SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Sebatang kayu – mudah dipatahkan – seberkas kayu – sukar dipatahkan – analogi ini membuktikan kepentingan semangat bersatu padu – rakyat dan negara saling memerlukan – memahami tugas membina negara yang maju dan moden dengan semangat bersatu padu |
ISI PENTING | 1. Semangat bersatu padu – mengelakkan tragedi hitam negara berulang – peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana perpecahan kaum – rakyat berbilang kaum harus bersatu – membina kefahaman bawah perlindungan payung kedaulatan – menjamin keamanan dan kemajuan 2. rakyat yang bersatu padu – membangunkan negara – tidak akan menyalurkan khidmat dan jaga di negara orang lain – pulang ke tanah air dan bersatu dengan tenaga muda tempatan – sama-sama membangunkan negara – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 3. penduduk yang bersatu hati – mengelakkan persengketaan dan konflik – memahami kebudayaan dan adat resam – tidak menghina agama orang lain sebaliknya menghormati kebudayaan masing-masing – membina mentaliti yang unik demi membangunkan bangsa 4. penduduk mesti bersatu hati – membanteras jenayah di dalam negara – menangkap anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara – melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa – mengamalkan konsep rukun tetangga demi keamanan dan keselesaan 5. penduduk Malaysia – harus berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – rakyat berpecah jika tidak bersatu – rakyat memiliki jati diri kukuh juga bersatu hati – mementingkan agenda pembangunan negara daripada agenda peribadi – cinta akan negara |
PENUTUP | Negara – perlu didiami rakyat yang bersatu hati – tidak mudah dipatahkan oleh pengaruh luar – terus kukuh berdiri dan teguh berjalan di alur cabaran kehidupan – mendepani masalah dengan hati yang tabah – membina bangsa yang bersatu demi negara tercinta – negara kita akan terus makmur dan maju demi mencapai kejayaan |
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Jalan raya yang sesak – menggusarkan nadi dan membimbangkan jiwa – lewat tiba ke suatu destinasi – hati mula memberontak untuk memprotes kesesakan jalan raya – sikap ini salah – harus sedar bahawa semua pihak berperanan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak |
ISI PENTING | 1. Kerajaan – memperlebar jalan yang sesak – jumlah kenderaan meningkat – pemilikan lesen semakin meningkat – jalan perlu lebar untuk mengatasi kesesakan pada awal pagi dan lewat petang – mengurangkan tekanan hidup penghuni kota konkrit 2. Ibu bapa – menggalakkan anak-anak mereka berbasikal ke sekolah – sesuai untuk jarak sekolah yang dekat – mengurangkan kesesakan – mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada waktu puncak – menjamin kelancaran jalan raya – usaha yang sesuai dan pragmatik 3. Pihak swasta – menarik minat pelabur asing ke negara kita – membina jaringan trend dan sistem aliran ringan (LRT) – meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan LRT – mengurangkan kesesakan jalan raya – masa dapat dijimatkan 4. Pihak sekolah – mengadakan seminar tentang kempen di atas jalan raya – menyeru murid dan guru berkongsi kereta jika berjiran – mengurangkan kesesakan di jalan raya – mengurangkan tempat letak kereta di sekolah – mengurangkan pencemaran udara dan bunyi 5. Media massa – menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan kesesakan jalan raya – menyedarkan rakyat agar tidak memandu kenderaan jika tidak perlu – mengurangkan kesan rumah hijau – menghijaukan bumi di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas |
PENUTUP | Penduduk Malaysia – dapat memainkan peranan masing-masing – memastikan perjalanan kita lancar – kesesakan lintas hanya menjejaskan kualiti kehidupan dan mengancam kesejahteraan bumi – mula memainkan peranan masing-masing – mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak – pergi dan pulang ke rumah tanpa stres |
(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Industri pelancongan – periuk nasi negara kita – pendapatan utama negara sejak 1990 – Kempen Tahun Melawat Malaysia – penubuhan syarikat penerbangan tambang murah – AirAsia pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996 – membawa kebaikan kepada rakyat dan negara |
ISI PENTING | 1. Rakyat – dapat melancong dengan kos yang rendah – sesuai dengan moto “Semua Orang Boleh Terbang” – menikmati cuti dengan bermanfaat – mengurangkan stres dan tekanan kehidupan – jauh perjalanan luas pemandangan – pengalaman dan pengetahuan luas 2. rakyat – dapat melancong ke mana-mana sahaja – jaringan penerbangan yang luas – menghubungkan negara dengan negara dan benua dengan benua – rakyat didatangi pelancong berbilang bangsa dan agama – mempelajari kebudayaan mereka – mesra pelancong 3. rakyat – mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan – menjadi pramugara dan pramugari – AirAsia, Malindo Air, FireFlyz dan beberapa syarikat penerbangan tambang murah di Asia – produk pelancongan juga dapat dijual – barangan tempatan dijual di dalam penerbangan – nasi lemak dan sate – memajukan perusahaan makanan 4. negara – meningkatkan kemajuan dalam bidang penerbangan – industri yang semakin rancak – melebarkan sayap ke negara jiran untuk membuka cawangan – bekerjasama dengan syarikat tambang murah yang lain – menerima pendapatan daripada fi lapangan terbang 5. negara – menjadikan sektor pelancongan dan perhotelan di Malaysia – hotel dibina demi menampung permintaan yang tinggi – menjamin imej Malaysia – mengharumkan nama negara dari segi perkhidmatan baik dan mesra pelanggan – pilihan utama pelancong |
PENUTUP | Industri penerbangan tambang murah – perlu memperluas jaringan – rakyat dapat makan angin – negara dapat meraih keuntungan – membangunkan bidang penerbangan – menjadi hab pengangkutan udara yang penting – sesuai dengan lokasi yang strategik – memberikan faedah yang banyak kepada semua pihak |