Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA

$
0
0
💐Salam hormat Admin dan guru2 budiman..Saya ingin mengundang semua guru BM ke program santai ilmu pada cuti sekolah akan datang ke :👇
🌷PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA
🌷Tarikh : 28/11/2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium 1, Tingkat 7, Asia Pasific University (APU), Kampus Baharu, Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

🌷Penceramah jemputan :
1. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan
(Penggunaan Imbuhan dalam Konteks Bahasa Melayu kontemporari)

2. Cikgu Tan CL
(Penguasaan dan Penggunaan Istilah Baharu Keluaran DBP dalam Pendidikan Abad ke-21)

3. Cikgu Khairuddin Ayip
(Penulisan Bestari Berimpak Hebat dan KBAT)

4. Cikgu Richard Lee
(Strategi Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Linus, Halus, dan Galus)

5. Bonda Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
(Konsep Mestamu dalam Didik Hibur Alaf Baharu)

Kepada yang berminat,
☎️Sila hubungi :
Asyiqeen Amin : 0168332757
Bayaran : RM60 sahaja
Akaun Maybank : 1580 5185 4383

TEMA SASARAN SPM - CABARAN REMAJA ABAD KE-21

$
0
0
CABARAN REMAJA ABAD KE-21

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi yang saling berkait antara satu sama lain.WHO menetapkan batasan bahawa golongan remaja terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 24 tahun dan belum berkahwin. Perkataan ‘remaja’ berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah  kematangan. Golongan ini sentiasa mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.Remaja akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa.  Akibat daripada itu, golongan remaja seringkali dilabelkan sebagai individu yang memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa bermasalah. Pelbagai persoalan yang mengganggu benak kita apabila berbicara tentang remja. Persoalannya ialah apakah cabaran yang sebenarnya dihadapi oleh golongan remaja pada abad yang ke-21? Bagaimanakah remaja berdepan dengan cabaran yang dialami? Segala persoalan yang mewarnai mauduk perbincangan di atas wajar dikupas hingga ke akar umbi.

Globalisasi merupakan proses membentuk sebuah dunia tanpa sempadan dan kedudukan geografi.  Remaja yang hidup dalam abad ke-21 ini terdedah dengan cabaran teknologi maklumat yang cukup terbuka dan bebas. Para remaja boleh mengakses laman pornografi dengan begitu mudah tanpa sebarang halangan dan rintangan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh merosakkan akidah dan jati diri Islam seseorang remaja. Penggunaan media komunikasi yang berkaitan dengan Internet seperti Youtube, Whatsapp, Wechat, Instagram dan lain-lain telah menjadi satu perantaraan yang sangat efektif dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Penggunaan Internet yang tidak terkawal oleh ibu bapa telah mengundang banyak musibah. Kebebasan tanpa had dan batasan akan merosakkan minda dan otak remaja. Banyak berita yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang kisah remaja lelaki yang merogol adik perempuan dan kawan-kawan perempuan setelah terangsang akibat menonton video lucah di Internet. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mempunyai keimanan yang ampuh sebagai benteng untuk menghadapi cabaran ini. Akidah Tauhid yang teguh akan dapat memimpin akal fikiran dan tingkah laku remaja ke arah kebaikan. Sesungguhnya iman dan amal tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya umpama buah dan pohonnya.

Remaja seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Budaya ini dianggap sebagai suatu penyakit yang telah mengundang pelbagai masalah lain dalam kalangan remaja kita. Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak diamalkan oleh segelintir remaja pada hari ini? Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik sama ada tempatan mahupun luar negeri berhubung dengan kecenderungan sikap suka melepak. Menurut kajian yang dijalankan oleh tokoh cendekiawan tempatan, tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam. Kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA yang telah menghabiskan masa mereka sebanyak 28.4 jam seminggu untuk melepak. Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan atau mendapatkan hiburan. Sesungguhnya remaja perlu diingatkan bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan setiap detik masa yang dilalui oleh anak-anak mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Golongan remaja pada abad ke-21 juga berdepan dengan cabaran pergaulan bebas. Masalah pergaulan bebas telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial yang kian menanah di bumi Jalur Gemilang yang tercinta ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu hal ini akan membawa kepada permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat. Isu terkini benarkah remaja abad ke-21 ini banyak terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta sejati. Hasilnya, lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.Oleh itu, remaja perlu bijak semasa berkawan atau bercinta  dengan cara yang telah digariskan oleh agama dalam menongkah arus kehidupan yang kian mencabar. Remaja perlu berani berkata “tidak” kepada rakan atau pasangannya apabila  tindakan dan perbuatan rakan mereka itu boleh menjerumuskan mereka ke lembah yang hina.

Jika ditinjau dari aspek yang lain pula, remaja abad ke-21 juga berhadapan dengan cabaran ledakan kebendaan atau materialistik. Memang tidak dinafikan bahawa kebendaan merupakan keperluan bagi manusia. Namun, berlebih-lebihan dalam mengumpul harta benda sehingga menjadi materialistik boleh membawa akibat yang tidak sihat dalam masyarakat. Misalnya, kehidupan sosial dalam masyarakat akan terpisah kepad dua golongan apabila salah satu golongan menganggap pemilikan material sebagai nilai yang tinggi dan mengatasi segala-galanya dalam kehidupan. Persoalannya, mengapakan remaja kini begitu mementingkan materialisme berbanding hal-hal lain? Salah satu sebab yang menjadi punca kepada permasalahan ini adalah kerana remaja telah dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata sehingga mereka berpegang kepada falsafah guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalkan untuk generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mengawal hawa nafsu mereka daripada bersikap materialistik yang mengaburi mata seseorang untuk bersifat lebih mengasihi dan menyayangi sesama makhluk.

Remaja abad ke-21 tidak dapat lari daripada berhadapan cabaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Alam pekerjaan merupakan destinasi yang terakhir kepada kebanyakan pelajar yang telah menamatkan pengajian sama ada di peringkat sijil, diploma mahupun peringkat ijazah. Mereka mula mencongak-congak untuk mencari peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu menjawat jawatan yang diimpikan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan. Satu perkara yang tidak boleh dikesampingkan ialah remaja juga perlu bersaing dengan buruh asing yang kian membanjiri bumi bertuah ini. Buruh asing yang mencari rezeki di negara kita tidak boleh dipandang remeh. Walaupun hanya sebagai buruh kasar atau operator kilang, mereka mempunyai pelbagai kelulusan yang standing dengan lepasan graduan tempatan. Berbekalkan sikap rajin dan ingin membela nasib keluarga yang ditinggalkan jauh di tanah air, mereka sanggup melakukan apa-apa pekerjaan yang ada walaupun gaji yang ditawarkan itu tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. Jelaslah bahawa remaja wajar memperlengkap diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan di samping membuka minda mereka supaya tidak memilih pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.

Perbincangan tentang mauduk cabaran remaja telah meniti puncaknya. Sebagai kesimpulan, remaja merupakan aset negara yang amat penting dan bakal memimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, perubahan tingkah laku dan pemikiran ke arah yang positif amat penting dalam memberi hala tuju yang betul dan baik dalam kehidupan mereka. Selaras dengan perkembangan dunia moden  hari ini, banyak cabaran telah memberi implikasi dalam hidup mereka termasuklah aspek sosiologi dan psikologi. Keadaan ini memberi impak secara menyeluruh dalam hidup remaja. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa  amat diperlukan dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh remaja abad ke-21. Kegagalan untuk menghadapi polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan sebagai masyarakat yang lemah dan tidak mampu bersaing dalam arus persada globalisasi kini.


TEMA SASARAN SPM - cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat

$
0
0
SOALAN : Penggunaan media sosial  amat popular di Malaysia. Media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApps dan My Space mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.
Terangkan cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda,kita sering kali dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Blog,rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang berjauhan. Menurut Wikipedia, iaitu ensiklopedia bebas yang tersohor mentakrifkan media sosial adalah sejenis wahana yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Menurut sumber yang dipetik daripada persatuan Digital Malaysia ( MDA ), pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa Facebook merupakan media sosial paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia yang menggunakannya. Anggota komuniti yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun. Belakangan ini, isu membabitkan media sosial hebat diperkatakan apabila media sosial itu dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap masyarakat dan negara. Hal ini disebabkan kewujudan golongan tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial  sebagai wadah untuk memfitnah, menipu, menyamar menjadi individu tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasi seseorang dan menarik perhatian dengan membangkitkan isu sensitif seperti agama, budaya dan kaum. Pelbagai persoalan terus menghantui minda kita apabila berbicara tentang penyalahgunaan media sosial. Persoalannya ialah apakah cara-cara untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat? Siapakah yang sebenarnya wajar memikul dan menggalas tugas-tugas untuk mengawal penyalahgunaan media sosial? Seharusnya media sosial dipantau oleh pelbagai pihak daripada jari-jari yang tidak bertanggungjawab ini.

Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat ialah peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Dalam ilmu sosial, individu bererti bagian terkecil dari kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan lagi menjadi bagian yang lebih kecil. Persoalan yang menerawang dalam benak kita ialah bagaimanakah individu itu boleh mengawal penggunaan media sosial? Pada zaman yang serba canggih ini, keimanan dan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu untuk mengawal penggunaan media sosial. Jari jemari amat mudah untuk menari-nari pada papan kekunci menaip apa-apa sahaja yang ada di fikiran, apatah lagi mudah sangat untuk mengetuk peranti pintar yang dimiliki. Tanpa kita sedar ada kalanya bait-bait tulisan itu mengundang provokasi atau banyak dusta daripada benarnya umpama baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. Setiap individu perlulah menggunakan media sosial dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Seseorang individu itu juga perlulah berdisiplin dalam melayari media sosial agar tidak terleka dengan keasyikan dunia alam maya yang disajikan. Tugas hakiki seharian perlu dilunaskan terlebih dahulu seperti mengulang kaji pelajaran bagi seorang yang bergelar murid dan melakukan tugas rutin seharian bagi orang dewasa persis masa itu emas iaitu media sosial tidak seharusnya menjadi peneman sepanjang 24 jam sehingga melupakan hubungan sosial secara bersemuka  bersama keluarga dan teman-teman. Berdasarkan statistik terkini di laman Statistik menyatakan bahawa penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 pula, pengguna media sosial sedunia dijangkakan mencecah dua bilion. Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia. Seseorang individu itu boleh mengurangkan masa mengakses media sosial dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu pekerjaan seperti melakukan aktiviti beriadah yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seperti bersukan, berkelah sambil merapatkan saf kekeluargaan dan bergotong-royong sambil membasmi nyamuk Aedes dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga dan mewujudkan perpaduan berbilang kaum ibarat bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Setiap individu memikul amanah terhadap diri sendiri bersesuaian dengan kata-kata daripada Hamka  iaitu seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan ahli politik Indonesia yang mengungkapkan kata-kata puitis untuk renungan kita bersama berbunyi kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tegasnya, tepuk dada tanya selera masing-masing sama ada seseorang individu itu mahu menjadi seorang yang berguna dengan mengaut ilmu sebanyak mungkin menggunakan media sosial atau sebaliknya menyalahgunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik.

Kupasan dan huraian tentang  media sosial tidak harus ada titik noktahnya. Maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Persoalan yang bermain dalam minda kita ialah bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membendung penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-anak? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita, Profesor diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Nah, sudah terang lagi bersuluh fungsi primer ibu bapa iaitu sebagai profesor pertama bagi anak-anak! Ibu bapa perlulah memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Ibu bapa juga boleh menjadi mata dan telinga umpama sambil menyelam minum air iaitu dengan menjadi rakan dalam laman sesawang Facebook, WhatsApps, Instragram dan sebagainya bagi mengetahui perjalanan pelayaran kembara anak-anak dalam media sosial. Ibu bapa yang menjadi rakan dalam alam maya anak-anak akan dapat mengetahui 1001 rahsia anak-anak dari segi emosi, perlakuan, kesukaan, perasaan, cita-cita dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa boleh menjadi rakan paling akrab dan mesra kepada anak-anak mereka apabila memahami naluri anak-anak. Sudah pasti anak-anak yang tahu kasih sayang dan cakna orang tua mereka tidak tergamak untuk menconteng arang ke muka ibu bapa mereka dengan melakukan penyalahgunaan dalam media sosial. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah mengehadkan masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh yang bersesuaian dengan situasi di atas, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap mendung awan di langit. Ibu bapa harus mengambil alternatif yang lain persis meletakkan komputer di ruangan yang terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-sudut  yang boleh dilihat oleh ibu bapa. Ibu bapa  tidak boleh terlepas pandang daripada memerhatikan anugerah terindah ini lagi-lagi di zaman dunia tanpa sempadan dan segala maklumat baik buruk hanya di hujung jari sahaja. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa ibu bapa seyogialah memainkan peranan yang dominan untuk melahirkan anak-anak yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka dan bukan anak-anak yang bobrok dan kaya dengan pidana termasuk jenayah di media sosial.

Paparan demi paparan berita tentang penggunaan media sosial yang sering menjadi hiasan media arus perdana, nyata perlu dijadikan agenda penting oleh pihak sekolah. Sekolah diumpamakan sebagai gedung ilmu bagi insan-insan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mengambil sumber benar lagi tepat daripada Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah sekolah boleh menjadi institusi yang mengawal penggunaan media sosial? Bertepatan dengan maksudnya, murid menerima pelajaran secara formal meliputi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah memainkan peranan penting dengan menasihati murid agar menjadi insan yang bermoral dah bersahsiah terpuji dengan menjauhi perkara-perkara mungkar bersangkut paut dengan penyalahgunaan media sosial. Guru mata pelajaran Pendidikan Islam boleh membuktikan hukum penyalahgunaan media sosial dengan dalil Al-Quran manakala guru mata pelajaran Pendidikan Moral boleh menyenaraikan beberapa nilai seperti nilai amanah, harga diri, rasional dan bertanggungjawab. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata jumlah capaian Internet di negara ini mencecah 70.2 peratus dengan purata seseorang melayari laman sesawang ialah empat jam 30 minit sehari. Tidak mustahil 70.2 peratus itu termasuk penggunaan Internet oleh mereka yang masih memakai uniform sekolah. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah memang bertepatan dengan peribahasa lama yang menyatakan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Budaya buli, gengsterisme dan perlakuan tidak senonoh yang menjadi tular dalam kalangan murid sekolah begitu menyesakkan nafas pihak sekolah. Imej sekolah tercalar,apatah lagi air muka ibu bapa mereka yang melakukan perkara mungkar dan tersebar dalam media sosial yang boleh disaksikan seantero dunia. Pihak sekolah mengikut hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959) boleh mengambil tindakan dengan Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan (detention) dan Amaran. Unit Kaunseling dan Unit Disiplin di sekolah juga boleh berganding bahu mengadakan kem motivasi, pameran dan kempen kesedaran untuk murid tentang penggunaan media sosial. Pendedahan dari segi rohani dan jasmani boleh membentuk murid yang celik IT dan mengelakkan murid menjadi ketagihan media sosial. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan murid-murid di sekolah agar tidak menjadi kudis bernanah yang merosakkan masyarakat, bak peribahasa Melayu yang amat berharga iaitu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala masalah media sosial dikekang sejak di bangku sekolah lagi sebelum membarah dalam masyarakat.

Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak. Masyarakatsendiri perlu bertindak pantas untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk mengawal penggunaan media sosial. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) yang benar lagi sahih mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah bagaimanakah seluruh masyarakat Malaysia dapat berganding bahu dan saling mendepani penggunaan media sosial bak peribahasa Melayu yang tak jemu diucap selalu iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing? Adakah masyarakat kita ambil peduli tentang permasalahan ini atau hanya menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing? Statistik yang diambil daripada akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut laman web Internet Lives Stars seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang mengakses Facebook. Ayuh, bangkitlah semua! Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat penyalahgunaan media sosial. Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang media sosial kepada remaja atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan serba guna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan perumahan, di balai raya atau di rumah-rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah santai berkenaan cara penggunaan media sosial yang betul pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Melalui forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-aplikasi canggih yang  secara tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda golongan muda ini untuk menerokainya dan menjauhi jenayah siber. Masyarakat juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApps atau Instagram untuk mengajak setiap ahli komuniti melakukan sesuatu yang memberi impak positif seperti berniaga dalam talian dan bertukar-tukar idea atau info tentang resipi masakan bagi kaum ibu atau info pelajaran bagi mereka yang bergelar pelajar . Setiap individu di muka bumi ini merupakan khalifah yang  tugasnya menyeru semua orang berbuat kebaikan dan bukannya memukul canang menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu melalui media massa. Masyarakat juga hendaklah berfikir sejenak dan tidak cepat melatah menerima sesuatu berita itu tanpa menganalisis dengan bijaksana. .Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat berperanan penting dalam mengawal penggunaan media sosial bersesuaian dengan peribahasa buat air kerana muafakat, bulat manusia kerana muafakat. Maka masyarakat hendaklah saling menggembleng tenaga untuk mengawal penggunaan media sosial.

Sebagai akhir kalam, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam mengawal penggunaan media sosial. Statistik yang diambil daripada Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM yang ditulis oleh Hj. Samat bin Buang menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia. Sebenarnya dalam konteks jenayah siber, banyak sudah berlaku kes penipuan dalam talian sejak lima hingga tujuh tahun kebelakangan ini apabila wujud kes-kes seperti “Love Scam, Parcel Scam dan Online Scam yang menyaksikan penjenayah boleh mengakses akaun peribadi seseorang mangsa. Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber ini ialah menyamar sebagai wakil Bank Negara kononnya akaun mereka dibekukan dan meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun lain yang lebih selamat. Pertanyaan yang muncul dalam benak kita ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat? Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber. Antara  undang-undang yang sudah sedia wujud di Malaysia bagi mengawal selia segala yang berlaku dalam dunia siber ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), dan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). PDRM boleh berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diterajui oleh Datuk Sri Salleh Said Keruak untuk mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang. Sekarang masa untuk bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil, yang batil dianggap benar, fitnah diiktiraf sebagai bukti dan tohmahan dijamah setiap hari. Rakyat semestinya tanpa ragu-ragu menjunjung tinggi prinsip undang-undang negara di mana-mana sahaja mereka berada, bak kata peribahasa Melayu zaman berzaman iaitu di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Tidak manis kiranya tindakan undang-undang diambil sebelum diberikan penerangan dan kempen kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan media sosial kepada masyarakat. Oleh itu mengambil pendekatan pendidikan perlu sejak awal usia lagi, program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu program yang bertepatan untuk menyemai jati diri, nilai murni yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara selari dengan laungan slogan ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Besarnya harapan menggunung terpikul di pundak muda-mudi generasi pelapis memimpin negara tercinta. Oleh itu sudah semestinya mereka iaitu generasi muda yang bakal menerajui negara sifar daripada penyalahgunaan media sosial. Jelaslah bahawa pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

Sebagai melabuh tirai perbincangan tentang mauduk mengawal penggunaan media sosial telah dikupas dengan mendalam. Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bahu membahu dan bergandingan tangan untuk merealisasikan mengawal penggunaan media sosial demi keharmonian dan kemajuan negara serta membentuk masyarakat yang celik IT, berinovasi dan bermaklumat seiring dengan lagu Keranamu Malaysia.
Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.
Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia.

TEMA SASARAN SPM - manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya kitar semula menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

$
0
0
Amalan kitar semula memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak sekiranya dilakukan secara kolektif.
Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya kitar semula menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

“Kitar Semula, Fikir Dulu Sebelum Buang” begitulah bunyi laungan slogan yang sering terpapar dan terpampang di mana-mana sahaja yang menuntut kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam menyuburkan amalan kitar semula di negara yang tercinta ini. Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari mauduk tentang kepentingan mempraktikkan amalan kitar semula kepada semua strata masyarakat sering dibincangkan melalui media massa arus perdana di negara kita. Kes pencemaran alam sekitar semakin melonjak dan tidak pernah surut dari setahun ke setahun. Lebih ruwet lagi kes-kes ini acap kali mendatangkan kesusahan kepada semua pihak. Senario ini amat menyedihkan kita memandangkan kita sedang memacu arus kemodenan dengan menghamparkan landasan keimanan Apa yang merisaukan kita ialah generasi muda kini sering mengabaikan aspek kebersihan dan tidak membudayakan amalan kitar semula kerana tidak mengetahui akan kemaslahatan amalan ini dalam kehidupan seharian.  Oleh, itu formula penyelesaian segera untuk menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu difikirkan dan pendekatan yang efektif perlu diimplementasikan sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya ialah apakah faedah-faedah apabila menjadikan kitar semula sebagai etos dalam kalangan masyarakat di negara kita? Segala persoalan yang mewarnai mauduk diskusi di atas wajib dikupas hingga ke akar umbinya.

Menelusuri perbincangan ini, salah satu faedah yang signifikan ialah ibu bapa dapat menjimatkan wang perbelanjaan isi rumah dengan mengamalkan amalan kitar semula barangan terpakai di rumah. Persoalan yang muncul dalam benak kita bagaimanakah kesan sekiranya ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk menjadikan amalan ini sebahagian daripada rutin harian mereka? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan institusi pertama anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Ibu bapa seyogialah menunjukkan kepada anak-anak manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya mereka mengamalkan amalan kitar semula di rumah. Negara menaruh harapan yang menggunung kepada ibu bapa untuk menjadi suri teladan bagi melakar dan mewarnai potret kehidupan cemerlang anak-anak agar generasi akan datang sedar akan kepentingan amalan kitar semula ini. Jika ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai rol model dalam mempraktikkan budaya kitar semula ini di rumah maka anak-anak akan menaruh minat kepada amalan ini sejak kecil kerana peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bapa borek anak rintik. Oleh itu, ayuhlah ibu bapa marilah berkorban demi menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan anak-anak daripada dilupakan sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa faedah yang paling yang vital apabila menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup ialah ibu bapa dapat menjimatkan wang perbelanjaan isi rumah mereka.

Selain memberi faedah kepada ibu bapa, masyarakat juga mendapat faedah yang besar sekiranya kitar semula menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk menjayakan kempen kitar semula ini. Profesor Adam Smith seorang pakar sosiologi dan tokoh akademik dari Universiti Harvard mentakrifkan masyarakat sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama dan mendapat kepentingan bersama. Persoalan yang bermain-main dalam minda kita ialah bagaimana seluruh masyarakat Malaysia memperoleh manfaat apabila mereka berganding bahu bantu-membantu dan bahu-membahu mewujudkan sikap cinta akan alam sekitar dengan menyokong budaya kitar semula ibarat kata pepatah Melayu yang terbilang ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni? Masyarakat Malaysia dapat dikategorikan kepada dua kelompok utama yakni pertama masyarakat yang melakukan kitar semula demi menjaga alam sekitar daripada tercemar manakala masyarakat kedua ialah masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan sering mengabaikan penjagaan alam sekitar. Jika masyarakat yang mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dapat dikurangkan dan dihapuskan bagi menyahut slogan yang berbunyi “Kitar Semula Tanggungjawab Bersama” pasti persekitaran di bumi tercinta ini bersih dan terjaga.  Masyarakat harus merafakkan kesyukuran dan memanjatkan doa kepada Tuhan sekalian alam kerana dapat mendiami sebuah negara yang aman dan sejahtera serta terhindar daripada sebarang pencemaran alam yang teruk kerana kita sering bersatu hati untuk mengamalkan kitar semula persis peribahasa Melayu yang berbunyi bagai aur dengan tebing. Tegasnya, masyarakat merupakan lokomotif utama yang mendapat manfaat apabila amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana terdapat pepatah Melayu menyatakan bahawa ‘hidup bersama menjadi tradisi bak sirih, serumpun bak serai harus dijadikan pegangan hidup bermasyarakat di negara ini.  

Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kamus Oxford yakni kamus paling lengkap lagi terperinci mendefinisikan alam sekitar sebagai benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna. Persoalan yang bermain di minda kita ialah bagaimanakah kesan kepada alam sekitar di negara kita jika kita dapat berganding bahu, bantu-membantu dan bahu-membahu untuk mempraktikkan amalan kitar di negara jalur gemilang ini? Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara kita bukan saja memberikan keselesaan kepada masyarakat malah dapat menggamit pelancong asing untuk datang ke bumi bertuah ini seterusnya melonjakkan nama negara sebagai destinasi yang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Kehadiran pelancong daripada pelbagai negara ini bakal memulihkan ekonomi negara kerana kemajuan industri pelancongan negara yang setaraf dengan negara lain yang kaya dengan keindahan flora dan fauna seperti Indonesia, India, New Zealand dan sebagainya. Industri pelancongan negara janganlah sesekali mengutamakan pembangunan bandar pelancongan seperti taman tema permainan dengan mengabaikan keindahan alam sekitar semula jadi yang terdapat di negara ini persis peribahasa Melayu kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Baru berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh kepentingan kitar semula di negara kita bukan sahaja kepada manusia, malah alam sekitar semula jadi turut mendapat tempiasnya seperti kata peribahasa Melayu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Seterusnya, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia, penghasilan barang baharu daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baharu daripada barang terbuang. Persoalan yang bermain-main dalam minda kita ialah bagaimana penghasilan barang baharu ini akan mengundang pencemaran alam sekitar dan pemanasan global? Umum mengetahui bahawa gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulfur oksida dan metana merupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global.  Lebih ruwet lagi apabila kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.  Jika kita membandingkan negara di seantero dunia, negara yang pesat membangun sering mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar dan mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan suhu dunia. Impaknya, masyarakat dunia turut menerima tempiasnya dan berhadapan dengan risiko suhu panas yang melampau kerana pepatah Melayu ada menyatakan bahawa akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Tegas-setegasnya, masyarakat dunia akan mendapat manfaat apabila amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka kerana dapat mengurangkan kesan rumah hijau.

Sebagai akhir kalam, kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah jika sumber-sumber ini habis digunakan tanpa disimpan untuk generasi akan datang? Data-data statistik yang sahih lagi jitu yang diajukan oleh akhbar Metro yakni akhbar arus perdana yang mempunyai pembaca paling ramai di Malaysia melaporkan bahawa hamper 69.7% hutan di negara kita telah digondolkan untuk tujuan pembangunan bandar dan sebagai penggunaan bahan mentah. Jika masyarakat sedar bahawa kawasan hutan merupakan tempat tadahan hujan dan tempat tinggal bagi flora dan fauna yang amat berharga kepada generasi akan datang pasti mereka akan berusaha melestarikan penggunaan alam sekitar dengan membudayakan amalan kitar semula yang dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh amalan kitar semula akan menjadikan hutan terus kekal sebagai habitat bagi flora dan fauna yang terdapat di negara ini. 



Perbincangan tentang mauduk kepentingan kitar semula telah meniti ke puncaknya maka sebagai kesimpulan kerajaan perlulah sedar bahawa di sebalik pembangunan fizikal, kebendaan dan infrastruktur kelas pertama tetapi masalah pencemaran alam sekitar diabaikan sejak akhir-akhir ini. Pemimpin negara haruslah menjadi khalifah di muka bumi Tuhan yang bertanggungjawab untuk memakmurkan ala mini agar kita terus menyokong usaha kitar semula ini. Masyarakat perlu menyedari bahawa amalan kitar semula telah mendatangkan banyak kemaslahatan dalam kehidupan seharian mereka sama ada dari segi ekonomi, persekitaran dan kesihatan. Masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha menjayakan kempen kitar semula yang telah dijalankan oleh kerajaan agar generasi yang akan datang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

PROGRAM BUAL BICARA ILMU

$
0
0
 💻BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN
~ Mencipta blog baharu
~ Multimedia
~ Pengeditan dan pembugaran
~ Membina pautan dan jaringan

Tarikh : 27/11/2017 (Isnin) - cuti sekolah
Masa : 9.00am - 1.00pm
Tempat : Auditorium 2, Asia Pasific University (APU), Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Penceramah : Cikgu Tan CL
Bayaran : RM60 sahaja
☎️Sila hubungi :
Puan Noor : 0134658653
Akaun Maybank : 1580 5185 4383 (RM60 sahaja)

"Blog saya telah dilayari lebih 100,000 sebulan.
Ada petua dan teknik yang dapat saya kongsikan."
Cikgu Tan CL..
💐Salam hormat Admin dan guru2 budiman..Saya ingin mengundang semua guru BM ke program santai ilmu pada cuti sekolah akan datang ke :👇
🌷PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA
🌷Tarikh : 28/11/2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Auditorium 1, Tingkat 7, Asia Pasific University (APU), Kampus Baharu, Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

🌷Penceramah jemputan :
1. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan
(Penggunaan Imbuhan dalam Konteks Bahasa Melayu kontemporari)

2. Cikgu Tan CL
(Penguasaan dan Penggunaan Istilah Baharu Keluaran DBP dalam Pendidikan Abad ke-21)

3. Cikgu Khairuddin Ayip
(Penulisan Bestari Berimpak Hebat dan KBAT)

4. Cikgu Richard Lee
(Strategi Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Linus, Halus, dan Galus)

5. Bonda Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
(Konsep Mestamu dalam Didik Hibur Alaf Baharu)

Kepada yang berminat, 
☎️Sila hubungi :
Asyiqeen Amin : 0168332757
Bayaran : RM60 sahaja
Akaun Maybank : 1580 5185 4383

TEMA SASARAN SPM - PERANAN IBU BAPA / KELUARGA

$
0
0
FOKUS :DIMENSI KELUARGA         TAJUK :PERANAN IBU BAPA/AHLI KELUARGA
Orang Acheh berniaga papan,
Papan diguna sebagai hiasan,
Remaja gigih menjadi harapan,
         Memimpin negara menuju wawasan.

Pantun di atas menegaskan bahawa golongan muda merupakan bakal tampuk kepimpinan yang bersoleh, berketerampilan dan versatil untuk menampilkan imej negara yang sihat serta melonjakkan maruah gelanggang keramat suci ini  ke mercu kegemilangan. Alangkah remaja menggalas obligasi yang eksplisit, signifikan dan vital dalam menjadikan negara Malaysia lebih tersohor. Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia Soekarno "Jika aku diberi seratus orang tua, aku hanya dapat menggoyangkan perahu yang tertangkup, jika aku diberi sepuluh orang remaja, aku dapat menggoncangkan dunia dunia". Hal ini telah memerihalkan, mencerminkan dan menjelaskan bahawa golongan alaf langit dapat menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara dan mampu meredah onak di rimba perburuan. Remaja sering kali dikaitkan dengan istilah-istilah seperti " tiang seri negara", "pelapis bangsa", "penggerak wawasan" dan "penggerak harapan bangsa". Walaupun gelaran sebegini diberikan, pemuda tetap bertanggungjawab menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju. ,Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari  bersama bayang-bayang pemodenan, kalbu masyarakat kontemporari digoda dan didominasi oleh nafsu-nafsi ketamakan telah memanfaatkan kebanyakan masa atas kerjaya dan bergelut dengan kerja atau masalah di pejabat sehingga tidak menyenggangkan masa untuk menitikberatkan (  tema       ). Mereka telah menganggap kerjaya sebagai kayu ukur untuk menilai status mereka. Menurut Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan ibu bapa merupakan arkitek pembangunan sahsiah anak-anak.Lantaran itu,ibu bapa penting untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap"Rumahku syurgaku". Persoalan yang perlu dirungkai secara holistik dan mendalam lagi terperinci maka persoalan yang terus menimbulkan tanda soal dalam cepu fikiran saya ialah apakah..? 

Suri Teladan
Pemikir tersohor dan tokoh ilmuan yang disegani di negara kita,Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka.(PW), ibu bapa yang mengemudi, menakhodai dan mentadbir mahligai kebahagian seyogianya menjadi entiti mithali,karakter dan ikon yang syumul lagi menyeluruh kepada anak anak. Hal ini bersangkut paut dengan Ustazah Siti Nur Bahiyah pernah mengatakan ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang terpuji kepada anak-anak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih yang suci lagi kudus, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan masa kelak anak-anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap gelap. Jika merah, ia merah, jika biru, ia biru dan jika kuning, ia kuning. Hasil acuan yang cerah atau gelap bergantung kepada ibu bapa. Marilah kita ambil contoh, ...akhlak ibu bapa yang mahmudah dan mazmumah akan diteladani dan perilaku yang negatif akan diciplak habis-habisan oleh anak-anak yang baru berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu bagaimana acuan,begitulah kuihnya dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Dalam konteks ini ibu bapa perlu menjunjung amanah dan memerah keringat untuk ................................. Misalnya,ibu bapa hendaklah ...........................................( contoh ).Dengan ini,ibu bapa menjadi jurutera dan pembentuk jiwa dan raga kepada anak-anak untuk.........................Ibu bapa perlu mendampingi anak-anak  untuk mendidik...........  . Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti  ketam menyuruh anak berjalan dengan betul tetapi sendirinya berjalan mengiring.Secara ringkasnya,............................. dalam kalangan anak-anak dapat ............. jika ibu bapa menjadi suri teladan yang sempurna.

kasih sayang
Kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa yang tercinta dapat melahirkan remaja yang berketerampilan seterusnya menjadi anak bangsa yang mampu menjulang imej nusa tercinta kita di pentas dunia.Ibu bapa yang mengemudi institusi keluarga seyogianya mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Memetik kata-kata Dr Hassan Ali,mantan Pengarah Akademik Keluarga Bahagia Malaysia,beliau menegaskan bahawa kesejahteraan hidup bermula di rumah.Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini,masyarakat yang terlalu obses mengejar kebendaan kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.Hal ini  merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian
Setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta Kasih dan sayang.

Lagu sedamai Taman Firdaus dendangan saujana di atas jelas memanifestasikan keinginan insan yang bergelar anak untuk dibelai dan dikasihi agar.........................................................................
Izharlah bahawa ibu bapa perlu memberi perhatian dan belaian kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh kepada anak-anak.Hukum-hakama Arab pernah mengatakan anak-anak yang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk ialah yatim.Lantaran itu,ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang mesra dengan anak-anak agar mereka tidak mengalami masalah ketandusan kasih sayang. Sebagai contoh,ibu bapa  harus......................................................
Selain  mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga,anak-anak dapat  merehatkan minda.Jadi kasih sayang menjadi penawar dalam ..........................................................................



DIDIKAN AGAMA

Didikan agama dan moral ialah hiasan diri terakhir kita sebelum kembali ke pangkuan ilahi yang akan mengadili kita di rumah keadilan.Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama yang syumul kepada anak-anak sejak kecil lagi.Rasullulah pernah bersabda anak-anak  dilahirkan dalam keadaan fitrah,kedua-dua orang tuanya yang menjadikan mereka majusi,Nasrani dan Yahudi.Didikan agamamerupakan perisai yang ampuh untuk.....................
Lantaran itu,ibu bapa seharusnya membibitkan dan mengindoktrinasikan ajaran agama seteguh Tembok besar china kepada anak-anak mereka yang acapkali tersasar laluan sehingga dihanyut oleh arus hedonisme yang bercanggahan dengan ajaran agama Islam.Ibu bapa sewajarnya menanam nilai-nilai murni dan ajaran agama di dalam kalbu anak-anak yang dianalogikanberumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Sebagai misalan,Rasullulah S.A.W pernah bersabda "suruh dan perintahlah anakmu menunaikan solat sejak umur  tujuh tahun. Ungkapan keramat tersebut telah memanifestasikan bahawa bersolat merupakan amalan yang mampu menghalang anak-anak daripada............... Amalan bersolat menguatkan keimanan dan kekentalan jiwa anak-anak untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.Imam al-Ghazali pernah mengatakan jika hendak melihat masa depan negara,lihatlah remaja sekarang.Pernyataan di atas  menjadi bukti yang konkrit bahawa peri pentingya ajaran agama dalam........... Sebagai contoh,ibu bapa harus menghantar anak-anak mereka ke kelas keagamaan agar mereka dapat .........................................
Ingatlah,seribu mancis belum tentu dapat menerangi kehidupan anda selama-lamanya,malah didikan agama yang sempurna akan menerangi kehidupan anda sepanjang hayat.








Didikan sejak kecil

Suatu hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah, ibu bapa wajar mentarbiah ,mendidik dan menerapkan tentang........ dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti .......... Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, ......... secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi  dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi?  Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan dan mendidik tentang .........sedikit demi sedikit dalam sanubari anak-anak sejak kecil kerana    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.Misalnya,ibu bapa yang merupakan guru terawal kepada anak-anak perlu menerangkan tentang......................... ( ayat contoh ). Natijahnya,anak-anak dapat mendalami dan menjadikan didkan ibu bapa sebagai garis panduan dalam kehidupan mereka.Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah.Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal ,Franklin D.Roosevelt.Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter utama agar anak-anak menjadi modal insan yang berketerampilan dan berdaya saing.Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh ke laut menjadi pulau,terlontar ke udara  menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar.Tegasnya,ibu bapa perlu menjunjung amanah untuk mendidik anak-anak tentang ................................................................







KEMPEN /AKTIVITI
Fokus perbincangan yang selanjutnya ialah ibu bapa membawa/menggalakkan anak-anak ke kempen atau aktiviti yang bertemakan......Pelibatan anak-anak dalam aktiviti/kempen yang dianjurkan oleh Pihak kerajaan nescaya akan meluaskan horizon pemikiran tentang.........Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke......... yang dianjurkan oleh .......... di seluruh negara. . Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan aktiviti/kempen sedemikian agar anak-anak tidak diibaratkan katak di bawah tempurung.  Ibu bapa haruslah berkecimpung dalam kempen atau aktiviti tersebut agar menjadi pendorong atau pemangkin kepada anak-anak. Seorang sarjana barat Alex osborn pernah berkata bahawa "lampu Alladdin tidak bersinar sendiri,malah Alladdin yang akan menggosoknya terlebih dahulu .Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti seperti ........... Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui tentang...... seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Mantan menteri Pembangunan wanita,Keluarga dan Masyarakat ,Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa  kerajaan telah melaksanakan Bulan Kebangsaan 1 Malaysia  untuk memperkukuh institusi kekeluargaan untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan harmoni.Sebagai komitmen berterusan,ibu bapa digalakkan untuk menganjurkan/menggalakkan anak-anak menyertai kempen /aktiviti yang bertemakan............... . Sudah terang lagi bersuluh bahawa , ibu bapa perlulah membawa/menggalakkan/mengadakan kempen atau aktiviti tentang ....................agar dapat melahirkan anak-anak muda yang berilmu , berintelektual dan sekali gus mampu mengibarkan jalur gemilang di puncak kejayaan.











Sebagai konklusinya,ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hala tuju anak-anak mereka. Anak-anak  merupakan amanah daripada Allah yang harus dijaga dengan baik.Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak terus teraba-raba dalam kegelapan dunia dan akhirnya hanyut dalam hambatan dunia yang semakin menggila. Seyogianya sebelum nasi menjadi bubur,ibu bapa perlu berusaha dalam membentuk individu yang mampu menyumnbang kepada pembentukan keluarga bahagia.Jangan pula kelak mengharapkan padi,lalang yang tumbuh.Anak-anak juga harus mengikut nasihat dan kata-kata ibu bapa untuk .....................................
Subur tumbuhnya pokok kelapa
Buahnya banyak bertali-tali
Turutlah kata ibu bapa
Jangan takbur sesekali
Maksud serangkap pantun di atas ialah anak-anak sewajarnya menurut kata-kata ibu bapa untuk Berjaya dalam hidup dan sekali gus merealisasikan harapan kerajaan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.













Tajuk :  Peranan anda dalam mengatasi masalah sosial / Jenayah
Oleh : K.ulaganathan

Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara
Remaja kini berperibadi cemerlang
Menjadi tunjang aspirasi negara.


Pantun di atas memanifestasikan bahawa seseorang modal insan yang cemerlang dapat menjulang dan mengharumkan imej negara di persada antarabangsa.Remaja yang berakhlak mulia dan berbudaya cemerlang mampu menggalas,memikul obligasi  sosial, merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk imamat negara seperti kata peribahasa melayu patah tumbuh,hilang berganti. Remaja merupakan aset yang amat ternilai walaupun dibandingkan dengan segunung intan.Hal ini kerana keutuhan sesebuah negara dapat diukur melalui personaliti remaja negara tersebut.Tampaknya,jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di pundak golongan remaja. Bekas presiden Indonesia pernah menyebut,”berikan saya sepuluh belia waja nescaya akan saya gegarkan dunia”.Nyatanya,remaja yang berkualiti dapat menyemarakkan dan memperkasakan keutuhan negara.Namun begitu,setelah 56 tahun kita menghirup nafas kemerdekaan,remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kedurjanaan seperti masalah jenayah.Amat jelas sekali persepsi dan kerangka pemikiran anak-anak muda di negara kita masih belum lagi mengalami anjakan paradigama sederap dan selaras dengan arus pembangunan fizikal negara. Sudah tentu,sesuatu perkara berlaku pasti ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Sehubungan itu, masalah jenayah yang semakin menular dan diibaratkan seperti duri dalam daging di negara perlu diatasi sebelum kudis menjadi tokok.Masalah jenayah seperti pembunuhan,ragut,rompakan dan perbuatan maksiat perlu dibendung dengansegera demi memastikan negara terus maju mengikut acuan kita sendiri.Dalam konteks ini,remaja sendiri perlulah mengatur strategi dan membuat percaturan yang berhikmah untuk mengikis masalah jenayah agar berjaya dalam hidupnya.Sarjana Barat  William J.segeal berkata “Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.Tepuk dada tanya selera,apakah peranan anda dalam mengatasi masalah jenayah yang menjadi isu polemik dan sudah diketahui umum seperti kata peribahasa melayu  bangkai gajah tidak ditutup dengan daun nyiur.

Sebagai pembuka kata dan mukadimah perbincangan,saya sebagai seorang remaja haruslah bijak memilih rakan untuk mengelakkan diri daripada perbuatan jenayah.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :Teman duduk ( pergaulan ) yang soleh adalah seumpama duduk di sampan orang yang mempunyai minyak kasturi.Jikalau dia tidak memberikan minyak itu kepadamu nescaya engkau akan memperoleh bau harumnya.Pemilihan rakan sebaya amat penting dalam pembentukan akhlak remaja. Hal ini kerana rakan sebaya sentiasa mempengaruhi perbuatan yang dilakukan oleh sesorang remaja. Remaja mudah meniru dan mencontohi perlakuan rakan sebayanya.Remaja perlulah memilih rakan sebaya yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan memiliki sikap –sikap mulia.Jika saya berkawan dengan seorang taulan yang berbudi pekerti yang tinggi nescaya dapat menghindarkan diri daripada masalah jenayah yang akan membinasakan masa depan .Misalnya,seorang rakan sebaya sentiasa mendorong saya untuk melakukan aktiviti –aktiviti yang bermanfaat seperti berkunjung ke perpustakaan,mengikuti seminar dan bersenam.Lebih-lebih lagi saya juga dapat bwrbincang dan berkongsi masalah dengan rakan sebaya. Oleh itu, remaja diseru pemilih rakan sebaya yang optimis,berakhlak mulia,berdisiplin dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.

Sebelum retak pecah,sebelum nasi menjadi bubur golongan remaja perlulah memerah otak dan berikthiar untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin serius .Antara uslub yang perlu saya lakukan adalah dengan  meluangkan masa dalam aktiviti yang berfaedah.Remaja merupakan individu yang penuh dengan keghairahan dan jiwa remaja begitu mudah memberontak serta ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Seandainya mereka mempunyai masa terluang ,remaja akan terjebak dalam perbuatan jahat. Natijahnya remaja akan teraba-raba dalam kegelapan dunia dan akhirnya hanyut dalam hambatan dunia yang semakin menggila. Bagi mengelakkan situasi sedemikian saya akan  mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,bersenam dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.keghalibannya,langkah mujarab sebegitu bukan sahaja  dapat mengelakkan golongan remaja daripada arus hedonisme malah menjauhkan diri daripada masalah jenayah.sebagai bukti yang jelas dan nyata,remaja boleh membaca buku di perpustakaan pada masa lapang kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar muzik menjadi makanan jiwa’ .Dengan ini ,remaja dapat meluaskan horizon pemikiran mereka. Lebih-leibh lagi remaja juga boleh bersenam semasa masa lapang kerana otak yang cerdas lahir daripda badan yang cergas. Sebagai seorang remaja yang berwawasan ,saya juga akan menyediakan  jadual aktiviti harian yang fleksibel dan penyediaan jadual ini akan  memastikan remaja seperti saya mengisi masa lapang dengan efektif. Lantaran itu,remaja tidak mempunyai masa dan ruang untuk terperosok dalam masalah jenayah.

Sebagai cetusan minda yang seterusnya, sebagai seorang remaja perlu belajar bersungguh-sungguh dan menetapkan matlamat hidup untuk mengelakkan diri daripada masalah jenayah.Dalam meniti arus pemodenan ilmu menjadi senjata utama untuk mengharungi pancaroba pada zaman digital ini. Peribahasa Arab ada menyatakan bahawa belayarlah sehingga benua China untuk menuntut ilmu.Mesej daripada peribahasa tersebut ialah sesorang individu perlulah rajin mencari dan sentiasa mendahagakan ilmu.Penguasaan ilmu menjadi azimat kepada seseorang individu untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.Jika remaja mempunyai hala tuju yang tetap  akan berhempas pulas untuk mencapainya dan tidak akan meruntun dalam masalah sosial. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Matlamat hidup memastikan saya lebih berdisiplin dan beriltizam untuk memperoleh kejayaan dalam hidup.Contoh yang relevan dengan senario di atas ialah saya akan mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar dapat menduga lautan yang dalam. Jadi,remaja tidak akan membinasakan masa depannya dengan terlibat dalam kegiatan jenayah yang akan memalapkan masa depan mereka.

Dalam nada yang berbeza,saya akan melengkapkan diri dengan didikan agama dan moral untuk mengelakkan diri daripada masalah jenayah.dalam konteks ini ,remaja yang masih mentah haruslah menjadikan agama sebagai penyuluh hidup.Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk jati diri dan akhlak mulia kepada seseorang individu.Jika kita memetik kata-kata seseorang cendekiawan yang pernah mengatakan bahawa permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal tuhan dan agamanya. Didikan agama akan menjadi perisai dan membentengi diri saya daripada segala perbuatan mungkar. Surah Luqman ayat 14 menyatakan  bahawa Hai anakku ! dirikanlah solat,suruhlah mereka mengerjakan kebaikan,cegahlah mereka daripada berbuat kemungkaran.Jadi,amat jelas setiap individu wajid menunaikan solat untuk menghindarkan daripada kejahatan.didikan agama akan membibitkan sikap mahmudah seperti bersopan santun,hormat-menghormati dan berbudi bahasa  dalam kalbu saya. Sebagai bukti yang jelas dan nyata,saya akan sentiasa menunaikan solat dan mengaji al-quran untuk memperkukuh keimanan diri saya.Rentetan itu,saya dapat membezakan antara perkara yang mungkar dan baik seperti kaca dengan permata.oleh itu,jelaslah bahawa agama  menjadi pegangan hidup dan menerangi kehidupan kita sepanjang hayat.

Tuntasnya,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahatir Muhammad pernah berkata,’modal insan atau remaja yang sempurna merupakan aset yang penting untuk membangunkan negara dan menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar’. Memandang huraian di atas,remaja yang berazam dan beriltizam tinggi dapat menjadi pemimpin yang berwibawa dan menjulang nama negara di persada antarabangsa pada masa depan. Remaja seharusnya melaksanakan obligasi dengan penuh swadaya supaya tidak terperangkap dalam masalah jenayah. Sehubungan dengan itu, ayuh bangkitlah remaja,beranjaklah dari sisi lama hidupmu dan buka ruang kehidupan yang baru serta lakukan anjakan paradigma agar hidupmu sejahtera sepanjang masa!.                 ( 1074 )














RAMALAN  9

Tajuk : Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.

Mekar angsana pandang tak jemu
Bunganya luruh ke dalam raga;
Buku laksana ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga

Dasawarsa ini,isu masyarakat  Malaysia yang dikatakan antara masyarakat yang malas membaca menjadi polemic dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepsinya,membaca dapat ditakrifkan sebagai amalan muliay ang dapat mencambah biak ilmu pengetahuan. Melaui amalan membaca kita dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada di dalam ataupun di  luar negara. Biasanya ,golongan pelajar perlu lebih kerap membaca kerana mereka berada dalam lingkungan dunia pendidikan.Amalan membaca bertepatan dengan cogan kata, ‘  Bangsa Membaca,bangsa berjaya ‘. Oleh itu,terdapat banyak prakarsa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.

Isi  pertama : prakarsa perdana yang boleh diimplementasikan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca ialah membeli bahan bacaan secara berkala. 

Isi kedua : ibu bapa perlu menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini  di rumah

Isi ketiga : Ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak

Isi  keempat : ibu bapa menjadi uswah hasanah yang syumul

Isi kelima : ibu bapa/ahli keluarga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.

Isi keenam : ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka.

Kesimpulan :

Intihanya, ibu bapa harus  sedar akan peri mustahaknya membaca kerana pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak  mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas dan cergas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka  jika anak-anak sudah berjinak-jinak dengan aktiviti membaca,kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan hal ini bertepatan peribahasa melayu kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dengan ini sama-samalah kita menyelami dan menghalusi maksud tersirat serangkap pantun .


Cantik sungguh si bunga kejora
Buat hiasan di hari raya
Marilah sahut seruan negara
Bangsa membaca bangsa berjaya













Tajuk : Peranan ibu bapa dalam memupuk amalan membaca .

Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf millennium di samping menelusuri ,meniti abad yang mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelabgai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan telah dilaksanakan supaya negara  Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf,sebaris dan standing dengan negara atas angin yang moden bak kata pepatah,duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Sayang dan malang sekali, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,terdapat lakaran suram yang membayangi tamadun dan peradapan masyarakat kita. Pada realitinya,tabiat atau budaya membaca dalam kalngan masyarakat masih berada pada takuk lama bagai  hidup segan mati tak mahu malahan bilangan buku yang dibaca oleh mereka boleh dikira dengan menggunakan jari. Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat  telah didedahkan oleh Perpustakaan Negara  Malaysia amat memeranjatkan kerana rakyat  Malaysia hanya membaca purata satu halaman daripada sebuah buku dalam masa setahun. Siapakah yang harus dipersalahkan ? pada hemat saya,sikap menuding jari tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan menambahkanburukkan situasi yang semakin parah ini. Oleh hal yang demikian,saya berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk merungkai kemelut ini. Memang tidak disangkalkan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan vital untuk mengindoktrinasikan amalan membaca dalam lubuk hati anak-anak. Cepu kepala dan otak terus bersipongan dengan tanda Tanya,apakah peranan yang pragmatik dan dogmatik yang perlu dilakukan oleh ibu bapa membentuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak di rumah ?

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi,ibu bapa perlu menjadi uswah hasanah yang syumul kepada anak-anak dalam menerapkan budaya membaca kepada anak-anak di rumah.Dalam konteks ini.ibu bapa wajar menunjukkan contoh yang baik dan menjadikan diri mereka sebagai idola  kepada anak-anak. Hal ini kerana segala tindakan  ibu bapa yang positif lazimnya menjadi ikutan anak-anak .Ibu bapa yang menakhodai bahtera rumah tangga hendaklah mempraktikkan amalan mulia ini di rumah agar anak-anak akan meneladani sikap mahmudah ibu bapa .Ibu bapa pada zaman digital yang berlumba-lumba untuk mencari kebendaan demi masa depan ahli keluarga seharusnya bijak mengatur masa untuk membudayakan amalan membaca  di rumah mereka setiap hari di sebalik kesibukan mereka. Anak-anak yang berumur setahun  jagung nescaya akan mengikut langkah positif ibu bapa mereka seperti bunyi peribahsa melayu air cucuran atap sudah tentunya jatuh ke atas pelimbahan.sebaliknyajika ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan amalan ini malah selalu mewajibakan anak mereka membaca,senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu seperti ketam  mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ,ibu bapa harus menjadi suri teladan yang sempurna kepada ank-anak agar modal insan yang berketerampilan,berilmu pengetahuan,berdaya saing dan berminda kelas pertama dapat dilahirkan.

Tuhan mahu akan manusia berusaha dengan rajin untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan bukan sewenang-wenangnya menadah tangan ke langit untuk mengaharapkan sesuatu hasil. Jadi amat jelas usaha yang gigih perlu untuk mengecapi kejayaan dalam hidup seperti peribahasa melayu’yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.Rentetan itu,untuk menggapai kejayaan dalam hidup ,amalan membaca menjadi pemangkin utama yang wajar dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah menyedikan jadual membaca kepada anak-anak dan ahli keluarga. Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk melakukan pembacaan bersama-sama dengan ahli keluarga seperti pada hujung minggu. Peruntukkan masa ini amat vital bagi membolehkan ahli keluarga melibatkan diri dalam aktiviti membaca. Dengan menyediakan jadual membaca yang teratur,maka ibu bapa boleh berkongsi ilmu dan  membudayakan amalan membaca dengan anak-anak mereka.Misalnya,ibu bapa boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk membaca bahan bacaan seperti kitab agama,majalah,buku-buku cerita dan surat khabar.Ironinya,amalan membaca menjadi kebiasaan kepada anak-anak  yang mempraktikkan amalan ini dalam rutin harian seperti bunyi peribahasa alah bisa tegal biasa. Selaras dengan kata-kata Yang amat berhormat dato Sri Hishammudin bin Tun Hussein’iaitu untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang sentiasa berfikiran kreatif dan berdaya saing dalam era komunikasi dan teknologi maklumat ( ICT ).amalan membaca seharusnya dijadikan asas yang kukuh dalam masyarakat. Tanpa ilmu dan maklumat,masyarakat Malaysia akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia yang semakin sengit persaingannya . Tegasnya,ibu bapa perlulah merangka jadual membaca yang fleksibel agar dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Sebelum retak belah,sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum nasi menjadi bubur,jika kita bersedia memerah otak dan keringat serta berikhtiar berhempas pulas,tentu ada formula penyelesaian dan nescaya bukanlah satu sahaja kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan. Huraian di atas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian sudut bacaan di rumah. Demi memahat amalan membaca dalam jiwa anak-anak,ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini atau ruang bacaan di rumah. Suasana yang kondusif dan selesa perlu diambil kira oleh ibu bapa sewaktu menyediakan sudut bacaan di rumah. Dengan penyediaan perpustakaan mini,anak-anak tidak perlu  bersusah payah keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan dan mencari tempat yang selesa untuk membuat rujukan.Malah ,anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah disediakan.Perpustakaan mini di rumah dapat member peluang kepada anak-anak menghabiskan  masa senggang  dengan membaca buku dan sekali gus menghindarkan diri mereka daripada sebarang kebejatan sosial.Neville black,seorang ahli falsafah barat berpendapat  bahawa ilmu pengetahuan adalah alat serta asset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak  lain pada zaman moden yang menuntut kemajuan.Oleh itu,anak-anak perlu mendahagakan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menimba ilmu agar tidak diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.Memandangkan penyataan di atas,jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.

Satu lagi obligasi ibu bapa dalam menerapkan amalan membaca kepada anak-anak muda ini ialah ibu bapa mestilah menjadikan aktiviti mengunjung I perpustakaan,kedai buku dan pesta buku sebagai salah satu aktiviti utama keluarga.Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku,mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca.langkah proaktif ini akan membolehkan anak-anak lebih terdedah kepada bahan bacaan yang berkualiti dan baharu di pasaran. Pada masa yang sama juga ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mendaftar sebagai ahli di perpustakaan di sekolah atau perpustakaan awam agar dapat meminjam buku pada waktu senggang.Ketika mengunjungi kompleks beli belah,ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mengunjungi kedai buku dan membantu mereka dalam membuat pemilihan bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian. Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku yang merangkumi pameran buku dan jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita. Ibu bapa seharusnya memanfaatkan peluang keemasan seperti ini untuk membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak mereka dengan harga yang berpatutan.Natijahnya,anak-anak akan  didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran dan juga dapat memantapkan hubungan kekeluargaan bak kata peribahasa melayu sambil menyelam minum air.Ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan yang kualiti kepada anak-anak kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar muzik menjadi makanan jiwa”.Oleh itu,jelaslah bahawa ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke ekspo dan jualan buku yang diadakan agar dapat menyemai amalan membaca dalam kalngan anak-anak mereka.

Konklusinya ,amalan membaca mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada  anak-anak yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa depan. Ibu bapa sebagai jentera pentadbiran  setiap institusi keluarga perlu menyemai ,memupuk dan menerapkan amalan mulia ini dalam kalbu anak-anak sejak kecil lagi agar menjadi budaya anak-anak.Golongan remaja seharusnya dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling ampuh untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini. Usaha yang berterusan untuk  membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar mereka dapat menjadi pelapis dan pemimpin yang berwibawa serta menjulang nama negara di persada antarabangsa. Anak watan Malaysia mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya mengecapi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Biarlah pepohon terus menghijau,biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus gemilang,cemerlang dan terbilang di jagatraya.    ( 1228pp)

BENGKEL PEMBINAAN MODUL BM SPM - PERINGKAT DAERAH SANDAKAN, SABAH.

$
0
0
Pada 20 November 2017, Majlis Pengetua Sandakan dan SM ST MICHEAL telah mengundang saya untuk menyampaikan seminar bahasa dan teknik pembinaan modul BM SPM kepada 41 orang peserta daripada 20 buah sekolah di daerah Sandakan, Sabah. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menunjukkan semangat yang tinggi dan berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Cikgu Sim daripada SM ST MICHEAL yang merancang dan merealisasikan perancangan ini.

Hasil daripada perbengkelan kertas 2 itu, 20 rumusan, 20 set komsas, 20 set tatabahasa dan 20 set soalan novel telah berjaya disiapkan. Bahan-bahan tersebut akan dimurnikan dan dibukukan untuk kegunaan semua sekolah di daerah Sandakan. Di samping itu, saya juga telah menyampaikan seminar bahasa tentang istilah semasa keluaran DBP yang dapat memanfaatkan guru-guru di se-Sandakan di samping beberapa petua tatabahasa.

Hubungi saya pada talian 0122099440 atau cikgutancl@hotmail.com jika ada sekolah atau daerah yang ingin menjalankan bengkel pembinaan modul BM SPM atau BM PT3.














BENGKEL PEMBINAAN BLOG PENDIDIKAN (27.11.2017)


TITB 5 - 28.11.2017

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (1)

$
0
0
CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (1)

ambulan
(Ubat) berupaya utk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja (bkn pesakit).

ambulans
kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital).

SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Janganlah kita berkata bahawa ejaan "ambulan" salah manakala ejaan "ambulans" betul. Sebaliknya, kita haruslah menjelaskan bahawa "ambulan" dan "ambulans" mendukung makna yang berbeza.

Banyak buku rujukan dalam pasaran yang melabelkan "ambulan" sebagai kesalahan ejaan padahal maknanya ada dalam Kamus Dewan.

Kongsikan ilmu bahasa, sebarkan ilmu baharu, suburkan bahasa Melayu.

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (2)

$
0
0
CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (2)

karenah
(karénah) Ar alamat, bukti, tanda.

kerenah
(kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.

SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Janganlah kita berkata bahawa ejaan "karenah" salah manakala ejaan "kerenah" betul. Sebaliknya, kita haruslah menjelaskan bahawa "karenah" dan "kerenah" mendukung makna yang berbeza. Dengan berbuat begitu, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan informasi yang betul bahawa kedua-dua patah perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.

Banyak buku rujukan dalam pasaran yang melabelkan "karenah" sebagai kesalahan ejaan dan tidak mempunyai maknanya padahal definisi perkataan itu ada dalam Kamus Dewan. Rujuklah Kamus Dewan dengan telitinya sebelum kita membuat keputusan bahawa sesuatu perkataan itu tidak wujud atau salah dari segi ejaannya.

Kongsikan ilmu bahasa, sebarkan ilmu baharu, suburkan bahasa Melayu.

NOTA BULANAN BAHASA MELAYU - TUISYEN KENDIRI

$
0
0

Pada zaman moden ini, ibu bapa semakin hari semakin sibuk bekerja. Guru-guru juga sibuk mengajar anak murid dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat nota dan menyediakan latihan untuk anak-anak murid mereka.

Saya ada jalan penyelesaiannya. Saya telah menerbitkan nota bulanan, edisi murid yang tidak ada jawapan dan edisi guru yang berjawapan lengkap. Oleh sebab itu, nota ini sesuai digunakan oleh guru, tutor, ibu bapa mahupun pelajar untuk membuat ulang kaji atau seolah-olah mempelajari subjek Bahasa Melayu secara kendiri.

NOTA BULANAN TINGKATAN 1-5 yang saya tulis mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Setiap nota bulanan terdiri daripada 100 halaman (edisi murid) dan 100 halaman (edisi guru)
  2. Nota komsas dan novel yang komprehensif dan terbaharu mengikut kehendak Bahagian Perkembangan Kurikulum.
  3. Latihan tatabahasa yang mematuhi kriteria KBAT dan format terkini.
  4. Latihan peribahasa yang mantap dan sesuai untuk murid yang ingin mempelajari peribahasa dengan gaya yang unik serta soalan yang berbentuk peperiksaan.
  5. Karangan yang mantap dengan kerangka karangan disediakan (PT3) dan murid dapat membuat persediaan untuk menduduki PT3 atau peperiksaan bulanan / semester / akhir tahun.
  6. Dengan merujuk nota bulanan edisi murid dan edisi guru, murid dapat membuat pembelajaran kendiri.
  7. Nota dan latihan novel yang terkini juga dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan.
  8. Soalan kesalahan ejaan dan tatabahasa yang berbagai-bagai bentuk dapat mematangkan pemikiran murid.
  9. Guru-guru juga boleh menggunakan bahan ini sebagai alat bantuan mengajar murid di sekolah. Walau bagaimanapun, sebarang salinan harus mendapatkan kebenaran saya sebagai penulis buku nota bulanan.
  10. Komsas dan novel yang lengkap dengan permintaan semua zon disediakan. Skema jawapan novel yang terdiri daripada skema semua zon di Malaysia memastikan anda tidak berasa risau sekiranya ada persoalan perbezaan zon. 


BUTIRAN PEMBAYARAN
MAKLUMAT BAYARAN:
HARGA: RM50 (SETIAP TINGKATAN) TERMASUK KOS PENGHANTARAN KE SELURUH NEGARA.
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NAMA BANK: HONG LEONG BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 10801002719

SILA HANTAR BUTIRAN BERIKUT KEPADA SAYA SECARA PERIBADI:
NAMA PENUH:
ALAMAT LENGKAP:
NOMBOR TELEFON:

BUKU NOTA BULANAN AKAN MULA DIHANTAR PADA AWAL BULAN SECARA POSLAJU

SIAPA CEPAT DIA DAPAT! HANTAR BUKTI KEMASUKAN WANG KE DALAM AKAUN BANK KEPADA SAYA MELALUI TELEGRAM / WHATSAPP DI BAWAH:
CIKGU TAN CL
NO TEL: +60122099440
SEBARANG PERTANYAAN: WHATSAPP / TELEGRAM SAHAJA
NOTA BULANAN TINGKATAN 1
EDISI MURID + EDISI GURU (JAWAPAN) + POSLAJU = RM50

NOTA BULANAN TINGKATAN 2
EDISI MURID + EDISI GURU (JAWAPAN) + POSLAJU = RM50

NOTA BULANAN TINGKATAN 3
EDISI MURID + EDISI GURU (JAWAPAN) + POSLAJU = RM50

NOTA BULANAN TINGKATAN 4
EDISI MURID + EDISI GURU (JAWAPAN) + POSLAJU = RM50

NOTA BULANAN TINGKATAN 5
EDISI MURID + EDISI GURU (JAWAPAN) + POSLAJU = RM50

KERATAN AKHBAR PROGRAM TITISAN ILMU TABURAN BUDI

$
0
0


1. Nama program
TITISAN ILMU TABURAN BUDI

2. Siapa anjurkan
Penganjuran bebas iaitu tidak terikat dengan mana2 jabatan atau syarikat. Urus setia terdiri drpd barisan rakan-rakan pendidik.

3. Objektif program :
Tujuan program ini diedarkan adalah untuk mengisi masa cuti guru-guru (dari seluruh negara ) sambil menghadiri majlis santai dengan pengisian ilmu pendidikan daripada penceramah undangan khususnya yang brkaitan bahasa dalam meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan para pendidik.

4. Matlamat program ini?
Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan ilmu dan memperluas kecaknaan guru terhadap penggunaan bahasa yang baik dan indah. Hal ini termasuk teknik pengajaran yang terbaik untuk memastikan pencapaian murid ada kemajuan. Selain untuk memajukan dan mempertingkatkan ilmu bahasa dalam diri, guru juga mempelajari pelbagai ilmu dari segi bahasa, penulisan, pengajaran, dan teknik didik hibur daripada pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh barisan penceramah.

8 apa yg diajar? 
Pelbagai tajuk sudah diajar dan yang terkini iaitu Siri 5 ialah:
1. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan
(Penggunaan Imbuhan dalam Konteks Bahasa Melayu kontemporari)

2. Cikgu Tan CL
(Penguasaan dan Penggunaan Istilah Baharu Keluaran DBP dalam Pendidikan Abad ke-21)

3. Cikgu Khairuddin Ayip
(Penulisan Bestari Berimpak Hebat dan KBAT)

4. Cikgu Richard Lee
(Strategi Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Linus, Halus, dan Galus)

5. Bonda Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
(Konsep Mestamu dalam Didik Hibur Alaf Baharu)

9 apa komen dan harapan?
Saya amat berterima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai program ini dengan rela hati dan kesanggupan barisan penceramah menerima undangan walaupun sibuk dengan pelbagai urusan dan sedia menaburkan ilmu kepada peserta yang hadir. 

Daripada respon yang diterima, mereka amat berpuas hati dan sentiasa menunggu untuk datang ke Siri yang berikutnya. 

10. Kenapa melakukan program ini? 
Program ini dirasakan dapat memberi peluang dan ruang kepada para guru untuk bertemu secara langsung dengan penceramah hebat di samping dapat bertukar2 fikiran sesama kenalan dari seluruh negara. 

11. Target sasaran program ini? 
Guru, ibu bapa, pengkaji bahasa, tutor, dan semua ahli masyarakat yang brminat untuk menimba ilmu.



INFORMASI BAHASA - CAKNA EJA HEBAT BAHASA

$
0
0
INFORMASI BAHASA
CAKNA EJA HEBAT BAHASA
(1)
sumsum = isi dalam tulang panjang yang berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak
sum sum
sum-sum
(2)
toktok = batang kayu yang diberi berongga (diletakkan di surau dan lain-lain) dan diketuk untuk memanggil orang sembahyang dan lain-lain
tok tok
tok-tok = bunyi seperti bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dan lain-lain)
(3)
tingting = bunyi seperti duit syiling berhantukan / sejenis permainan kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat dengan sebelah kaki di petak-petak tertentu yang dilukis.
ting-ting
ting ting 
(4)
kot-kot = (dialek Kedah) mungkin, kalau-kalau
kotkot
kot kot
(5)
koi-koi = perlahan-lahan, hati-hati (jangan tergesa-gesa)
koikoi
kot koi
(6)
songsong = berlawanan (bertentangan) arah
song-song
song song
(7)
gingging =berdiri di atas sebelah kaki dengan tangan memegang kaki yang satu lagi.
ging ging
ging-ging
(8)
gonggong  = membawa (memegang) dengan mulut atau paruh (berkenaan anjing, burung, dan lain-lain) / menyalak (anjing)
gong gong
gong-gong
(9)
kongkong = benda daripada kayu atau besi yang berlubang yang dikenakan pada leher orang salah atau orang tahanan (untuk menghukumnya atau mencegahnya daripada lari), pasung
kong kong
kong-kong
(10)
liplap = 1. tidak sekata atau sama (warna barang yang berlapis-lapis) 2. Belanda liplap = Belanda peranakan
lip-lap
lip lap
(11)
waswas  = (perasaan) sangsi / curiga khuatir / sangkaan buruk yang merunsingkan
was-was
was was
Nantikan kemunculan buku CAKNA EJA .....
Salam Bahasa Jiwa Bangsa

UJIAN KESALAHAN EJAAN ARAS TINGGI 1

$
0
0
UJIAN KESALAHAN EJAAN ARAS TINGGI 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Ahli jawatankuasa pentadbiran pelabuhan akan menyediakan insentif kepada kuarter-master yang akan mengemudi kapal dan memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan dilaksanakan.
2. Ibu membeli dua biji nanas sarawak daripada penjaja buah-buahan yang baik hati lalu menyedekahkannya kepada segala fakir dan miskin.
3. Ayah menghantar adik-adik saya ke maderasyah untuk menyaksikan acara tilawah al-Quran oleh anak-anak muda di astaka.
4. Ibu bapa saya akan melancong ke Ferancis pada hujung tahun ini dengan ipar-duai mereka untuk melihat kemegahan menara Eiffel.
5. Guru sains itu menerangkan bahawa internet membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
6. Wusyu ialah seni pertahanan diri orang Cina yang kurang masyhur pada zaman dahulu kala berbanding dengan kungfu yang mengandungi unsur judo dan karate.
7. Masalah kemurungan dikenal pasti sebagai perasaan sedih, masygul, dan pilu yang dialami oleh seseorang daripada tekanan dan kenangan pahit.
8. Mak cik saya berduka cita apabila memikirkan ikan kering yang dijemurnya masih lembap kerana musim tengkujuh belum berlalu.
9. Ibu saya terlalu percaya akan ejen yang mempromosikan barangan dapur itu kerana dia yakin bahawa agensi besar itu tidak akan menipu pelangannya.
10. Ayah menasihati ibu agar berjimat-cermat dalam perbelanjaannya kerana Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini mungkin disambut secara sederhana lantaran kemelesetan ekonomi.
11. Seseorang guru haruslah gigih menimba ilmu agar dapat mengekalkan proffessionalisme mereka sebagai pendidik demi menghadapi cabaran pada alaf baharu.
12. Sanak-saudara saya akan berkunjung ke rumah saya pada bulan Mac ini untuk menyaksikan pertunangan kakak dengan seorang lelaki Melayu yang memiliki stail keinggerisan.
13. Semangat antipenjajah masih dapat dirasai oleh rakyat tempatan selepas penjajahan koloniel kerana mereka bukan sahaja menyaksikan pertumpahan darah, tetapi juga kematian ahli keluarga.
14. Kuih baulu, nasi impit dan serondeng ialah makanan wajib keluarga kami sewaktu menyambut Hari Raya Puasa di kampung.
15. Kakak membeli sebungkus kueytiao goreng dan lima bungkus mi goreng mamak dari gerai yang terletak di hujung jalan besar itu.
16. Diktator yang gila akan kuasa muthlak itu mengehendaki semua orang menghormatinya dan menumpahkan taat setia kepadanya.
17. Wanita dari India itu berjaja tanpa lesen dengan menjual wade, tosei, donat, karipap, dan kuih kaswi yang manis dan sedap.
18. Rasberi, bilberi, ceri, strawberi ialah buah-buahan import yang semakin hari semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia.
19. Pakar perubatan di hospital swasta itu sedang mengX-ray pesakit kanak-kanak yang disyaki berpenyakit leukemia.
20. Kegiatan gengsterisme dan vandalisme acapkali dilaporkan oleh media cetak dan media elektronik kerana kerajaan mahu rakyat bekerjasama membanterasnya.
KONGSIKAN!
MANFAATKAN!
SEBARKAN!

ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2017

$
0
0
TAHUN
SPMU
SPMN
(a) – 7 m
(b) – 8 m
(a) – 7m (BHS = 3M)
(b) – 8 m (BHS = 2M)
2001
 -
-
Kewajaran  pengarang mengakhiri cerita
4 persoalan
2002
Sinopsis novel
4 nilai murni
Tema
Latar masyarakat
2003
Klimaks &  peristiwa yang membawa kpd. kesudahan cerita
4 latar tempat
Buktikan persoalan kegigihan
Perwatakan watak utama
2004
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama
4 pengajaran
3 nilai kasih sayang
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi
2005
Perwatakan satu watak sampingan
3 peristiwa yang dapat anda teladani
2 peristiwa yang paling menarik
Bandingkan 1  latar tempat       dalam dua novel
2006
Pertentangan antara watak
2 nilai kemasyarakatan dalam dua novel
Pengajaran
1 persoalan dalam dua novel
2007
2 nilai setia kawan
Perbandingan tema
2 peristiwa tentang persoalan maruah
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi dalam           2 novel
2008
Pemilihan tajuk dikaitkan dengan isi kandungan novel
3 pengajaran dalam dua novel
2 sebab bahagian permulaan novel menarik minat pembaca
Perbandingan (persamaan & perbezaaan) latar masyarakat dalam dua novel
2009
2 peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca
1 latar masa dalam dua novel
2 contoh yang membuktikan ketabahan watak utama
1 contoh nilai kasih sayang dalam dua novel
2010
2 peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyakarat
1 latar masyarakat dalam dua novel
Sebab-sebab novel boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca
1 peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel
2011
Kandungan novel (Sinopsis)
2 Pengajaran (1 Novel)
 Perwatakan watak utama
2 persoalan (1 novel)
2012
Tema
3 pengajaran
2 latar masa
3 nilai kemanusiaan (1 novel)
2013
2 Latar Tempat
Pertentangan antara watak untuk mengembangkan cerita (2 Novel)
Sinopsis novel
3 peristiwa yang dapat dijadikan teladan
2014
Watak dan perwatakan –       Watak sampingan
3 nilai kasih sayang
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya
1 latar masyarakat dalam 2 novel
2015
Jelaskan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah huraikan satu
nilai keberanian yang terdapat dalam setiap novel
Huraikan persoalan kasih sayang.

Berdasarkan dua buah novel huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut
2016
Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.

dua buah novel jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masa
2017
Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.

Watak dalam sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan.
Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah pengajaran tentang simpati.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati dalam sebuah novel yang anda pelajari.





ANALISIS KOMPLIT KOMSAS TERKINI

$
0
0
ANALISIS KOMPLIT KOMSAS TERKINI
1. ANALISIS KOMPLIT ATAU LENGKAP DENGAN LATIHAN YANG KOMPREHENSIF
2. LATIHAN - 5 SET SOALAN DISEDIAKAN
3. SKEMA JAWAPAN LENGKAP DAN MEMATUHI PEMARKAHAN TURUT DISEDIAKAN
4. ANALISIS KOMSAS DIBUAT BERDASARKAN CADANGAN BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM (BPK)
5. PENULIS BERPENGALAMAN DALAM PENYAMPAIAN SEMINAR KOMSAS DI SELURUH NEGARA
6. PEMBELIAN YANG SANGAT BERBALOI DAN BOLEH DIGUNAKAN SEPANJANG TAHUN.
 UJANA KOMSAS TINGKATAN 1
UJANA KOMSAS TINGKATAN 1

KANDUNGAN MUKA SURAT
UJANA KOMSAS TINGKATAN 1
TING 1 - 355 MUKA SURAT



 UJANA KOMSAS TINGKATAN 2

TING 2 - 403 MUKA SURAT

 UJANA KOMSAS TINGKATAN 3

TING 3 - 282 MUKA SURAT

 UJANA KOMSAS TINGKATAN 4

TING 4 - 312 MUKA SURAT

 UJANA KOMSAS TINGKATAN 5

TING 5 - 328 MUKA SURAT

120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT

$
0
0

UJANA SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1.       Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

2.       Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

3.       Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)

4.       Yang belum ke sekolahlagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)

5.       Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

6.       Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)

7.       Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)

8.       Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)

9.       Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)

10.  Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)

11.  Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)

12.  Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

13.  Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)

14.  Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT:(FN+FA)

15.  Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)

16.  Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)

17.  Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)

18.  Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)

19.  Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

20.  Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)

21.  Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)

22.  Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)

23.  Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)

24.  Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25.  Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)

26.  Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)

27.  Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)

28.  Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)

29.  Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)

30.  Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)

31.  Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)

32.  Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)

33.  Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)

34.  Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)

35.  Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)

36.  Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

37.  Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)

38.  Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)

39.  Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)

40.  Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)

41.  Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)

42.  Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)

43.  Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)

44.  Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)

45.  Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)

46.  Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)

47.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)

48.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)

49.  Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50.  Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)

51.  Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)

52.  Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)

53.  Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FK)

54.  Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)

55.  Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)

56.  Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)

57.  Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

58.  “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)

59.  Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)

60.  Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)


61.  Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: (FN+FN)

62.  Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)

63.  Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)

64.  Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)

65.  Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)

66.  Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)

67.  Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)

68.  Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)

69.  Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)

70.  Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)

71.  Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)

72.  Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73.  Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)

74.  Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

75.  Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)

76.  Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)

77.  Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)

78.  Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)

79.  Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)

80.  Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)

81.  Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)

82.  Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)

83.  Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)

84.  Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)

85.  Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86.  Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)

87.  Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)

88.  Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)

89.  Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)

90.  Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)

91.  Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)

92.  Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)

93.  Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)

94.  Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)

95.  Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)

96.  Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)

97.  Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)

98.  Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)

99.  Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)

100.Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)

101.Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

102.Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)

103.Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)

104.Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

105.Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

106.Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)

107.Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)

108.Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)

109.Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)

110.Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111.Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)

112.Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)

113.Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)

114.Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)

115.Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)

116.Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)

117.Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)

118.Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)

119.Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)

120.Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

POLA AYAT: (FN+FS)

Permintaan - ucaplah "terima kasih" di ruang komen di bawah jika anda menggunakan bahan saya.
Terima kasih!

NOTA DAN TUISYEN BAHASA MELAYU KENDIRI (TINGKATAN 1-5) – FEBRUARI

$
0
0
NOTA DAN TUISYEN BAHASA MELAYU KENDIRI (TINGKATAN 1-5) – FEBRUARI INTI PATI NOTA BULAN FEBRUARI TINGKATAN 1,2, DAN 3 (100 HALAMAN) 1. NOTA TATABAHASA (KATA KERJA / FRASA KERJA) 2. 100 SOALAN MORFOLOGI 3. 100 SOALAN KESALAHAN EJAAN 4. 120 SOALAN SINTAKSIS POLA AYAT 5. 20 LATIHAN PERIBAHASA 6. KOMSAS 7. KARANGAN - 1 TEMA DENGAN 3 KARANGAN 8. LATIHAN RINGKASAN DAN TEKNIK MENJAWAB INTI PATI NOTA BULAN FEBRUARI TINGKATAN 4 – 5 (100 HALAMAN) 1. RUMUSAN 2. BINA AYAT - 10 LATIHAN 3. SINTAKSIS - LEBIH 200 SOALAN 4. KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN - 30 LATIHAN 5. KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA - 30 LATIHAN 6. PERIBAHASA - 20 LATIHAN 7. KOMSAS + 5 LATIHAN 8. KARANGAN BERGAMBAR - BERSERTA KERANGKA 9. KARANGAN PANJANG RAMALAN SPM SILA KLIK PADA PAUTAN BERIKUTNYA NOTA BULANAN FEBRUARI
UNTUK MEMBELI BUKU NOTA TINGKATAN 1, FEBRUARI, SILA KLIK PADA PAUTAN (LINK) DI BAWAH: https://shopee.com.my/product/53741750/896667864/ 
UNTUK MEMBELI BUKU NOTA TINGKATAN 2, FEBRUARI, SILA KLIK PADA PAUTAN (LINK) DI BAWAH:
https://shopee.com.my/product/53741750/896668670/



UNTUK MEMBELI BUKU NOTA TINGKATAN 3, FEBRUARI, SILA KLIK PADA PAUTAN (LINK) DI BAWAH:
https://shopee.com.my/product/53741750/896669562/

UNTUK MEMBELI BUKU NOTA TINGKATAN 4, FEBRUARI, SILA KLIK PADA PAUTAN (LINK) DI BAWAH:
 https://shopee.com.my/product/53741750/896673131/

UNTUK MEMBELI BUKU NOTA TINGKATAN 5, FEBRUARI, SILA KLIK PADA PAUTAN (LINK) DI BAWAH:
https://shopee.com.my/product/53741750/896674467/
SENARAI LINK / PAUTAN
TINGKATAN 1 https://shopee.com.my/product/53741750/896667864/ TINGKATAN 2 https://shopee.com.my/product/53741750/896668670/ TINGKATAN 3 https://shopee.com.my/product/53741750/896669562/ TINGKATAN 4 https://shopee.com.my/product/53741750/896673131/ TINGKATAN 5 https://shopee.com.my/product/53741750/896674467/

KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF

$
0
0

KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF
1.     Kata ganti nama diri mesti diulang kaji dari masa ke masa. Jom kita buat ulang kaji dengan menyenaraikan kata ganti nama diri dalam tempat kosong di bawah.
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua: engkau, kau, kamu, awak, kalian, anda, tuan hamba, tuanku
Kata ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda

2.     Subjek bagi ayat mesti dikenal pasti.
Contoh: Ali membaca buku.
Subjek: Ali

3.     Kata kerja transitif perlu dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh: Ali membaca buku.
Kata kerja transitif: membaca

4.     Objek dalam setiap ayat aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek, kenal pasti objek tepat sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat pasif.
Contoh 1: Ali membaca buku.
Objek: buku

Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.
Objek tepat: ibu
Objek sipi: buku

5.     Ada 3 jenis ayat pasif yang perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang melibatkan subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.
Contoh:
Saya membaca buku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Saya
membaca
buku

Ayat pasif
objek
subjek
kata kerja pasif
Buku
saya
baca
PERHATIAN!
6.     Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata kerja berimbuhan di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya membaca buku. (aktif)
Buku dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan engkau tulis. (betul) (pasif)

7.     Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku. (aktif)
Buku sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)

8.     Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)


(b)
Pada waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)

9.     Jika kata ganti nama diri ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan “di...oleh” digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam ayat pasif.
Lihat contoh di bawah:
Sharifah membaca buku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Sharifah
membaca
buku

Ayat pasif
objek
kata kerja pasif
subjek
Buku
dibaca oleh
Sharifah Bahum
Buku
dibaca
Sharifah Bahum

10.  Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)

(b)
Murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)

11.  Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)

(b)
Pada waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)

12.  Kekecualian diberikan kepada ayat pasif semu yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi makna imbuhan ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu, imbuhan ter- tidak mengalami sebarang perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama “oleh” ialah unsur wajib ditulis sebelum subjek ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat contoh di bawah:

Sharifah Bahumterpijak paku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Sharifah Bahum
terpijak
paku.

        Ayat pasif
objek
kata kerja pasif
subjek
Paku
terpijak oleh
Sharifah Bahum

Paku terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Paku terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)

Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>