ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 4 | ||
1 | MRSM | Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini. |
2 | SBP | Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah |
3 | Kedah | Kesan negatif pemerdagangan manusia |
4 | Perlis | Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara. |
5 | Perak | Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia. |
6 | Pulau Pinang | Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan. |
7 | Melaka | Masalah pendatang asing. |
8 | Negeri Sembilan | Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB. |
9 | Johor | Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa. |
10 | Kelantan | Tenaga kerja berkemahiran |
11 | Terengganu | Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain. |
12 | Pahang | Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia. |
13 | YIK | Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim. |
14. | Sabah | Faktor dan usaha - Jenayah siber |
15 | Sarawak | Langkah bantu negara yang alami bencana alam. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Pendidikan – kekayaan yang tidak dapat dijual beli – kerajaan mementingkan pendidikan negara – meluluskan pembinaan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) – universiti bertaraf antarabangsa membuka cawangan di Malaysia – Australia, Amerika, Britain – membawa pelbagai kesan kepada negara kita |
ISI PENTING | 1. meningkatkan kualiti pendidikan negara – membawa masuk tenaga pengajar yang berkualiti dan bertauliah – mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia – generasi muda kini sangat bertuah – diajar oleh pensyarah yang berkelayakan tinggi – meningkatkan ilmu dan kualiti pendidikan sedia ada 2. menarik kedatangan penuntut di rantau Asia – membawa masuk pelajar asing yang ingin melanjutkan pelajaran – membawa masuk pendapatan sampingan kepada negara dan rakyat – membeli barangan buatan Malaysia – menyewa di rumah penduduk tempatan – membawa faedah kepada bidang ekonomi – bersaing dengan negara maju yang lain 3. banyak tenaga mahir dan profesional dapat dilahirkan – tidak perlu ke luar negara – modal insan kekal di negara sendiri – menjimatkan wang perbelanjaan pendidikan – mendapat ijazah daripada universiti yang bertaraf dunia – ibu bapa tidak perlu berjauhan dengan anak mereka – usaha serampang dua mata ini juga memanfaatkan negara – bekerja di negara sendiri selepas tamat belajar 4. rakyat tempatan dapat mengenali kebudayaan penuntut antarabangsa – berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar dari seluruh dunia – mengetahui budaya mereka dan adat resam mereka – hidup harmoni sambil beramah mesra – menjadikan mereka hidup aman dan diterima oleh rakyat – mesra pelajar asing – tidak memulaukan mereka – menghidupkan semangat hidup serumpun yang harmoni |
PENUTUP | Penubuhan IPTS – wajar digalakkan – membawa kesan yang baik – memastikan pelajar antarabangsa tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan jenayah – menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama – Malaysia Boleh! – bidang pendidikan terus menjadi pemangkin pembangunan negara yang utama – melakar sejarah pendidikan yang tersendiri |
(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Sukan – bidang yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam bidang sukan bukan sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit dilaburkan dalam pembinaan prasarana sukan – melahirkan atlet yang mampu melonjakkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa |
ISI PENTING | 1. Dalam bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia – pernah meraih Piala Thomas – mengharumkan nama Malaysia – Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek adalah antara nama besar pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee Chong Wei – harapan utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2. Dalam sukan skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri – Datuk Nicol Ann David pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11 kali – melonjakkan nama Malayisa – memegang rekod juara dunia terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal dan berlatih di luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia 3. Malaysia – juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik – Pandalela Renong, gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak – berpisah daripada keluarga – menempa nama dengan kejayaan hebat – mendapat pingat gangsa dalam Sukan Olimpik – menjadi harapan negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan lebih gemilang 4. Pasukan hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama negara di pentas dunia – merangkul pingat emas dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel – memiliki barisan pemain yang profesional dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan jaguh hoki dunia dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam bidang sukan hoki |
PENUTUP | Atlet Malaysia – ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha dan pengorbanan – tidak berputus ada walaupun pernah menghadapi kegagalan – berani berjuang demi nama Malaysia – menggalas tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia – menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. |
(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini – menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama |
ISI PENTING | 1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan – rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing – melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat 2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan – memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa – menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara 3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong – membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau – keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama 4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri – menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong – memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama |
PENUTUP | Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama |