pedang | Pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang. |
44 | Q sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal |
45 | Q Bahasa menunjukkan bangsa Q bahasa jiwa bangsa Q hilang bahasa lenyaplah bangsa | bahasa yang sempurna menunjukkan peradaban yang tinggi daripada bangsa pemilik bahasa tersebut. |
46 | Q Bahasa melambangkan bangsa | Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa. |
47 | Q Keadilan | berhati-hati atau berwaspada dalam setiap pekerjaan agar tidak mendapat musibah |
48 | Q seperti rusa masuk kampung | tercengang-cengang kehairanan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat baharu |
49 | Q Bersatu teguh, bercerai roboh | Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan apabila berpecah belah pula, masyarakat itu akan hancur |
50 | Q Nasi sudah menjadi bubur | penyesalan yang sudah terlambat |
51 | Q Ilmu pelita hidup | Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang |
52 | Q Bagai pinang dibelah dua Q Bagai cincin dengan permata Q Bagai bulan dengan matahari | pasangan yang secocok dan sepadan |
↧
SENARAI PERIBAHASA POPULAR
↧