Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

RAMALAN KOMSAS PMR 2011

$
0
0
RAMALAN CIKGU TAN
1. Cerpen Tingkatan 1 (SOALAN 31-35)
2. Pantun Tingkatan 2 (SOALAN 36 - 40)

Atau

1. Prosa Tradisional Tingkatan 1 (SOALAN 31-35)
2. Sajak Tingkatan 2 (SOALAN 36 - 40)

Atau

1. Drama Tingkatan 1 (SOALAN 31-35)
2. Syair Tingakatan 2 (SOALAN 36 - 40)

RAMALAN NOVEL PMR 2011

$
0
0
  1. 1. Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menghidupkan jalan ceritanya. [10 Markah]

2. Berdasarkan ketiga-tiga bush novel yang anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2, Dan Tingkatan 3, Huraikan tema dalam ketiga-tiga buah novel tersebut. [10markah]

3. Berikan tiga pengajaran berserta peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tersebut. [10 markah]



Saya berharap agar semua soalan ramalan saya menepati permintaan para pengunjung blog saya, terutamanya murid kesayangan saya calon PMR 2011. Saya akan meneruskan perjuangan saya untuk terus memastikan calon peperiksaan PMR berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan bantuan soalan ramalan saya. Saya berharap agar anda memahami kenyataan bahawa semua soalan dan karangan yang dimuatnaikkan ialah ramalan semata-mata.

SELAMAT MAJU JAYA

CIKGU TAN

ANALISIS NOVEL "SUKAR MEMBAWA TUAH"

$
0
0
Sila klik gambar di atas untuk memuat turun nota lengkap.

Peribahasa PMR - Latih Tubi

$
0
0
LATIHAN PERIBAHASA
1. Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana-mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan _______.

A bagai duri dalam daging
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai dihiris dengan sembilu
D bagai aur dengan tebing

2. Hati Hartina __________ apabila mendengar tunangnya curang.

A seperti ikan kena tuba
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti emas baru disepuh
D seperti kaca terhempas ke batu


3. Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan

A rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
B sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
C orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
D sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

4. Cikgu Alimin sentiasa merungut tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini bertepatan dengan

A halus seperti kuman
B jernih seperti cermin
C kurus seperi lidi
D lambat seperti kura-kura

5. Sebelum kapal terbang itu terhempas, penduduk kampung telah terdengar beberapa bunyi letupan yang ________.

A tajam seperti sembilu
B keras seperti batu
C gagah seperti gergasi
D kuat seperti guruh

6. Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa ______ untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan akhir tahun.

A memasang telinga
B memerah otak
C bulat kata
D buka mulut

7. Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkelnya. Walau bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki orang lain. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa

A Sekali air bah, sekali tepian berganjak
B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D pahit dulu, manis kemudian

8. Pilih jawaban yang betul.

A Serkap jarang -menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih
B Telinga nipis - orang yang penyabar
C Paku belanda - harga yang tidak boleh diubah-ubah
D Makan angkat - orang yang tidak suka akan pujian

9. Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?

A berkata benar
B mendengar arahan
C suka mengarah
D tidak berani membantah

10. Sambil menangis, Zaleha mencurahkan _____nya kepada kakak.

A iri hati
B jiwa raga
C ambil hati
D isi hati

11. Swee Lan suka memakai pakaian yang berwarna _________.

A pucat seperti mayat
B merah seperti darah
C jernih seperti cermin
D keras seperti batu


12. Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina oleh orang. Keadaan ini dikatakan ________.

A takut akan bayang-bayang sendiri
B alah bisa tegal biasa
C sudah terhantuk baru tengadah
D menanti kucing bertanduk

13. Wan Maimon menasihati anaknya yang hendak mengembara agar rajin bertanya jalan. Kata pepatah ______.

A malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut
B ikut hati mati, ikut rasa binasa
C terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
D kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan

14. Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat _______.

A lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.
B rambut sama hitam tetapi hati lain-lain
C kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.
D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

15. Para nelayan ______ apabila tiba musim tengkujuh.

A putus akad
B putus rezeki
C putus harapan
D putus tangan

16. Tiada gunanya kamu menjerit-jerit kepadanya kerana dia itu _______.

A berat mulut
B pekak badak
C ringan tulang
D kepala angin

17. Balqis bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya di universiti. Kata orang,

A sebelum ajal berpantang mati
B sarang tebuan jangan dijolok
C sambil menyelam minum air
D sediakan payung sebelum hujan

18. Sudah lama saya ingin melancong ke luar negara. Oleh sebab itu, apabila pak cik mempelawa saya melancong bersama-sama keluarganya, saya terus menerima. Keadaan ini ibarat

A tepuk dada tanya selera
B orang mengantuk disorongkan bantal
C mendapat durian runtuh
D kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

19. Idris berasa gembira kerana dapat balik semula ke kampung setelah 15 tahun merantau di luar negara. Keadaan ini diibaratkan

A sirih pulang ke gagang
B isi dengan kuku
C hujan jatuh ke pasir
D tikus jatuh ke beras

20. Hidup di perantauan tidak menentu kerana jika kita bernasib baik, kita akan mendapat kejayaan. Sebaliknya, jika kita bernasib malang, kita akan mendapat kerugian. Keadaan ini dikatakan

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B sesekali tersengat, selalu beringat
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam

21. Walaupun Umi Amera agak lemah dalam pelajaran, namun dia seorang pelajar yang rajin bertanya guru. Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMRnya. Keadaan ini ibarat

A belakang parang kalau diasah lagikan tajam
B seperti kera mendapat bunga
C bagai tikus membaiki labu
D biar mati anak, jangan mati adat

22. Aiman mempunyai semangat juang yang tinggi bagi memastikan dia berjaya dalam peperiksaan PMR yang akan didudukinya tidak lama lagi. Dia tidak mahu gagal kerana itu akan menggelapkan masa depannya. Semangat tersebut sesuai dengan peribahasa

A biar putih tulang jangan putih mata
B daripada cempedak, lebih baik nangka
C biar mati anak, jangan mati adat
D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

23. “Saya akan melupakan segala perbalahan yang lalu demi semangat kejiranan,” kata Amin kepada Mustafa. Amalan ini dikatakan

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
C buang yang keruh dan ambil yang jernih
D di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

24. Hubungan dua saudara itu sangat akrab. Mereka sentiasa bersama sepanjang masa. Keadaan ini dikatakan

A bagai isi dengan kuku
B bagai bulan purnama
C bagai anjing dengan kucing
D bagai mendukung biawak hidup

25. Pak Kasim sangat disegani oleh masyarakat kerana ketokohannya dalam bidang persilatan. Namun, beliau tidak berminat hendak mencurahkan ilmunya kepada orang lain. Sikap beliau itu seperti

A ilmu pelita hidup
B pokok rendang yang tidak berbuah
C melepaskan batuk di tangga
D enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

26. Nana berhasrat hendak pulang ke kampung halaman kerana sudah lama di perantauan. Dia ingin berbakti kepada anak bangsanya. Keadaan ini diibaratkan seperti

A setinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas belakang kerbau juga
B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C orang berbudi kita berbahasa
D berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah

27. Walaupun Rahim seorang pendiam, namun dia dikurniakan otak yang sangat cerdas dalam pelajaran. Itulah yang dikatakan

A diam besi berkarat
B carik-carik bulu ayam
C diam-diam ubi berisi
D ada kerak adalah nasi

28. Dalilah sentiasa mengimpikan rumah tangga yang aman damai hingga ke akhir hayat, namun segalanya musnah apabila suami dan anak-anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Keadaan itu diibaratkan

A nasi sudah menjadi bubur
B karam berdua basah seorang
C mati semut kerana gula
D panas tidak sampai ke petang

29. Syazliana suka berlagak seperti orang kaya. Dia bekerja sebagai kerani sahaja tetapi perbelanjaan melebihi orang yang berpangkat besar. Sikapnya itu telah menyebabkan dirinya terjerat dengan hutang yang banyak. Keadaan ini dikatakan

A seperti sampah hanyut
B seperti rumput di tepi jalan
C ukur baju di badan sendiri
D seperti pipit menelan jagung

30. Jangan selalu mengeluarkan ____ terhadap kawan-kawan dan orang tua.

A bahasa halus
B bahasa kesat
C cakap angin
D bunga bangsa

Mahu jawapan?
hantar e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com)





Article 20

$
0
0
SOALAN:
Setiap pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai satu aktiviti tersebut.


Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang wajib disertai oleh semua pelajar. Sebenarnya, kegiatan kokurikulum biasanya dijalankan selepas waktu belajar atau pada hari Sabtu. Antara aktiviti ini termasuklah persatuan, kelab, permainan, unit beruniform, dan sukan. Saya telah menyertai pasukan pengakap sejak tingkatan satu lagi untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa menyertai pasukan pengakap sekolah, banyak pengalaman telah saya lalui.

Pasukan pengakap sekolah sangat aktif. Kami perlu menghadiri perjumpaan pada setiap minggu. Biasanya, kami akan dilatih untuk belajar cara-cara berkawad kaki. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan kawad kaki unit beruniform merupakan aktiviti utama dalam agenda tahunan pasukan pengakap. Oleh hal yang demikian, saya mempelajari teknik berkawad dengan berpegang pada prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Walaupun berkawad kaki merupakan latihan yang sukar, namun saya tetap dapat menguasainya kerana saya tidak mudah berputus asa untuk mempelajari sesuatu ilmu.

Selain itu, saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara untuk mendirikan khemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kami perlu mendirikan khemah sendiri tanpa bantuan guru pengajar sewaktu perkhemahan dijalankan. Dalam aktiviti ini, kami diajar teknik mencari batu yang sesuai, kayu yang kukuh, dan mengetahui kelengkapan yang perlu disediakan untuk mendirikan khemah. Di samping itu, kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata orang tua iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sewaktu mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang utuh seperti isi dengan kuku dapat dibina.

Di samping itu, saya juga mempelajari cara-cara untuk memberikan bantuan kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana khidmat pasukan pengakap sekolah amat diperlukan apabila pihak sekolah mengadakan program seperti Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Bertemu dengan Pelanggan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ilmu bantuan kecemasan ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Saya diajar cara membasuh luka, membalut luka, dan mengikat tangan yang patah apabila berlakunya kecederaan. Saya amat yakin bahawa ilmu dalam bidang ini menjadikan diri saya lebih kental dan tabah menghadapi cabaran sebagai pelajar kerana ilmu pelita hidup.

Sementara itu, saya turut dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup apabila menyertai pasukan pengakap sekolah. Hal ini memang benar kerana guru pembimbing pengakap sentiasa berkongsi ilmu dengan kami tentang pokok yang boleh dijadikan herba untuk mengubati luka dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, kami turut diajar untuk mengenal pasti pokok yang menyimpan banyak air untuk diminum. Dengan ilmu yang saya pelajari ini, persiapan untuk menyertai perkhemahan di dalam hutan akan menjadi lebih sempurna. Saya sentiasa mengingati pesanan guru pembimbing yang mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Sepanjang menyertai pasukan beruniform ini, saya juga banyak memperoleh pengalaman hidup yang berharga sebagai bekalan masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat mempelajari kepentingan bekerja dalam pasukan kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Misalnya, suatu aktiviti perkhemahan yang dijalankan hanya dapat dijayakan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru pengiring, pelatih, dan ahli pengakap. Oleh itu, saya diajar untuk menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersatu padu untuk menghadapi cabaran. Pendek kata, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Kesimpulannya, pasukan pengakap merupakan satu daripada aktiviti kokurikulum yang saya sertai. Saya yakin bahawa setiap unit beruniform mahupun persatuan dan kelab mempunyai keunikan yang tersendiri. Para pelajar harus menyertainya untuk merasai dan melalui sendiri pengalaman sewaktu menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai penyimpul bicara, kita haruslah menyahut seruan Menteri Pelajaran untuk menjadikan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum sebagai kriteria penting dalam penerimaan kemasukan ke universiti atau institusi pengajian tinggi. Oleh sebab itu, jom kita aktif dalam kegiatan kokurikulum.



ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT)

$
0
0

JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.



Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
4. Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
    Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)

2. Itu rumah saya.(Ayat Biasa)

Rumah saya itulah.(Ayat Songsang)
3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)

Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)


4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)

Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)


5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa)

 Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)


* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk memberi penekanan

kepada predikat dalam ayat.
5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:

a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat

(a) Pendepanan Seluruh Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang
1. Masakan ibu lazat sekali.
1. Lazat sekali masakan ibu.

2. Baju itu dijahit oleh ibu.
2. Dijahit oleh ibu baju itu.

3. Abangnya seorang pensyarah.
3. Seorang pensyarah abangnya.

(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa)

1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang)


2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa)

2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang)


3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa)

3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang)


AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK



Ayat Seruan

1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat

2. Ayat contoh:
a) Bee Hong seorang jururawat.
b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus.
c) Malaysia aman damai.
d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Erina seorang pelajar yang cerdik.
b) Erina seorang pelajar yang malas.

Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.
b) Kok Loong tidur.

Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.

a) Abang memandang saya.
b) Abang ketawa.

Abang memandang saya sambil ketawa.

a) Awak nak minum kopi?
b) Awak nak minum teh?

Awak nak minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif
Ayat induk : Saya membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
1. Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.
Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.
2. Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju.
Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
3. Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Emak membeli kain sutera.
Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.
4. Emak membeli kain sutera yang berwarna merah.

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.
Ayat kecil : Abang saya menaiki bas.
5. Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.
Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa
1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk

2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:
Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila

Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan

Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga

Keterangan cara -->dengan

Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak



Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.

Ayat induk : Ibu menghiris bawang.
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.

Ayat induk : Mazli berdoa.
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.

Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.

Ayat induk : Adik rajin berusaha.
Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk Campuran
Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.
Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat
keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.
2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.
Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.
Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.
4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.
Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.
5. Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek.

Ayat Aktif --Ayat Pasif
1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)
1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)

2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)

2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)


3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF)

3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)


4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)

4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)


5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)

5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)


*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.



AYAT AKTIF

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif
(a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.
1. Saya mengelap tingkap.
2. Ibu menggoreng ikan.
3. Kami menghormati guru.
4. Beliau merasmikan majlis itu.
5. Merokok membahayakan kesihatan.
6. Bersukan menyihatkan badan.
7. Adik bermain bola.

(b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

1. Adik menangis.
2. Kakak tidur.
3. Amran melukis.
4. Lydia bernyanyi.
5. Kami berehat.
6. Emak memasak.
7. Adik mandi.

*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.

AYAT PASIF
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"

(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.
3. Ayat contoh:
(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.
(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.
(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.
(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.

(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-.
2. Ayat contoh:
(i) Masalah itu akan saya selesaikan.
(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.
(iii) Titah tuanku akan patik junjung.
(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.

(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
2. Ayat contoh:
(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.
(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.
(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.
(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

KARANGAN JENIS PERIBAHASA

$
0
0

Peribahasa Melayu
-indah dan memiliki makna yang signifikan
-memberikan pedoman kepada kita
-peribahasa sebusuk-busuk daging, dikincah dimakan juga amat popular
-membawa maksud kaum keluarga yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja
-peribahasa ini ada kaitan dengan kisah adik-beradik bernama Mokhtar dan Iskandar yang berkelahi kerana merebut harta pusaka keluarga

Mokhtar
-membawa diri ke tempat lain
-tidak mahu pulang ke negara asal
-tidak mahu melihat muka adik-beradik sendiri
-membawa diri selama lima tahun lamanya

Ahli keluarga yang lain
-puas mencari adik mereka
-membuat laporan polis
-menyiarkan berita tentang kehilangan ahli keluarga
-orang awam melaporkan tempat adiknya berada kepada Iskandar
-Iskandar berjumpa dengan adiknya

Apabila bertemu
-Mokhtar tidak mahu pulang
-tetap berdegil dengan pendiriannya
-enggan berjumpa dengan ahli keluarga
-masih berdendam dengan Iskandar atas ketidakadilan pembahagian harta keluarga
-tidak mahu bertemu dan masih menyimpulkan rasa kasih kepada terhadap keluarga

Sikap Mokhtar
-tetap menyebabkan bapanya sakit
-hatinya tidak tenang dan sentiasa sakit
-jatuh sakit tenat
-dimasukkan ke hospital
-keadaannya amat tenat dan mahu berjumpa dengan Mokhtar

Mokhtar
-mendapat panggilan daripada emak saudara
-bapanya telah meninggal dunia
-Mokhtar berasa kecewa dan menyesal
-terdetak hatinya untuk pulang melihat jenazah bapanya
-melihat bapa buat kali terakhir

Mokhtar
-menyedari kedegilannya hanya memakan diri
-tidak patut menyalahkan ahli keluarganya
-patut melindungi ahli keluarga
-sepatutnya menyebelahi ahli keluarga walau apa-apa yang berlaku

Peribahasa ini
-mengajar kita menyayangi ahli keluarga
-memberikan mesej kepada kita bahawa hubungan kekeluargaan amat penting
-mesti saling menyayangi dan saling menerima kelemahan masing-masing
-hidup harmonis dan bersatu hati
-mengukuhkan institusi kekeluargaan demi masa depan yang baik

KATA-KATA BOMBASTIK DALAM PENULISAN

$
0
0

BIL
KOSA KATA
`
1
POLEMIK
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
2
MARHAEN
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia
4
DASAWARSA
Maksud:
Dekad
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5
IKHTISAR
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6
TAMSIL
Maksud:
Seperti,umpama, misal
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Tamsilnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7
WASILAH
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru.
8
NIRMALA
Maksud:
Suci
Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
9
SAKINAT
Maksud:
Ketenangan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinat berpanjangan

10
SINERGI
Maksud:
Kerjasama
Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .

11
USLUB/
MINHAJ/
MANHAJ
Maksud:
Kaedah, cara
Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12
PRAKARSA
Maksud:
Inisiatif
Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13
AFORISME
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
14
SIRNA
Maksud:
Hilang
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
15
JAGATRAYA
Maksud:
Seluruh dunia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16
SEANTERO
Maksud:
Seluruh
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
17
OBLIGASI
Maksud:
Kewajiban
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18
MAYAPADA/
MARCAPADA
Maksud:
Dunia moden
Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa marcapada ini

19
MAPAN
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum
Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.

20
SEYOGIA
Maksud:
Sepatutnya
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.

21
SEMENTELAHAN
Maksud:
Tambahan pula
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
22
MAUDUK
Maksud:
Pokok perbincangan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23
PADAU
Maksud:
Layar
Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24
TEGAR
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras
Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25
KONGKALIKUNG
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik
Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit
26
MENYISIR
Maksud:
Mengemaskan
Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27
MAHMUDAH
Maksud:
Terpuji
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasikan dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28
GEMULAH
Maksud:
Arwah
Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29
CERITERA
Maksud:
Cerita
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
30
INTI PATI
Maksud:
Bahagian yang penting
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia

31
BERIJTIHAD
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32
MENGHADAP
Maksud:
Menghala, mengarah
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33
BELASUNGKAWA
Maksud:
ucapan takziah
Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka
34
KENDATIPUN
Maksud:
Meskipun
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai tabungan.
35
SIGNIFIKAN
Maksud:
Penting
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja
36
TERAMPIL
Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37
PROGNOSIS
Maksud:
Ramalan,telahan
Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38
PROKLAMIR
Maksud:
Pengisytiharan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah menyampaikan proklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39
TRAGEDI
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41
JALUR LEBAR
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar
Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalurlebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42
NIHILISME
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka
43
MOBILITI
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah kecemerlangan
44
HEDONISME
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45
FRANCAIS
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
46
SAF
Maksud:
Baris
Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
47
PARADIGMA
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48
KODIFIKASI
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

49
ENTENG
Maksud:
Ringan, mudah
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.

50
CAKNA
Maksud:
Ambil berat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.

51
TUNTAS
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..
52
IZHAR
Maksud:
Jelas
Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53
AFDAL
Maksud:
Lebih baik
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.
54
JERAYAWARA
Maksud:
Pameran, ceramah
Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.
55
REKAYASA
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu
Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56
EGOSENTRIK
Maksud:
Mementingkan keperluan diri
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
57
ADIWANGSA
Maksud:
Bangsa mulia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..
58
EGALITARIANISME
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata
Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa
59
ATMA
Maksud:
Jiwa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

60
BOBROK
Maksud:
Rosak, binasa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.

61
PENGITLAKAN
Maksud:
Membuat rumusan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62
EFISIEN
Maksud:
Berkesan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63
GELANDANGAN
Maksud:
Merempat
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.
64
DEWASA
Maksud:
Kontemporari, semasa
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Dewasa ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65
SIMBIOSIS
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma
Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66
PIDANA
Maksud:
Kejahatan
Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan.
67
NINGRAT
Maksud:
Orang mulia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68
JEMBEL
Maksud:
Miskin
Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan

69
MURBA
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong dasar 1Murid 1Sukan.

70
PROLETAR
Maksud:
Kaum yang suka membunuh/ membuat kacau
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.


SPM 2012 - Ulang Kaji TATABAHASA SPM

$
0
0
Jawaban bagi setiap latihan di bawah akan saya hantar melalui e-mel kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya. Sila e-melkan alamat e-mel anda kepada saya.
Semoga anda semua dapat skor dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 ini.

LATIHAN 1 :
SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

[ 6 markah]

LATIHAN 2 :
MRSM

(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.

         (i)     Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.
       (ii)     Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
     (iii)     Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
     (iv)     Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
       (v)     Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
     (vi)     Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]
LATIHAN 3 :
MPSM MELAKA
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

         (i)     Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.
       (ii)     Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.
     (iii)     Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.
[6 markah]
LATIHAN 4 :
MPSM JOHOR
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

         (i)     Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.
      (ii)     Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita.
     (iii)     lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.
[6 markah]
LATIHAN 5 :
MPSM PERLIS
(b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau ayat tanya.

         (i)     Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah negara lain dengan mudah dan cepat.
       (ii)     “Siapakah namakau?” soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
     (iii)     Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
     (iv)     Syabas, kamu telah berjaya menjuarai kejohanan yang berprestij itu!
       (v)     “Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya,” kata Puan Geetha kepada Mazwin dengan lembut.
     (vi)     Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?
[6 markah]
LATIHAN 6 :
MPSM SABAH
(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.

         (i)     Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!
       (ii)     Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.
    (iii)     Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
    (iv)     Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
       (v)     Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
     (vi)     Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang.
[6 markah]
LATIHAN 7 :
MPSM SARAWAK
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.
[6 markah]
LATIHAN 8 :
MPSM SELANGOR
(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.
            Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.

[6 markah]
LATIHAN 9 :
MPSM TERENGGANU
(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
         (i)     Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
       (ii)     Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
     (iii)     Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.
[6 markah]
LATIHAN 10 :
MPSM PULAU PINANG
(b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung yang sesuai.

         (i)     Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
       (ii)     Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
     (iii)     Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu
     (iv)     Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
       (v)     Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
     (vi)     Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran
[6 markah]
LATIHAN 11 :
MPSM NEGERI SEMBILAN
(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

         (i)     Sila buat laporan tentang kes meniru itu.
       (ii)     Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
    (iii)     Awak siapkan tugasan ini sekarang.
     (iv)     Awak tidak usahlah datang ke sini lagi.
       (v)     Pujuklah budak yang menangis itu.
     (vi)     Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.
[6 markah]
LATIHAN 12 :
MPSM PAHANG
(b) Tulis petikan di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

MAN :Tuk ... tuk ..., orang jumpa mayat lagi. Orang jumpa mayat. Mayat itu besar, tuk.
PAK MAN :Di mana Man?
MAN :Tepi pantailah, tuk. Marilah tengok mayat tu. Mari tuk.
PAK MAN :Mayat orang Melayu atau orang Cina?
MAN :Bukan, tuk.
PAK MAN :Kalau bukan, mayat siapa? India kot?
MAN :Bukanlah, tuk. Ini mayat ikan dugong besar, tuk.

[6 markah]
LATIHAN 13 :
MPSM KEDAH
(b) Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan atau jenis kata bagi setiap kata yang berhuruf tebal dalam ayat tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 Gagasan 1Malaysia diyakini dapat membantu negara ini mengecap kemakmuran dari segi pembangunan dan kesejahteraan hidup.

[6 markah]
LATIHAN 14 :
MPSM PERAK
(b) Tukar ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat bersusunan songsang.

         (i)     Ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu masih kuat.
       (ii)     Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya.
     (iii)     Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula.

[6 markah]
LATIHAN 15 :
MPSM KELANTAN
(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

         (i)     Dia masih tidur.
       (ii)     Bas itu dari Seremban.
     (iii)     Kucing itu kurus kering.
     (iv)     Rakannya gadis Filipina.
       (v)     Puan Ramziah guru di sekolah itu.
     (vi)     Merokok membahayakan kesihatan.

[6 markah]

LATIHAN RUMUSAN SPM - SBP 2011

$
0
0
UNTUK SKEMA JAWAPAN, SILA E-MEL SAYA.
Latihan rumusan penting untuk skor markah yang tinggi dalam SPM.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

CIKGU TAN

SOALAN SEBENAR SPM PERCUBAAN 2011 - SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi.

Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri.

Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi.

Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi’,

Dewan Siswa, Januari 2010)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    (i)          Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan .

[2 markah]

  (ii)          Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi?

[ 3 markah]

(iii)          Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi.
Berikan tiga cadangan.
[4 markah]


SELAMAT HARI BAPA - CERPEN PELANGI PAPA

$
0
0

PELANGI PAPA

“Kelas, bapa saya baru meninggal dunia,” kataku dengan penuh sayu kepada murid kelas tuisyen tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan awam itu dalam masa 50 hari lagi. Pada saat itu, seorang murid yang mendekatiku lalu menenangkan perasaanku. Pada ketika itu, hatiku bagai dirasuk pesakit mental yang hilang kompas hidup.

“Apakah yang harus saya lakukan?” getus hati kecilku.

“Adakah harus kuteruskan pelajaran yang hanya tinggal satu kelas lagi pukul 8:30 hingga 10:00 malam?” tanya lagi hatiku dengan bertalu-talu ke kotak fikiranku. Saat-saat itu tidak akan aku lupakan seumur hidup. 29 September 2010 sudah mencatatkan satu memori hitam dalam air mataku yang masih kutahan daripada mengalir.

 Mujur, aku mempunyai seorang majikan yang benar-benar memahami dan menerima keadaan aku yang nanar dan hilang semangat mengajar. Aku hanya mampu bersyukur kerana menjadi pendidik di pusat tuisyen yang mula menjadi topik perbualan penduduk Kota Kemuning. Bandar ini tidak pernah lekang daripada pandanganku sejak tujuh tahun yang lalu, namun bapaku belum sempat mengunjungiku sehinggalah saat-saat mendiang bapaku, juga dikenali sebagai Uncle Mok, akhirnya meninggalkanku.

Sepanjang perjalanan ke hospital, aku hanya mampu membuka rakaman sejarah kehidupan aku. Pemandangan kota kemuning yang disirami hujan renyai-renyai seolah-olah memahami perasaan di lubuk hatiku ini. Aku akhirnya mengalah kepada perasaanku. Dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur, air mataku mengalir tanpa dijemput. Entah mengapa terjadi begini. Aku mula merasai kehilangannya.

Kehilangan bapa aku paling dirasai ketika aku membuka kain putih berlabel HKL yang menutup badan dan mukanya yang pucat. Mayat itu tidak sanggup kutatap lebih dua kali. Hal ini dikatakan demikian kerana aku masih gagal mengawal emosiku yang kalah kepada air mata yang masih mengalir ke pipiku. Entah mengapa, kekalahan pada perasaan ini lebih sakit daripada kesakitan pembedahan otot kaki dan hidup yang pernah aku jalani beberapa tahun yang lalu.

Dengan rasa nanar lagi, aku mengikuti rombongan pembantu pegawai perubatan yang menyorong troli mayat yang membawa mayat bapaku hingga ke bilik mayat. Keadaan sekeliling agak hambar, dengan kesunyian sekeliling yang gelap dan bunyi perbualan antara kakakku dengan mak cikku yang masih kuat semangat. Aku sempat memegang kaki kaku bapaku yang sejuk. Sejuknya seolah-olah mendiang bapaku sudah sampai di pintu syurga. Di dalam hati kecilku, aku ingin memohon maaf kepadanya. Banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan bersamanya.

Namun, Tuhan lebih menyayanginya. Tuhan lebih awal merampasnya daripada aku. Benakku masih segar, 13 jam yang lalu bapaku ada menelefonku. Katanya, “Papa akan menduduki penerbangan selama 4 jam setengah tidak lama lagi. Penerbangan ini amat membosankan kerana berlepas tiga kali seminggu. Aku yang memahami erti penerbangan yang dimaksudkannya. Bapanya menjalani dialisis pada setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat. Dari pukul 8 hingga 12:30 tengah hari. Sudah lima tahun lamanya mendiang melalui kehidupan sebagai pesakit rosak buah pinggang.

Andainya aku mampu, aku ingin menebus kesalahan aku kepada bapaku kerana jarang menemaninya. Andainya aku mampu, akan kuberikan lebih daripada yang pernah aku berikan. Akan kulukis sebuah lukisan dan kutulis novel kasih antara aku dengan bapaku. Kini, aku hanya mampu menyelimutkan perasaan rindu aku kepadanya, terutamanya ketika insan-insan lain di dunia ini yang masih dapat meraikan Hari Bapa bersama ayah mereka. Aku tidak pernah terharu, tidak pernah mengecewakannya dengan pencapaian akademik aku waima pencapaian aku dalam dunia pendidikan.

Walau bagaimanapun, aku kecewa akan diri ini kerana tidak mampu meluangkan lebih masa bersamanya kecuali hari minggu tatkala aku tidak terikat dengan seminar dan ceramah. Aku juga seolah-olah menyalahkan diri ini kerana tidak berada di samping ayahku sewaktu dia benar-benar memerlukan aku. Wayar berwarna-warni bagai pelangi memenuhi kakinya, lehernya, tangannya, dan dadanya. Aku hanya mampu bermonolog kepadanya 5 jam sebelum dia meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sepanjang 5 tahun ini, aku hanya pernah mengunjunginya SEKALI sahaja di bilik dialisis. Adakah aku anak yang taat? Soalan demi soalan bertemakan ketaataan menyerang dan membedil kotak fikiran aku.

Papa...... sebagaimana yang aku janji padamu, akan kutunaikannya. Papa harus merestui keputusanku ini. Papa harus memberkati keputusan aku untuk tidak memperbesar pemergianmu sebagaimana sifatmu yang rendah diri. Pada hari pengebumian papaku, aku masih teringat. Cuaca yang panas memancar dari pagi, tiba-tiba mendung dan gerimis mula mengundang. Adakah itu tanda papaku menangis kerana akan meninggalkan aku dengan jasatnya yang masih ada di dalam keranda coklat itu? Aku sempat menatap wajahnya untuk sekian kali. Aku tidak mahu menyesal nanti jika mayat bapaku diusung untuk proses pembakaran.

Papa seorang jurulatih renang yang aktif mengajar. Kegigihannya mengajar anak-anak kecil berenang seolah-olah mendorong aku mendekati anak-anak murid yang mahu belajar. Walaupun mulutku tidak semanisnya, aku kadangkala menang dalam berdebat dalam topik-topik yang pernah kami bincang di dalam kereta. Imbasan memori indah ini sekali gus mengajar aku erti ketabahan menghadapi kehilangan. Suatu kehilangan yang akan kuratapi seumur hidupku. Pemergian papa aku menjadikan hujung-hujung mingguku kurang ceria meskipun pemergiannya membolehkan aku tidur sedikit lama pada hari dia menjalani dialisis. Biasanya, telefon aku akan berbunyi pada jam 7:10 pagi sebelum penerbangan papa berlepas dari lapangan dialisisnya. Penerbangan kali ini benar-benar sudah membawa papaku jauh...... jauh meninggalkan aku.

“Semoga ombak laluku, bukan gelombang masa depanmu,” mutiara kata papaku amat berkesan.

Aku akan mengikut dan mengingati nasihat dan amanatmu. Akan kujaga Ammi dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Aku akan membayar semua hutang kasih sayangmu kepadanya. Aku akan membayar semua hutang cintamu kepadanya sehingga akhir hayat aku. Mayat bapaku masih segar walaupun sudah tiga hari mendiami keranda sederhana mahal itu. Pada saat-saat akhir papa memasuki alam abu, hanya Tuhan yang tahu betapa air mataku mengalir bagai telaga tujuh milik Mahsuri di Langkawi. Aku hanya mampu berdoa. Doaku semoga semangat dan ketulusan hati papa akan terus berasa di sampingku, walaupun aku lebih merindui jasatnya yang sebenar. Pelangi muncul di langit ungu. Kemunculan pelangi itu seolah-olah membawa mesej akhir papa kepada aku. Kini, aku sudah faham. Air mata yang pernah papa titiskan di bahuku dulu kini sudah mengundang gerimis yang turut mempersilakan pelangi muncul di depan mataku.

Papa...... kini sudah hampir dua tahun. Lebih 500 hari sudah berlalu. Aku masih merindui kata-katamu, celotehmu, gurau sendamu, malah amarahmu. Papa...... saya berjanji akan terus melangkah ke depan dengan penuh semangat, suri teladan yang kautujukkan akan kufantasikan pada pelangi yang muncul acap kali hujan berhenti. Pelangi papaku? Kamu di mana?

CIKGU TAN CL

14.6.2012

SOALAN RAMALAN 1 - SPM 2012 - KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

Kesalahan Tatabahasa Umum

$
0
0
Kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar merupakan salah satu faktor kegagalan mereka mendapatkan markah yang baik dalam penulisan dan pembinaan ayat. Hal ini berlaku demikian kerana kelemahan guru yang mengajar tatabahasa yang salah sehingga murid mengikut kesalahan mereka. Fenomena ini dikatakan seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Walau bagaimanapun, saya berharap kesalahan dalam ayat-ayat di bawah dapat anda kesan dan betulkan kesalahan tersebut dengan mengamalkan prinsip "betulkan yang salah, biasakan yang betul".

Pengunjung blog bolehlah menghantar e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com) untuk mendapatkan jawapannya. Selamat mencuba!

Betulkan kesalahan di bawah dengan menulis semula ayat yang betul selepas membetulkan kesalahannya.


1. Semua pekerja-pekerja kilang itu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
2. Encik Shahnon tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana kepala sakit.
3. Sesetengah pelajar menyiapkan kerja-kerja rumah mereka di perpustakaan.
4. Seluruh penduduk-penduduk di negara ini digalakkan membeli barangan buatan Malaysia.
5. Bagi menambah pendapatan, Kak Alicia menjual goreng pisang pada waktu petang.
6. Sri Muda Restoran menghidangkan bubur kacang sebagai pencuci mulut.
7. Tiap-tiap pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan kelas masing-masing.
8. Beberapa keping-keping cakera padat mata pelajaran Bahasa Malaysia ditunjukkan oleh Murad kepada saya petang semalam.
9. Abang Nicole membeli sebuah digital kamera model terbaharu di kedai elektrik itu.
10. Lima belas orang pemuda di kampung saya telah dipilih untuk menternak telur ayam dan ayam daging.
11. Beberapa buah kereta-kereta di Kota Kemuning telah dirosakkan dan peralatan di dalamnya dicuri.
12. Setengah-tengah pelajar suka menghabiskan masa mereka di perpustakaan awam.
13. Encik Jay Juin bangga melihat keempat-empat orang anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
14. Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu.
15. Beberapa buah mini estet akan dibuka di Kemuning Rimbayu.
16. Kelima anaknya menjadi guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua.
17. Dua buah kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah ditarik oleh Majlis Perbandaran Klang.
18. Persembahan semasa perasmian Sukan Malaysia di Kuantan itu semalam paling hebat sekali hingga mempesonakan penonton.
19. Rumah banglo di tepi Tasik Anggerik Vanilla itulah yang tercantik sekali di kawasan Kota Kemuning.
20. Yi Jue yang takut akan anjing itu lari dengan sungguh pantas sekali tanpa menoleh ke belakang.
21. Kehidupan Mak Yin Jue yang dahulunya susah, kini sudah senang-lenang amat setelah anaknya berjawatan tinggi.
22. Pameran buku di PWTC adalah yang paling terbesar sekali.
23. Orang yang tertinggi sekali di dunia itu telah diumumkan oleh Guiness World of Record.
24. Jeremy Cheong amat girang sekali setelah dumumkan sebagai pemenang pertandingan memancing.
25. Ketua kumpulan ekspedisi itu memandu anggota-anggotanya meredah hutan dengan berpandukan pada peta.
26. Penduduk kampung tidak lalu jalan utama untuk ke pekan kerana jalan itu dinaiki air.
27. Cikgu Kavinash cuba menasihatkan pelajar di kelas itu agar belajar bersungguh-sungguh kerana UPSR semakin hampir.
28. Kami sekeluarga terpegun dengan pemandangan indah di Pantai Port Dickson.
29. Oleh sebab terlalu sibuk, Puan Samantha lupa janjinya dengan jiran sebelah rumah.
30. Semua pelajar di kelas itu berkerjasama untuk menyiapkan poster antidadah sempena Kempen Antidadah.
31. Permandangan di perkampungan itu indah dan permai pada waktu petang.
32. Pihak penganjur itu memberikan saya peluang kedua sebelum disingkirkan daripada pertandingan.
33. Tok Bomoh menceritakan tentang pengalamannya sepanjang 30 tahun mengubati penyakit misteri.
34. Kai Ping mengirimkan ibunya sekeping poskad dari kota London.
35. Kerajaan telah menurunkan harga petrol ROM97 daripada RM2.70 ke RM2.60.
36. Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk merasmikan pembukaan Pusat Beli-belah Pavillion Kuala Lumpur.
37. Ayah akan memperbarui lesen memandunya secepat mungkin supaya tidak terlupa.
38. “Tolong jangan buat bising,” kata Puan Puvani kepada murid-murid 3 Anggerik.
39. Pelajar sekolah digalakkan membaca pelbagai-bagai bahan bacaan yang berguna meningkatkan pengetahuan mereka.
40. Beberapa buah rumah di kawasan yang rendah itu telah ditenggelami air bila hujan lebat turun melebihi 5 jam.
41. Koleksi lagu-lagu tradisional akan diperdengarkan kepada peminat lagu klasik melalui saluran Radio Asli milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
42. Suatu pergerakan besar-besaran telah diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2012 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
43. Beberapa ikatan buah langsat telah dibeli oleh ayah daripada kawannya yang memiliki gerai buah-buahan di hujung jalan utama itu.
44. Paras air di Empangan Kuala Langat semakin surut akibat kemarau yang menimpa kawasan Lembah Klang sejak akhir-akhir ini.
45. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi telah menempah sejarah apabila muncul sebagai juara pertandingan berbalas pantun.
46. Chang Jie Yi telah dihadiahkan sejambak bunga oleh kekasihnya yang baru pulang dari luar negara untuk meraikan hari jadinya.
47. Berapa harga sebatang pen mata bola yang berdakwat merah dan sebatang pen berdakwat yang berwarna hitam?
48. Para pemimpin sedang berusaha untuk mengatasi masalah kesihatan yang rakyat Pakistan hadapi sejak beberapa dekad yang lalu.
49. Kuih-muih yang dijual oleh emak Zainab itu sedap-sedap belaka kerana keturunannya memang penjaja kuih yang popular.
50. Di suatu masa dahulu, manusia suka tinggal di sepanjang sungai kerana sungai membekalkan air dan ikan kepada manusia.
51. Sebagai akibat banjir besar yang melanda kita baru-baru ini, beratus haiwan ternakan mati sehingga merugikan penternak.
52. Pelajar yang memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ialah Lee Qao Shaun.
53. Cikgu Azizah mengarahkan ketua tingkatan supaya mengumpulkan buku latihan-buku latihan dan meletakkannya di atas mehja guru.
54. Setengah peniaga suka mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran kenaikan harga petrol yang diumumkan oleh kerajaan.
55. Kebanyakan peserta-peserta larian jarak jauh itu dijangkakan mampu membuat catatan masa yang baik kerana latihan intensif telah dijalankan.
56. Low Yu Jing menghadiahi Evone sebuah cincin emas yang bertahtakan berlian lalu melamarnya di hadapan ibu bapa kekasihnya itu.
57. Kereta mewah yang diletakkan di hadapan Pusat Tuisyen Alam Gemilang sejak pagi semalam itu milik siapakah?

SELAMAT MENCUBA!
CIKGU TAN

SEMINAR TIP PEPERIKSAAN SPM. PENDAFTARAN DIMULAKAN SEKARANG!

$
0
0
SEMINAR INI DIBUKA KEPADA CALON SPM, MURID TINGKATAN 4, GURU-GURU, DAN IBU BAPA YANG BERMINAT.

FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.

$
0
0

LATIHAN 1
(SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN BM SBP -2012)
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          bagai lebah menghimpunkan madu
          belakang parang kalau diasah lagikan tajam
          genggam bara api biar sampai jadi arang
          di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
[6 markah]


LATIHAN 2
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          panjang tangan
          lidah bercabang
          sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
          sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

[6 markah]
LATIHAN 3
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          usaha tangga kejayaan
          sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit
          hati hendak semua jadi
          berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

[6 markah]

LATIHAN 4
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          guru bagai lilin yang membakar diri demi menerangi hidup muridnya
          berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
          guru kencing berdiri, murid kencing berlari
          berputus asa
[6 markah]

LATIHAN 5
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          beraja di mata, bersultan di hati
          pandu cermat jiwa selamat
          biar lambat asalkan selamat
          sediakan payung sebelum hujan
[6 markah]

LATIHAN 6
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          yang baik dijadikan kawan, yang buruk dijadikan lawan
          hidung tinggi
          bagai mencurahkan air ke daun keladi
          menconteng arang di muka
[6 markah]

LATIHAN 7
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          bagai aur dengan tebing
          anak buah
          pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
          bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
[6 markah]

LATIHAN 8
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak berombak
          ikut hati mati, ikut rasa binasa
          manusia ada asa, Tuhan ada kuasa
          tiada kekusutan yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan
[6 markah]

LATIHAN 9
(e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan.

          Anak emas
          bagai menatang minyak yang penuh
          lebih banyak makan garam
          nasi sudah menjadi bubur
[6 markah]
LATIHAN 10
(e) Bina satu perenggan yang mengandungitigadaripada peribahasa yang disenaraikan.

           membaca itu jambatan ilmu
           katak di bawah tempurung
           terang hati
           ilmu pelita hidup
[6 markah]


Kesalahan ejaan dan imbuhan (Kertas Percubaan dari seluruh negara yang menyumbangkannya dalam blog)

$
0
0

Latihan 1 (SPM PERCUBAAN 2012- SELANGOR)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapattiga kesalahan ejaan dantiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Penggunaan email pada hari ini banyak memberi kemudahan untuk berkumunikasi dengan cepat. Sesuatu mesej dapat disampaikan dalam berapa saat sahaja, walaupun pada peringkat antara bangsa. Mesej juga dapat dihantar kepada lebih daripada seorang penerima dan diguna secara meluas dewasa ini.

[6 markah]

Latihan 2 (SPM PERCUBAAN 2012- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN)
(i) Ibu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
(ii) Pokok kakabu yang tumbuh berhampiran dengan rumah saya ditebang oleh ayah kerana ditakutkan akan menimpa rumah.
(iii) Mesin pencetak dijital ini sangat berkualiti kerana tidak pernah rosak selama tiga tahun saya gunakannya.

[6 markah]
Latihan 3 (SPM PERCUBAAN 2012- SARAWAK)
(i) Para pelajar yang ponteng sekolah suka berhabis masa di pusat snooker dan kafe siber.
(ii) Penetapan gaji minima tidak akan memuflis negara sebaliknya dilihat sebagai pemangkin kepada golongan pekerja untuk meningkatkan produktiviti.
(iii) Kita perlu mengembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.

[6 markah]

Latihan 4 (SPM PERCUBAAN 2012- PULAU PINANG)
(i) Encik Othman telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mi goreng dan murtabak ayam di kedai itu.
(ii) Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan batu asas masjid baharu di kampung itu.
(iii) Perdana Menteri telah menitipkan ucapan balasungkawa kepada keluarga mangsa tanah runtuh yang hilang ahli keluarga mereka.
[6 markah]

Latihan 5 (SPM PERCUBAAN 2012- PAHANG)
Dalam zaman pasca modenisasi negara terpaksa menghadapi dengan penyakit merbahaya yang mampu meranapkan peradaban bangsa, yakni pembuangan bayi. Perbuatan ini berupa tanda kepincangan manteliti gulongan muda.
[6 markah]

Latihan 6 (SPM PERCUBAAN 2012- NEGERI SEMBILAN)
(i) Kemajuan industri pelancongan memerlukan tenaga professional dan buruh yang banyak sama ada yang terlibat dengan kerja binaan mahupun pengurusan.

(ii) Kerja-kerja mendalami Sungai Muda telah dijalankan agar dapat membantu mengatasi masaalah banjir kilat di bandar Seri Setia.

(iii) Kerajaan Malaysia telah menghadkan kemasukan buruh asing demi kesejahteraan rakyat dinegara ini.

[6 markah]

Latihan 7 (SPM PERCUBAAN 2012- MAKTAB RENDAH SAINS MARA)
(i) Kehilangan anak sulong Puan Rahimah sejak seminggu lalu dirisaukan ahli keluarga.

(ii) Pekerja salun itu telah mencucikan rambut adik yang kerinting sebelum mewarnakannya.

(iii) Kerim muka yang digunakan oleh kakak mudah mendapatkan di pasar raya seluruh negara.

[6 markah]

Latihan 8 (SPM PERCUBAAN 2012- JOHOR)
(i) Meneroka angkasa lepas merupakan bidang baharu yang dicebori oleh generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara lain.

(ii) Pertandingan merwarna yang disertai oleh pelajar pra sekolah itu dapat meningkatkan kemahiran seni lukis mereka.

(iii) Remaja hendaklah mengelak diri daripada melepak di komplek beli-belah kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah.

[6 markah]

Latihan 9 (SPM PERCUBAAN 2012- KELANTAN)
(i) Pada setiap tahun, kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk membiayai pusat-pusat serenti dan menjalankan kempen anti-dadah.

(ii) Peraduan menulis essei sewajarnya diperbanyak demi meningkat kemahiran menulis bahan ilmiah.

(iii) Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan dan pencapaian atlit kurang upaya dalam beberapa acara yang bertanding pada peringkat antarabangsa.

[6 markah]

Latihan 10 (SPM PERCUBAAN 2012- KEDAH)
(i) Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa suara puntianak menggilai itu bukanlah suara sebenar tetapi rakaman daripada telefon bimbit milik rakanku.

(ii) Langkah kerajaan menurunkan ta’arif elektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan mengurangkan kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

(iii) Tanah runtoh berlaku akibat pembangunan tanpa mengambil kira atau memahami peranan hutan dan bukit-bukau sebagai kawasan tadah hujan yang penting.

[6 markah]

Latihan 11 (SPM PERCUBAAN 2012- SBP)
Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat menikmati berbagai kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru, pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat. Di kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat bagi menghilangkan rasa penat-lelah di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan cita rasa semua kaum.

[6 markah]

Latihan 12 (SPM PERCUBAAN 2012- YIK)
(i) Pilihanraya kecil akan diadakan di kawasan parlimen Kulim dalam tempoh 60 hari kerana wakil rakyatnya telah mengisytiharkan muflis oleh mahkamah.

(ii) Perjanjian itu terpaksa dibatalkan oleh pihak suruhanjaya kerana dua orang saksi enggan diturunkan tanda tangan dalam borang yang disediakan.

(iii) Spesis tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan Sarawak perlu melestarikan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan.

[6 markah]



Latihan 13 (SPM PERCUBAAN 2012- TIMES)
Satu kajian sainstifik telah dijalankan terhadap pegaga dan terdapat bahawa pegaga berkesan dalam merangsang pembetukan kolojen, iaitu sejenis serat yang memainkan peranan penting di dalam tisu menyambung kulit. Kajian juga menunjukan bahawa pegaga banyak terkandung vitamin dan galian, khususnya Vitamin C dan Vitamin E. Satu cara mudah untuk memanfaatkannya adalah dengan cara membuat jus.

[6 markah]

Latihan 14 (SPM PERCUBAAN 2012- TERENGGANU)
(i) Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.

(ii) Ketua Panitia Sejarah telah mengarahkan semua guru mata pelajaran mengemaskini fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di bawah seliakan masing-masing.

(iii) Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahkan hukum tata bahasa.

[6 markah]

Latihan 15 (SPM PERCUBAAN 2012- PERLIS)
(i) Pihak pengurusan pasar raya itu memperkenal tiket pra-bayar untuk kemudahan pengunjung meletakkan kenderaan di premis tersebut.

(ii) Dia tetap memegang pada adat dan budaya timur walaupun berada di luar negara lebih daripada dua puluh tahun.

(iii) Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan negara dikenali seantero dunia.

[6 markah]

Latihan 16 (SPM PERCUBAAN 2012- PERAK)
Kebanyakan ahli sukan negara kita belum dapat bersaing pada peringkat antara bangsa walaupun telah menjalankan latihan intensif. Contohnya, sukan rugbi tidak pernah dirangkul sebarang pingat dalam pertandingan bertaraf dunia. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan ketiadaan juru latih berwibawa yang boleh memacu bidang sukan negara pada tahap yang boleh membanggakan.

[6 markah]

Latihan 17 (SPM PERCUBAAN 2012- MELAKA)
(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada zaman teknologi maklumat.

(ii) Puan Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu.

(iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang bersifat anti-sosial.

[6 markah]

Latihan 18 (SPM PERCUBAAN 2012- SABAH)
(i) Usaha untuk menunjolkan bakat muda dalam seni pertahanan diri perlulah mengambil segera.

(ii) Semua penduduk kampung itu telah kerjasama untuk menjayakan majelis ulang tahun yang kelima puluh.

(iii) Pihak kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk progeram mengindahkan pantai yang sudah lama terbiar itu.

[6 markah]





KARANGAN - PERANAN IBU BAPA (PENGGUNAAN KATA-KATA BOMBASTIK YANG TIDAK DIGALAKKAN)

$
0
0


NASIHAT CIKGU TAN
(a) Jangan guna kata-kata bombastik kerana dilarang dalam SPM oleh lembaga peperiksaan
(b) Anda haruslah memperbanyak penggunaan peribahasa
(c) Anda tidak wajar menyalahgunakan penanda wacana
(d) Anda juga tidak digalakkan menggunakan bahasa Arab, bahasa Sanskrit, dan bahasa asing yang terlalu bombastik sehingga menyukarkan penandaan karangan anda.
(e) Gunakan kata-kata yang mudah difahami, ringkas dan padat isinya. Anda bukan menyertai pertandingan menulis ayat BOMBASTIK, anda menduduki peperiksaan penulisan bahasa Melayu SPM.
(f) kamu telah menulis perkataan BOMBASTIK yang salah, dan yang tidak boleh digunakan.

PERSEDIAAN MENGHADAPI SOALAN TATABAHASA SPM - SAMBUNGKAN AYAT

$
0
0
Sesiapa yang ingin mendapatkan jawapan untuk latihan ini, e-mel permintaan anda kepada cikgutancl@hotmail.com. Sila nyatakan perkara berikut:
1. Nama
2. Tempat tinggal
3. Pelajar atau guru atau tutor atau ibu bapa
4. Jawapan permintaan untuk catatan bertarikh _______

Terima kasih atas sokongan anda.

Cikgu Tan
LATIHAN 1
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Banjir kilat yang melanda bandar-bandar besar banyak memusnahkan harta benda. Selain itu, terdapat juga banyak nyawa yang terkorban. Banjir ini menyusahkan rakyat. Banjir kilat ini berpunca daripada longkang yang tersumbat. Banyak sampah sarap yang dibuang ke dalam tanah. Masalah dapat diatasi sekiranya masyarakat berubah sikap dengan tidak membuang sampah ke merata-rata tempat. Sistem perparitan dibaiki dan diuruskan dengan lebih sistematik.
[ 6 markah ]

LATIHAN 2
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Buah manggis terkenal sedap. Buah manggis enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal. Kulitnya tidak boleh dimakan. Buah manggis mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna atau getah yang sukar hilang jika terkena baju. Buah manggis kaya dengan Xantho. Xantho merupakan sejenis antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
[ 6 markah ]
LATIHAN 3
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjaditiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya adalah untuk mengubati sakit mata (merah mata). Bunga melur juga dapat mengubati bengkak akibat sengatan lebah. Jika mendapat sakit mata ambil segenggam daunnya. Kemudian ditumbuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering, tampal yang lain pula. Lakukan hingga berasa lega (sembuh). Bagi mengubati bengkak akibat gigitan lebah lupa ambil segenggam bunganya. Kemudian diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.
[ 6 markah ]

LATIHAN 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tigaayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Beberapa jenis makanan segera boleh menyebabkan kanser. Makanan tersebut mempunyai terlalu sedikit khasiat untuk badan. Makanan segera boleh menambahkan berat badan sehingga menjurus kepada masalah kegemukan. Pelbagai penyakit berpunca daripada masalah kegemukan. Penyakit-penyakit seperti paru-paru, payu dara, dan pangkal rahim dibuktikan disebabkan oleh masalah kegemukan berlebihan. Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya. Masyarakat perlu berhati-hati memilih makanan dan mengamalkan pemakanan seimbang. Masyarakat yang tidak peka dengan menu yang diambil menyebabkan terdedah kepada masalah kegemukan . Mereka akan mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan kegemukan.
[ 6 markah ]

LATIHAN 5
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan pengitaran semula bahan-bahan buangan. Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Selain itu, kaedah ini dapat mengurangkan longgokan sampah juga. Kitar semula sangat penting. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan sumber semula jadi. Di samping itu, kitar semula dapat menjamin kebersihan alam sekitar. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar. Untuk menjayakannya, kerjasama semua pihak diperlukan. Kesungguhan semua pihak diperlukan juga. Semua pihak inilah yang memahami pentingnya kebersihan dalam kehidupan.
[ 6 markah ]
LATIHAN 6
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Isu bas sekolah timbul lagi. Isu ini berjaya diselesaikan dengan baik. Pengusaha bas sekolah bersetuju dengan kadar baharu tambang bas sekolah. Mereka tidak bersetuju dengan syarat usia bas. Syarat ini akan membebankan tanggungan kos para pengusaha. Tambang baharu ditetapkan oleh kerajaan. Tambang baharu itu melegakan ibu bapa. Tambang baharu menjaga kepentingan pengusaha bas sekolah.
[ 6 markah ]

LATIHAN 7
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Wabak denggi masih lagi menular dan mengancam nyawa sesiapa sahaja. Begitu juga dengan wabak chikungunya yang masih merebak. Banyak kes kematian yang telah dilaporkan oleh media massa. Sikap kita yang alpa dengan kebersihan sekitar tempat tinggal menjadi penyebab utama. Tin-tin kosong dan tayar-tayar buruk menyebabkan air bertakung. Tempat-tempat ini akan menjadi sarang pembiakan nyamuk-nyamuk tersebut. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan segera. Orang ramai perlu mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Pesakit-pesakit hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. Pihak berwajib pula perlu membuat pemantauan. Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membiarkan kawasan sekitar rumahnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes ini. [ 6 markah ]

LATIHAN 8
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Kemasukan pelajar-pelajar asing kian banyak. Kemasukan mereka mendatangkan keuntungan kepada negara. Kedatangan mereka memesatkan industri pendidikan. Mereka menuntut ilmu di sini. Mereka menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Di samping menuntut ilmu mereka membelanjakan wang yang banyak di situ. Mereka membelanjakan wang untuk membeli buku. Mereka membelanjakan wang untuk membayar yuran pengajian. Mereka membelanjakan wang untuk perkhidmatan yang digunakan.               [ 6 markah ]

LATIHAN 9
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Banyak bangunan pencakar langit telah dibina di ibu kota. Kos untuk membina bangunan tersebut amat tinggi. Kerajaan tetap membina bangunan tersebut. Banyak keuntungan yang bakal dinikmati oleh masyarakat kita. Ramai pelancong akan datang untuk menyaksikan kehebatan negara kita.                                                                              [ 6 markah ]

LATIHAN 10
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pembina bangsa terletak di atas bahu seorang pendidik. Hakikat ini telah bermula sejak sekian lama. Sambutan Hari Guru diadakan pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sambutan diadakan di seluruh negara sebagai menghormati jasa para guru. Guru mendidik anak bangsa ke arah pembangunan jati diri cemerlang. Bersesuaian dengan matlamat untuk menjadi negara yang maju dan aman. Rahsia untuk menjadi guru cemerlang. Keseronokan dan minat yang mendalam terhadap profesion yang diceburi.                                                                                                                         [ 6 markah ]

LATIHAN 11
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Rasuah ialah penyakit masyarakat. Gejala rasuah berlaku di negara kita. Gejala itu agak membimbangkan. Masalah ini perlu dibanteras pada semua peringkat. Pemberi dan penerima rasuah perlu dikenakan hukuman berat. Penghapusan rasuah adalah perlu. Rasuah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rasuah dapat melumpuhkan ekonomi negara juga. Penghapusan rasuah dapat menjamin keharmonian masyarakat dan negara. Penghapusan rasuah dapat menjamin ketenteraman masyarakat dan negara.          [ 6 markah ]

LATIHAN 12
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supayaenjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Kementerian Pelajaran berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau. Langkah ini merupakan langkah yang bijak. Usaha ini memang tepat pada masanya. Dengan ini, institusi pendidikan negara dapat diperkukuh. Agenda besar ini sudah pasti meletakkan martabat bangsa di tempat yang sewajarnya. Hasrat ini perlu dilaksanakan bagi mengisi Wawasan 2020 yang bakal menjelang tiba. Kejayaannya ditentukan oleh sokongan padu masyarakat. Kepercayaan masyarakat yang tidak berbelah bahagi diperlukan untuk menjayakannya.                                                                                 [ 6 markah ]

LATIHAN 13
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Bank Simpanan Nasional telah melancarkan skim tabungan. Bank Simpanan Nasional melancarkan skim pinjaman. Skim ini dapat membantu orang miskin memerlukan perniagaan. Skim ini dilancarkan oleh Perdana Menteri. Majlis ini turut dihadiri para menteri. Mereka amat menyokong usaha murni ini. Sumbangan dari bank ini dapat memacu ekonomi negara. Sumbangan tersebut dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Sumbangan ini dapat memajukan negara.                                                              [ 6 markah ]

KEPELBAGAIAN JENIS FORMAT KARANGAN SPM

$
0
0
KARANGAN1
SOALAN: Setiap pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai satu aktiviti tersebut.

 
           Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang wajib disertai oleh semua pelajar. Sebenarnya, kegiatan kokurikulum biasanya dijalankan selepas waktu belajar atau pada hari Sabtu. Antara aktiviti ini termasuklah persatuan, kelab, permainan, unit beruniform, dan sukan. Saya telah menyertai pasukan pengakap sejak tingkatan satu lagi untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa menyertai pasukan pengakap sekolah, banyak pengalaman telah saya lalui.

            Pasukan pengakap sekolah sangat aktif. Kami perlu menghadiri perjumpaan pada setiap minggu. Biasanya, kami akan dilatih untuk belajar cara-cara berkawad kaki. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan kawad kaki unit beruniform merupakan aktiviti utama dalam agenda tahunan pasukan pengakap. Oleh hal yang demikian, saya mempelajari teknik berkawad dengan berpegang pada prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Walaupun berkawad kaki merupakan latihan yang sukar, namun saya tetap dapat menguasainya kerana saya tidak mudah berputus asa untuk mempelajari sesuatu ilmu.

            Selain itu, saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara untuk mendirikan khemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kami perlu mendirikan khemah sendiri tanpa bantuan guru pengajar sewaktu perkhemahan dijalankan. Dalam aktiviti ini, kami diajar teknik mencari batu yang sesuai, kayu yang kukuh, dan mengetahui kelengkapan yang perlu disediakan untuk mendirikan khemah. Di samping itu, kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata orang tua iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sewaktu mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang utuh seperti isi dengan kuku dapat dibina.

            Di samping itu, saya juga mempelajari cara-cara untuk memberikan bantuan kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana khidmat pasukan pengakap sekolah amat diperlukan apabila pihak sekolah mengadakan program seperti Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Bertemu dengan Pelanggan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ilmu bantuan kecemasan ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Saya diajar cara membasuh luka, membalut luka, dan mengikat tangan yang patah apabila berlakunya kecederaan. Saya amat yakin bahawa ilmu dalam bidang ini menjadikan diri saya lebih kental dan tabah menghadapi cabaran sebagai pelajar kerana ilmu pelita hidup.

            Sementara itu, saya turut dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup apabila menyertai pasukan pengakap sekolah. Hal ini memang benar kerana guru pembimbing pengakap sentiasa berkongsi ilmu dengan kami tentang pokok yang boleh dijadikan herba untuk mengubati luka dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, kami turut diajar untuk mengenal pasti pokok yang menyimpan banyak air untuk diminum. Dengan ilmu yang saya pelajari ini, persiapan untuk menyertai perkhemahan di dalam hutan akan menjadi lebih sempurna. Saya sentiasa mengingati pesanan guru pembimbang yang mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

            Sepanjang menyertai pasukan beruniform ini, saya juga banyak memperoleh pengalaman hidup yang berharga sebagai bekalan masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat mempelajari kepentingan bekerja dalam pasukan kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Misalnya, suatu aktiviti perkhemahan yang dijalankan hanya dapat dijayakan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru pengiring, pelatih, dan ahli pengakap. Oleh itu, saya diajar untuk menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersatu padu untuk menghadapi cabaran. Pendek kata, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

            Kesimpulannya, pasukan pengakap merupaka satu daripada aktiviti kokurikulum yang saya sertai. Saya yakin bahawa setiap unit beruniform mahupun persatuan dan kelab mempunyai keunikan yang tersendiri. Para pelajar harus menyertainya untuk merasai dan melalui sendiri pengalaman sewaktu menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai penyimpul bicara, kita haruslah menyahut seruan Menteri Pelajaran untuk menjadikan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum sebagai kriteria penting dalam penerimaan kemasukan ke universiti atau institusi pengajian tinggi. Oleh sebab itu, jom kita aktif dalam kegiatan kokurikulum.

 

KARANGAN 2
SOALAN: “Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”.
                  Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas.

 

                  Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Ungkapan ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memikul tanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

                  Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan  penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang mampu mencongteng arang di muka ibu bapa.

                  Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran anak-anak mereka.

                  Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana datang daripada keluarga yang baik dan yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

                  Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.

                  Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.

                  Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

KARANGAN 3

SOALAN:
Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

 

            Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya kita tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.

 

Hadirin yang saya hormati,

            Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipajangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ajal tiba. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.

 

            Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberi subsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akan melalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna.

 

            Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain.

 

Para hadirin yang budiman,

            Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapay usa 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluhibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi.

            Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster “hormati yang tua, utamakan yang memerlukan”  di dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua.

           

Sebelum saya mengundurkan diri,

            Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan jiwa. Selum saya menyimpul bicara pada hari ini, dengarkanlah pantun berikut:

 

                                                           Bulan purnama ke pekan Kuah,
                                                                       Tengah hari membeli ragi;
                                                           Dirimu umpama nyiur bertuah,
                                                                       Padat sari harun mewangi.
                
                                                           Curah serbat di atas lantai,
                                                                       Basah tikar lupa disidai;
                                                           Dikau ibarat karang di pantai,
                                                                       Tak pernah gentar dipukul badai.

                                                           Pohon sena tepi perigi,
                                                                       Tepi paya si pohon jambu;
                                                           Hadirmu laksana suria pagi,
                                                                       Menyinar maya tdak pernah jemu.

                                                           Anak dara ke Tanjung Batu,
                                                                      Kamu rasa dari tenggara;
                                                           Tidak ternilai jasa baktimu,
                                                                       Kepada bangsa juga negara.
               

                                                           Tidak goyah pancang seribu,
                                                                       Tika masih badai menderu;
                                                           Engkau ayah, engkaulah ibu,
                                                                       Menumpang kasih mengubat rindu.

                                                           Betik muda dibuat halwa,
                                                                       Kelapa muda santan dirasa;
                                                           Biar muda di dalam jiwa,
                                                                       Dari tua sebelum masa.

            Sekian, terima kasih.

KARANGAN 4

SOALAN: Di kawasan tempat tinggal anda, masalah belakan air sering berlaku. Hal ini banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa bekalan air.

                    Tulis surat tersebut selengkapnya.

 

Sivaji Ram

22, Lorong Pahlawan 29,

Bandar Botanik,

41200 Klang.

Selangor Darul Ehsan.

______________________________________________________________________________________________

 

Tuan Pengarah

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

Menara SYABAS

Jalan Sultan Ibrahim,

41000 Klang.

SELANGOR DARUL EHSAN                                                                         10 SEPTEMBER 2011.

 

Tuan,

 

Masalah Bekalan Air di Taman Perumahan

Berdasarkan perkara di atas, saya Sivaji Ram selaku wakil penduduk menulis surat ini kepada pihak tuan. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyuarakan kesulitan yang kami hadapi akibat masalah bekalan air yang kami hadapi sejak 6 bulan yang lalu. Masalah yang belum diatasi ini membawa pelbagai kesulitan kepada kami.

 

2.         Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan perumahan kami telah membawa banyak kesulitan kepada penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air sering terputus tanpa diberikan sebarang notis daripada pihak SYABAS. Masalah ini menyebabkan kami tidak dapat menyimpan air yang secukupnya untuk menghadapi keputusan bekalan air yang berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh hal yang demikian, banyak aktiviti harian seperti mencuci dan membersihkan diri. Masalah ini amat tidak memberikan ketidakselesaan kepada kami. Kami berharap agar notis atau surat pemberitahuan disampaikan kepada kami supaya kami dapat sediakan payung sebelum hujan.

 

3.         Selain itu, kami turut menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi sehingga masalah tekanan air rendah berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana tangki air di taman perumahan kami tidak cukup untuk menampung bilangan penduduk yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila bekalan air terputus. Apabila bekalan air pulih seperti biasa, tekanan air rendah sehingga kami terpaksa membeli pam air untuk mempertingkatkan tekanan air di rumah kami. Oleh hal yang demikian, permohonan kami supaya tangki air tambahan dibina haruslah pihak tuan kaji.

 

4.         Kami turut menghadapi masalah bekalan air yang kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air paip yang kami peroleh terus daripada tangki berwarna kekuning-kuningan walaupun sudah melalui tapisan. Kami berasa bimbang sekiraya keadaan ini akan menyebabkan kesihatan rakyat terganggu. Pada masa yang sama, beberapa kes bayi yang mengalami masalah cirit-bicit telah berlaku akibat meminum air susu yang sumbernya daripada air paip yang telah dididih. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, kami berharap agar rawatan bekalan air yang pihak tuan lakukan dapat menepati ciri-ciri keselamatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar kesihatan kami terjamin.

5.         Di samping masalah di atas, kami juga sering menghadapi masalah kecurian air paip. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan perumahan kami masih baharu dan projek perumahan masih dijalankan oleh pemaju perumahan di kawasan tempat tinggal kami. Hal ini menyebabkan pekerja kontrak pembinaan rumah yang tinggal di kawasan perumahan kami mencuri bekalan air paip dengan membuat sambungan haram tanpa kebenaran pihak SYABAS. Kami berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara ini supaya kami tidak akan terus mengalami masalah bekalan air. Siasatan yang terperinci perlu pihak tuan lakukan agar sikap pemaju perumahan yang bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ini dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

 

6.         Masalah seterusnya yang menghantui kami ialah bil bekalan air yang sangat membebankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pegawai bertugas yang datang dari rumah ke rumah untuk mendapatkan bacaan meter air bersikap melepaskan batuk di tangga sewaktu menjalankan tugas. Pegawai yang bertugas untuk membaca bil bekalan air tidak mendapatkan bacaan sebenar dan sering kali membuat bacaan anggaran lalu mengenakan bil yang tinggi dan membebankan kami. Kami berharap agar masalah ini akan mendapat perhatian pihak tuan. Bayangkanlah, sebuah rumah yang didiami 3 orang penghuni terpaksa membayar bil air sebanyak RM180 sebulan kerana bil anggaran yang dikeluarkan oleh pegawai pembaca bil yang bertugas. Masalah ini perlu diberikan perhatian dengan serius oleh pihak SYABAS.

 

            Kami berharap semua rintihan dan keluhan hati kami di atas akan diperhatikan oleh pihak SYABAS. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas segala bantuan dan perkhidmatan yang kami terima setakat ini. Selain itu, kami berharap semoga masalah bekalan air di kawasan tempat tinggal kami dapat diselesaikan secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

 Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

 

 
(SIVAJI RAM)

Wakil Penduduk Bandar Botanik

 
KARANGAN 5

SOALAN: “Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit”.
                    Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa tersebut.

 

                        Peribahasa Melayu memang indah dan istimewa. Peribahasa biasanya memainkan peranan sebagai pendorong dan penyedar kepada kita tentang hakikat yang berlaku di dunia ini. Peribahasa “seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit” membawa maksud kesalahanyang dilakukan oleh seorang menyebabkan seluruh kumpulan yang tidak terbabit dihukum atau dipersalahkan. Peribahasa ini dapat memberikan peringatan kepada anggota masyarakat tentang kepentingan berfikir dengan dalam-dalam sebelum membuat sesuatu yang akan menyusahkan orang lain. Oleh hal yang demikian, peribahasa ini mestilah dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
                     

            Zhengyu merupakan seorang remaja yang nakal. Hal ini dikatakan demikian kerana dia tidak mendengar nasihat orang lain. Dia suka mengusik kawan-kawan di dalam kelas dan mengejek orang lain. Oleh sebab itu, dia tidak disukai oleh kawan-kawan sekelasnya. Walau bagaimanapun, Zhengyu merupakan seorang pelajar yang mahir dalam subjek Matematik. Hal ini menyebabkan kawan-kawan sekelasnya menjadikan Zhengyu sebagai rujukan mereka.
         

            Pada suatu hari, Zhengyu membawa mercun ke sekolah. Dia meletakkan mercun itu ke dalam beg sekolahnya supaya tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab Tahun Baharu Cina semakin menjelang, Zhengyu ingin bermain mercun di dalam kelas. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya amat berbahaya dan akan membawa kemudaratan dan masalah kepada rakan sekelasnya. Dia mula mengeluarkan mercun dan menyalanya.


            “Pang! Pang! Pang!” Bunyi mercun yang meletop menyebabkan seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Hal ini dikatakan demikian kerana ujian bulanan sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan guru disiplin dan tuan pengetua berasa amat marah. Selepas waktu rehat, tuan pengetua mengarahkan para pengawas membuat pemeriksaan secara mengecut ke setiap kelas untuk mencari mercun yang dibawa oleh pelajar yang nakal itu. Para pengawas pun bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.


            Sampai di kelas mereka, pengawas bertugas berjaya menemukan serpihan mercun yang dibuang ke dalam tong sampah. Selain itu, mereka juga berjaya menemukan beberapa papan mercun di dalam beg Zhengyu. Hal ini menyebabkan guru kelas 3 Doritis berasa amat malu atas perbuatan anak muridnya. Tuan pengetua pula memasuki kelas. Beliau menyalahkan ketua tingkatan kerana tidak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak sekolah. Akibatnya, tuan pengetua menghukum semua murid yang belajar di dalam kelas 3 Doritis.

            Perbuatan Zhengyu yang membawa mercun ke sekolah telah menyebabkan rakan sekelasnya menjadi mangsa hukuman pengetua sekolah. Hal ini disebabkan oleh rakan sekelasnya dituduh bersubahat dengan tindakan Zhengyu yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, semua murid 3 Doritis diwajibkan menulis ayat “Saya tidak akan melanggar peraturan sekolah lagi” sebanyak 1000 ayat. Selain itu, mereka juga diarahkan menyapu lantai dan mengelop lantai tangga di seluruh kawasan sekolah yang bertangga.
        

            Kesimpulannya, tindakan Zhengyu yang membuat kesalahan telah menyebabkan rakan-rakan sekelasnya menerima padah. Keadaan ini sama dengan maksud peribahasa “seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit”. Oleh hal yang demikian, kita haruslah mematuhi peraturan sekolah dan berfikir secara masak-masak sebelum membuat sesuatu tindakan bagai mengelakkan rakan-rakan kita juga dihukum. Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar peraturan sekolah sesuka hati.Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar peraturan sekolah sesuka hati.

KARANGAN SPM - FAEDAH 1 MURID 1 SUKAN

Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>