NO | PERIBAHASA | MAKSUD |
1 | bagai kaca terhempas ke batu | sangat sedih |
2 | bagai menatang minyak yang penuh | menjaga dengan penuh kasih sayang |
3 | berat sama dipikul, ringan sama dijinjing | sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan |
4 | ingat sebelum kena, jimat sebelum habis | berjimat cermat sementara ada wang |
5 | kais pagi makan pagi, kais petang makan petang | hidup miskin dan melarat |
6 | kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan | berterima kasih atas bantuan orang |
7 | kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa | kerana salah cakap, imej diri tercemar |
8 | kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak | kesalahan orang lain yang kecil nampak, kesalahan sendiri yang ketara tak nampak |
9 | menangguk di air keruh | mengambil peluang atau kesempatan sewaktu orang lain menghadapi masalah |
10 | mendapat durian runtuh | mendapat bonus |
11 | menjaga tepi kain orang | suka mencampuri urusan orang lain |
12 | pisang tidak akan berbuah dua kali | tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama |
13 | sediakan payung sebelum hujan | membuat persediaan rapi untuk menghadapi sesuatu |
14 | sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu | tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama |
15 | seperti cacing menjadi naga | tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa |
16 | seperti pahat dengan penukul | hanya membuat kerja apabila dipaksa atau disuruh |
17 | sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula | seseorang yang berpura-pura ingin tahu sesuatu perkara walaupun dia sudah mengetahuinya |
18 | yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan | perkara yang baik dijadikan contoh dan perkara yang tidak baik dijauhi |
↧
PERIBAHASA MELAYU YANG POPULAR DALAM SOALAN SPM
↧