Jika anda ingin akan jawabannya, e-mel saya secepat mungkin.
alamat e-mel saya ialah cikgutancl@hotmail.com
Selamat menjawab soalan!
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. | |
1 | Tiap remaja haruslah mempunyai prinsip bagi membendung pengaruh yang dapat merosakkan jiwanya. |
2 | Para pengguna hendaklah mengikis sikap gopoh-gapah ketika di jalanraya untuk mengelakkan kemalangan. |
3 | Ketiga tokoh motivasi terkenal itu akan membincangkan pandangan mereka tentang isu gejala sosial dalam forum yang akan diadakan pada malam ini. |
4 | Rangkaian batu karang di perairan Miri dikenal pasti sebagai kawasan batu karang yang tercantik sekali di dunia. |
5 | Rawatan terapi medan elektrik statik menggunakan getaran elektrik bagi mempecahkan lemak dalam kapilari darah. |
6 | Generasi kini wajar diberikan peringatan tentang kepentingan amalan berbudi bahasa di kalanganmasyarakat. |
7 | Ibu bapa perlu mendidik dan menanamkan nilai murni dalam diri anak-anak mereka dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. |
8 | Kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan asas ekonomi negara kita agar sentiasa berkembang dan maju. |
9 | Saintis itu sanggup menempuh pelbagai cabaran untuk memastikan kajian yang dijalankan berjaya. |
10 | Kejadian buli yang berlaku di setengah sekolah tidak wajar dibiarkan supaya mangsa mendapat pembelaan dan bantuan. |
11 | Oleh sebab Cikgu Zubaidah kesakitan, tugas mengetuai lawatan itu telah diambil alih oleh guru lain. |
12 | Atikah tidak dapat menahan serak apabila melihat keadaan neneknya yang sedang nazak. |
13 | Beratus ekor ikan di dalam kolam itu telah dihanyutkan ke laut dalam kejadian banjir pada minggu lepas. |
14 | Restoran Limau sentiasa dikunjungi ramai kerana berbagai jenis makanan ada dijual di situ. |
15 | Pakaian yang digayakan oleh peragawati itu kelihatan cantik-cantik nian sehingga dipuji oleh hadirin. |
16 | Objektif utama Hari Kokurikulum diadakan adalah untuk memupuk sikap kerjasama sambil mengeratkan hubungan antara guru dengan ahli persatuan. |
17 | Pakar motivasi itu telah kemukakan beberapa langkah untuk menjadi pelajar yang cemerlang. |
18 | Amalan membaca perlu disemai dalam diri setiap insan tanpa mengira usia sama ada tua atau muda. |
19 | Peresmian karnival itu diserikan dengan percikan bunga api yang berbagai-bagai corak dan warna. |
20 | Jari Mak Limah luka dan berdarah kerana digigit oleh seekor ikan keli semalam. |