Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 558

INFORMASI BAHASA - PERIHAL "DIBUAT DARIPADA" DAN "DIPERBUAT DARIPADA"

$
0
0

"Diperbuat" dan "dibuat" ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif "memperbuat" dan "membuat". Kamus Dewan hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif sahaja.
Jika kita meneliti Kamus Dewan, "memperbuat" sama makna dengan "membuat", iaitu membentuk, mencipta waima membikin sesuatu.
Sebaliknya, "membuat" pula mempunyai banyak makna, antaranya ialah "membikin, membentuk, mencipta, mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan, menyebabkan, mendatangkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan dan banyak lagi.
1.
Beg itu dibuat daripada kulit buaya. (betul)
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (betul)
Dalam ayat-ayat di atas, kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri "buat", kata kerja "membuat" sama maksudnya dengan memperbuat kerana bentuk pasifnya "dibuat" dan "diperbuat".
2.
Keputusan itu dibuat oleh Kak Zeti.
Keputusan itu diperbuat oleh Kak Zeti.
3.
Kian Ling membuat keputusan untuk berhijrah.
Kian Ling memperbuat keputusan untuk berhijrah.
Jika kita meneliti maksud dalam Kamus Dewan, keempat-empat ayat di atas gramatis atau tidak gramatis?
Sila kemukakan pendapat anda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 558

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>