3 | Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api dalam kehidupan seharian dapat membantu masyarakat ke arah penjimatan. Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut. |
PENDAHULUAN
BIDANG | Sumber tenaga seperti elektrik, air, dan bahan api -memainkan peranan yang penting sebagai nadi kehidupan pada zaman moden -banyak yang tidak dapat hidup selesa tanpanya -kebergantungan pada tenaga tersebut semakin meningkat |
TEMA | Penjimatan penggunaan sumber tenaga -penting untuk mengurangkan bil utiliti yang ditanggung oleh ibu bapa kita -mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi -dapat digunakan oleh generasi seterusnya jika dimanfaatkan dengan baik |
SOALAN | banyak langkah boleh diambil untuk menjimatkan penggunaan sumber tenaga |
ISI 1
ISI (langkah) | -menggunakan tenaga solar untuk menggantikan tenaga elektrik -trend yang makin popular |
HURAIAN (sebab langkah itu penting) | -menjimatkan tenaga elektrik -menjana tenaga melalui tenaga sumber daripada sang suria yang setia memancarkan cahaya -mudah dipasang pada bumbung rumah dan kosnya rendah |
CONTOH | -menggunakan tenaga solar untuk memanaskan air dan memasang lampu -tenaga berlebihan boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) -pelaburan bijak demi mengurangkan tenaga elektrik |
HURAIAN (kebaikan jangka panjang) | -menjimatkan kos sekali gus menjana pendapatan -pelaburan yang memerlukan kos yang rendah -menjanjikan pulangan yang hebat di samping mesra alam |
KESIMPULAN | -penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan -menjimatkan kos kehidupan dan menurunkan bil -sumber tenaga elektrik dapat dikurangkan sehingga 60 peratus |
ISI 2
ISI (langkah) | -menggunakan alat elektronik dengan bijaksana -mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik |
HURAIAN (sebab langkah itu penting) | -anak-anak perlu diajar oleh ibu bapa sejak kecil kerana tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya -mendisiplinkan anak-anak tentang tatacara penjimatan penggunaan sumber elektrik -sama-sama menjimatkan bil elektrik |
CONTOH | -plag bolehlah kita cabut jika tidak menggunakan alat elektronik untuk mengurangkan penggunaan tenaga -aliran elektrik dapat dikurangkan sekali gus voltan berkurangan -menggunakan mesin pencuci pakaian dengan muatan penuh -penapis penyaman udara perlu dibersihkan agar sentiasa sejuk dan suhu bolehlah ditetapkan pada 22°C hingga 24°C untuk mengurangkan penggunaan tenaga kuda penyaman udara |
HURAIAN (kebaikan jangka panjang) | -penjimatan sehingga 30% boleh dilihat dalam masa sebulan -amalan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan beban sumber tenaga di bumi -teknik ini sudah diamalkan di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan Jerman. |
KESIMPULAN | -menjimatkan sumber tenaga dengan bijaksana demi bumi yang sejahtera |
ISI 3
ISI (langkah) | -sumber air perlu dijimatkan demi kelangsungan hidup pada masa depan -ingat sebelum kena, jimat sebelum habis |
HURAIAN (sebab langkah itu penting) | -krisis air pernah melanda negara -sumber air terpaksa dicatu sehingga menyulitkan aktiviti kehidupan rakyat -mesti cakna akan usaha penjimatan air |
CONTOH | -membaiki paip yang rosak atau bocor agar 90 liter air dapat dijimatkan sehari -tutup air paip sewaktu memberus gigi atau bercukur -menggunakan pancuran air daripada pencedok air kerana dua pertiga daripada air kegunaan itu dapat dijimatkan -air hujan boleh dikumpulkan untuk menyiram bunga |
HURAIAN (kebaikan jangka panjang) | -jumlah air yang digunakan dapat dikurangkan -bil air pasti menurun daripada kadar bil biasa -melahirkan warga yang cinta akan sumber alam semula jadi |
KESIMPULAN | -membentuk penduduk dunia yang mampu menjadi suri teladan kepada penduduk lain dalam soal penjimatan sumber tenaga |
ISI 4
ISI (langkah) | -penjimatan bahan api mesti dilakukan dengan pelbagai kajian dan penyelidikan yang berterusan -memastikan sumber bahan api tidak pupus pada suatu hari nanti |
HURAIAN (sebab langkah itu penting) | -petrol ialah bahan api yang paling banyak digunakan oleh manusia -kenderaan dan pengangkutan awam menggunakan bahan api terbesar -mesti dikurangkan sebelum nasi sudah menjadi bubur agar kita tidak menyesal apabila bahan api semakin mahal lantaran kekurangan stok di pasaran |
CONTOH | -tidak berlumba-lumba atau memecut ketika memandu kenderaan -memeriksa tekanan angin pada tayar agar sentiasa mencukupi -mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya -menggunakan tren komuter atau trend aliran ringan yang lebih mesra alam |
HURAIAN (kebaikan jangka panjang) | -kadar pembebasan asap karbon monoksida ke udara dapat dikurangkan -penggunaan petrol dapat dikurangkan sekali gus menjimatkan kos pengangkutan -udara yang lebih bersih dan segar dapat kita hirup |
KESIMPULAN | -menjimatkan bahan api sebagai sumber tenaga demi bumi yang lebih hijau dan kehidupan yang lebih sejahtera. |
PENUTUP
TEMA | Penjimatan sumber tenaga -memerlukan ilmu pengetahuan dan disiplin yang tinggi -kematangan pengguna bahan sumber tenaga haruslah dipertingkatkan melalui pendidikan -kerjasama daripada semua pihak bagai aur dengan tebing mustahak untuk menjayakan matlamat penjimatan sumber tenaga |
BIDANG | Sumber tenaga -sentiasa mencukupi -digunakan dengan penuh hemat dan hemat oleh penduduk bumi -menjamin keseimbangan ekologi di samping menyantuni ekosistem |
HARAPAN | -penjimatan sumber tenaga menjamin kehidupan yang sejahtera dan harmoni bersama alam -membantu masyarakat ke arah penjimatan demi pengurangan kos kehidupan di bumi ini |