↧
KOLEKSI KERTAS 1 - BAHAGIAN A (KARANGAN BERGAMBAR) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA 2016
↧
KERANGKA KARANGAN TUAN HAJI ISHAK DARIPADA ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN KERTAS 1 BM SPM SE-MALAYSIA 2016
↧
↧
KOLEKSI SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
↧
KERANGKA KARANGAN BERGAMBAR KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA 2016
Yang memuat turun bahan ini, ucapkanlah terima kasih di ruang komen.
Budi bahasa budaya kita.
Budi bahasa budaya kita.
↧
KARANGAN CEMERLANG SPM - Kebaikan Amalan Rumah Terbuka
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaumdalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asingyang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.
Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.
Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.
Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.
Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysiamelalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.
Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
↧
↧
KARANGAN CEMERLANG SPM - PERANAN ANAK-ANAK UNTUK MERINGANKAN BEBAN KEWANGAN KELUARGA
Pelbagai masalah mula menekan keluarga seperti peningkatan kos hidup dan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu, anak-anak boleh membantu ibu bapa untuk mengurangkan bebanan kewangan yang semakin meruncing.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga.
KARANGAN:
Semua pihak telah maklum bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam dan krisis bahan makanan cukup menakutkan pelbagai pihak. Hingga hari ini, ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500.00. Beban kewangan adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah memahami susah payah ibu bapa dengan cara melakukan pelbagai prakarsa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh mereka.
Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh untuk meringankan beban kewangan keluarga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama tenaga elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah paras RM20.00, justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuma. Langkah bijak ini sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Sejajar dengan itu, langkah lain yang wajar dilakukan oleh anak-anak adalah mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan seharian. Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah beratnya tanggungan ibu bapa, bak kata peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Mereka tidak harus menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Misalnya, mereka tidak harus meminta-minta sesuatu di luar kemampuan ibu bapa seperti ingin memiliki pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan di tempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sama enggangmasakan dapat terbang bersama.
Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sesebuah negara seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah mereka harus mengetepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi usahawan yang berjaya dengan memulakan peniagaan dari bawah. Oleh sebab itu, langkah yang terpenting ialah setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”.
Prakarsa seterusnya untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kegawatan ekonomi ialah anak-anak harus membudayakan amalan menabung. Hal ini demikian kerana mereka dapat membantu keluarga untuk menampung perbelanjaan luar jangkaan apabila mengalami kesempitan wang. Menurut Datuk Dr Hassan Ali, wang yang disimpan di bank boleh menjadi penyelamat pada masa gawat. Dalam konteks ini , wang pemberian ibu bapa yang tidak dibelanjakan harus disimpan kerana sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Tamsilannya, tabungan tersebut dapat digunakan oleh ibu bapa untuk membiayai kos sara hidup yang kian meningkat yang sedang melanda negara kita kini. Malahan, anak-anak dapat menggunakan tabungan untuk menampung perbelanjaan persekolahan mereka. Natijahnya, jika anak-anak mengamalkan budaya yang mulia ini, maka mereka mampu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga.
Sebagai penutup wacana, anak-anak memainkan peranan yang amat penting dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa. Ketika berdepan dengan pelbagai cabaran akibat krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian pembentukan keluarga bahagia. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.
↧
AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF / AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF SONGSANG
1. Ibu saya menghadiahi kakak sebatang pen pada hari jadinya.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Ibu saya | menghadiahi kakak sebatang pen | pada hari jadinya. |
AYAT PASIF BIASA | Kakak | dihadiahi sebatang pen oleh ibu saya | pada hari jadinya. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
2. Bapa memberikan sejambak bunga kepada ibu bersempena dengan Hari Ibu.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Bapa | memberikan sejambak bunga kepada ibu | bersempena dengan Hari Ibu |
AYAT PASIF BIASA | Sejambak bunga | diberikan kepada ibu oleh bapa | bersempena dengan Hari Ibu |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
3. Kakak menerima sebentuk cincin berlian lima karat daripada tunangnya pada minggu lalu.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Kakak | menerima sebentuk cincin berlian lima karat | daripada tunangnya pada minggu lalu. |
AYAT PASIF BIASA | sebentuk cincin berlian lima karat | diterima oleh kakak | daripada tunangnya pada minggu lalu. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
4. Isteri Sajini memasakkannya semangkuk mi jawa panas pada hujung minggu.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Isteri Sajini | memasakkannya semangkuk mi jawa panas | pada hujung minggu. |
AYAT PASIF BIASA | Sajini | dimasakkan semangkuk mi jawa panas oleh isterinya | pada hujung minggu. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
5. Bahuruddin menerima sepucuk surat daripada sekolah.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Bahuruddin | menerima sepucuk surat | daripada sekolah. |
AYAT PASIF BIASA | Sepucuk surat | diterima oleh Bahuruddin | daripada sekolah. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
6. Irdina bukan memarahi ibu tetapi menegurnya dengan cara baik.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Irdina | bukan memarahi ibu tetapi menegurnya | dengan cara baik |
AYAT PASIF BIASA | Ibu | bukan dimarahi tetapi ditegur oleh Irdina | dengan cara baik |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
7. Salleh perlu menghantar manuskrip kepada pihak penerbit secepat mungkin.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Salleh | perlu menghantar manuskrip | kepada pihak penerbit secepat mungkin. |
AYAT PASIF BIASA | Manuskrip | perlu dihantar oleh Salleh | kepada pihak penerbit secepat mungkin. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
8. Mei Ling menuliskan ibunya sepucuk surat untuk dihantar kepada kakak di London.
8. Mei Ling menuliskan ibunya sepucuk surat untuk dihantar kepada kakak di London.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Mei Ling | menuliskan ibunya sepucuk surat | untuk dihantar kepada kakak di London. |
AYAT PASIF BIASA | Ibu Mei Ling | dituliskan sepucuk surat olehnya | untuk dihantar kepada kakak di London. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
9. Kak Din menggores perasaan ibunya dengan kata-kata kesat.
9. Kak Din menggores perasaan ibunya dengan kata-kata kesat.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Kak Din | menggores perasaan ibunya | dengan kata-kata kesat |
AYAT PASIF BIASA | Perasaan ibu Kak Din | digores olehnya | dengan kata-kata kesat |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
10. Datuk Seri Nazir membeli sehelai baju berjenama untuk anak perempuannya.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Datuk Seri Nazir | membeli sehelai baju berjenama | untuk anak perempuannya. |
AYAT PASIF BIASA | Sehelai baju berjenama | dibeli oleh Datuk Seri Nazir | untuk anak perempuannya. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
11. Sultan Selangor menganugerahi Dato' Subramaniam pingat kebesaran negeri bersempena dengan hari keputeraan baginda.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Sultan Selangor | menganugerahi Dato' Subramaniam pingat kebesaran negeri | bersempena dengan hari keputeraan baginda |
AYAT PASIF BIASA | Dato' Subramaniam | dianugerahi pingat kebesaran negeri oleh Sultan Selangor | bersempena dengan hari keputeraan baginda |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
12. Siew Hua meneliti fail-fail yang tebal itu dengan hati-hati.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Siew Hua | meneliti fail-fail yang tebal itu | dengan hati-hati |
AYAT PASIF BIASA | fail-fail yang tebal itu | diteliti oleh Siew Hua | dengan hati-hati |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
13. Guru subjek Bahasa Melayu itu memberikan nasihat kepada anak-anak muridnya.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Guru subjek Bahasa Melayu itu | memberikan nasihat | kepada anak-anak muridnya. |
AYAT PASIF BIASA | Nasihat | diberikan oleh guru subjek Bahasa Melayu itu | kepada anak-anak muridnya. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
14. Tuan Harun mengajarkan subjek Pendidikan Agama kepada murid Tingkatan 1 di sekolah ini.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Tuan Harun | mengajarkan subjek Pendidikan Agama | kepada murid Tingkatan 1 di sekolah ini. |
AYAT PASIF BIASA | Subjek Pendidikan Agama | diajarkan oleh Tuan Harun | kepada murid Tingkatan 1 di sekolah ini. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
15. Kereta berjenama Rolls Royce itu melanggar tembok konkrit di hujung jalan itu.
15. Kereta berjenama Rolls Royce itu melanggar tembok konkrit di hujung jalan itu.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Kereta berjenama Rolls Royce itu | melanggar tembok konkrit | di hujung jalan itu. |
AYAT PASIF BIASA | Tembok konkrit | dilanggar oleh kereta berjenama Rolls Royce itu | di hujung jalan itu. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
16. Suhaimi Baba merakamkan filem itu di sebuah tasik yang indah.
16. Suhaimi Baba merakamkan filem itu di sebuah tasik yang indah.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Suhaimi Baba | merakamkan filem itu | di sebuah tasik yang indah |
AYAT PASIF BIASA | Filem itu | dirakamkan oleh Suhaimi Baba | di sebuah tasik yang indah |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
17. Joseph memeriksa tangki kereta pada setiap pagi.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Joseph | memeriksa tangki kereta | pada setiap pagi. |
AYAT PASIF BIASA | Tangki kereta | diperiksa oleh Joseph | pada setiap pagi. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
18. Tuan Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah itu.'
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Tuan Pengetua | menyampaikan sijil penghargaan | kepada penceramah itu. |
AYAT PASIF BIASA | Sijil penghargaan | disampaikan oleh Tuan Pengetua | kepada penceramah itu. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
19. Murid-murid di kelas itu memberitahu kami tentang perkara ini.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Murid-murid di kelas itu | memberitahu kami | tentang perkara ini. |
AYAT PASIF BIASA | Kami | diberitahu oleh murid-murid di kelas itu | tentang perkara ini. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
20. Syatirah menidurkan anak kecilnya di dalam buaian.
20. Syatirah menidurkan anak kecilnya di dalam buaian.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Syatirah | menidurkan anak kecilnya | di dalam buaian. |
AYAT PASIF BIASA | anak kecil Syatira | ditidurkan olehnya | di dalam buaian. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
21. Maharaja Dewa Tekala mengurniakan pakaian yang indah-indah
kepada penjurit tua itu.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Maharaja Dewa Tekala | mengurniakan pakaian yang indah-indah | kepada penjurit tua itu |
AYAT PASIF BIASA | Pakaian yang indah-indah | dikurniakan oleh Maharaja Dewa Tekala | kepada penjurit tua itu |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
22. Ibu memasak nasi goreng untuk kami sekeluarga.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Ibu | memasak nasi goreng | untuk kami sekeluarga. |
AYAT PASIF BIASA | Nasi goreng | dimasak oleh ibu | untuk kami sekeluarga. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
23. Saya menulis sajak untuk kawan yang dirindui.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Saya | menulis sajak | untuk kawan yang dirindui. |
AYAT PASIF BIASA | Sajak | saya tulis | untuk kawan yang dirindui. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
24. Kak long menumiskan ibu bawang dengan cili kering yang digiling.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Kak long | menumiskan ibu bawang | dengan cili kering yang digiling |
AYAT PASIF BIASA | Ibu | ditumiskan bawang oleh kak long | dengan cili kering yang digiling |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
25. Calon peperiksaan itu menjawab soalan komponen sastera dengan baik.
SUBJEK | PREDIKAT | KATA KETERANGAN | |
AYAT AKTIF | Calon peperiksaan itu | menjawab soalan komponen sastera | dengan baik. |
AYAT PASIF BIASA | Soalan komponen sastera | dijawab oleh calon peperiksaan itu | dengan baik. |
AYAT PASIF SONGSANG | 1 | 2 | 3 |
JENIS PASIF SONGSANG (3+1+2 / 3+2+1 / 2+3+1 / 2+1+3)
↧
RAMALAN SPM 2016 - LATIHAN BINA AYAT DENGAN PERIBAHASA
LATIHAN BINA AYAT DENGAN PERIBAHASA
Tulis satu ayat dengan peribahasa di bawah. Ayat yang anda bina hendaklah menepati maksud dan mendukung maksud yang tepat dengan peribahasa tersebut.
LATIHAN 1
(i) Seperti puteri lilin– takut akan kepanasan
(ii) Pisang berbuah dua kali – tidak mengulangi kesalahan
(iii) Indah khabar dari rupa – yang didengar dan yang dilihat sendiri adalah berbeza
[ 6 markah ]
LATIHAN 2
(i) menangguk di air keruh– mengambil kesempatan
(ii) sedangkan lidah lagi tergigit – suami dan isteri pasti pernah bergaduh
(iii) seperti sirih pulang ke gagang – pulang ke tempat asal
[ 6 markah ]
LATIHAN 3
(i) alah bisa tegal biasa – kerja yang susah akan menjadi mudah kerana biasa dilakukan
(ii) melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar anak-anak sejak kecil
(iii) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – kalau ada cita-cita, kita akan berusaha untuk mencapainya
[ 6 markah ]
LATIHAN 4
(i) otak cair - bijaksana
(ii) bagai aur dengan tebing – saling memerlukan
(iii) biar putih tulang, jangan putih mata – sanggup berkorban
[ 6 markah ]
LATIHAN 5
(i) seperti abu di atas tunggul – keadaan yang bahaya
(ii) cepat menangkap – mudah memahami pelajaran
(iii) ada cincin hendakkan batunya pula - tamak
[ 6 markah ]
LATIHAN 6
(i) beraja di mata, bersultan di hati– terlalu mengikut perasaan
(ii) pukul anak sindir menantu – marah untuk tujuan mendidik
(iii) Sealak-alak beras akan penyaram – membuat kerja sehingga selesai
[ 6 markah ]
LATIHAN 7
(i) asal ada, kecil pun ada – mudah berterima kasih / bersyukur
(ii) awak alah gelanggang usai – kalah pertandingan tetapi menang sokongan
(iii) atap ijuk perabung timah – hidup miskin
[ 6 markah ]
↧
RAMALAN KOMSAS 2016 - CERPEN TINGKATAN 4
RAMALAN 1
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku berdebar-debar?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satuperwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) Hati aku berdebar-debar kerana
-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii) Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii) Perwatakan aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya
Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 2
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti jaket untuk wanita.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik?
[2 markah]
(ii) Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii) Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii) Pengajaran dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah
Pengajran dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 3
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang sangat cerewet?
[2 markah]
(ii) Kijang merupakan antara binatang liar yang kian pupus.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus terpelihara dan tidak pupus daripada bumi ini?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) “Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan
(ii) Cara memastikan binatang liar terus terpelihara
-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar
(iii) Persoalan aku dalam petikan
-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang melambangkan kemegahan dan kemewahan
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-sikap hati-hati dalam pembelian
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 4
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengekata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak seimbang?
[2 markah]
(ii) Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]
(i) Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur
(ii) Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan
(iii) Persoalan dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah
-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota
RAMALAN 5
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Kehebatan nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan
(ii) Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain
-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan nombor kecemasan di tempat baharu
(iii) Latar masyarakat dalam petikan
-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang lain dengan bahasa ibunda
Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah
-masyarakat yang berpegang pada janji
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota
RAMALAN 6
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab untuk memajukan bidang pertanian
(ii) Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan
(iii) Persoalan dalam petikan
-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan untuk memajukan bidang pertanian
Peroalan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya
RAMALAN 7
Soalan 2 (b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang tandatangan atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang memang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh generasi akan datang untuk memelihara tanah pusaka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung
(ii) Usaha untuk memelihara tanah pusaka
-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan keluarga
(iii) Nilai kemanusiaan dalam petikan
-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata bahawa Pak Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia akan dituduh penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya
↧
↧
KARANGAN RAMALAN SPM 2016
↧
CAKNA EJA - JENIS-JENIS PENYAKIT
INFO KATA
CAKNA EJA
Meningitis✅
Meninggits❌
Alergi✅
Allergi❌
Epilepsi✅
Epilapsi❌
Gastrik✅
Gastritis✅
Gastriks❌
Apendiks✅
Apandiks❌
Gangren✅
Gengren❌
Migrain✅
Magrain❌
Migerin❌
Diabetes✅
Diabetis❌
Parkinson✅
Parkinsons❌
Stres✅
Sress❌
resdung✅
resdong❌
selesema✅
selsema❌
pneumonea❌
pneumonia✅
suriawan❌
seriawan✅
kansir❌
kanser✅
kankir❌
kanker✅
chachar❌
cacar✅
kolira❌
kolera✅
flew❌
flu✅
nyoyang❌
nyonyang✅
sengugut❌
senggugut✅
katerak❌
katarak✅
talasimia❌
talasemia✅
glakoma❌
glaukoma✅
hidro-fobia❌
hidrofobia✅
CAKNA EJA
Meningitis✅
Meninggits❌
Alergi✅
Allergi❌
Epilepsi✅
Epilapsi❌
Gastrik✅
Gastritis✅
Gastriks❌
Apendiks✅
Apandiks❌
Gangren✅
Gengren❌
Migrain✅
Magrain❌
Migerin❌
Diabetes✅
Diabetis❌
Parkinson✅
Parkinsons❌
Stres✅
Sress❌
resdung✅
resdong❌
selesema✅
selsema❌
pneumonea❌
pneumonia✅
suriawan❌
seriawan✅
kansir❌
kanser✅
kankir❌
kanker✅
chachar❌
cacar✅
kolira❌
kolera✅
flew❌
flu✅
nyoyang❌
nyonyang✅
sengugut❌
senggugut✅
katerak❌
katarak✅
talasimia❌
talasemia✅
glakoma❌
glaukoma✅
hidro-fobia❌
hidrofobia✅
↧
ANALISIS KOMPLIT ANTOLOGI BINTANG HATI - KEGUNAAN SEMUA MURID TINGKATAN 3 MULAI 2017
PENGUMUMAN!
ANALISIS KOMPLIT KOMSAS TINGKATAN 3 UNTUK KEGUNAAN 2017.
KANDUNGAN 280 muka surat
1. Analisis lengkap termasuk maksud kosa kata puisi tradisional & moden
2. LATIHAN - 5 set setiap tajuk
3. SKEMA JAWAPAN DISEDIAKAN
BUTIRAN BAYARAN:
HARGA: RM50
(HARGA YANG DINYATAKAN DI ATAS SUDAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN KE SELURUH NEGARA)
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NAMA BANK: HONG LEONG BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 10801002719
HANTARKAN BUTIRAN BERIKUT KEPADA SAYA SECARA PERIBADI:
NAMA LENGKAP:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
BUKU INI AKAN MULA DIHANTAR PADA 17 DISEMBER 2016 SECARA POSLAJU
HANTAR BUKTI BAYARAN BANK IN KEPADA SAYA MELALUI TELEGRAM / WHATSAPP DI BAWAH:
CIKGU TAN CL
NO TEL: +60122099440
SEBARANG PERTANYAAN: WHATSAPP / TELEGRAM SAHAJA
↧
KOLEKSI ANALISIS KOMPLIT ANTOLOGI - KEGUNAAN SEMUA MURID TINGKATAN 1- TINGKATAN 5
PENGUMUMAN!
ANALISIS KOMPLIT KOMSAS TINGKATAN 1- 5 UNTUK KEGUNAAN 2017.
KANDUNGAN 280-403 muka surat setiap buku di atas.
ANALISIS KOMPLIT KOMSAS TINGKATAN 1- 5 UNTUK KEGUNAAN 2017.
KANDUNGAN 280-403 muka surat setiap buku di atas.
1. Analisis lengkap termasuk maksud kosa kata puisi tradisional & moden
2. Latihan - 5 set setiap tajuk
3. SKEMA JAWAPAN LENGKAP DISEDIAKAN
BUTIRAN BAYARAN:
HARGA SETIAP BUKU BERASINGAN:
2. Latihan - 5 set setiap tajuk
3. SKEMA JAWAPAN LENGKAP DISEDIAKAN
BUTIRAN BAYARAN:
HARGA SETIAP BUKU BERASINGAN:
TINGKATAN 1:RM50
TINGKATAN 2:RM50
TINGKATAN 3:RM50
TINGKATAN 4:RM50
TINGKATAN 5:RM50
PEMBELIAN PAKEJ TINGKATAN 1-5 : RM250
(HARGA YANG DINYATAKAN DI ATAS SUDAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN KE SELURUH NEGARA)
MAKLUMAT AKAUN BANK:
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NAMA BANK: HONG LEONG BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 10801002719
HANTARKAN BUTIRAN BERIKUT KEPADA SAYA SECARA PERIBADI:
NAMA LENGKAP:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
HANTAR BUKTI BAYARAN BANK IN KEPADA SAYA MELALUI TELEGRAM / WHATSAPP DI BAWAH:
CIKGU TAN CL
NO TEL: +60122099440
SEBARANG PERTANYAAN: WHATSAPP / TELEGRAM SAHAJA
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NAMA BANK: HONG LEONG BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 10801002719
HANTARKAN BUTIRAN BERIKUT KEPADA SAYA SECARA PERIBADI:
NAMA LENGKAP:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
HANTAR BUKTI BAYARAN BANK IN KEPADA SAYA MELALUI TELEGRAM / WHATSAPP DI BAWAH:
CIKGU TAN CL
NO TEL: +60122099440
SEBARANG PERTANYAAN: WHATSAPP / TELEGRAM SAHAJA
↧
↧
BUKU IMPAK PT3 TULISAN SAYA DENGAN RAKAN-RAKAN PENULIS
Terima kasih kepada Tuan Khairuddin Ayip yang memberikan peluang dan kepercayaan kepada hamba untuk terus menyumbangkan ilmu dalam penerbitan baharu ini.
Sila hubungi Pengurus Pemasaran penerbit NUSAMAS dengan nombor telefonPadi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merekap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir dijadikan intan.
Sirih di hilir merekap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir dijadikan intan.
Hamba juga berharap agar gandingan mantap bersama Tuan Nurin Hasbullah dan Esah Bujang dalam penerbitan buku Impak PT3 kali ini memudahkan PdPc guru dan meyakinkan murid Tingkatan 1, 2, dan 3 dalam usaha memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Dapatkanlah buku ini di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh pelosok negara.
Nota dan latihan tatabahasa, analisis komsas dan praktis termasuk novel, teknik menjawab soalan membina ulasan, dan strategi penulisan cemerlang dalam buku ini diserikan dengan warna yang menarik perhatian pembaca sekali gus menonjolkan kelainan daripada buku-buku tersedia ada di pasaran.
+60162108011 (Allan Yap) jika mahu mendapatkan buku saya.
↧
ANALISIS KOMPLIT NOVEL TINGKATAN 3 (EDISI 2017) & LATIHAN BERBENTUK SOALAN PEPERIKSAAN
PENGUMUMAN!
ANALISIS KOMPLIT NOVEL TINGKATAN 3 & LATIHAN BERBENTUK SOALAN PEPERIKSAAN
SEBUAH MODUL MENGANDUNGI
(A) LEBIH 30 MUKA SURAT ANALISIS NOVEL
(B) 15 SET LATIHAN NOVEL TINGKATAN 3
(C) EDISI MURID – ANALISIS DAN SOALAN LATIHAN NOVEL (15 SET)
(D) EDISI GURU – ANALISIS DAN SOALAN SERTA SKEMA LATIHAN NOVEL (15 SET)
RM3 – EDISI MURID (harga senaskhah)
RM0 – EDISI GURU (DIBERIKAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN PAKEJ)
TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG
MODUL DIJUAL SECARA PUKAL SAHAJA
PAKEJ
(A) 50 NASKHAH EDISI MURID + 1 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM150)
(B) 100 NASKHAH EDISI MURID + 2 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM300)
(C) 150 NASKHAH EDISI MURID + 3 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM450)
(D) 200 NASKHAH EDISI MURID + 4 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM600)
(E) 250 NASKHAH EDISI MURID + 5 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM750)
(F) 300 NASKHAH EDISI MURID + 6 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM900)
(G) 350 NASKHAH EDISI MURID + 7 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM1050)
(H) 400 NASKHAH EDISI MURID + 8 NASKHAH EDISI GURU PERCUMA (RM1200)
(KOS DI ATAS SUDAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA)
BUTIRAN BAYARAN:
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NAMA BANK: HONG LEONG BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 10801002719
Daripada mana-mana bank, anda boleh menghantar wang kepada akaun saya di Hong Leong Bank Berhad. Gunakan Interbank Giro (IBG) Transfer melalui ATM, Perbankan Internet, atau di kaunter bank.
HANTARKAN BUTIRAN BERIKUT KEPADA SAYA SECARA PERIBADI:
NAMA LENGKAP:
ALAMAT:
NO TELEFON:
MODUL AKAN DIHANTAR SECARA POSLAJU
PROSES PENGHANTARAN MEMAKAN MASA 3-5 HARI BERGANTUNG PADA TEMPAT
SIAPA CEPAT DIA DAPAT. HANTAR BUKTI BAYARAN BANK IN KEPADA SAYA MELALUI TELEGRAM / WHATSAPP DI BAWAH:
CIKGU TAN CL
NO TEL: +60122099440
SEBARANG PERTANYAAN: WHATSAPP / TELEGRAM SAHAJA
↧
PANTUN
↧
CAKNA EJA - HURUF A
CAKNA EJA - HURUF A
(HALAMAN 1-17 KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT)
abat ❌
abad ✅
abai mana ❌
abaimana ✅
(kemaluan)
abalon ❌
abalone ✅
(sejenis siput)
abjat ❌
abjad ✅
absin ❌
absen ✅
(tidak hadir)
abstrac ❌
abstrak ✅
acapkali ❌
acap-kali ❌
acap kali ✅
acaran ❌
acaram ✅
(cincin bertunang)
acoh tak acoh ❌
acuh tak acuh ✅
adigan ❌
adegan ✅
adi-cita ❌
adi cita ❌
adicita ✅
(ideologi)
adi-kara ❌
adi kara ❌
adikara ✅
(kekuasaan)
adi-karya ❌
adi karya ❌
adikarya ✅
adminstrasi ❌
administrasi ✅
adminstratif ❌
administratif ✅
adoh ❌
aduh ✅
advokad ❌
advokat ✅
aero-angkasa ❌
aero angkasa ❌
aeroangkasa ✅
arobik ❌
aerobik ✅
aero-dinamik ❌
aero dinamik ❌
aerodinamik ✅
erosol ❌
aerosol ✅
a-fiat ❌
a fiat ❌
afiat ✅
(sihat)
(sihat wal afiat = tidak uzur)
afidavid ❌
afidavit ✅
Afrikans ❌
Afrikaans ✅
ajenda ❌
agenda ✅
ajensi ❌
agensi ✅
ageh ❌
agih ✅
agaria ❌
agraria ✅
(urusan tanah)
agreget ❌
agregat ✅
agro-ekologi ❌
agro ekologi ❌
agroekologi ✅
agro-ekonomi ❌
agro ekonomi ❌
agroekonomi ✅
Aidil Adha ❌
Aidil-adha ❌
Aidiladha ✅
Aidil Fitri ❌
Aidil-Fitri ❌
Aidilfitri ✅
alkido ❌
aikido ✅
(sejenis seni pertahanan diri Jepun)
..... nantikan sambungannya.
(HALAMAN 1-17 KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT)
abat ❌
abad ✅
abai mana ❌
abaimana ✅
(kemaluan)
abalon ❌
abalone ✅
(sejenis siput)
abjat ❌
abjad ✅
absin ❌
absen ✅
(tidak hadir)
abstrac ❌
abstrak ✅
acapkali ❌
acap-kali ❌
acap kali ✅
acaran ❌
acaram ✅
(cincin bertunang)
acoh tak acoh ❌
acuh tak acuh ✅
adigan ❌
adegan ✅
adi-cita ❌
adi cita ❌
adicita ✅
(ideologi)
adi-kara ❌
adi kara ❌
adikara ✅
(kekuasaan)
adi-karya ❌
adi karya ❌
adikarya ✅
adminstrasi ❌
administrasi ✅
adminstratif ❌
administratif ✅
adoh ❌
aduh ✅
advokad ❌
advokat ✅
aero-angkasa ❌
aero angkasa ❌
aeroangkasa ✅
arobik ❌
aerobik ✅
aero-dinamik ❌
aero dinamik ❌
aerodinamik ✅
erosol ❌
aerosol ✅
a-fiat ❌
a fiat ❌
afiat ✅
(sihat)
(sihat wal afiat = tidak uzur)
afidavid ❌
afidavit ✅
Afrikans ❌
Afrikaans ✅
ajenda ❌
agenda ✅
ajensi ❌
agensi ✅
ageh ❌
agih ✅
agaria ❌
agraria ✅
(urusan tanah)
agreget ❌
agregat ✅
agro-ekologi ❌
agro ekologi ❌
agroekologi ✅
agro-ekonomi ❌
agro ekonomi ❌
agroekonomi ✅
Aidil Adha ❌
Aidil-adha ❌
Aidiladha ✅
Aidil Fitri ❌
Aidil-Fitri ❌
Aidilfitri ✅
alkido ❌
aikido ✅
(sejenis seni pertahanan diri Jepun)
..... nantikan sambungannya.
↧
↧
BUAL BICARA ILMU "TITISAN ILMU TABURAN BUDI" SIRI 2/2017 DI PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
↧
TAHUKAH ANDA SIRI 1/2017
↧
CAKNA EJA
↧