NO | NOTA | LATIHAN |
1 | kata bilangan berimbuhan “ber” mestilah digandakan. | berbanyak (salah) berbanyak-banyak (betul) berminggu (salah) berminggu-minggu(betul) beribu (salah) beribu-ribu (betul) berjuta (salah) berjuta-juta(betul) berhari (salah) berhari-hari (betul) |
2 | Kata banyak makna (i) mengisytiharkan (ii) mengumumkan (iii) melancarkan (iv) merasmikan (v) menjalankan | (i)mengisytiharkan –pengumuman (ii) mengumumkan – berita (iii) melancarkan – program / aktiviti (iv) merasmikan – memulakan sesuatu secara formal (v) menjalankan – mengadakan |
3 | Hukum DM melibatkan kata kerja berurutan PERINGATAN! *kata kerja yang berimbuhan tidak boleh dipotong manakala kata ganda yang tidak berimbuhan boleh dipotong | kelawar-kelawar yang bergayutan (salah) kelawar yang bergayutan (betul) bunga-bunga yang berkembangan (salah) bunga yang berkembangan (betul) murid-murid yang berkeliaran (salah) murid yang berkeliaran (betul) mayat-mayat yang bergelimpangan (salah) mayat yang bergelimpangan (betul) buku-buku yang bertaburan (salah) buku yang bertaburan (betul) |
4 | penggunaan “di” dan “pada” (i) “di” hanya untuk tempat (ii) “pada” hanya untuk masa dan tempat selepas kata kerja | tampal di dinding (salah) tampal pada di dinding (betul) sapu di bahagian mulut (salah) sapu pada bahagian mulut(betul) bergantung kepada usaha (salah) bergantung pada usaha (betul) |
↧
KESALAHAN UMUM TATABAHASA - SIRI RENUNGAN BERSAMA
↧