ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO | Negeri | Karangan B (Tema) |
Soalan 5 | ||
1 | MRSM | Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan |
2 | SBP | Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama |
3 | Kedah | Cerita – Berakit-rakit ke hulu... |
4 | Perlis | Kepentingan mempertahankan adat warisan. |
5 | Perak | Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif. |
6 | Pulau Pinang | Faedah membaca kepada masyarakat. |
7 | Melaka | Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya. |
8 | Negeri Sembilan | Cara belajar yang berkesan. |
9 | Johor | Langkah menghargai sasterawan. |
10 | Kelantan | Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. |
11 | Terengganu | Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api... |
12 | Pahang | Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah. |
13 | YIK | Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. |
14. | Sabah | Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh... |
15 | Sarawak | Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung. |
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
PENDAHULUAN | “Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana |
ISI PENTING | 1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah – menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu 2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber – menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan 3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas – memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri 4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah – menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca |
PENUTUP | Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan – menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu! |
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN | Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai – hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama – menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu |
PERKEMBANGAN | Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim, dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga |
KONFLIK | Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan |
KLIMAKS | Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras |
PELERAIAN | Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu – Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan |
(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[30 markah]
PENDAHULUAN | Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan – dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi – diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa |
ISI PENTING | 1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur 2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak – memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang 3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar 4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa – mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita 5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa – mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu |
PENUTUP | Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya – tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila |