Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN AWALAN PINJAMAN SANSKRIT “PASCA”

$
0
0
INFORMASI BAHASA
8.4.2016
IMBUHAN AWALAN PINJAMAN SANSKRIT “PASCA”
Awalan pasca- ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata untuk membawa pengertian “sesudah”, “selepas”, dan “setelah”. Contohnya:
pasca + kolonial = pascakolonial (selepas penjajahan kolonial)
pasca + majlis = pasca majlis (selepas berlangsungnya sesuatu majlis)
pasca + matang = pascamatang (bayi dalam kandungan yang berkembang melebihi tempoh matang)
pasca + mati = pascamati (setelah mati)
pasca + merdeka = pascamerdeka (selepas merdeka)
pasca + modenisme = pascamodenisme (selepas zaman moden)
pasca + siswazah = (penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama)
Informasi bahasa berehat pada hujung minggu dan akan menyusul Isnin dengan akhiran -wan, -wati, dan -man. Sekian, terima kasih.

BUKU RUJUKAN DAN LATIHAN BAHARU 2016

$
0
0

Atas permintaan ramai, saya ingin memperkenalkan buku terbitan baharu saya bersama Cikgu Khairuddin Ayip, dan Cikgu Esah Bujang. Analisis lengkap Komsas baharu, novel baharu, soalan sintaksis dan morfologi baharu dan membina ulasan yang menepati permintaan soalan semasa merupakan keunikan utama buku ini.
Harga buku:
TINGKATAN 1: RM9.30
TINGKATAN 2: RM9.30
TINGKATAN 3: RM9.30
TINGKATAN 4: RM9.90
TINGKATAN 5: RM9.90
Pembelian secara asing dan pakej disediakan.
Pembelian pakej:
Buku Tingkatan 1-5 RM47.70
Kos poslaju:
*RM12.30 (semenanjung Malaysia)
*RM15.30 (Sarawak)
*RM 17.30 (Sabah)
*kos poslaju di atas anggaran sahaja. Jika ada baki, saya akan memulangkannya kepada pembeli.
Jika tak cukup, saya akan menanggungnya. Jangan bimbang.
Total :
RM60 (semenanjung Malaysia)
RM63 (Sarawak)
RM65 (Sabah)
Berikan butiran berikut untuk tujuan penghantaran:
Nama penuh:
Alamat penuh:
Nombor telefon:
Bayaran:
Bank: HONG LEONG BANK
No. akaun: 10801002719
Nama: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
No. Telefon: 0122099440
Mohon mesej saya secara peribadi untuk butiran lanjut. Terima kasih

BUKU KOLEKSI SOALAN RAMALAN MORFOLOGI PT3

$
0
0
Atas permintaan ramai, saya ingin memperkenalkan buku terbitan baharu saya dalam bentuk buku tip peperiksaan PT3. Analisis lengkap soalan dan teknik penggubalan baharu soalan morfologi merupakan keunikan utama buku ini. Selain 200 kesalahan umum dalam tatabahasa telah saya sediakan, saya juga telah memuatkan 40 latihan morfologi (SATU KESALAHAN BAHASA) dalam buku ini berserta skema jawapan yang lengkap.
Buku ini sesuai untuk murid-murid tingkatan 1, 2, dan 3. Dapatkan buku ini sebelum terlambat!

Harga buku:
RM5 sebuah.

PEMBELIAN MINIMUM: 20 buah buku (RM100) yang sudah termasuk kos penghantaran.

Pembelian minimum: 20 buah buku, iaitu RM100 yang sudah termasuk kos poslaju ke semenanjung dan ke Sabah serta ke Sarawak.

Berikan butiran berikut untuk tujuan penghantaran:
Nama penuh:
Alamat penuh:
Nombor telefon:

Butiran Bayaran:
Bank: HONG LEONG BANK
No. akaun: 10801002719
Nama: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
No. Telefon: 0122099440
Mohon hantar mesej kepada saya secara peribadi (Telegram/Whatsapp) untuk butiran lanjut.
Terima kasih

SOALAN TATABAHASA SPM 2016 (KBAT)

$
0
0
SOALAN TATABAHASA SPM
ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 2
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 3
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 4
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

 SET RAMALAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 6
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

SET RAMALAN 7
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

SET RAMALAN 8
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

 SET RAMALAN 9
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
(iv)             Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

SET RAMALAN 10
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

(i)                 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
(ii)               Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
(iii)             Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
(iv)             Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
(v)               Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
(vi)             Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]


SOALAN PERIBAHASA SPM 2016 - KBAT

Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama

$
0
0
Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama: 1. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai (a) sambil menyelam minum air (b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar (c) berkayuh sambil bertimba (d) berkayuh sambil ke hilir (e) sambil berdendang, biduk hilir (f) sambil berdiang, nasi masak (g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar (h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau 2. Menuruti kehendak hati sendiri (a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati (b) beraja di hati, bersultan di mata (c) bersultan di mata, beraja di hati 3. Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri (a) tiada sakit, makan ubat (b) memelihara gajah putih (c) menolong orang ditangkap harimau (d) menolong kerbau ditangkap harimau (e) mendukung biawak hidup 4. pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan (a) air yang dicencang tidak akan putus (b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga (c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas (d) biduk lalu kiambang bertaut 5. penyesalan yang terlambat (a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna (b) sudah terhantuk baru tengadah (c) sudah kalah baru berkubu (d) sudah kecurian baru mengunci pintu (e) sudah lulus maka hendak berlantai (f) Teperlus maka hendak menutup lubang (g) sudah lulus maka hendak memasang lantai (h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian (i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat 6. Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak (a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak (b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan (c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar (d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak 7. berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain (a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar (b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang (c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

SOALAN SEBENAR SPM ULANGAN 2016

PERIBAHASA YANG MEMBAWA MAKNA PERBUATAN YANG SIA-SIA

$
0
0
PERIBAHASA YANG MEMBAWA MAKNA PERBUATAN YANG SIA-SIA
(a) menjaring angin
(b) menghasta kain sarung
(c) menanam bumbang 
(d) menaikkan bendar sondai
(e) wau melawan angin
(f) bakarlah air ambil abunya
(g) bakar air hendakkan abu
(h) bagai menghitung bulu kambing
(i) bagai mengail kucing hanyut
(j) didengar ada dipakai tidak
(k) itik diajar berenang
(l) menohokkan lembing ke semak
(m) menjual bedil kepada lawan
(n) menggantang anak ayam
(o) membandarkan air ke bukit
(p) pisang ditanam tak berjantung
(q) seperti membubul jala buruk
(r) tertanam di biji hampa
(s) arang habis besi binasa
(t) anjing diberi makan nasi takan kenyang
(u) berkelahi di dalam mimpi
(v) bagai si kudung pergi berbelut
(w) bagai si buta pergi bergajah
(x) laksana layang-layang melawan angin
( y) menyurat di atas air
(z) menulis di atas air

INFORMASI BAHASA - FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA

$
0
0
INFORMASI BAHASA
FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan + Ayat Komplemen
Frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang pertama merupakan inti yang wajib bagi seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangakan unsur inti.
Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna yang berlawanan, maka kedua-duanya tidak boleh digugurkan. Misalnya:
(a) tinggi rendah
(b) baik buruk
(c) kecil besar
Sebaliknya, jika unsur adjektif yang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka perkataan yang kedua boleh digugurkan. Contohnya:
(a) riang gembira
(b) hitam legam
(c) gemok gedempol
Di bawah ini diberikan contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya.
1
Kata bantu + kata adjektif
(a) masih kuat
(b) sudah kurus
(c) belum sihat
(d) mahu cantik
(e) telah gering
2
Kata penguat + kata adjektif
(a) sunguh cantik
(b) amat dalam
(c) lebih baik
(d) paling tinggi
(e) agak kecil
3
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
(a) masih agak kecil
(b) belum terlalu lewat
(c) mahu benar pandai
(d) masih terlalu banyak
(e) sudah amat jelas
4
Kata adjektif + kata penguat
(a) besar sekali
(b) cantik sekali
(c) baik benar
(d) banyak sungguh
(e) panjang sangat
5
Kata bantu + kata adjektif + kata penguat
(a) masih awal sangat
(b) sudah baik sungguh
(c) belum masak benar
(d) mahu pandai sekali
(e) sudah tua betul
6
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat
(a) amat cantik sekali
(b) sangat indah sekali
(c) sungguh tinggi sekali
(d) sungguh indah nian
(e) sungguh permai nian
7
Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan
(a) sangat manis pada bahagian pangkalnya
(b) sungguh cinta akan tanah airnya
(c) sangat sibuk dengan pekerjaan
(d) amat malas oleh sebab kejemuan
(e) sungguh halus ibarat sutera
8
Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen
(a) sungguh yakin bahawa mereka telah tiba
(b) amat percaya bahawa budak itu pernah datang
(c) sangat sedar bahawa kita masih lemah
(d) amat insaf bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) agak ragu bahawa berita itu benar
9
Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen
(a) sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi
(b) percaya benar bahawa anaknya telah berjaya
(c) yakin betul bahawa pasukannya akan menang
(d) insaf benar bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) percaya sungguh bahawa ayahnya akan pulang
10
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
(a) masih riang gembira
(b) tetap gagah berani
(c) sudah besar panjang
(d) pasti letih lesu
(e) pasti gemuk gedempol
Ingatlah bahawa frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Contohnya:
(a) *masih amat riang gembira
(b) *tetap sangat gagah berani
(c) *sudah besar panjang sungguh
(d) *pasti terlalu letih lesu
(e) *pasti amat gemuk gedempol
Kesimpulannya, kita harus menguasai frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya. Dengan penguasaan tatabahasa ini, penulisan kita menjadi lebih gramatis dan kesalahan bahasa dalam soalan mudah kita kenal pasti. Saya yakin bahawa soalan tatabahasa dalam peringkat UPSR, PT3, SPM, mahupun SPTM akan menguji calon tentang topik frasa adjektif. Saya berharap semoga nota di atas dapat membantu kita menguasai frasa adjektif dengan lebih baik agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan keyakinan yang tinggi.

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD (CATATAN KETIGA)

$
0
0
INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD (CATATAN KETIGA)
1.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).
2. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan
3. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
4. kembali ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
5. Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang
6. Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu
7. Besar belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh
8. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
9. Lahirnya baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
10. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut
Oh, indahnya peribahasa Melayu!

CAKNA EJA

$
0
0
CAKNA EJA
semi-profesional
semiprofesional
semi profesional 
semipro
semi-pro
semi pro
semikonduktor
semi-konduktor
semi konduktor
semiparasit
semi-parasit
semi parasit 

PENGGUNAAN ISTILAH "TERHARU"

$
0
0
PENGGUNAAN ISTILAH "TERHARU"
1. Saya terharu atas pemberian saudara.
2. Saya berasa terharu atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perkahwinan saya.
3. Saya amat terharu kerana mendapat pengiktirafan daripada kalian.
Penggunaan "terharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas tepat atau tidak tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana mengikut Kamus Dewan, "terharu" membawa maksud "berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya)
Contoh:
Dia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu.
Kamus Pelajar pula memberikan maksud "terharu" kepada beberapa erti yang berikut:
1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yang tidak menyenangkan.
Contoh:
Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dengan hati yg amat terharu.
2. berasa tidak aman (kacau); terganggu:
Contoh:
Fikirannya terharu apabila memikirkan masalah-masalah yang akan timbul nanti.
Jika ada pandangan, mohon berikan. Terima kasih.

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG MELIBATKAN PENGUNAAN KATA “RAJA"

$
0
0
INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG MELIBATKAN PENGUNAAN KATA “RAJA"

1.
(a) Raja adil raja disembah, raja tak adil raja disanggah.
(b) Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
maksud: Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.

2.
(a) Kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek.
(b) Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek.
maksud: Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain

3.
Kasihkan raja di atas usungan.
maksud: Kasihan yang tidak pada tempatnya.

4.
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.
maksud: Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya.

5.
Seperti raja dengan menteri.
maksud: Seia-sekata dalam semua perkara.

6.
(a) Tohok raja tiada dapat dielak
(b) Tohok raja tiada dapat dielakkan
maksud: Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya.

7.
Tiada raja menolak sembah.
maksud: Tidak ada orang yang tak suka dihormati.

8.
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
maksud: Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang.

9.
(a) Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.
(b) Beraja di hati, bersultan di mata
(c) Bersultan di mata, beraja di hati
maksud: Menuruti kehendak hati sendiri.

10.
Ayam itik, raja pada tempatnya.
maksud: Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

11.
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.
maksud: Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.

12.
Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh.
maksud: Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya.

13.
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.
maksud: Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya.

14.
Anjing kepada orang, raja kepada kita.
maksud: Buruk baik anak sendiri juga.

15.
Ternanti-nanti bagai berlakikan raja.
maksud: Berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya.

16.
(a) Enggang lalu atal jatuh, anak raja ditimpanya.
(b) Enggang lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya.
maksud: Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
atal = buah kayu makanan enggang.

17.
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.
maksud:
Pemberian yang tidak ada ertinya.

18.
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.
maksud: Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

SELAMAT MEMBACA!

INFORMASI BAHASA - RUMUS ANEKSI PERSONA

$
0
0
INFORMASI BAHASA
22.6.2016
RUMUS ANEKSI PERSONA

RUMUS ANEKSI PERSONA

Aneksi - susunan serangkai yang hubungannya sangat erat dan tidak dapat disisipi oleh sebarang unsur.
Persona - merujuk nama diri, pembicara, atau orang yang berperanan dalam pembicaraan.
Aneksi Persona - merujuk penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama kedua dalam frasa kerja pasif.

Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Pertama)
Contoh:
1a.     Saya telah membeli buku itu di Syarikat Muda Osman.
1b.     Buku itu telah saya beli di Syarikat Muda Osman.
1c.     Telah saya beli buku itu di Syarikat Muda Osman.

Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Kedua)
Contoh:
2a.     Engkau tidak menjelaskan bil itu.
2b.     Bil itu tidak engkau jelaskan.
2c.     Tidak engkau jelaskan bil itu.

Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Ketiga)
Contoh:
3a.     Beliau akan menyampaikan piala itu kepada pasukan Harimau Malaya.
3b.     Piala itu akan disampaikan oleh beliau kepada pasukan Harimau Malaya.
3c.     Akan disampaikan oleh beliau piala itu kepada pasukan Harimau Malaya.

Kenal pasti dan betulkan ayat-ayat yang berikut:

1. Buku itu saya telah baca kelmarin
2. Gadis itu saya pernah lihat di pusat beli-belah.
3. Khemah kalian sudah dirikan.
4. Tuanku patik baru hadap sebentar tadi.
5. Pemandangan yang indah itu beta sedang nikmati.
6. Aku masih sayangi Nadia kerana dia cinta pertamaku.
7. Mengapakah kamu enggan ikuti program ini?
8. Awak patut laporkan hal ini kepada pihak polis.
9. Usul itu kami mungkin kemukakan kepada Perdana Menteri.
10. Jersi itu engkau belum kembalikan kepada jurulatih.
11. Kamu akan selesaikan masalah ini.
12. Kepada beliau kita perlu hadiahkan cenderamata.
13. Encik mesti sertakan salinan kad pengenalan untuk urusan bank.
14. Pensyarah itu kami tidak hormati kerana sikapnya yang panas baran.
15. Nasi makan saya.

INFORMASI BAHASA - UCAPAN YANG TIDAK GRAMATIS

$
0
0
INFORMASI BAHASA
11.7.2016
UCAPAN YANG TIDAK GRAMATIS

Banyak pengguna bahasa tidak mementingkan kegramatisan bahasa dalam ucapan yang disampaikan oleh mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ucapan biasanya dalam bentuk dialog atau dalam bentuk ajuk yang dianggap santai dan mesra sehingga bahasa dipandang enteng. Dalam kesemberonoan ini, tersebar luaslah ketidakgramatisan dan kerancuan bahasa kebangsaan kita yang akhirnya meracuni semangat bahasa jiwa bangsa. 
Antaranya adalah seperti yang berikut:
1.
Semoga kamu berjaya. (salah)
Saya berdoa semoga kamu berjaya. (betul)

2.
Saya doakan kejayaan kamu. (salah)
Saya mendoakan kejayaan kamu. (betul)
Kejayaan kamu saya doakan. (betul)

3.
Semoga kalian selamat dalam perjalanan.(salah)
Saya berdoa semoga kalian selamat dalam perjalanan.(betul)

4.
Semoga kamu berdua berbahagia sampai jannah. (salah)
Saya berdoa semoga kamu berdua berbahagia sampai ke jannah. (betul)
Semoga rumah tangga kalian bahagia sampai jannah. (salah)
Saya mendoakan kebahagiaan rumah tangga kalian sampai ke syurga jannah. (betul)

Peringatan!
Janganlah kita memulakan ayat dengan "semoga". Kamus Dewan memberikan maksud "mudah-mu­dahan, kiranya, hendaknya, agar" kepada perkataan "semoga". Oleh sebab itu, "semoga" ialah kata penghubung ayat yang tidak wajar dimulakan pada pangkal ayat. Hal ini bukan sahaja mencerminkan ketidakpekaan kita terhadap ayat yang lengkap dengan subjek dan predikat, malahan perkembangan bahasa yang gramatis tidak dapat diimplementasikan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

INFORMASI BAHASA - KATA ADVERBA

$
0
0
INFORMASI BAHASA
KATA ADVERBA

Kata adverba ialah bentuk kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kehadiran kata adverba dalam ayat boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:
(a) dalam frasa di hadapan unsur yang diterangkan.
(b) dalam frasa di belakang unsur yang diterangkan.

Perhatikan kesilapan umum kata adverba yang berlaku dalam ayat-ayat berikut. Kesilapan ini lazimnya diabaikan oleh pengguna bahasa apabila melibatkan kata adverba dalam frasa di hadapan unsur yang diterangkan.

1.
Gunung Kinabalu cantik begitu tetapi rakyat Malaysia masih mengaung-agungkan keindahan gunung di luar negara. (salah)
Gunung Kinabalu begitu cantik tetapi rakyat Malaysia masih mengaung-agungkan keindahan gunung di luar negara. (betul)

2.
Murid yang ke perpustakaan berkali-kali ialah murid Tingkatan 3 Aranda. (salah)
Murid yang berkali-kali ke perpustakaan ialah murid Tingkatan 3 Aranda. (betul)
3.
Ibu saya terjatuh hampir sewaktu menaiki tangga di Batu Caves. (salah)
Ibu saya hampir terjatuh sewaktu menaiki tangga di Batu Caves. (betul)

4.
Kakak dan suaminya gembira betul-betul apabila mendengar berita baik itu. (salah)
Kakak dan suaminya betul-betul gembira apabila mendengar berita baik itu. (betul)

5.
Ibu memperkatakan hal ini acap kali apabila terkenang akan kesan peperangan terhadap penduduk Melaka. (salah)
Ibu acap kali memperkatakan hal ini apabila terkenang akan kesan peperangan terhadap penduduk Melaka. (betul)

Perhatikan kesilapan umum kata adverba yang berlaku dalam ayat-ayat berikut. Kesilapan ini lazimnya diabaikan oleh pengguna bahasa apabila melibatkan kata adverba dalam frasa di belakang unsur yang diterangkan.

1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo jauh terletak di bandar raya itu. (salah)
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo terletak jauh di bandar raya itu. (betul)

2.
Nenek akan ke hospital esok hari jika ayah ada kelapangan. (salah)
Nenek akan ke hospital hari esok jika ayah ada kelapangan. (betul)

3.
Ibu cepat-cepat berjalan ke dapur apabila tetamu sampai di depan pintu. (salah)
Ibu berjalan cepat-cepat ke dapur apabila tetamu sampai di depan pintu. (betul)

4.
Kumpulan pengakap itu bermalam-malam sesat di hutan. (salah)
Kumpulan pengakap itu sesat bermalam-malam di hutan. (betul)

5. Hal ini demikian terjadi kerana sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. (salah)
Hal ini terjadi demikian kerana sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. (betul)

PERHATIAN:
Terdapat beberapa kata adverba yang boleh hadir pada dua kedudukan, iaitu di hadapan unsur yang diterangkan dan di belakang unsur yang diterangkan. Contohnya:
1.
Saya berdoa agar saudara sentiasa sihat di samping keluarga. (betul)
Saya berdoa agar saudara sihat sentiasa di samping keluarga. (betul)

2.
Usharani berpindah ke bandar dan keluarganya kelak akan ke sana juga. (betul)
Usharani berpindah ke bandar dan keluarganya akan ke sana juga kelak. (betul)
3.
Tren ekspres yang saya naiki segera berlepas ke destinasinya. (betul)
Tren ekspres yang saya naiki berlepas segera ke destinasinya. (betul)

PERHATIAN
Frasa “Hal ini demikian... tidak gramatis kerana seolah-olah kata adverba “demikian” berfungsi sebagai predikat ayat, padahal adverba tidak boleh berfungsi sebagai predikat. Binaan yang betul adalah seperti yang berikut.
(a)  Hal ini terjadi demikian kerana...
(b)  Hal ini berlaku demikian kerana...
(c)  Hal ini dikatakan demikian kerana...

Walau bagaimanapun, perkataan “demikian” boleh juga hadir dalam subjek ayat, contohnya:
(a)  Hal demikian sangat baik.
(b)  usaha demikian amat dialu-alukan.
(c)  Langkah demikian amat tepat pada masanya.

MORFOLOGI PT3 - 100 SOALAN KESALAHAN TATABAHASA DALAM AYAT

$
0
0
Yang berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantar e-mel kepada saya dengan maklumat berikut:
(salin maklumat di bawah lalu hantar kepada saya melalui e-mel saya cikgutancl@hotmail.com)

1. Nama :
2. Alamat e-mel :
3. permintaan: Jawapan untuk MORFOLOGI PT3 - 100 SOALAN KESALAHAN TATABAHASA
4. Guru / Murid / Ibu bapa / tutor

Sekian, terima kasih.

PEKA BAHASA

$
0
0
PEKA BAHASA
1.
......antara... dan ..... (salah)
......antara... dengan ...... (betul)
2.
......di antara... dan .... (salah)
......di antara... dengan .... (betul)
3.
......ada dengan .....(salah)
......ada pada .....(betul)
4.
......berpandukan dengan pelan (salah)
......berpandukan pelan (betul)
......berpandu pada pelan (betul)
5.
......saling hormat-menghormati (salah)
......saling menghormati (betul)
......hormat-menghormati (betul)
6.
......di dalam peperiksaan (salah)
......dalam peperiksaan (betul)
(tiada ruang)
7.
......dalam kotak (salah)
......di dalam kotak(betul)
(ada ruang)
8.
......berkorban demi untuk negara (salah)
......berkorban demi negara (betul)
......berkorban untuk negara (betul)
9.
...... dari masa ke semasa (salah)
...... dari masa ke masa (betul)
...... dari semasa ke semasa (betul)
10
...... ke kiri dan kanan (salah)
...... ke kiri dan ke kanan (betul)
11.
...... oleh kerana sakit (salah)
...... oleh sebab sakit (betul)
...... kerana sakit (betul)
12.
...... jika sekiranya ada kelapangan (salah)
...... jika ada kelapangan (betul)
...... sekiranya ada kelapangan (betul)
13.
...... sangat indah nian (salah)
...... sangat indah (betul)
...... indah nian (betul)
14.
...... di minggu lalu...... (salah)
...... pada minggu lalu ...... (betul)
15.
...... di hari raya (salah)
...... pada hari raya (betul)
16.
...... balik kampung (salah)
...... balik ke kampung (betul)
17.
...... daripada merah ke biru (salah)
...... daripada merah kepada biru (betul)
18.
...... kekurangan ilmu-ilmu (salah)
...... kekurangan ilmu (betul)
19.
...... barisan pepohon hijau (salah)
...... barisan pohon hijau (betul)
20
...... budak-budak berkejaran...... (salah)
...... budak berkejaran...... (betul)
21
...... tolong jangan bising (salah)
...... jangan bising (betul)
...... harap jangan bising (betul)
22
...... kesesakkan jalan (salah)
...... kesesakan jalan (betul)
...... kebanyakkan murid (salah)
...... kebanyakan murid (betul)
...... kerosakkan kenderaan (salah)
...... kerosakan kenderaan (betul)
...... kesuntukkan masa (salah)
...... kesuntukan masa (betul)
23
...... banyak dedaun ...... (salah)
...... banyak daun ...... (betul)
24
...... beberapa orang kanak (salah)
...... beberapa orang kanak-kanak (betul)
...... beberapa ekor rama (salah)
...... beberapa ekor rama-rama (betul)
...... beberapa ekor patung (salah)
...... beberapa ekor patung-patung (betul)
25
...... melayari internet (salah)
...... melayari Internet (betul)
26
...... di atas sebab tertentu (salah)
...... atas sebab tertentu (betul)

10 PETUA TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

$
0
0
10 PETUA DALAM TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH.

1. Semua kata ganti nama diri pertama dan kedua harus diubah menjadi kata ganti nama diri ketiga.

"Awak tinggal di mana?" Tanya Wee Seong kepada Azemi.

▶️ Wee Seong bertanya kepada Azemi tentang tempat tinggalnya.

2. Semua kata ganti tunjuk dekat harus ditukar kepada kata ganti tunjuk jauh.

"Beg ini milik siapa?" Tanya Mazni.

▶️Mazni bertanya tentang identiti pemilik beg itu.

3. Semua kata tanya harus ditukar kepada kata nama am.

Siapa - tentang individu
Apa - tentang apa
Berapa - tentang harga / bilangan
Mengapa - tentang sebab / punca / faktor
Bila - tentang masa / tarikh
Di mana - tentang tempat
Bagaimana - tentang cara / keadaan

"Bagaimanakah Puan Hasanah sekarang?" tanya ibu kepada Ali.
▶️Ibu bertanya kepada Ali tentang keadaan Puan Hasanah pada waktu itu.

4. Semua kata adverba yang menunjukkan maksud dekat harus menjadi jauh.

begini ➡️begitu

"Jangan bersikap begini, tak elok dipandang orang," nasihat bapa Akma kepadanya.

▶️Bapa Akma menasihatinya supaya tidak bersikap begitu kerana tidak elok dipandang orang.

5. Semua singkatan kata perlu diubah menjadi perkataan yang lengkap kerana cakap ajuk ialah dialog yang banyak mengandungi singkatan kata.

mak➡️emak
tak ➡️ tidak
nak➡️hendak
mau➡️mahu
tiada➡️ tidak ada

"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur esok,"'kata ibu kepada Chin Wee.

Ibu memberitahu Chin Wee bahasa dia hendak pergi ke Kuala Lumpur esok.

6. Semua kata kerja yang tidak berimbuhan (biasanya wujud dalam cakap ajuk) harus ditukar menjadi kata kerja yang berimbuhan mengikut tatabahasa dan pengimbuhan.

"Mak, saya nak rotan adik kerana nakal," kata Jemrol kepada ibunya.

▶️Jemrol berkata kepada ibunya bahawa dia hendak merotan adiknya kerana nakal.

7. Semua perkataan yang tidak formal harus ditranformasikan kepada perkataan yang formal mengikut tempat dan keadaan.

"Keluar dari rumah aku ini," jerit ibu kepada kakak yang degil.

Ibu menjerit kepada kakak yang degil sambil menghalau kakak keluar dari rumahnya itu.

8. Semua kata seru perlu ditransformasikan kepada kata nama yang jelas dan sesuai.

Wah ➡️perasaan kagum
Amboi ➡️nada mengejek
Eh ➡️perasaan hairan
Cis ➡️marah
Oh ➡️seolah-olah sudah memahami ....

dan lain-lain

"Wah, tingginya Menara KLCC ini," kata murid-murid dari Perlis.

▶️Murid-murid dari Perlis mengagumi ketinggian Menara KLCC.

9. Semua kata perintah dalam ayat perintah harus ditransformasikan kepada ayat penyata yang gramatis.

Jangan ➡️melarang
Usah ➡️menasihati (siapa) agar tidak

"Jangan buang sampah di tapak perhimpunan," kata guru disiplin itu kepada murid-murid.

▶️Guru disiplin itu melarang murid-murid daripada membuang sampah di tapak perhimpunan.

10. Semua bahasa pinjaman atau bahasa pasar harus ditransformasikan menjadi bahasa Melayu yang gramatis.

"Lu mau pergi ke mana?" tanya Hasmah kepada Ah Meng.

▶️ Hasmah bertanya kepada Ah Meng tentang tempat yang ingin ditujuinya.

KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA

$
0
0
CAKNA BAHASA
KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA

paling + ter + KK = ✅
paling + ter + KN = ✅
paling + ter + KA = ❎

paling + ter + kenal (KK)
paling terkenal✅

paling + ter + bilang (KK)
paling terbilang✅

paling + ter + kemuka (KK)
paling terkemuka✅

paling + ter + nama (KN)
paling ternama✅

paling + ter + masyhur (KA)
paling termasyhur ❌

paling + ter + cemerlang (KA)
paling tercemerlang❌

paling + ter + popular (KA)
paling terpopular ❌

paling + ter + sohor (KA)
paling tersohor❌

paling + ter + gemilang(KA)
paling tergemilang ❌

Yang di atas ialah hemat dan idea saya untuk mempermudah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam bahasa Melayu.
Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>