1 | Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi. Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh. |
PENDAHULUAN
BIDANG | Definisi jati diri menurut Kamus Dewan Edisi Keempat -sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama sebagainya) -menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu serta sesuatu bangsa -setiap warganegara mempunyai jati diri yang istimewa sebagai lambang identiti sesuatu bangsa |
TEMA | Remaja di Malaysia -haruslah memiliki jati diri yang kukuh -tidak dilabelkan sebagai golongan “Mat Salleh” celup atau orang putih celup -mendepani onak cabaran dan duri dugaan pada zaman pascamilenium |
SOALAN | Remaja harus memiliki ciri-ciri berikut agar dapat menjadi warganegara membentengi ombak globalisasi dalam arus modenisasi |
ISI 1
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI | “Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya, beri aku 10 orang muda, nescaya akan kugoncang dunia” -bersemangat patriotik dan berjiwa nasionalis sejak kecil demi membina bangsa yang bersemangat cinta akan negara |
SEBAB | -penjajahan pernah berlaku di negara kita -dijajah Portugis, Belanda, Jepun, dan Inggeris -risiko penjajahan tetap ada pada zaman globalisasi |
CONTOH | -remaja harus mengamalkan semangat sedia berkorban demi bangsa dan negara |
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT | -memastikan keamanan dan kedaulatan di negara dapat dikekalkan -generasi akan datang dapat mendiami negara yang aman damai dan saujana mata memandang |
KESIMPULAN | -remaja yang mempunyai jati diri kukuh harus dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. |
ISI 2
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI | -Dari segi adat, remaja tidak boleh melupakan adat resam -dicipta oleh nenek moyang dan harus diamalkan dari generasi ke generasi |
SEBAB | -adat resam ialah peraturan lama yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas -mampu mendisiplinkan kita -membentuk remaja yang ada jati diri |
CONTOH | -menghormati orang yang lebih tua -berbudi bahasa kepada sesiapa sahaja -mengekalkan keharmonian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja |
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT | -membentuk kesopanan yang kukuh dalam diri remaja -mengelakkan kebiadaban dan kebobrokan yang kian membimbangkan -melahirkan warganegara yang tidak mudah dipengaruhi anasir jahat |
KESIMPULAN | -mampu menjadi suri teladan kepada remaja di seantero jagatraya Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. |
ISI 3
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI | -menyanjung dan menghormati bahasa Melayu sebagai kebangsaan -menghayati inti pati dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia -tidak boleh menganaktirikan bahasa Melayu dalam urusan rasmi |
SEBAB | -rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama -mempunyai bahasa dan kepercayaan agama yang berbeza -mudah bersilang sengketa dan berkonflik jika wujudnya salah faham |
CONTOH | -perpaduan nasional mudah dicapai dengan kesefahaman yang ada -tidak ada sentimen perkauman di negara yang bebas merdeka |
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT | -menggunakan bahasa kebangsaan sesama rakyat untuk berkomunikasi -tidak melupakan bahasa ibunda -mempelajari bahasa asing sebagai bonus dan persiapan menuju ke institusi pengajian tinggi |
KESIMPULAN | -dapat menguasai pelbagai bahasa -memiliki ciri-ciri remaja berjiwa globalisasi -menghayati dan mengagungkan bahasa kebangsaan sebagai remaja yang memiliki jati diri kukuh |
ISI 4
CIRI-CIRI REMAJA YANG BERJATI DIRI | -mengekalkan ciri-ciri budaya Timur -akar budaya mesti diperkukuh walaupun ranting kemajuan menjalar di hutan batu |
SEBAB | -budaya orang di Timur berbeza daripada orang Barat -mengekalkan tahap kesantunan dan kesopanan yang tinggi -memiliki jati ciri mulia yang tidak mudah terpengaruh oleh budaya asing |
CONTOH | -memakai pakaian yang kemas dan sopan kerana tidak melupakan busana tradisional -makan dengan sopan dan santun -menjaga imej baik keluarga |
KEPENTINGAN CIRI-CIRI TERSEBUT | -melambangkan kekreatifan leluhur kita -menghargai setiap unsur kebudayaan yang dikekalkan |
KESIMPULAN | -membentuk remaja yang terus unggul dari segi luaran dan dalaman demi menghadapi arus globalisasi -membenihkan nilai-nilai murni dalam diri untuk membaja golongan muda menjadi tonggak utama negara pada masa depan |
PENUTUP
TEMA | Remaja pada zaman ini -diuji dengan pelbagai cabaran dalam arus globalisasi -mampu menenggelamkan mereka ke dalam sungai kebobrokan yang deras jika keimanan mereka senipis kulit bawang -mesti berjati diri unggul dan berjiwa kental pada setiap masa |
BIDANG | -jati diri orang timur tidak akan dilupakan -menjadi kebanggaan dan keutamaan setiap penduduk, terutamanya golongan remaja -tidak segan dipanggil “Anak Malaysia” dan tidak sekali-kali segan silu memberitahu orang asing bahawa kita bangga menjadi anak jati Malaysia |
HARAPAN | -remaja akan terus mempertahankan jati diri yang kukuh -memiliki perwatakan yang berkarisma dan berkewibawaan -kualiti diri akan meningkat seiring kemodenan bangsa dan negara -pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara |