Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anakmereka.
TEMA: | Amalan membaca – dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa |
SIAPA + ISU: | Anak-anak – malas membaca buku – terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik |
UNGKAPAN: | banyak memberikan alasan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih |
ARAHAN: | Ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca. |
IDEA 1 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | Ibu bapa – membawa anak-anak mereka ke perpustakaan - memupuk amalan membaca |
HURAIAN (SEBAB) | banyak buku dapat dibaca dan dipinjam |
CONTOH | pada hujung minggu – cuti sekolah |
HURAIAN | mula membaca dan berminat dalam pembacaan |
KESAN/KESIMPULAN | anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu |
IDEA 2 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa membeli buku |
HURAIAN (SEBAB) | mendekatkan diri anak kepada amalan membaca |
CONTOH | sejarah, geografi, dan sains serta pelbagai bahasa |
HURAIAN | mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung |
KESAN/KESIMPULAN | ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca |
IDEA 3 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa membina perpustakaan mini di rumah |
HURAIAN (SEBAB) | menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku |
CONTOH | bilik yang selesa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang selesa |
HURAIAN | anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas |
KESAN/KESIMPULAN | dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini |
IDEA 4 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa perlu membaca buku di depan anak |
HURAIAN (SEBAB) | anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya |
CONTOH | membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita |
HURAIAN | berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak |
KESAN/KESIMPULAN | ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku |
IDEA | ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak |
HURAIAN (SEBAB) | anak-anak akan menghargai hadiah itu |
CONTOH | membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia |
HURAIAN | menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak |
KESAN/KESIMPULAN | hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup |
PENUTUP
TEMA | Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa |
CADANGAN | ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan |
HARAPAN | anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara |
PENEGASAN | ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak |
Amalan membaca dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, anak-anak malas membaca buku kerana mereka telah terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik. Oleh sebab itu, anak- akan memberikan pelbagai alasan kerana tidak mahu membaca buku. Hal ini sama seperti peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan tersebut.
Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca. Selain itu, perpustakaan ada banyak buku dapat dibaca dan dipinjam. Sebagai contohnya, pada hujung minggu atau cuti sekolah pun buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan boleh dibaca atau buku boleh dipinjam daripada perpustakaan pada hujung minggu. Seterusnya,anak-anak boleh mula membaca dan berminat dalam pembacaan. Kesimpulannya, anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana itu jambatan ilmu.
Ibu bapa boleh membeli buku di kedai buku.Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah mendekatkan diri anak kepada amalan membaca. Sebagai contohnya, sejarah, geografi dan sains serta pelbagai bahasa ialah bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh anak-anak. Selain itu, amalan membaca buku boleh memberikan ilmu dan pengetahuan supaya kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya, ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan.
Ibu bapa boleh juga membina perpustakaan mini di rumah. Selain itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku. Sebagai contohnya, binalah bilik yang selasa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang seleasa. Dengan kemudahan itu, anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas. Kesimpulannya, pembinaan perpustakaan di rumah dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini.
Ibu bapa perlu membaca buku di depan anak. Dengan berbuat begitu, anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita di depan anak-anak mereka. Selepas itu, berkongsilah ilmu dan bincanglah pelbagai topik dengan anak-anak. Kesimpulannya, ibu bapa dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku.
Ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak. Selain itu, anak-anak akan menghargai hadiah itu. Sebagai contohnya, ibu bapa bolehlah membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia. Seterusnya, ibu bapa menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak. Kesimpulannya, hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup.
Kesimpulannya, amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa. Selepas itu, ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan di atas. Selain itu, anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Akhirnya, ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.
CHLOE YAP
CHLOE YAP