Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

KEINDAHAN DAN RAHSIA DI SEBALIK KATA ADJEKTIF WARNA - "MERAH"

$
0
0
CEMERLANG BAHASA GEMILANG BUDAYA TERBILANG BANGSA
7.1.2019
KEINDAHAN DAN RAHSIA DI SEBALIK KATA ADJEKTIF WARNA -  "MERAH"

Lihatlah bendera kebanyakan negara. Merah mewakili warna kebanyakan negara di Asia. Apakah ertinya merah digunakan? Di sebalik itu, kata adjektif maknanya apa? Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis. Antara kata adjektif yang utama ialah kata adjektif warna. Hal ini membuktikan bahawa semua warna ialah kata adjektif.

Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang kata adjektif warna merah. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
"mérah" ialah warna seperti warna darah. Hal ini jelas dan nyata bahawa sesuatu sifat yang ingin dijelaskan dengan mudahnya adalah dengan menggunakan apa-apa yang bersifat semula jadi seperti darah.

Walau bagaimanapun, "merah" juga dientrikan dalam pelbagai bentuk kata yang mungkin jarang-jarang kita gunakan.

Lihat contoh di bawah:

1. merah-merah bahasa
Makna: agak merah.

2. Merah darah
Makna: merah spt darah

3. Merah jambu/merah muda
Makna: merah keputih-putihan

4. Merah kesumba
Makna: merah tua

5. Merah lembayung
Makna: merah bercampur ungu

6. Merah marak/merah menjahang/merah menyala/merah merang/merah murup
Makna: sangat merah

7. Merah muka
Makna: kemalu-maluan

8. Merah padam
Makna: (a) merah seperti bunga teratai (b) warna muka ketika marah

 9. Merah pijar
Makna sangat panas sehingga membara (logam dan lain-lain)

10. Merah pulasan
Makna: merah seperti kulit buah pulasan masak.

11. Merah saga
Makna: warna merah spt biji saga.

12. Merah telinga
Makna: marah.

13. Merah telur
Makna: bahagian dalam telur yg berwarna merah kekuning-kuningan

14. Merah tua
Makna: merah kehitam-hitaman

(Sumber: Kamus Dewan Edisi 4)
Sila buat penambahan jika ada lagi. Demikianlah perbezaan warna merah yang mempunyai banyak rona, bukan "tona". Banyak pengguna bahasa suka menggunakan "tona". Gunakanlah "rona" yang lebih gramatis dan tepat untuk menjelaskan warna.

Walaupun "merah" nampaknya mudah untuk dijelaskan, namun rona dalam merah ada pelbagai lapisan, yakni dari yang cerah sehingga yang gelap. Merah juga warna yang banyak digunakan untuk melambangkan keberanian dan kegagahan. Hal ini dikatakan demikian kerana keberanian berkorban sehingga menitiskan darah merah ialah situasi yang menyebabkan merah digunakan sebagai warna bendera.

Gunakan istilah yang paling tepat untuk mencemerlangkan makna yang ingin kita sampaikan kepada seseorang atau dalam wacana dan tulisan. Dengan berbuat begitu, bahasa kebangsaan kita akan menjadi lebih gemilang kerana rakyat Malaysia dapat menggunakan pelbagai kosa kata untuk menjadikan bahasa Melayu lebih terbilang.

Salam bahasa jiwa bangsa.

ULANG KAJI TATABAHASA SPM 2019

$
0
0

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1.             Mawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

2.             Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.

3.             Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

4.             Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan

5.             Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia.

6.             Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh pemidato yang tersohor.

7.             Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.

8.             Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.

9.             Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

10.         Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.

11.         ”Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.

12.         Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

13.         Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

14.         Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
15.         Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

16.         Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

17.         Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.

18.         Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

19.         Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.

20.         Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk  di sekitarnya.

21.         Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

22.         Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

23.         Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

24.         Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

25.         Hasrat Amin supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

26.         Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

27.         Jabatan Mateorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

28.          Aktiviti itu diadakan dengan matalamat untuk meningkatkan keterampilan pelajar dalam bidang urusan persatuan.

29.         Penegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan daripada orang ramai.

30.         Syarikat itu membayar bonos kepada kakitangannya pada setiap tahun untuk memberikan galakkan agar mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh.

31.         Ahmad sedar tanggungjawab untuk membantu keluarga mengasuh datuknya yang telah tua dan uzur itu.

32.         Hutan pokok-pokok bakau di tepi pantai menjadi perisai hakisan ombak yang meruntuhkan pantai.

33.         Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning digantungkan kerana hujan turun dengan lebat.

34.         Pihak pos Malaysia menjual stem kenang-kenangan sempena Hari Kebangsaan selepas melancarkan sehingga stok habis di seluruh negara.

35.         Sikap penduduk di rumah pangsa itu yang dibuangkan sampah ke dalam mangkuk tandas menyebabkan pembentong selalu tersumbat.

36.         Penunggang dan pembonceng motorsikal diwajibkan memakai topi keledar untuk mengurangkan risiko mati sekiranya terlibat dalam kemalangan.

37.         Emak menyalai ikan dengan menggunakan minyak kelapa sawit bertapis yang penjual dakwa tidak mengandungi kolesterol.

38.         Kumpulan bola sepak negara kita tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan mana sekalipun dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

39.         Pengorbanan pelopor kemerdekaan amat besar sekali kerana sanggup berkorban nyawa demi untuk kebebasan negara daripada cengkaman penjajah.

40.         Satu majlis meraikan para atlit yang harumkan nama negara dalam kejohanan sukan antarabangsa telah diadakan di ibu negara.

41.         Semua persatuan diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agong dan membuat pilihan ahli jawatankuasa baru sebelum akhir bulan Mei.

42.         Fail individu yang tersimpan di bilik kaunselor akan kami rojok apabila dimintakan untuk membuat laporan tentang kemajuan pelajar berkenaan.

43.         Pengetahuan terhadap pemakanan wajar dimiliki oleh kaum wanita yang menentukan menu makanan harian untuk anak-anak mereka.

44.         Anugerah yang dikirimkan oleh kami kepada bekas pendidik kami sempena Hari Guru telah selamat diterima.

45.         Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar pusat apabila berlaku kemalangan yang menyekat kecekapan pergerakan kenderaan di jalan raya.

46.         Adik saya sering memainkan bowling dengan kawan-kawannya pada setiap hari minggu dan cuti umum.

47.         Cikgu saya akan menghadiahi senaskhah buku kepada pelajar yang mendapat marka yang tertinggi.

48.         Perlawanan bola sepak yang sedang berlansung dengan hebat itu akan ditamat oleh pengadil pada bila-bila masa sahaja.

49.         Kerani itu hendak membeli alatulis yang dijual di warung buku yang terletak berdekatan dengan pejabatnya.

50.         Orang yang dijangka sebagai perompak itu telah ditangkap oleh polis berhubung kes rompakan di kedai emas semalam.

51.         Pelari cepat negara gagal membawa cabaran Malaysia diperingkat antarabangsa sejak era M. Jegathesan dan Rabuan Pit.

52.         Hasil kajian gulungan profesional dalam bidang perubatan, lahirlah kaedah baru untuk perawat penyakit itu.

53.         Kemajuan teknoloji komunikasi  dan maklumat terkini telah berjaya meneroka pemikiran kita agar celik dengan berbagai jenis ilmu.

54.         Hal ini penting khususnya bagi golongan intelik kerana keupayaan penguasaan pelbagai bahasa membolehkan golongan ini memperolehi ilmu pengetahuan.

55.         Para penonton saling tolak-menolak di antara satu sama lain ketika hendak menyusup ke dalam dewan.

56.         Kerja-kerja membaikpulih bangunan besejarah itu dijangka mengambil belanja yang besar.

57.         Pada ketika yang sama juga, beberapa kawasan bersejarah sejak zaman pra-sejarah dahulu telah musnah.

58.         Pameran sans dan teknologi itu sungguh menarek perhatian para kunjungan.

59.         Semasa Majlis Hari Ibu berlangsong, adik Shafiq menghadiahi sejambak bunga kepada ibunya.

60.         Satu selidikan akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spisis burung di negara ini.

61.         Pengalaman pahitgetir semasa darurat masih segar dalam khayalan Pak Dollah

62.         Peserta bengkel Bahasa Melayu berbalas-balas pandangan bagi menyiapkan tugas untuk dibentang di akhir kursus.

63.         Tunku Abdul Rahman merupakan cendekiawan yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita dari British.

64.         Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggeh pada masa ini mwmpu membawakan kita meneroka pelbagai jenis ilmu dengan berkesan.

65.         Pihak kerajaan pula telah menyasarkan kus berjuta-juta ringgit untuk memaju kawasan tersebut.

66.         Demikianlah berapa pandangan yang telah disampaikan oleh mereka dalam foram semalam.

67.         Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula baginda  bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke65 tahun.

68.         Kaki tangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa mendahului kebajika rakyat dalam memberikan perkhidmatan.

69.         Surat kenyataan daripada kementerian pelajaran malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.

70.         Bagi membulehkan Malaysia dibangunkan dengan pesat dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, penguasaan beberapa bahasa utama dunia merupakan satu keperluan.

71.         Aliran dan isu keanika bahasaan yang menguasai dunia pada hari ini telah meletakan keutamaan kepada penguasaan pelbagai bahasa, khususnya bahasa Eropah.

72.         Pihak kerajaan atau suwasta telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan awam, misalnya tndas awam, telefon awam, balai raya dan lain-lain untuk memudahkan orang ramai.

73.         Dia mengucapkan syukur  dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan sihat dan rezeki yang melimpah.

74.         Latihan itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

75.         Oleh kerana sudah lama berjalan, peristiwa itu sudah luput daripada ingatan penduduk kampung.

76.         Sejak akhir-akhir ini media masa kita sering membuatkan liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar.

77.         Perubahan suasana sekolah pada masa ini telah menyebabkan kaedah, stratigi dan model program yang dapat meningkat keselamatan murid serta guru perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

78.         Anggota masyarakat hendaklah menunjukkan keperihatinan menghadapi moral agar anak-anak menjadi orang yang berguna.

79.         Hari Kebangsaan memperingatkan tentang erti kebebasan yang lebih luas kepada kita semua.

80.         Abad ke20 menyaksikan letusan pelbagai idea dan percubaan yang amat membanggakan.

81.         Penghasilan Menara Berkembar Petronas yang menggunakan teknologi seni bina termoden telah meletakkan Malaysia pada peta dunia.

82.         Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu diberi nafas baru.

83.         Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan yang terkenal di negara ini.

84.         Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunong dan lumba basikal bukit dapat tarikan minat orang ramai, terutama golongan remaja di negara ini.

85.         Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh kita.

86.         Kerana kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat pada hari ini.

87.         Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.

88.         Perdana menteri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup meluangkan masa untuk sertai pertubuhan sukarela.

89.         Di samping menyediakan bantuan di peringkat antara bangsa, persatuan sukarela ini tidak membelakangi masyarakat menempat.

90.         Tugas para juru terbang bermula-selewat-lewatnya satu jam sebelum terbang.

91.         Kelima penari Kumpulan Seri Kebudayaan Negeri Terengganu itu berwajah putih.

92.         Bersihkan akan kami kawasan belukar di belakang  dewan itu melalui bergotong-royong.

93.         Barang-barang yang menjadi bahan simpanan pihak pendakwa ada di pihak pembela  kes tersebut.

94.         Negara kita telah mendahulu kebanyakkan negara membangun lain dalam bidang teknologi pertanian.

95.         Syarikat itu telah mengondol dua hadiah dalam bertanding reka cipta produk baru pada tahun ini.

96.         Sektor pelancongan dibahagi kepada  dua ketegori utama iaitu pasaran domestik dan pasaran antarabangsa.

97.         Semenjak keluarganya berpindah, tiada siapa pun yang mewarisi rumah tersebut sehingga kawasan sekitarnya ditumbuhi semak-samun.

98.         Dia berasa ganjil ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat  yang orang kenamaan hadiri.

99.         Pembangunan kemudahan asas untuk kemudahan rakyat akan membantut jika kegiatan merosakannya masih berterusan.

100.      Pemain yang sangat lincah itu dikawal hebat oleh pihak lawan tiap kali dia menerima bola. 




Ceritera "memberi" dan "memberikan"

$
0
0
Saya pernah diketawakan oleh sekumpulan guru pada awal perkhidmatan di sebuah sekolah. Antara kekeliruan/kesilapan yang saya buat pada waktu itu hanyalah kesilapan umum seperti "memberi" dan "memberikan". Dengan sindiran dan cemuhan itu, saya menanam tekad dan berjanji kepada diri sendiri untuk menguasai tatabahasa dengan baiknya. Saya mengambil sindiran itu sebagai penggalak dan pemangkin daripada menjadikannya sebagai pelemah semangat. Di bawah ini, saya kongsikan rumus mudah untuk membezakan penggunaan antara "memberi" dengan "memberikan".
(subjek) memberi (benda hidup) (apa)
(subjek) memberikan (apa) kepada (benda hidup)
Contoh 1
Salleh memberi Azhar sebatang pen.
Salleh memberikan sebatang pen kepada Azhar.
Contoh 2
Arrifin memberi kucingnya makanan.
Arrifin memberikan makanan kepada kucingnya.
Rumus di atas mudah diingati, senang diajarkan dan pantas dihafal. Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang pernah mengejek saya kerana andalah yang menggalakkan saya terus menimba ilmu.
Salam bahasa jiwa bangsa.

LEBIH DARIPADA 30 KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG PALING POPULAR

$
0
0
LEBIH DARIPADA 30 KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG PALING POPULAR
1.
...... diperbuat dari plastik
...... diperbuat daripada plastik
2.
...... diambil daripada Johor
...... diambil dari Johor
3.
...... datang daripada pintu utama
...... datang dari pintu utama
4.
...... surat dari pihak sekolah
...... surat daripada pihak sekolah
5.
......keuntungan dari jualan
...... keuntungan daripada jualan
6.
...... lebih cantik dari beg ini
...... lebih cantik daripada beg ini
7.
...... bermula daripada lapan pagi 
...... bermula dari lapan pagi
8.
...... terdiri dari dua orang
...... terdiri daripada dua orang
9.
...... hadiah dari adik
...... hadiah daripada adik
10.
...... bergantung kepada keadaan
...... bergantung pada keadaan
11.
...... dari merah ke hijau
...... daripada merah kepada hijau
12.
...... dari rugi banyak baik rugi sedikit
...... daripada rugi banyak baik rugi sedikit
13.
...... memberikan buku ke adik
...... memberikan buku kepada adik
14.
...... berkorban demi untuk negara
...... berkorban demi negara
...... berkorban untuk negara
15.
...... sejak daripada kecil
...... sejak dari kecil
...... sejak kecil
...... dari kecil
16.
...... di masa depan
...... pada masa depan
17.
...... di hari minggu
...... pada hari minggu
18.
...... di bulan yang mulia
...... pada bulan yang mulia
19.
...... balik kepada kampung
...... balik ke kampung
20.
...... cantik bak seperti bidadari
...... cantik bak bidadari
...... cantik seperti bidadari
21.
..... oleh kerana demam
...... oleh sebab demam
22.
...... duduk di antara Ali dan Abu 
...... duduk di antara Ali dengan Abu 
23.
Antara Azhar dan Salleh, Azhar lebih kacak.
Antara Azhar dengan Salleh, Azhar lebih kacak.
24.
Selain dari itu,....
Selain daripada itu,.....
Lain daripada itu,....
Selain itu,....
25.
...... rindukan ibu
...... rindu akan ibu
26.
...... menceritakan tentang buku
...... menceritakan buku
...... bercerita tentang buku
27.
...... di dalam peperiksaan
...... dalam peperiksaan
28.
...... di dalam kesedihan
...... dalam kesedihan
29.
.....di dalam pelajaran
...... dalam pelajaran
30.
...... sesuai bagi untuk kanak-kanak
...... sesuai untuk kanak-kanak
31.
...... di kalangan 
...... dalam kalangan
Saya berharap agar pengguna bahasa, terutamanya murid-murid sekolah tidak akan menyalahgunakan kata sendi nama. Kata sendi nama antara komponen yang paling penting dalam ayat. Betulkan kesilapan yang biasa kita lakukan, biasakan penggunaan kata sendi nama yang tepat.
Salam bahasa jiwa bangsa!

50 kesalahan ejaan yang popular dan selalu dibuat oleh pengguna bahasa.

$
0
0
Jika mahu menjadi seorang guru subjek Bahasa Melayu yang baik, perkara asas seperti ejaan perlu diberikan perhatian. Murid-murid kita ialah calon peperiksaan yang sering melakukan kesilapan. Kesilapan ejaan masih diuji dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Sementara itu, setiap kesalahan ejaan dalam peperiksaan UPSR pula ditolak markah. Andai kata guru kurang cakna akan ejaan, murid pula akan mengabaikan kesalahan ejaan. Impaknya, murid akan terus membuat kesilapan sampai bila-bila dan pengguna bahasa Melayu yang berkualiti tidak dapat dilahirkan. Lihatlah 50 kesalahan ejaan yang popular dan selalu dibuat oleh pengguna bahasa.
1.
seringkali
sering kali
2.
acapkali
acap kali
3.
barang kali
barangkali
4.
ulangkaji
ulang kaji
5.
penguatkuasa
penguat kuasa
6.
sekaligus
sekali gus
7.
kadang kala
kadangkala
8.
mustika
mestika
9.
nanas Sarawak
nanas serawak
10.
kebanyakkan
kebanyakan
11.
kerosakkan
kerosakan
12.
kecantikkan
kecantikan
13.
dakyah
diayah
14.
Zohor
zuhur
15.
disamping
di samping
16.
menge-melkan
meng-e-melkan
17.
motorsikal
motosikal
18.
pontianak
puntianak
19.
tengahari
tengah hari
20.
aturcara
atur cara
21.
was-was
waswas
22.
sum-sum
sumsum
23.
taksub
taasub
24.
anti-dadah
antidadah
25.
Puan Hajjah Aisyah 
Puah Hajah Aisyah 
26.
pra bayar
prabayar
27.
pasca-bayar
pascabayar
28.
masaalah
masalah
29.
samada
sama ada
30.
Yang Dipertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong
31.
mengemaskini
mengemas kini
32.
pasaraya
pasar raya
33.
gambarajah
gambar rajah
34.
lagenda
legenda
35.
catit
catat
36.
losyen
losen
37.
silaturrahim
silaturahim
39.
insya Allah
insya-Allah
40.
sanak-saudara
sanak saudara
41.
karisme
karisma
42.
kolestrol
kolesterol
43.
eskalatur
eskalator
44.
dikenalpasti
dikenal pasti
45.
efisyen
efisien
46.
mahsyur
masyhur
47.
taukeh
tauke
48.
rekacipta
reka cipta
49.
rambut kerinting
rambut keriting
50.
tuhan
Tuhan
Salam bahasa jiwa bangsa!
Ingatlah bahawa bahasa menunjukkan bangsa!
Janganlah lupa bahawa hilang bahasa lenyaplah bangsa!

30 KESALAHAN FRASA KERJA PASIF

$
0
0
30 KESALAHAN FRASA KERJA PASIF
Daripada menteri kanan sehingga wartawan, penyakit kesalahan frasa kerja pasif masih leluasa dan sukar diubati. Setiap bahasa ada peraturannya. Mengapakah tatabahasa atau peraturan bahasa yang begitu mudah pun menjadi sukar untuk diamalkan pengguna bahasa? Tepuk dada tanya selera selepas melihat senarai di bawah. wahai anak-anak murid dan rakan-rakan guru, kongsikanlah ilmu di bawah ini kepada semua agar kita dapat menulis dan menggunakan frasa kerja pasif yang betul dalam pertuturan dan penulisan.
1.
...... dihormati oleh kita 
...... kita hormati 
2.
...... mereka ganggu 
...... diganggu oleh mereka 
...... diganggu mereka 
3.
...... dipersembahkan oleh kami 
...... kami persembahkan 
4.
...... ditulis oleh saya 
...... saya tulis 
5.
...... Perdana Menteri rasmikan 
...... dirasmikan oleh Perdana Menteri 
...... dirasmikan Perdana Menteri 
6.
...... pengetua sampaikan 
...... disampaikan oleh pengetua 
...... disampaikan pengetua 
7.
...... ditunjukkan oleh kalian 
...... kalian tunjukkan 
8.
...... dihantar oleh hamba 
...... hamba hantar 
9.
...... dititahkan oleh beta 
...... beta titahkan 
10.
...... dianugerahkankan oleh tuanku 
...... tuanku anugerahkan 
11.
...... baginda tunaikan 
...... ditunaikan oleh baginda 
...... ditunaikan baginda 
12.
...... ibu gosok 
...... digosok oleh ibunya 
...... digosok ibu 
13.
...... Azhar Salleh karang 
...... dikarang oleh Azhar Salleh 
...... dikarang Azhar Salleh 
14.
...... adik tuntun 
...... dituntun oleh adik 
...... dituntun adik 
15.
...... diberikan oleh engkau 
...... engkau berikan 
...... kauberikan
16.
...... diangkat oleh kamu 
...... kamu angkat 
17.
...... Cikgu Sharifah ajarkan
...... diajarkan oleh Cikgu Sharifah 
...... diajarkan Cikgu Sharifah 
18.
...... dituturkan oleh saudara 
...... saudara tuturkan 
19.
...... Tuan Haji Khairudin ceritakan 
...... diceritakan oleh Tuan Haji Khairudin 
...... diceritakan Tuan Haji Khairudin
20.
...... dinyanyikan oleh aku 
...... aku nyanyikan 
21.
...... pihak sekolah sampaikan 
...... disampaikan oleh pihak sekolah 
...... disampaikan pihak sekolah 
22.
...... Datuk Arrifin tujukan 
...... ditujukan oleh Datuk Arrifin
...... ditujukan Datuk Arrifin 
23.
...... Azizi tandatangani
...... ditandatangani oleh Azizi 
...... ditandatangani Azizi 
24.
...... mereka buat 
...... dibuat oleh mereka 
...... dibuat mereka 
25.
...... dikongsikan oleh awak 
...... awak kongsikan 
26.
...... dimasak oleh saya 
...... saya masak 
27.
...... dipukul oleh anda 
...... anda pukul 
28.
...... Zurinah sayangi 
...... disayangi oleh Zurinah 
...... disayangi Zurinah 
29.
...... dilagukan oleh kami 
...... kami lagukan 
30.
...... ibu peluk 
...... dipeluk oleh ibu 
....... dipeluk ibu 
Salam bahasa jiwa bangsa.

Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama:

$
0
0
Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama:
1. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau
2. Menuruti kehendak hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati
3. Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup
4. pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut
5. penyesalan yang terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat
6. Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak
7. berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
8.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).
9. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan
10. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
11. kembali ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
12. Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang
13. Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu
14. Besar belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh
15. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
16. Lahirnya baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
17. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut
Oh, indahnya peribahasa Melayu!

KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN

$
0
0
Sewaktu berkempen, pemimpin politik menyalahgunakan kata penguat dan kata adjektif. Semasa berucap, menteri pun membuat kesilapan kata adjektif dan kata penguat. Dalam pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), janganlah kita membuat kesilapan kerana kata penguat dan kata adjektif adalah antara soalan penting yang acap kali diuji dalam peperiksaan.
KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN
1
se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.
2
ter + kata adjektif
Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
b. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.
3
paling + kata adjektif
Contoh:
a. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
4
kata adjektif + sekali
Contoh:
a. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
b. Sedap sekali ayam goreng ini.
c. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.
5
ter + amat, sangat + kata adjektif
Contoh:
a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.
6
amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali
Contoh:
a. Peserta larian itu amat cergas sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

BENGKEL PT3 BAHASA MELAYU SIRI 1

$
0
0
SALAM SEJAHTERA,
BENGKEL PT3 BAHASA MELAYU SIRI 1
Tarikh: 31 MAC 2018 (AHAD)
Alamat: PUSAT TUISYEN DINAMIK BESTARI
1-1, Jalan Puteri 5/7, Bandar Puteri 5, 47100 Puchong, Selangor
MASA: 8.30 - 10 pagi (Kertas 1) 10.00 - 11.30 (Kertas 2)
TEMPAT: 65 tempat duduk sahaja
Penceramah :
KERTAS 1: Cikgu Rohaiza Omar (guru, penulis, penceramah, penulis kolum Majalah Pendidik)
KERTAS 2: Cikgu Tan CL (guru, penulis, penceramah, penulis kolum Majalah Pendidik)
Keistimewaan
1. Peserta akan mendapat buku BM terkini yang akan dilancarkan dalam bengkel ini.
2. Peserta akan mendapat gambaran dan persediaan untuk menghadapi PT3.
3. Penjelasan DSKP dan sukatan pelajaran berpandukan format baharu dengan inti pati buku teks.
4. Penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang penulisan dan penceramahan.
BAYARAN: RM100
NAMA AKAUN: Alam Bimbingan Cikgu Tan
NOMBOR AKAUN: 10801002719
BANK: Hong Leong Bank
TEL: 0122099440
Selepas bayar, sila kemukakan bukti bayaran dan
NAMA:
ALAMAT
NO. TELEFON
Selepas pembayaran dilakukan, anda dikira sebagai peserta. Bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan kecuali masalah kecemasan yang menyebabkan seminar dibatalkan.

ANALISIS SENARAI PERIBAHASA BM SPM YANG PERNAH KELUAR DALAM SOALAN SEBENAR (SPMU 2006) - (SPM 2018)

$
0
0
ANALISIS SENARAI PERIBAHASA BM SPM
YANG PERNAH KELUAR DALAM
SOALAN SEBENAR (SPMU 2006) - (SPM 2018)
SPM 2006
(i) bahasa jiwa bangsa / bahasa menunjukkan bangsa / hilang bahasa lenyaplah bangsa
(ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(iii) mata pena lebih tajam daripada pedang
SPMU 2007
(i) seperti ulat lupakan daun / seperti kacang lupakan kulitnya
(ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(iii) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
SPM 2007
(i) bahasa jiwa bangsa
(ii) bagai dakwat dengan kertas
(iii) seperti air dalam kolam
SPMU 2008
(i) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu.
(ii) berani kerana benar, takut kerana salah
(iii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
SPM 2008
(i) bagai menatang minyk yang penuh
(ii) benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(SPMU) 2009
(i) tiada rotan, akar pun berguna
(ii) menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(iii) kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
SPM 2009
(i) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
(ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(iii) jauh perjalanan luas pemandangan
SPMU 2010
(i) bagai lebah menghimpun madu
(ii) seperti si buta baru celik
(iii) kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau
SPM 2010
(i) aur dengan tebing
(ii) usaha tangga kejayaan
(iii) muafakat membawa berkat
SPMU2011
(i) besar pasak daripada tiang
(ii) cepat kaki ringan tangan
(iii) pantang berundur sebelum berjuang
SPM 2011
(i) bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata
(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
(iii) seperti belut pulang ke lumpur / seperti ikan pulang ke lubuk
SPMU2012
(i) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
(ii) jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
SPM 2012
(i) membaca jambatan ilmu
(ii) sehari selembar penang, lama-lama menjadi kain
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
SPMU2013
(i) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
(ii) seperti kacang lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun
(iii) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa
SPM 2013
(i) Tiada beban batu digalas
(ii) dalam tangan
(iii) Belakang parang jika diasah lagikan tajam.
SPMU2014
(i) bagaimana acuan, begitulah kuihnya
(ii) terang hati
(iii) ringan tulang
SPM 2014
(i) Seperti kerbau dicucuk hidung/ Pak turut/ Ikut telunjuk
(ii) Pendayung sudah ditangan, perahu sudah di air.
(iii) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu.
SPMU2015
(i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(ii) sesal dhulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya / sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
(iii) rumah sudah pahat berbunyi / rumah siap pahat berbunyi
SPM 2015
(i) Seperti embun di hujung rumput / seperti abu di atas tunggul
(ii) Bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata
(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjunjg
SPMU2016
(i) kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
(ii) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) genggam bara api, biar sampai jadi abu
SPM 2016
(i) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(ii) indah khabar daripada rupa
(iii) alah bisa tegal biasa
SPMU2017
(i) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) berani kerana benar, takut kerana salah
(iii) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
SPM 2017
(i) bermuka dua/talam dua muka/ bermuka-muka
(ii) murah hati
(iii) ibarat telur sesangkal , pecah sebiji, pecah semua/seperti telur dua sebandung, pecah satu, pecah keduanya
(iv) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga/seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
SPMU 2018
(i) jauh perjalanan, luas pemandangan
(ii) malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh hanyut perahu
(iii) mandi peluh
SPM 2018
(i) belut pulang ke lumpur / ikan pulang ke lubuk / sirih pulang ke gagang / berapa tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / pinang pulang ke tampuk
(ii) alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / genggam bara api biar sampai jadi arang
(iii) bagaimana acuan, begitulah kuihnya / bapa borek, anak rintik semuanya
SPMU 2019 (AKAN DATANG)
Saya berharap agar perkongian ini memanfaatkan semua.

ANALISIS KESALAHAN EJAAN YANG PERNAH DIUJI DALAM SPM (2007-2018)

$
0
0

ANALISIS KESALAHAN EJAAN YANG PERNAH DIUJI DALAM SPM (2007-2018)
Banyak calon peperiksaan yang mengabaikan soalan sebenar SPM. Oleh sebab itu, mereka tidak memahami konsep dan aspek yang diuji dalam kesalahan ejaan. Jika kita membuat analisis dengan sebaik-baiknya, kita akan mendapati 70% soalan kesalahan ejaan melibatkan kesalahan ejaan istilah pinjaman dan keselarasan vokal dan konsonan, imbuhan pinjaman selain kesalahan lazim dalam kalangan pengguna bahasa.
Selain itu, kesalahan ejaan yang ulang soal dalam analisis perkataan di bawah menunjukkan bahawa ada kemungkinannya kesalahan ejaan yang pernah diuji dalam SPM yang lalu akan diuji lagi pada tahun yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana kesalahan inilah yang lazimnya dilakukan oleh calon peperiksaan.
Saya berharap agar analisis 12 tahun yang saya lakukan ini dapat membantu guru-guru dan murid-murid dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Ingatlah bahasa kita haruslah membuat kajian dan analisis yang komprehensif agar dapat mempermudah usaha kita sewaktu mengulang kaji pelajaran.
SENARAI KESALAHAN EJAAN DALAM SPM 2007-2018
SPM 2007
(i) mendokong - mendukung
(ii) di pantau - dipantau
(iii) prodaknya - produknya
SPM 2008
(i) menyintai - mencintai
(ii) perihatin - prihatin
(iii) mengembleng - menggembleng
SPM (U) 2009
(i) sinario - senario
(ii) dicampuradukan - dicampuradukkan
(iii) pro-aktif - proaktif
SPM 2009
(i) kafetaria - kafeteria
(ii) losyen - losen
(iii) eletronik - elektronik
SPM (U) 2010
(i) songkit - songket
(ii) otomatik - automatik
(iii) tulin - tulen
SPM 2010
(i) gemuroh - gemuruh
(ii) ekspidisi - ekspedisi
(iii) ambulan - ambulans
SPM (U) 2011
(i) Febuari - Februari
(ii) sesaorang - seseorang
(iii) deligasi - delegasi
SPM 2011
(i) ibubapa - ibu bapa
(ii) wira wati - wirawati
(iii) akedemik - akademik
SPM (U) 2012
(i) melipat gandakan - melipatgandakan
(ii) petrolium - petroleum
(iii) neokolonialisma - neokolonialisme
SPM 2012
(i) intrepretasi - interpretasi
(ii) dibandar-bandar - di bandar-bandar
(iii) multi etnik - multietnik
SPM (U) 2013
(i) rekacipta - reka cipta
(ii) pesonaliti - personaliti
(iii) eko-sistem - ekosistem
SPM 2013
(i) insfrastruktur - infrastruktur
(ii) jawatan kuasa – jawatankuasa
(iii) rekriasi - rekreasi
SPM (U) 2014
(i) efisyen - efisien
(ii) mahsyur - masyhur
(iii) sainstifik - saintifik
SPM 2014
(i) dailog - dialog
(ii) berbillion - berbilion
(iii) ekspress - ekspress
SPM (U) 2015
(i) domistik - domestik
(ii) pasaraya – pasar raya
(iii) memberansangkan - memberangsangkan
SPM 2015
(i) berkahsiat - berkhasiat
(ii) tranformasi - transformasi
(iii) erobik - aerobik
SPM (U) 2016
(i) membenteras - membanteras
(ii) pasokan - pasukan
(iii) menguat kuasakan - menguatkuasakan
SPM 2016
(i) tanjong - tanjung
(ii) minerel - mineral
(iii) spesis - spesies
SPM (U) 2017
(i) diklamasi - deklamasi
(ii) was-was - waswas
(iii) sinareo - senario
SPM 2017
(i) gelongsuran - gelongsoran
(ii) tiusyen - tuisyen
(iii) berdidikasi - berdedikasi
SPM (U) 2018
(i) suratkhabar – surat khabar
(ii) reket - raket
(iii) warong - warung
SPM 2018
(i) sainstifik - saintifik
(ii) komersil - komersial
(iii) diujudkan - diwujudkan
SELAMAT MAJU JAYA!

Modul Futuristik Bahasa Melayu Tingkatan 3

$
0
0
PAUTAN UNTUK MEMBELI MODUL FUTURISTIK BM TING 3 (JILID 1)

Salam sejahtera kepada pembeli buku Modul Futuristik Bahasa Melayu Tingkatan 3 yang saya hormati.
Modul Futuristik Bahasa Melayu Tingkatan 3 yang berciri-ciri distingtif:
1. Modul berpandukan tema dalam Buku Teks Ting 3, KSSM
2. Satu-satunya modul yang menepati DSKP KSSM Tingkatan 3.
3. Bentuk soalan yang mesra format terkini peperiksaan PT3 dengan soalan objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk, soalan subjektif, petikan umum, petikan teks komsas dan novel, karangan pendek, karangan panjang, membina ulasan, merumuskan petikan/ringkasan.
4. Soalan pelbagai aras daripada aras rendah hingga aras tinggi berpandu pada tema dalam buku teks.
5. Buku terbaik untuk persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Berminat, hubungi penulis sendiri dengan pautan:

www.wasap.my/60122099440/MODULFUTURISTIKBMT3JILID1

Atau menelefon penulis 0122099440 (Cikgu Tan CL)


Harga buku RM18.00 - 1 naskhah
Poslaju: RM10

Pembelian melebihi 30 naskhah, harganya ialah RM15 senaskhah

Pembelian pakej:
Jika beli 10 naskhah
Harga RM18.00 X 10 naskhah = RM180 (sudah termasuk kos poslaju)

Pembelian boleh dibuat melalui LO jika melebihi 50 naskhah.

BUTIRAN PEMBAYARAN:
CARA 1: DALAM TALIAN ONLINE
https://shopee.com.my/MODUL-FUTURISTIK-BAHASA-MELAYU-TINGKATAN-3-i.53741750.2027729870

CARA 2: BANK IN
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
10801002719
HONG LEONG BANK

Selepas bayaran dibuat, sila hantar bukti kepada Cikgu Tan 0122099440
(Whatsapp)

Pembelian yang berbaloi kerana beratus-ratus soalan disediakan menepati DSKP & Mesra Format peperiksaan PT3 terkini!

Terima kasih atas sokongan.

FORMAT TERKINI SOALAN PT3 (SEMUA SUBJEK) OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA!

$
0
0
INSTRUMEN CONTOH FORMAT TERKINI SOALAN PT3 (SEMUA SUBJEK) OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA!
KONGSIKAN!

http://lp.moe.gov.my/index.php/instrumen-contoh/800-instrumen-contoh-pt3-2019

KEKELIRUAN POLA AYAT

$
0
0
POLA AYAT YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA

1.
Guru itu bernama Puan Lida.
FN + FN ❌
FN + FK✅
Penerangan: Semua kata yang berimbuhan ber- membentuk kata kerja. Walau bagaimanapun, nama seseorang pada bahagian predikat mengelirukan pengguna bahasa/calon peperiksaan sehingga mereka beranggapan bahawa nama itulah yang menjadi penentu jawapan FN, padahal mereka lupa akan perkataan "bernama" pada awal predikat yang telah berfungsi sebagai kata kerja.

2.
Tutur kata lelaki itu kemelayuan.
FN + FN ❌
FN + FA✅
Penerangan: Semua kata terbitan berapitan ke-an yang berintikan bangsa seperti "kemelayuan", "kecinaan", "kearaban" dan sebagainya membentuk frasa adjektif.

3.
Berita ini amat menggembirakan ibu.
FN + FK ❌
FN + FA✅
Penerangan: Semua kata kerja yang membawa maksud emotif sifatnya seperti "menyedihkan", "menggembirakan", "mengecewakan" dan sebagainya membentuk frasa adjektif jika menerima kata penguat.

4.
Bunyi bising itu ialah bunyi paluan kompang.
FN + FA❌
FN + FN✅
Penerangan: Semua kata yang menerima imbuhan -an membentuk maksud hasil. Sebagai contohnya, "lukisan", "garisan", "guntingan", "coretan", "pecahan". Selain itu, semua predikat yang bermula dengan kata pemeri "ialah" mesti berpolakan FN.

5.
Karangan itu saya tulis.
FN + FN❌
FN + FK✅
Penerangan: Semua frasa kerja pasif diri pertama dan kedua ditulis dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua kemudian diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Oleh sebab itu, kata ganti nama diri ini mengelirukan calon/pengguna bahasa dan mereka beranggapan bahawa frasa tersebut ialah frasa nama, padahal, frasa tersebut ialah frasa kerja pasif (FK).

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

BAHASA JIWA BANGSA!

FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA

$
0
0
FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan + Ayat Komplemen
Frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang pertama merupakan inti yang wajib bagi seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangakan unsur inti.
Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna yang berlawanan, maka kedua-duanya tidak boleh digugurkan. Misalnya:
(a) tinggi rendah
(b) baik buruk
(c) kecil besar
Sebaliknya, jika unsur adjektif yang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka perkataan yang kedua boleh digugurkan. Contohnya:
(a) riang gembira
(b) hitam legam
(c) gemok gedempol
Di bawah ini diberikan contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya.
1
Kata bantu + kata adjektif
(a) masih kuat
(b) sudah kurus
(c) belum sihat
(d) mahu cantik
(e) telah gering
2
Kata penguat + kata adjektif
(a) sunguh cantik
(b) amat dalam
(c) lebih baik
(d) paling tinggi
(e) agak kecil
3
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
(a) masih agak kecil
(b) belum terlalu lewat
(c) mahu benar pandai
(d) masih terlalu banyak
(e) sudah amat jelas
4
Kata adjektif + kata penguat
(a) besar sekali
(b) cantik sekali
(c) baik benar
(d) banyak sungguh
(e) panjang sangat
5
Kata bantu + kata adjektif + kata penguat
(a) masih awal sangat
(b) sudah baik sungguh
(c) belum masak benar
(d) mahu pandai sekali
(e) sudah tua betul
6
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat
(a) amat cantik sekali
(b) sangat indah sekali
(c) sungguh tinggi sekali
(d) sungguh indah nian
(e) sungguh permai nian
7
Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan
(a) sangat manis pada bahagian pangkalnya
(b) sungguh cinta akan tanah airnya
(c) sangat sibuk dengan pekerjaan
(d) amat malas oleh sebab kejemuan
(e) sungguh halus ibarat sutera
8
Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen
(a) sungguh yakin bahawa mereka telah tiba
(b) amat percaya bahawa budak itu pernah datang
(c) sangat sedar bahawa kita masih lemah
(d) amat insaf bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) agak ragu bahawa berita itu benar
9
Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen
(a) sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi
(b) percaya benar bahawa anaknya telah berjaya
(c) yakin betul bahawa pasukannya akan menang
(d) insaf benar bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) percaya sungguh bahawa ayahnya akan pulang
10
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
(a) masih riang gembira
(b) tetap gagah berani
(c) sudah besar panjang
(d) pasti letih lesu
(e) pasti gemuk gedempol
Ingatlah bahawa frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Contohnya:
(a) *masih amat riang gembira
(b) *tetap sangat gagah berani
(c) *sudah besar panjang sungguh
(d) *pasti terlalu letih lesu
(e) *pasti amat gemuk gedempol
Kesimpulannya, kita harus menguasai frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya. Dengan penguasaan tatabahasa ini, penulisan kita menjadi lebih gramatis dan kesalahan bahasa dalam soalan mudah kita kenal pasti. Saya yakin bahawa soalan tatabahasa dalam peringkat UPSR, PT3, SPM, mahupun SPTM akan menguji calon tentang topik frasa adjektif. Saya berharap semoga nota di atas dapat membantu kita menguasai frasa adjektif dengan lebih baik agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan keyakinan yang tinggi.

Penggunaan "oleh" dalam ayat pasif.

$
0
0
INFORMASI BAHASA
Penggunaan "oleh" dalam ayat pasif.

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.

Beg itu digalas oleh Ali.
Beg itu digalas Ali.

Jika ayat pasif berimbuhan ter- (pasif semu), maka "oleh" ialah unsur WAJIB.

Beg berat itu tergalas saya.
Beg berat itu tergalas oleh saya.

Jika ayat pasif dengan "kena", maka "oleh" juga unsur WAJIB.

Budak itu kena pukul Ali.

Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka "oleh" tidak boleh digugurkan.

Kek itu dimakan semalam ibu.
Kek itu dimakan semalam oleh ibu.

Selamat belajar.

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN

$
0
0

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 1)
Budak itu bernama Azizi.
Apakah pola ayat di atas?
Banyak yang akan menjawab FN + FN kerana intinya "Azizi" tanpa melihat pada kata kerjanya yang berimbuhan ber-.
Awalan beR- membentuk kata kerja. Hal ini bermakna awalan ini boleh membentuk kata kerja bersifat tak transitif sama ada memerlukan pelengkap atau tidak. Oleh sebab itu, pola ayat di atas ialah FN + FK. Pada dasarnya, awalan ber- dapat digabungkan dengan semua kata dasar.
angkat = berangkat
ikut = berikut
ekor = berekor
baju = berbaju
dayung = berdayung
nyanyi = bernyanyi
fikir = berfikir
gelut = bergelut
jiran = berjiran
lari = berlari
Walau bagaimanapun, imbuhan ber- yang bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r akan menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi.
ber + rasa = berasa
ber + renang = berenang
ber + raja = beraja
ber + rendam = berendam
Meskipun begitu, awalan ber- dapat bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti -er- KECUALI "kerja" yang membentuk 'bekerja" sebagai unsur KEKECUALIAN. Begitu juga KEKECUALIAN diberikan kepada perkataan "ajar" yang menjadi "belajar" dan "unjur" yang menjadi "belunjur".
Lihat contoh pembentukan ber- dengan konsonan awalnya yang diikuti -er-:
ber + derma = berderma
ber + serta = berserta
ber + serban = berserban
ber + ternak = berternak
ber + tertib = bertertib
ber + gerbang = bergerbang
ber + terawang = berterawang
ber + cermin = bercermin
ber + cermat = bercermat

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 2)

$
0
0
IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 2)
Pengguna bahasa sering keliru sama ada sesuatu kata itu dapat atau tidak digabungkan dengan kata kerja. Sebenarnya, awalanm be-R boleh digabungkan pada kata dasar yang terdiri daripada keempat-empat golongan kata yang utama iaitu:
(a) kata nama
(b) kata kerja
(c) kata adjektif
(d) kata tugas
Contohnya:
(a) kata nama
buah - berbuah
kereta - berkereta
baju - berbaju
haba - berhaba
kedai - berkedai
(b) kata kerja
buat - berbuat
ubah - berubah
baring - berbaring
lari - berlari
tukar - bertukar
(c) kata adjektif
susah - bersusah
gembira - bergembira
sedih - bersedih
dukacita - berdukacita
lapar - berlapar
(d) kata tugas
satu - bersatu
tiga - bertiga
oleh - beroleh
serta - berserta
Awalan beR- membentuk kata kerja bersifat tak transitif. Sebagaimana kita sedia maklum, kata kerja tak transitif ada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa berpelangkap, kan?
Antara kata kerja transitif tanpa pelengkap ialah:
berjalan
berkereta
bernyanyi
bercukur
bergurau
Yang berpelengkap pula bagaimana? Tentunya ada kata yang menjadikan kata kerja tak transitif itu lebih jelas dan mantap serta mudah difahami. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) beransur (baik)
(b) berbuat (jahat)
(c) bertukar (tangan)
(d) berterima (kasih)
(e) berdatang (sembah)
(f) berkunjung (tiba)
(g) bersembang (riang)
Ada contoh yang lain? Sila kemukakan. Cukuplah setakat ini, esok kita sambung lagi dengan tajuk "Aspek Makna Awalan beR-" yang akan menjelaskan makna yang dimainkan oleh imbuhan beR- dalam pelbagai aspek.
Salam keilmuan.
Nak kongsi kepada kawan, silakan.
Tak perlu minta kebenaran.

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 3)

$
0
0
IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 3)
ASPEK MAKNA KATA KERJA BER- DENGAN KATA DASAR DARIPADA KATA KERJA
Pada dasarnya, perkataan yang berawalan beR- ialah kata yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Walau bagaimanapun, ada juga yang membawa pengertian khusus, bergantung pada golongan kata tertentu. Aspek makna pada perkataan yang berawalan beR- dengan kata kerja membawa empat aspek makna.
(1) Imbuhan beR- yang memberikan makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
tukar - bertukar
senam - bersenam
kayuh - berkayuh
runding - berunding
undur - berundur
rehat - berehat
(2) Imbuhan beR- memberikan pengertian refleksif, iaitu perbuatan yang melibatkan atau mengenai sendiri. Contohnya:
cukur - bercukur
hias - berhias
jemur - berjemur
sembunyi - bersembunyi
sandar - bersandar
(3) Imbuhan beR- memberikan pengertian perbuatan bersalingan, iaitu saling melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja.
tumbuk - bertumbuk
temu - bertemu
janji - berjanji
kelahi - berkelahi
laga - berlaga
(4) Satu lagi fungsi imbuhan ber- ialah imbuhan ini memberikan pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku, yang mirip dengan pengertian pasif. Bahkan, dalam penggunaan pengertian itu, kata kerja yang berawalan ber- ini dapat bertukar ganti dengan awalan di-
tulis .. menjadi bertulis (sedia ditulis)
hidang.. menjadi berhidang (sedia dihidang)
jawab... menjadi berjawab (sedia dijawab)
susun ... menjadi bersusun (sedia dijawab)
jahit... menjadi berjahit (sedia dijahit)
Jangan lupa, penggunaan bentuk ber- dengan pengertian ini lazimnya dilalui oleh kata bantu aspek "belum" atau "sudah", atau "telah". Oleh sebab itu, imbuhan ber- juga merupakan kata kerja yang melibatkan perbuatan sama ada sudah berlaku, sedang berlaku, atau belum berlaku.
Setakat ini sahaja untuk hari ini.
Esok kita sambung lagi.

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 4)

$
0
0
INFORMASI BAHASA

IMBUHAN BER- YANG MENGELIRUKAN (SIRI 4)
ASPEK MAKNA KATA KERJA BER- DENGAN KATA DASAR DARIPADA KATA NAMA
Apakah yang didukung oleh maka sesuatu perkataan yang dasarnya kata nama tetapi diberikan imbuhan beR-?
Imbuhan beR- yang diikuti kata nama dapat membentuk 5 aspek makna yang berbeza. Dengan menguasainya, kefahaman kita terhadap penggunaan imbuhan beR- akan segar dalam ingatan dan nota ini mudah digunakan dalam PdPc nanti.
(a) Imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata nama membawa maksud "mempunyai". Contohnya:
baju - berbaju (mempunyai baju)
rumah - berumah (mempunyai rumah)
pelajaran - berpelajaran (mempunyai pelajaran)
isteri - beristeri (mempunyai isteri)
hak - berhak (mempunyai hak)
(b) Imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata nama juga membawa pengertian "memakai" atau "menggunakan". Contohnya:
kasut - berkasut (memakai kasut)
kereta - berkereta (menggunakan kereta)
bedak - berbedak (memakai bedak)
basikal - berbasikal (menggunakan basikal)
bahasa - berbahasa (menggunakan bahasa)
(c) Imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata nama juga membawa pengertian "mengerjakan sesuatu" atau "mengusahakan sesuatu".
sawah - bersawah (mengusahakan sawah)
kebun - berkebun (mengerjakan kebun)
ladang - berladang (mengusahakan ladang)
kedai - berkedai (mengusahakan kedai)
rotan - berotan (mengerjakan rotan)
(d) Imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata nama juga membawa erti "menghasilkan", "melahirkan", atau "mengeluarkan sesuatu". Contohnya:
buah - berbuah (menghasilkan buah)
telur - bertelur (mengeluarkan telur)
anak - beranak (melahirkan anak)
tunas - bertunas (mengeluarkan tunas)
akar - berakar (mengeluarkan akar)
(e) Imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata nama juga membawa pengertian "meminta bantuan daripada". Contohnya:
guru - berguru (meminta bantuan daripada guru)
dukun - berdukun (meminta bantuan daripada dukun)
Selamat Hari Guru!
Selamat belajar.
Setakat ini sahaja untuk hari ini.
Esok kita sambung lagi.
Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>