2 Sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ulaskan pernyataan tersebut.
PENDAHULUAN
BIDANG | Bidang keusahawanan -semakin hari semakin diminati -mengubah kehidupan seseorang secara drastik -pelbagai lapangan boleh dipelopori oleh para usahawan |
TEMA | Laluan kehidupan usahawan yang berjaya -tidak pernah mudah -banyak liku dan onak perlu dilalui – alah biasa tegal biasa -pelbagai ranjau risiko harus dihadapi demi menjadi usahawan berjaya |
SOALAN | -mengetahui ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seseorang yang mahu berjaya dalam bidang keusahawanan |
ISI 1
CIRI-CIRI USAHAWAN | -sikap ingin berubah demi masa depan -sikap ini harus ada pada usahawan |
SEBAB | -sikap usahawan haruslah berbeza daripada yang ingin makan gaji -berani menyahut cabaran demi perubahan suasana kerja dan cara kerja – asal ditugal adalah benih -tabah menghadapi kegagalan demi mencapai kejayaan |
CONTOH | -pelopor restoran makanan segera “Kentucky Fried Chicken” pernah gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng – genggam bara api, biar sampai jadi arang -masih popular dan disukai ramai sehingga hari ini -usahawan yang berjaya menghadapi kegagalan |
KEBAIKAN | -membina mentaliti yang positif dan tidak mudah mengalah -tidak mempedulikan kata-kata nista orang lain yang akan menjejaskan motivasi diri -bersedia mendepani cabaran dan halangan serta risiko perniagaan |
KESIMPULAN | -setiap manusia boleh menjadi usahawan yang berjaya jika sikapnya secocok dengan permintaan dalam bidang keusahawanan – sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain -sikap ingin berjaya inilah yang mampu melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya |
ISI 2
CIRI-CIRI USAHAWAN | -usahawan yang berjaya harus memiliki pengetahuan yang luas – ilmu pelita hidup -pengetahuan ialah asas yang harus dimiliki oleh setiap usahawan |
SEBAB | -tanpa pengetahuan, usahawan tidak dapat mencari formula untuk mengatasi masalah produknya -tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan pelanggan |
CONTOH | -perlu menghadiri kursus produk yang dijual -perlu mengikuti pelajaran tentang pengetahuan perniagaan -perlu rajin mengkaji dan menyelidik strategi pemasaran yang betul dan efektif – membaca jambatan ilmu |
KEBAIKAN | -dapat menguasai ilmu perniagaan dan perdagangan -dapat meyakinkan pelanggan dengan ilmu yang kita miliki -dapat mengatasi dan menjawab semua pertanyaan tentang produk jualan kita |
KESIMPULAN | -keyakinan pelanggan akan meningkat -populariti peniaga akan tersebar ke seluruh buana – tak kenal maka tak cinta -keuntungan meningkat sekali gus melahirkan usahawan yang berjaya |
ISI 3
CIRI-CIRI USAHAWAN | -kemahiran berniaga perlu dikuasai oleh usahawan -kemahiran yang asas sebagai punca rezeki peniaga – hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya |
SEBAB | -mengetahui dan memahami trend pasaran -mendapat tahu permintaan daripada golongan sasaran pembeli -tidak menjual produk yang salah kepada pihak yang tidak sesuai |
CONTOH | -mengetahui umur, hobi, dan tujuan pembelian produk – rambut sama hitam, hati lain-lain -mengetahui warna dan label yang sesuai untuk produk -membuat perbandingan harga dan kualiti produk di pasaran |
KEBAIKAN | -mampu melahirkan kualiti produk yang terbaik dalam pasaran -dapat memberikan persaingan sengit dari segi kualiti dan harga -pelanggan dan usahawan mendapat manfaat daripada produk yang dipasarkan |
KESIMPULAN | -menjadi usahawan yang baik bukan senang tetapi tidak susah -di mana ada kemahuan, di situ ada jalan |
ISI 4
CIRI-CIRI USAHAWAN | -kreatif dan inovatif dalam mengusahakan perniagaan kerana zaman beralih, musim bertukar -memanfaatkan teknologi maklumat dan manfaat daripada zaman globalisasi |
SEBAB | -pelanggan pada zaman moden ini tidak suka terperangkap dalam kesesakan jalan raya -ingin menjimatkan masa dan kos kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis -suka membeli barang melalui konsep e-dagang atau pembelian dalam talian |
CONTOH | -membina laman web sendiri dengan grafik yang menarik dan sistem pembelian mesra penguna -menyebarkan maklumat produk perusahaan melalui laman web jaringan sosial -apabila produk tersebut menjadi “viral” atau “tular”, maka poket kita akan penuh |
KEBAIKAN | -menjimatkan kos pemasaran kerana produk disebarluaskan daripada teknologi -mengurangkan kos sewaan premis dan gaji pekerja – jauhari juga yang mengenal manikam -memperbanyak dan memperluas jaringan perniagaan ke serata dunia |
KESIMPULAN | -berjaya menjadi usahawan berjaya seperti Dato Aliff dengan produk Deherbs Terlajak Laris dan Datuk Seri Vida dengan produk Pamoga “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih” yang terngiang-ngiang di telinga dalam kalangan di seluruh negara – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan |
PENUTUP
TEMA | Usahawan yang berjaya -memiliki kekuatan fizikal dan mental -sentiasa bersiap siaga menghadapi gelombangekonomiyanglembap -mempunyai modal dan kekentalanjiwa yang mencukupi |
BIDANG | Bidang keusahawanan di negara kita -dimeriahkan dengan usahawan muda yang bijak pandai dan cerlangcemerlang -merangsang ekonomi keluarga, masyarakat, dan negara -dunia akan melabel rakyat Malaysia sebagai usahawan berjaya |
HARAPAN | -banyak usahawan muda akan muncul dalam pasaran -berani mencuba sesuatu yang baharu demi mengubah masa depan -menjadikan bidang perusahaan sebagai periuk nasi -membangunkan sistem perniagaan yang baik dan kompetitif -kadar import negara dapat dikurangkan -semua pihak mendapat manfaat daripadanya |