Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang .
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka .
TEMA: | Amalan membaca – dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa |
SIAPA + ISU: | Anak-anak – malas membaca buku – terpengaruh oleh media sosial dan permanan elektronik |
UNGKAPAN: | Banyak memberikan alasan – hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih |
ARAHAN: | Ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca |
Amalan membaca dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa . Anak-anak malas membaca buku kerana mereka telah terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik . Anak-anak akan memberikan alasan kerana tidak mahu membaca buku . Hal ini sama seperti peribahasa Melayu,hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih . Oleh itu , ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan mereka .
IDEA 1 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | Ibu bapa – membawa anak-anak mereka mereka ke perpustakaan - memupuk amalan membaca |
HURAIAN ( SEBAB ) | banyak buku dapat dibaca dan dipinjam |
CONTOH | pada hujung minggu – cuti sekolah |
HURAIAN | mula membaca dan berminat dalam pembacaan |
KESAN / KESIMPULAN | anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu |
Ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca. Banyak buku dapat dibaca dan dipinjam oleh anak-anak di perpustakaan. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Oleh sebab itu,anak-anak mula membaca dan berminat dalam pembacaan. Anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.
IDEA 2 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA: | Ibu bapa membeli buku |
HURAIAN ( SEBAB ) | mendekatkan diri anak kepada amalan membaca |
CONTOH: | sejarah, geografi, dan sains serta pelbagai bahasa |
HURAIAN | mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung |
KESAN / KESIMPULAN | ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca |
Ibu bapa harus membeli buku kepada anak kerana supaya dapat mendekatkan diri anak kepada amalan membaca. Ibu bapa dapat membeli buku tentang sejarah, geoografi dan sains serta pelbagai bahasa kepada anak. Oleh sebab itu, anak mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca.
IDEA 3 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa membina perpustakaan mini di rumah |
HURAIAN ( SEBAB ) | menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku |
CONTOH | bilik yang selesa , ada pendingin hawa , serta kerusi dan mejayang selesa |
HURAIAN | anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas |
KESAN / KESIMPULAN | dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini |
Ibu bapa dapat membina perpustakaan mini di rumah kerana dapat menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku. Ibu bapa hendak menyediakan bilik yang selesa. Contohnya , mempunyai pendingin hawa serta kerusi dan meja yang selesa. Anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas. Ibu bapa dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini.
IDEA 4 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa perlu membaca buku di depan anak |
HURAIAN (SEBAB ) | anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya |
CONTOH | membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita |
HURAIAN | berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak |
KESAN / KESIMPULAN | ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku |
Ibu bapa perlu membaca buku di depan anak. Oleh itu , anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak dapat membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita. Ibu bapa dapat berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak. Ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku.
IDEA 5 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA | ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak |
HURAIAN ( SEBAB ) | anak-anak akan menghargai hadiah itu |
CONTOH | membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia |
HURAIAN | menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak |
KESAN / KESIMPULAN | hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup |
Ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak. Oleh itu, anak-anak akan menghargai hadiah itu. Ibu bapa dapat membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia. Hadiah ini akan menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak. Hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup.
PENUTUP
TEMA | Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa |
CADANGAN | ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan |
HARAPAN | anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara |
PENEGASAN | ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak |
Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa. Ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan. Oleh sebab itu, anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.
NG SHI HUEY