Quantcast
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

KECEMERLANGAN DAN PENGUASAAN SUBJEK BM SPM

KECEMERLANGAN DAN PENGUASAAN SUBJEK BM SPM
Kecemerlangan dalam kertas peperiksaan BM dalam SPM ialah tatabahasa. Jika calon peperiksaan memiliki asas dan ilmu bahasa yang baik, idea dapat disemai dalam ayat gramatis dan huraian dalam dibuktikan dengan contoh yang relevan. Masih banyak calon yang gagal mendapatkan A dalam SPM, terutamanya kertas Bahasa Melayu. Jangan hanya mengira jumlah A yang diperoleh calon peperiksaan, kira dan hitung juga punca pelajar gagal dan tidak mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu SPM. Sesungguhnya, mengekalkan prestasi lebih sukar daripada menjatuhkan nilai prestasi tahunan walaupun kita sedar bahawa kualiti soalan dan murid berbeza setiap tahun.
Beberapa Petua untuk skor A dalam BM SPM adalah seperti yang berikut:
1. Murid haruslah digalakkan membaca majalah keluaran DBP seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan Dewan Bahasa. Jika sekolah atau panitia ada peruntukan, langganlah melalui Pengedar Dbp. Daripada pembacaan, ilmu dan pengetahuan kita akan bercambah dan matang. Kebanyakan calon tidak dapat menulis karangan dengan huraian yang matang. Hal ini disebabkan oleh kekurangan istilah sesuai dan gaya bahasa yang menarik dalam penulisan. Sebaliknya, mereka hanya mementingkan kata-kata bombastik sehingga mengabaikan huraian dan contoh yang matang dalam penulisan untuk menyokong idea yang dilontarkan dalam penulisan. Pengunaan penanda wacana yang betul dan sesuai juga kelemahan calon SPM.
2. Murid-murid haruslah dipastikan membawa Kamus Dewan, merujuk Kamus Dewan dan guru-guru pula haruslah berpegang dan bergurukan Tatabahasa Dewan. Jika malu berguru dengan buku rujukan dan kamus, malulah skor A akan tertera pada slip keputusan peperiksaan SPM nanti. Walaupun BM SPM 2017 tidak menolak markah ejaan calon dalam penulisan, namun markah calon tetap terjejas oleh budi bicara guru pemeriksa yang cakna bahasa dan peka eja. Kesilapan ejaan bercantum atau jarak sewaktu menulis kata majmuk dan perkataan berimbuhan apitan acap kali diabaikan oleh calon peperiksaan. Pengaruh bahasa Inggeris juga memberikan tempiasnya kepada calon peperiksaan kerana ada juga yang gagal mengeja "e-mel" kerana malas menyemak kamus. Janganlah kita lupa bahawa Kamus Dewan harus dijadikan rujukan utama dari segi ejaan.
3. Pihak sekolah haruslah memperbanyak aktiviti bertemakan bahasa Melayu daripada mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Minggu Bahasa Melayu tidak mencukupi, Bulan Bahasa Melayu lebih sesuai dijalankan dan pelbagai pertandingan bertemakan bahasa Melayu dapat memberikan sokongan dan dorongan kepada calon peperiksana untuk menguasai subjek Bahasa Melayu. Kebanyakan sekolah yang tidak mampu mencapai keputusan A+ dalam subjek BM kerana murid-muridnya galak dan bangga berbahasa dalam bahasa Inggeris. Guru-guru BM sendiri menggunakan bahasa yang rojak, rancu, dan tidak gramatis sewaktu menghantar mesej atau pesanan kepada murid. Maafkan saya, kebenaran ini jelas kelihatan kerana sebilangan guru subjek BM turut menggunakan singkatan kata seperti "x" untuk "tidak" dalam pesanan ringkas mereka.
4. Kertas soalan sebenar BM SPM sebelum ini haruslah digunakan sebagai latihan. Kaji dan analisis soalan tatabahasa, terutamanya soalan kesalahan istilah dan bahasa serta soalan peribahasa kerana kesalahan seperti "kuantiti" kepada "kualiti" diulang 3 kali termasuk tahun lepas. Soalan peribahasa juga diulang uji tetapi perkara ini tidak dipandang berat oleh murid. Bagi mereka, soalan yang sudah keluar tidak akan keluar lagi. Alangkah ruginya. Rujuklah laman web BM SPM milik Cikgu Mohd Zaki, yakni http://www.bmspm.net/ mahupun laman blog saya www.cikgutancl.blogspot.com untuk mendapatkan soalan sebenar dan soalan-soalan percubaan tahun lepas. Contohnya, lebih 20 set kertas percubaan BM SPM se-Malaysia telah saya kongsikan dalam blog saya. Rugi jika kalian tidak memanfaatkannya.
5. Calon peperiksaan atau guru-guru subjek Bahasa Melayu haruslah menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencari ilmu dan latihan untuk anak-anak murid mereka. Oleh sebab beban tugas hakiki diberatkan oleh tugas perkeranian lagi, guru-guru bolehlah mendapatkan buku rujukan daripada guru-guru subjek Bahasa Melayu yang tersohor seperti buku rujukan Impak SPM terbitan Nusamas, tulisan Tuan Haji Khairuddin Ayip, Tuan Zainurin (Nurin Hasbullah) dan pasukannya, buku kerja terbitan Sasbadi, tulisan Pena Senja dan rakan-rakannya serta buku Ilmu Bakti tulisan Darwis Jasmin dan rakan-rakannya. Setiap pasukan penulis ada kepentingan dan kebaikannya. Kehadiran buku-buku ini bertujuan untuk membantu calon peperiksaan. Jangan lupa dapatkan buku kerja untuk membuat ulang kaji.
6. Ibu bapa haruslah memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka. Jikalau anak-anak memerlukan semangat motivasi, ibu bapa pula gagal atau kurang berjaya memberikan motivasi tersebut kepada anak mereka, berikanlah peluang kepada pakar motivasi untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka. Banyak Pakar motivasi seperti Tuan Shiva Ramana dan Dinesh Kumar serta Dato Eswaran berjerayawara di seluruh negara. Dengan barisan penyampai seminar seperti Munsyi Dewan Azhar SallehNor Azizi, dan Samat Gcbm, serta ramai lagi, saya yakin bahawa ilmu baharu dan teknik pembelajaran subjek Bahasa Melayu dapat dipelajari dengan impak maksimum. Kepercayaan harus diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa kepada mereka. Dengan berbuat demikian, anak-anak akan mendapat input tambahan daripada seminar tersebut. Hal ini dikatakan demikian lokasi seminar yang berbeza, penyampai ilmu yang berbeza dan gaya penceramah yang berbeza menyebabkan anak-anak terpanggil untuk memotivasikan diri demi mencapai kegemilangan.
7. Anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada pertengahan November ini juga perlulah membuat persediaan rapi. Komsas dan Novel mestilah dibaca dan dikaji serta analisis kekerapan soalan juga mestilah dikaji. Pada masa yang sama, latihan penulisan berkesan memainkan peranan penting untuk skor dalam BM SPM. Buku Penulisan Berkesan Sakura daripada sahabat saya, Puan Nor Mizah dan Munsyi Dewan Mohd Salleh di Utara sana amat sesuai untuk dijadikan panduan. Saya sendiri menghadiri bengkel penulisan mereka untuk memperbaik dan meningkatkan ilmu penulisan dalam diri. Jangan lupalah kata orang tua-tua bahawa segan bertanya sesat jalan. Janganlah segan silu apabila menimba ilmu. Dengan berbuat begitu, kita akan berjaya memecah tradisi pemikiran dan mengorak langkah untuk berjaya dalam SPM.
8. Kebanyakan sekolah mengadakan seminar bahasa atau seminar teknik menjawab soalan sekali setahun, itupun hanya tertumpu pada murid Tingkatan 5 sahaja. Saya beranggapan bahawa pendedahan awal haruslah diberikan kepada anak-anak murid supaya mereka mendapat ilham, idea, dan ilmu lebih awal. Seminar bahasa atau seminar teknik menjawab soalan PT3 umpamanya, haruslah bermula sejak Tingkatan 1. Untuk peringkat SPM, murid Tingkatan 4 juga haruslah mendapat pendedahan awal. Mereka juga perlulah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Maklumlah, sistem SPM masih lagi berorientasikan peperiksaan awam. Oleh sebab itu, pendedahan awal memberikan kesan yang berganda kepada calon SPM.
9. Murid-murid bolehlah membentuk satu kumpulan perbincangan ilmu bahasa Melayu dengan guru-guru subjek Bahasa Melayu. Grup Whatsapp atau Telegram ini bukan sahaja mendekatkan murid dengan guru, tetapi juga menambah pengetahuan dan mempergiat perbincangan antara guru dengan murid. Guru-guru bolehlah menentukan waktu yang sesuai, contohnya pukul 9.30-10.00 malam untuk sesi perbincangan ilmu bahasa setiap hari bekerja. Dengan berbuat begitu, anak-anak murid tidak akan menyalahgunakan wahana perbincangan ini untuk tujuan sembang santai sahaja. Pada pendapat saya, kita harus memandang dan menggunakan teknologi komunikasi dari sudut positif. Dengan berbuat begitu, kita tidak akan menyalahgunakannya. Percayalah bahawa impaknya amat besar. Murid tidak akan malu bertanya soalan dan guru juga dapat mengenal pasti kelemahan murid.
10. Karangan sering kali dilabelkan sebagai "killer" atau pembunuh skor A+ murid. Guru-guru harus giat mencari karangan yang cemerlang tahapnya untuk dikongsikan bersama dengan anak murid. Bengkep penulisan yang dijalankan oleh ayahanda, Tuan Haji Ishak Md Shah juga penting untuk melonjakkan keputusan anak-anak murid di sekolah. Karangan-karangan murid yang cemerlang perlu diimbas "scan" dan dicetak sebagai sampel kepada murid. Kesilapan-kesilapan dalam karangan perlulah dirakamkan untuk disiarkan kepada murid tanpa menyiarkan nama pemiliknya. Tujuannya, kita belajar kesalahan bahasa dalam karangan dan memperbaik kualiti karangan serta membaiki kesilapan umum seperti imbuhan, kesalahan bahasa, dan ejaan di dalam sesi perbincangan dan pembentangan di dalam kelas. Guru-guru boleh menggunakan rajah i-Think, pendekatan PA 21 dalam soal ini agar Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) tidak menjadi bosan. Maklumlah, karangan biasanya dianggap topik bosan oleh kebanyakan pelajar, terutamanya yang sederhana dan lemah. Janganlah kita mudah berputusa asa terhadap sikap dan kerenah mereka kerana merekalah harapan kita dan mereka memerlukan bimbingan kita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Segala idea di atas hanyalah pendapat hamba. Hamba meminta maaf sekiranya guru-guru tergores hati atau tercalar jiwa oleh kata-kata saya. Walau bagaimanapun, kejayaan sesebuah sekolah dalam subjek Bahasa Melayu memainkan peranan penting kerana anak-anak akan berpeluang meneruskan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Dengan peluang daripada kredit dalam BM SPM, mereka akan berpeluang untuk mengubah landskap kualiti kehidupan dan mengorak langkah jauh ke hadapan untuk merealisasikan impian dan aspirasi negara menjadi negara maju.
Kongsikan kepada kawan-kawan, guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM sekiranya anda bersetuju dengan pandangan saya.
Salam hormat.

PROGRAM BUAL BICARA ILMU TITISAN ILMU TABURAN BUDI SIRI 6


PROGRAM BUAL BICARA ILMU
TITISAN ILMU TABURAN BUDI SIRI 6


Pada 19 Mac 2017, Program Bual Bicara Ilmu yang bertemakan Titisan Ilmu Taburan Budi (TITB) siri ke-6 telah berlangsung dengan lancarnya di Dewan Auditorium Panggung Seri Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka dengan 110 orang peserta dari seluruh negara. Pihak urus setia ingin mengalungkan penghargaan kepada semua penceramah dan penaja yang menyokong program ini. Program ini telah dijalankan mengikut jadual, yakni pada pukul 8 pagi hingga 5.00 petang.

Seawal 7.15 pagi, peserta dari seluruh negara yang berkampung di Melaka, Negeriku Sayang telah berkumpul di bangunan pentadbiran JKKN Melaka. Sejurus mendaftarkan diri, para peserta mendapat bingkisan utama mereka, yakni beg tajaan pihak Majalah Pendidik. Pihak Penganjur amat berterima kasih kepada Encik Ghani, ketua editor majalah Pendidik yang berusaha membawa wartawan daripada majalah pendidik untuk membuat liputan sepanjang program ilmiah ini. Dalam beg yang ditaja itu, peserta mendapat bahan seperti buku, majalah, nota, dan pen yang ditaja oleh Hotel Kobemas, Melaka serta pensel tajaan Hotel Mudzaffar, Melaka.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, Sasterawan Negara Dato' Dr. Zurinah Hassan memasuki dewan dengan busana tradisional yang indah setelah dijemput oleh pengacara yang bertugas. Beliau terus menyampaikan ucapan perasmian lalu menyampaikan tajuk ceramah beliau, yakni Pembestarian Puisi Melayu dalam Seni Didik Hibur Alaf Baharu. Selain memperkenalkan pantun, beliau juga menyampaikan ilmu nazam dan mendendangkan lagu nazam dengan baiknya secara langsung. Peserta terpaku mendengar nyanyian beliau. Beliau dalam seminarnya berharap agar guru-guru menyampaikan ilmu bahasa dengan seni bahasa yang indah agar Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) menjadi lebih hidup. Ilmu yang disampaikan oleh beliau pasti terpahat kukuh di dalam sukma para peserta.

Selepas itu, kejutan pertama, iaitu kehadiran Puan Zaiton daripada Jabatan Perancangan Kesusasteraan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sudi hadir dan berkongsi ilmu penyampaian syair dengan pelbagai irama kepada para peserta telah mengujakan para peserta. Di samping itu, majlis mendapat kejutan kedua apabila Cikgu Sufrie Lauser telah membawa seorang murid daripada SK Kg Tun Razak, Adik Azri Bin Samad sebagai tetamu kejutan majlis ini untuk mendendangkan syair. persembahan Adik Azri mendapat perhatian daripada Sasterawan Negara dan audiens di dalam auditorium. Ternyatalah anak muda ini layak mendapat pujian daripada audiens dan penceramah jemputan.

Pada pukul 10 pagi, para peserta dan penceramah ke tempat makan khas TITB untuk menikmati minum pagi. Majlis diteruskan dengan penampilan penceramah kedua, iaitu Cikgu Md Ramli Sabran yang tersohor dengan ilmu penyampaian dan slaid yang cantik dan menarik perhatian peserta. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Teknik Intensif Kemenjadian A+ dalam Bahasa Melayu UPSR. Beliau yang sempat menyampaikan teknik penulisan untuk calon hampir lulus (HALUS) dan calon gagal lulus (GALUS) berjaya memukau para peserta sehingga mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Cikgu Ramli berharap agar guru-guru akan terus berjuang dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid di sekolah. Kehadiran Cikgu Ramli sebagai penulis utama subjek Bahasa Melayu Syarikat Penerbitan Bagus dan Ilmu Bakti menyebabkan peserta mendapat tuah berganda apabila tajaan daripada sebuah buku menjadi tiga buah buku, yakni dua buah buku daripada penerbit Ilmu Bakti dan sebuah buku daripada Penerbit Bagus.

Peserta tersenyum lebar kerana mendapat satu demi satu tajaan yang dimohon oleh penganjur. Majlis ilmu ini juga dihadiri oleh penulis buku Percikan A UPSR yang semakin hangat dalam pasaran, Tuan Asri Ayob. Pihak penerbit buku yang hebat itu juga bersetuju menaja Buku Percikan A+ kepada setiap peserta. Peserta di dalam auditorium dikejutkan oleh pengumuman tajaan berikutnya, iaitu buku simpulan bahasa daripada Pascal Glocal Corp Sdn. Bhd. Majlis ilmu ini diteruskan oleh penceramah ketiga, iaitu Cikgu Tan CL yang telah menyampaikan tajuk Teknik Penghayatan dan Asprisiasi Nilai dalam Puisi dalam Komsas. Pelbagai teknik transformasi makna puisi sekolah rendah dan sekolah menengah telah disampaikan. Penceramah ini berharap agar guru-guru sekolah tidak sekali-kali mengabaikan penggunaan puisi yang disediakan dalam buku teks. Pelbagai idea PdPc dapat dijanakan melalui penggunaan puisi tersebut kepada penulisan dan penggubalan soalan peperiksaan.

Pada pukul 12.45 tengah hari, yakni 15 minit sebelum peserta menikmati makan tengah hari, dewan auditorium digamatkan oleh kehadiran penyanyi popular, yang juga Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga, Saudari Azharina Azhar. Penyanyi yang bersuara merdu ini ditemani teman baiknya, yang juga pemilik Sri Sari Spa yang terletak di Shah Alam. Penyanyi Azharina Azhar menaja 50 batang lipstik berkilat (lips gloss) daripada syarikatnya, Nyna Beauty Cosmetic dan Puan Nur Binti Amri daripada Sri Sari Spa yang menaja sabun organik dan baucar spa. Jumlah tajaan mereka bedua ialah RM5000. 50 orang peserta bertuah turut dijemput ke pentas untuk menerima hadiah tajaan. Selain bergambar dengan peserta, penyanyi Azharina juga menyanyikan lagu hari jadi kepada peserta dari Tanjung Malim, Cikgu Azman. Walaupun lapar, para peserta seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempat duduk mereka. Pengalaman inilah yang menggamit kepuasan kepada Tuan Penganjur, Puan Ashikin.

Pada pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang, peserta menjamu selera di kawasan berkhemah di belakang Panggung Seri JKKN. Katering tempatan yang ditempah tidak menghampakan kami dengan makanan yang sedap dan menyelerakan sehingga Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan penyanyi popuar, Azharina Azhar pun berpuas hati dengan makanan yang disajikan. Ayam masak merah, nasi tomato, dalca dan buah-buahan kami nikmati dengan puasnya. Sementara itu, peserta yang selesai menunaikan sembahyang zuhur pula berkumpul di kawasan pekarangan pentadbiran untuk membeli buku-buku yang dibawa oleh penaja dan penceramah. Kaunter jualan buku diserikan oleh lebih daripada 5 penjual buku, iaitu Encik Joe Labu yang menjual CD dan buku-buku ibu kesayangannya, Dato’ Dr. Zurinah Hassan. Encik Gerald daripada penerbit PGC yang menerbitkan buku Percikan A, tulisan Tuan Asro Ayob berjaya menjual 139 buah buku. Cikgu Ramli Sabran dan isteri serta anaknya pula menjual buku-buku tulisan Cikgu Ramli sendiri serta beberapa tajuk buku daripada penerbit Ilmu Bakti. Staf NYNA Kosmetik dan Sari Spa juga membuka reruai mini untuk jualan lipstik berkilau dan produk spa mereka. Pada masa yang sama, Cikgu Azhar Salleh juga menjual buku Memanah Kejora dan Guru Jutawan pada penghujung seminar.

Tepat pada pukul 2.00 petang, disiplin peserta tampak kelihatan apabila mereka sudah memasuki dewan dan bersiap sedia untuk mendengar seminar daripada Cikgu Azhar Salleh yang bertajuk Teknik Pengajaran Tatabahasa dalam PdPc Bahasa Melayu. Guru-guru khusyuk mendengar celoteh beliau yang berintikan ilmu sebagai sajian minda. Peserta juga bertanyakan soalan kepada penceramah yang prolifik ini. Munsyi Dewan Azhar Salleh juga tidak teragak-agak dengan jawapannya kerana pengalamannya luas dalam bidang bahasa, terutamanya kajian sosiolinguistik yang dilakukan oleh beliau bersama anak-anak muridnya di UPM memberikan keyakinan dan kematangan kepada beliau untuk menjawab segala persoalan yang muncul tentang tatabahasa. Hampir dua jam beliau menyampaikan seminar dengan nota tatabahasa dan soalan tatabahasa yang diberikan kepada peserta. Para peserta tampak lebih yakin menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid di sekolah nanti kerana banyak persoalan dapat diungkai dan dijawab oleh penceramah tatabahasa yang tersohor di negara kita ini.

Sebelum majlis bersurai, Tuan Penganjur TITB 6, Cikgu Ashikin mengambil kesempatan untuk menyampaikan 10 naskhah buku yang ditaja oleh penulis cerpen terkenal negara, iaitu Cikgu Mohd Helmi Ahmad yang sudi menaja 5 naskhah Kumpulan Puisi Madu di Tangan dan Kumpulan Cerpen Bila Ayah Berkaca Mata. Sementara itu, penulis novel kakak-kanak yang semakin hangat di pasaran dengan undangan oleh stesen radio, iaitu Saudari Chua Pei Yong yang juga sudi menaja 10 naskhah novel Addison, Aku Tetap Juara! Selepas itu, penaja-penaja lain seperti Taman Buaya, Taman Rama-rama, Rumah Terbalik Melaka, The Shore Oceanarium Melaka, dan The Pirates Adventure & Melaka Alive turut bermurah hati menyumbangkan baucar dan tiket masuk kepada peserta yang bertuah. Pihak penganjur juga berasa bangga untuk mengumumkan bahawa Wardah Communication Sdn Berhad, Majalah Pendidik, Gallery Bookstore, Yayasan Salleh Saidin yang menaja majalah Utusan Pelajar, serta penerbit-penerbit buku yang sudi menaja buku dan majalah kepada peserta. Dengan bangganya, pengacara majlis mengumumkan jumlah tajaan kali ini ialah lebih RM29,000. Peserta memberikan tepukan paling gemuruh kepada penganjur TITB 6 yang nampaknya berpuas hati dengan persiapan dan kelancaran Program Bual Bicara Ilmu TITB 6 kali ini. Majlis ilmu ini berakhir dengan sesi fotografi bersama penceramah. Pelbagai kenangan indah dan menarik dibawa pulang oleh peserta kali ini. Pihak Penganjur TITB 6 berharap agar peserta bergembira sambil menimba ilmu secara santai daripada penceramah undangan kali ini.

Terbang lalu burung kedidi,
Hinggap nanti di tebing tunjangan;
Titisan ilmu taburan budi,
Tuainya pasti menggamit kenangan.

Pasti bertemu emas berkilauan,
     Menuai padi dalam jelapang;
Titisan ilmu lautan harapan,
     Taburan budi pasti dikenang.





































Bengkel Apresiasi Novel Tawanan Komander Caucasus

Anak-anak murid anda ataupun anda sebagai murid menghadapi masalah untuk membaca dan memahami inti pati dan jalan cerita dalam novel Tawanan Komander Caucasus? Jika anda belum menguasai teknik menjawab novel PT3, tunggu apa lagi?
Pejabat Pendidikan Daerah Klang akan menganjurkan Bengkel Apresiasi Novel Tawanan Komander Caucasus pada 31 Mac 2018.
Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Oleh sebab itu, sila hubungi urus setia (Encik Rashidi, PPD KLANG)
Kongsikan kepada kawan yang berminat untuk menyertainya.

Bengkel Apresiasi Novel Tawanan Komander Caucasus di Dewan Jubli Perak, Selangor.

Tak kenal maka tak cinta, demikianlah ungkapan yang keluar dari mulut murid yang menghadiri Bengkel Apresiasi Novel Tawanan Komander Caucasus di Dewan Jubli Perak, Selangor. Bengkel ini dihadiri lebih daripada 450 orang guru subjek Bahasa Melayu dan murid Tingkatan 3 dari daerah Klang atas undangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Bengkel ini berjaya mencapai objektifnya untuk menarik murid membaca dan menghayati novel ini di samping memartabatkan kesusasteraan Melayu. Dengan perkongsian ilmu daripada penulis asal, murid menjadi gembira dan teruja. Penulis juga berkongsi pengalaman beliau tentang dunia penulisan dan teknik penulisan serta gaya mencatat nota sewaktu mengkaji novel. Dalam sesi soal jawab, peserta-peserta bijak menyusun soalan untuk ditujukan kepada penulis novel ini termasuk menanyakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sebelum sesi soal jawab bermula pada slot ketiga, saya telah mengongsikan teknik menjawab soalan novel dengan sedikit tip membuat analisis novel daripada teks sebenar. Majlis berlangsung dengan lancarnya dan berakhir dengan sesi fotografi dan peserta berasa seronok kerana mendapat autograf daripada penulis novel, Zaini Ros dan penulis buku rujukan. Terima kasih kepada penaja beg serba guna kitar semula, Digital Academy Sdn Bhd yang juga perakam peristiwa rasmi yang diundang oleh PPD Klang, penerbit buku NUSAMAS dan Karangkraf yang memeriahkan majlis lagi dengan jualan buku rujukan. Terima kasih juga kepada Cikgu Viknaraj, seorang guru yang berdedikasi dan selalu membantu saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan! Nantikanlah bengkel apresiasi novel zon lain pula pada masa depan. Sama-sama kita merancakkan PdPc dengan mengapresiasi komponen sastera demi mendaulatkan bahasa Melayu dan menghidupkan kesusasteraan Melayu.
























Bengkel Pemantapan Tatabahasa untuk Calon PT3 dan SPM di SMK Convent Teluk Intan

Terima kasih saya ucapkan kepada pengetua dan penolong kanan serta guru-guru BM SMK Convent Teluk Intan yang sudi mengundang saya untuk menyampaikan seminar pemantapan tatabahasa kepada 147 orang calon PT3 dan 187 orang calon SPM serta guru-guru di sekitar Teluk Intan yang sudi hadir. Komitmen dan kerjasama daripada puteri-puteri Convent Teluk Intan amat saya kagumi. Selain analisis soalan PT3 dan SPM berkongsi dengan mereka, saya juga menyampaikan teknik menjawab soalan sintaksis dan peribahasa serta kesalahan ejaan. Konsep bina ayat, trend semasa soalan sintaksis dan konsep rumus tatabahasa berkaitan dengan kesalahan bahasa, istilah, ejaan, serta melibatkan murid dalam penyampaian seminar mengikut acuan konsep pembelajaran abad ke-21 (PA21) berjaya dijalankan dengan lancarnya selama 4 jam. Keseronokan dan kepuasan murid-murid serta guru menjadikan seminar kali ini suatu kenangan yang manis buat saya.

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA MALAYSIA KE-27 (ZON C) DI SEKOLAH MENENGAH HIN HUA, KLANG, SELANGOR

BINGKISAN CERITERA DARIPADA PERTANDINGAN FORUM PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA MALAYSIA KE-27 (ZON C) DI SEKOLAH MENENGAH HIN HUA, KLANG, SELANGOR
Seawal 7.30 pagi lagi, Dewan Auditorium Sekolah Menengah Hin Hua Klang yang boleh memuatkan 588 orang penonton dalam satu majlis ini telah dipenuhi guru bertugas, pengawas, murid-murid, dan peserta daripada 10 buah sekolah di Zon C. (Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan) Pertandingan ini bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan kata alu-aluan daripada tuan pengerusi majlis yang kemudiannya memperkenalkan panel hakim pertandingan dan peraturan pertandingan forum. Pada saat-saat inilah, murid-murid yang menggalas tanggungjawab mewakili sekolah mereka mula menampakkan keyakinan dan kebersediaan untuk menyampaikan forum daripada pasukan masing-masing.
Pertandingan ini membuka tirai dengan pasukan pertama daripada Sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala Lumpur yang mengulas tajuk forum Laman Sosial: Ketagihan Remaja. Penonton-penonton di dewan terpaku sebentar melihat kepetahan anak-anak murid Cikgu Nor Haslida Ramli berbicara tentang impak daripada ketagihan penggunaan laman sosial dalam kalangan remaja. Keberanian panel kedua, putera tunggal daripada pasukan ini yang menjawab soalan daripada ketua hakim dengan gaya tersendiri masih terukir di benak. Saya yakin bahawa anak muda ini bakal menyerlah sebagai seorang pemidato yang cemerlang pada masa depan.
Selepas itu, pasukan kedua pula dijemput ke pentas untuk memperdengarkan forum yang disampaikan oleh tiga orang puteri dan seorang putera, Jeremy namanya. Mereka ternyata mengulas tajuk Demam Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja dengan baiknya. Walau bagaimanapun, anak-anak murid Cikgu Vicky Kaneson dan Ch Lim ini kadangkala gagap dan teragak-agak dalam usaha menjawab soalan daripada ketua hakim pertandingan fokum kali ini, Tuan Haji Razali Che Mat dengan diiringi Azimin Bin Daud dan Puan Roslin daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Namun begitu, peserta tuan rumah tahun ini tampak lebih matang dari segi lontaran hemat dan pendapat yang diiringi peribahasa.
Oleh sebab masalah kerancuan bahasa kian menjadi-jadi dalam kalangan remaja, tajuk forum pasukan ketiga daripada Sekolah Menengah Chung Hua (Persendirian), Klang, yakni Kerancuan Bahasa: Remaja Keliru. Pengerusi forum daripada pasukan ini mencuit hati penonton di dewan dengan frasa bahasa rojak daripada ayat-ayat bahasa yang rancu sehingga penonton mengukir senyum simpul menandakan persetujuan bahawa ayat-ayat yang digunakan oleh pengguna bahasa kebangsaan semakin hari semakin tercemar. Kesedaran tentang masalah kerancuan bahasa ini menyebabkan ketua hakim mengirimkan soalan tentang peranan murid yang dipilih sebagai Duta Bahasa DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Pasukan keempat daripada Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua, Klang yang dipimpin oleh rakan guru saya, Cikgu Balan pula membincangkan topik Gotong-royong: Amalan yang semakin dilupakan. Tema ini diulas dengan baiknya oleh ahli-ahli panel forum kecuali soalan yang diajukan oleh ketua hakim yang dijawab dengan isi yang berlainan. Hal ini dijelaskan oleh ketua hakim ketika mengulas persembahan dan penyampaian peserta forum sebelum keputusan diumumkan. Kesilapan menjawab soalan daripada hakim ternyata memberikan impak yang besar kepada peserta forum kerana markah isi terjejas. Walau bagaimanapun, ayat idea yang disampaikan oleh peserta masih lancar dengan kecenderungan memasukkan peribahasa dan ungkapan menarik.
Sebelum berehat untuk sesi kudapan, peserta daripada Sekolah Menengah Tsun Jin memasuki ruang persembahan di tengah-tengah pentas dengan sopannya. Seorang demi seorang menyampaikan idea mereka sewaktu membincangkan tajuk forum Membaca Memerdekakan Minda. Pengerusi forum daripada pasukan ini bukan sahaja berjaya mengawal perbincangan, tetapi juga telah menggunakan bahasa Melayu baku dengan cemerlang. Semua idea yang disampaikan oleh peserta yang bijaksana ini menjawab soalan yang diajukan oleh ketua hakim. Senyuman daripada ketua hakim yang berpuas hati dengan lontaran idea mereka jelas memberikan peluang cerah kepada pasukan ini.
Selepas lima pasukan menyampaikan tajuk forum yang berbeza, pengacara pertandingan, iaitu gadingan mantap murid bersama dengan guru jelas memberikan kelainan. Keserasian dan keharmonian mereka nampak jelas apabila anak gadis Cina berusia 16 tahun itu memakai pakaian tradisional India manakala Cikgu Malar pula memakai baju kurung moden dengan aksesori mutiara yang menarik perhatian penonton di dewan. Persediaan rapi ialah petua kejayaan mereka mengacarakan pertandingan forum kali ini.
Selepas minum pagi, sesi kedua berlangsung dengan penyampaian forum daripada pasukan keenam. Sekolah Menengah (Persendirian) Chong Hwa, Kuala Lumpur membawa penyokong dan guru-guru pengiring untuk memberikan semangat kepada pasukan mereka. Murid perempuan yang berkot hitam dan berseluar panjang menyebabkan saya beranggapan bahawa semuanya peserta lelaki. Maklumlah, semuanya berambut pendek juga. Walau bagaimanapun, keselesaan dan keyakinan mereka jelas kelihatan apabila melontarkan idea sewaktu membincangkan tajuk Remaja dan Aktiviti Kesukarelawanan. Soalan daripada hakim juga dijawab dengan baiknya walaupun ada kesilapan bahasa dan penggunaan peribahasa yang salah dalam kalangan peserta daripada sekolah ini.
Kumpulan ketujuh yang menyampaikan forum ialah pasukan daripada Sekolah Menengah Pin Hwa Klang. Pasukan ini ternyata membuat persediaan yang mencukupi untuk menjawab soalan daripada hakim. Soalan yang berfokuskan "peranan" pada tahun ini dapat dikuasai oleh peserta forum. Banyak idea dan pengetahuan tentang usahawan Internet diperoleh penonton yang hadir memeriahkan pertandingan pada tahun ini. Guru-guru pengirang pasukan ini nampaknya berpuas hati dengan bertepuk tangan dan tersenyum lebar apabila anak-anak murid yang dibimbingnya berjaya menggalas tanggungjawab untuk mewakili sekolah dalam pertandingan forum pada kali ini.
Sekolah Menengah Persendirian Confusion, Kuala Lumpur yang mengulas tajuk Peranan Guru Sebagai Pembina Negara Bangsa telah menampilkan tiga orang puteri dan seorang putera. Penampilan mereka yang nampak kemas dan harmoni menyebabkan penonton di dewan mendengar idea atau pendapat dengan khusyuk. Pada masa yang sama, guru-guru pengiring dan guru bertugas di dewan juga tertarik oleh tajuk forum yang ada kaitannya dengan profesion mereka. Walau bagaimanapun, kesilapan sewaktu menjawab soalan daripada ketua hakim menyebabkan penonton di dewan sedikit kecewa. Kekecewaan daripada pasukan kelapan ini sedikit sebanyak menyebabkan saya teringat oleh kata-kata ketua hakim yang mengingatkan peserta agar mementingkan keseimbangan dari segi penyampaian idea. Selain membuat rumusan idea daripada panel, pengerusi forum tidak boleh memberikan sebarang idea kerana markah tidak diberikan kepada pengerusi yang menjawab soalan daripada hakim. Kata-kata tegas daripada ketua hakim ini menyebabkan guru pengiring sibuk membuat catatan sebelum keputusan pertandingan forum diumumkan.
Pasukan kesembilan daripada Sekolah Tinggu Chung Hua, Seremban, Negeri Sembilan. Dari segi kebersediaan, mereka nampaknya mengecewakan penonton. Dengan kata demi kata yang dilontarkan tanpa kelancaran bahasa, penonton dapat mengagak bahawa mereka tidak membuat persediaan yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pasukan sekolah ini nampaknya kental dengan cabaran tajuk yang diberikan kepada mereka, iaitu Melestarikan Kehijauan Alam Kita. Pasukan forum dari sekolah ini masih mendapat tepukan sokongan daripada penonton di dewan walaupun mereka gagal menjawab soalan dengan baiknya. Keberanian dan kecekalan mereka menggalas tanggungjawab ini perlu kita kagumi. Walaupun agak kecewa, semangat mereka untuk menghabiskan perbincangan amat saya kagumi. Jangan lupa untuk bersiap sedia pada tahun depan ya!
Pasukan yang menyampaikan tajuk forum Generasi Muda Cerminan Negara ini daripada Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan. Perjalanan jauh dari Port Dickson ke Bandar Diraja Klang tahun ini tidak sia-sia. Mereka yang gagal memperoleh apa-apa kemenangan kali ini tetap memberikan komitmen yang baik dan berjaya menyampaikan forum dalam masa 20 minit. Tajuk yang diulas oleh mereka agak tinggi arasnya tetapi masih mampu dijawab dengan lancar. Panel forum kali ini tidak memakai tali leher tetapi tampak segak berkot hitam. Mereka tidak lupa memberikan senyuman kepada penonton sewaktu menyampaikan idea mereka. Senyuman yang menutup kegelisahan dan ketakutan ini berjaya menyelindungkan kelemahan pasukan ini yang juga kurang berjaya menjawab soalan daripada ketua hakim.
Selepas semua pasukan selesai menyampaikan forum mereka. Pengacara bertugas telah mengumumkan bahawa pertandingan forum berehat selama sejam. Murid-murid dan guru berjalan ke kantin untuk menikmati makanan enak yang disediakan oleh pihak sekolah. Rendang ayam, sayur campur, buah-buahan dan lauk tauhu yang disediakan oleh pihak penganjur kali ini tidak menghampakan peserta forum dari dalam dan luar daerah. Sementara itu, tetamu undangan dan juri pertandingan pula menikmati sajian tengah hari di Bilik VIP di luar dewan yang indah dan bersih. Kerusi, meja, sofa, dan perabot mewah di Bilik VIP Sekolah ini memberikan gambaran kesungguhan pihak sekolah menyediakan ruang yang selesa kepada panel hakim dan tetamu undangan.
Tepat pada pukul 2.00 petang, semua peserta, guru, dan penonton memenuhi dewan. Persembahan gendang harmoni daripada tiga kaum ini menyebabkan penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada penganjur. Pengetua sekolah yang bakal bersara pada 21 April ini juga mengukir senyuman kepuasan apabila menonton persembahan tarian daripada anak-anak muda yang gigih membuat latihan. Dengan lagu Desa Tercinta yang dinyanyikan oleh penyanyi popular, Nora yang berkumandang di speaker, murid menari dengan harmoninya apabila menggayakan pakaian tradisional dan pakaian ala kampung dan sawah. Dengan alatan seperti kipas, galah panjang dan senyuman riang anak-anak muda ini, persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium.
Selepas itu, saya dan Dato Dr. Zurinah Hassan telah menyampaikan puisi. Saya telah menyampaikan sajak Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju manakala Dato' Dr. Zurinah Hassan telah melagukan syair nan indah yang bertemakan bahasa. Kami berasa amat bangga dan gembira kerana diberi peluang oleh pihak sekolah untuk memeriahkan persembahan dalam pertandingan forum kali ini. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan pertandingan kali ini dengan jayanya. Semua penonton bersetuju dan memberikan tepukan gemuruh kepada pihak sekolah apabila saya memuji penganjuran yang lancar ini.
Selepas itu, ucapan daripada beberapa orang tetamu kenamaan yang diikuti oleh ketua hakim menambah kegelisahan peserta pertandingan forum. Pengacara bertugas dalam pertandingan forum kali ini berjaya menggalas tanggungjawab dengan cemerlang. Peserta daripada Sekolah Menengah Tsun Jin mengungguli peserta lain apabila mereka berjaya membawa piala kejuaraan Zon C di samping merangkul hadiah panel terbaik, dan pengacara terbaik. Penyokong-penyokong daripada pasukan Sekolah Menengah Tsun Jin menjerit gembira apabila mereka dinobatkan juara tahun ini. Guru-guru pengiring dan peserta naik ke pentas untuk menerima piala berupa sijil, Kamus Dewan, dan buku Tatabahasa Dewan yang disediakan oleh pihak DBP.
Pertandingan ini menutup tirainya dengan sesi bergambar dengan semua peserta. Urus setia, guru-guru, pengawas, dan murid yang bertugas dengan cemerlangnya tahun ini membolehkan Sekolah Menengah Hin Hua menjalankan tugas sebagai penganjur tahun ini dengan cemerlangnya. Sampai jumpa di DBP dalam pertandingan akhir forum, terima kasih kerana membaca tulisan ini.






















































MODUL PRAPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


SUMBER: MODUL PERKEMBANGAN NEGERI TERENGGANU 2018



Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut ataupun keras dan mengandungi banyak air. Dahulu, pokok herba ini biasanya dijadikan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan tetapi telah dilupakan, sedangkan tumbuh-tumbuhan itu mudah diperoleh.
Kini, kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba bagi menggalakkan penanaman tumbuhan herba ini. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai media massa milik kerajaan atau pihak swasta agar masyarakat dapat membuka mata tentang industri tumbuhan herba ini. Penyaluran maklumat melalui media massa terutamanya media elektronik sebenarnya lebih efektif berbanding mengadakan ceramah atau pameran.
Bagi menyokong usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian sudah mengambil langkah dengan mewujudkan taman-taman herba di agensi masing-masing. Kewujudan taman-taman ini akan menarik minat para pekerja di agensi tersebut dan juga para pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Usaha tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains UPM telah berjaya menarik minat para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit. Taman itu diusahakan di kawasan seluas dua hektar yang dipenuhi dengan tumbuhan asli dan eksotik daripada spesies tempatan. Kesemua pokok diatur dalam susunan landskap yang cukup menarik serta dilengkapi dengan label yang memaparkan maklumat seperti nama asal, nama saintifik dan kegunaannya. Dalam pada itu, untuk memastikan perkembangan industri herba, UPM juga ada menjalankan kerjasama secara komersial dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh, sejak empat tahun lalu, UPM bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.
Seterusnya, bagi mendedahkan masyarakat kepada penggunaan, kaedah penanaman dan penjagaan tumbuhan herba ini, UPM telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan. Bengkel yang pertama kali diadakan itu juga bertujuan menimbulkan kesedaran dan minat dalam kalangan peserta terhadap tumbuhan herba di samping mengenal pasti potensinya dalam industri. Bagi merancakkan penanaman pokok herba ini, semua kerajaan tempatan disarankan membuat landskap tanaman herba di kawasan majlis perbandaraan masing-masing di samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan secara praktikal tentang proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Keajaiban Tumbuhan Herba
oleh Nazrul Azim Sharuddin
Utusan Malaysia, 10 Julai 2017)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)                 Berikan maksud rangkai kata memaparkan maklumat.                                   [2 markah]


(ii)               Pengarang ada mengemukakan beberapa fungsi tumbuhan herba dalam kalangan masyarakat dahulu.
Nyatakan fungsi-fungsi tersebut.                                                                      [3 markah]

(iii)             Perubatan tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku?                                [4 markah]



Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berada jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpeleseran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah rasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
Dipetik daripadaMunsyi
oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i)                 Apakah yang dilakukan oleh Munsyi selepas ‘saya’ memperkenalkan diri?                                                                                                                     [2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja?                          [3 markah]

(iii)             Jelaskansatulatar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satulatar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                      [4 markah]



  
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah Laksamana,“Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing- masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga,diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.
Dipetik daripada‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i)                 Berikan maksud tiadalah putus.                                                            [2 markah]

(ii)               Sultan Melaka menitahkan Laksamana untuk membahagi-bahagikan harta yang telah dirompak oleh Kertala Sari.

Nyatakan tindakanLaksamana terhadap harta rompokan tersebut.     [3 markah]

(iii)             Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan harta yang tidak dituntut oleh pemiliknya?     [3 markah]



Soalan 2 (d) - Puisi Tradisional
Baca petikan syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                                                          SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat. 

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan, 
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i)                 Nyatakan dua keistimewaan Raja Negeri Kembayat berdasarkan rangkap kedua dan rangkap ketiga syair di atas.                                                                    [2 markah]

(ii)               Generasi muda pada hari ini memainkan peranan penting untuk menjaga keamanan negara.
Pada pendapat anda, apakah perananremaja untuk mengekalkan keamanan negara kita?                                                                                [3 markah]

(iii)             Huraikandua pengajaran yang terdapat dalam petikan syair di atas.       [4 markah]





Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a)          Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)                 budi bahasa
(ii)               sejarah hidup
(iii)             hak milik
(iv)             kuasa beli
(v)               potensi diri
(vi)             tingkah laku
 [6 markah]

(b)          Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)                 Hafiy membaca buku cerita di perpustakaan sekolah.
(ii)               Hakim telah menjatuhi ketua penjenayah itu hukuman gantung sampai mati.
(iii)             Pegawai itu telah merasmikan acara merentas desa peringkat daerah pada hari ini.                                      
[6 markah]
(c)           Dalam setiap ayat di bawah terdapatsatukesalahan ejaan dan satukesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)                 Buku teks yang berkualiti mestilah dianggap sebagai satu pra syarat bagi peningkatan mutu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
(ii)               Kenaikkan harga barang yang tidak terkawal akan mewujudkan insflasi kepada negara.
(iii)             Bagi mengatasi masaalah golongan berpendapatan rendah, kerajaan mencadangkan supaya pembeli rumah diberi perlepasan cukai atas faedah pinjaman.
[6 markah]


(d)          Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)                 Remaja pada masa kini sepatutnya mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang banyak merempuh cabaran dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
(ii)               Skim Perumahan Rakyat yang kerajaan laksanakan bertujuan supaya rakyat yang berpendapatan kecil mempunyai rumah sendiri dan dapat hidup aman.
(iii)             Dari hari ke sehari Pantai Tok Jembal kian terancam ekoran ombak yang mengikis pantai dan menyebabkan pelancong semakin berkurangan.
[6 markah]
(e)           Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaanya.
(i)                 bagai mencurah air ke daun keladi
(ii)               Pandu cermat jiwa selamat
(iii)             bagai telur di hujung tanduk                                                                                                                                                                                       [6 markah]


Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i)                 Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii)               Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin                  
(iii)             Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv)             Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v)               Tirani karya Beb Sabariah
(vi)             Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip                   
(vii)           Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)         Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)        Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuahnovel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.                                                     [7 markah]

(b)        Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.                                             [8 markah]

  


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

KOLEKSI KARANGAN POPULAR SPM 2014-2016


KOLEKSI SOALAN TATABAHASA - PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM TAHUN 2004-2017

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA!
Sesiapa sahaja yang sudi memanfaatkan bahan ini bolehlah membayar RM10 kepada saya secara ikhlas sebagai tanda sokongan atas usaha saya untuk mengumpulkan bahan yang bermanfaat kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM. Guru-guru yang berminat, cetaklah bahan-bahan ini untuk kegunaan anak murid di sekolah. Bagi murid, gunakanlah bahan ini dengan sebaik-baiknya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. 

Saya berusaha berhari-hari untuk mengumpulkan bahan dan menaip skema jawapan untuk rujukan anda.
Orang berbudi kita merasa, orang memberi kita merasa!

Berikut ialah maklumat akaun saya:

NAMA BANK: Hong Leong Bank Berhad
NO. AKAUN: 10801002719
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN



SOALAN TATABAHASA PERCUBAAN MRSM TAHUN 2004-2017

Salam sejahtera, nak cari skemanya, hantarlah mesej kepada saya melalui whatsapps / telegram 0122099440.

Selamat mencuba!

BANK SOALAN PT3 - 500 SOALAN KESALAHAN BAHASA DAN 500 SOALAN KESALAHAN EJAAN


MINIMUM PEBELIAN - (RM50 = 1 PAKEJ = 10 NASKHAH) HARGA BUKU + KOS PENGHANTARAN = RM50 UNTUK 10 NASKHAH BUKU KESALAHAN EJAAN DAN 10 NASKHAH UNTUK BUKU KESALAHAN BAHASA 500 SOALAN KESALAHAN BAHASA & 500 SOALAN KESALAHAN EJAAN 1. MELIBATKAN PELBAGAI ARAS SOALAN 2. KESALAHAN UMUM BAHASA DALAM KALANGAN MURID 3. LATIH TUBI YANG BERKUALITI MENJAMIN KECEMERLANGAN 4. LATIHAN KESALAHAN EJAAN UMUM 5. MELIBATKAN PELBAGAI ARAS SOALAN 6. MERUNGKAI KEKELIRUAN EJAAN 7. MEMBANTU MURID MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN TENTANG TATABAHASA DAN EJAAN 8. SKEMA JAWAPAN DISEDIAKAN UNTUK EDISI GURU DENGAN RM50, PEMBELI AKAN MENDAPAT 10 NASKHAH BUKU 500 KESALAHAN EJAAN 10 NASKHAH BUKU 500 KESALAHAN BAHASA 1 NASHAH EDISI GURU - BUKU 500 KESALAHAN EJAAN 1 NASKHAH EDISI GURU - BUKU 500 KESALAHAN BAHASA untuk pembelian ONLINE , sila klik https://shopee.com.my/product/53741750/1136181045/ JIKA MAHU MEMBELI SECARA BANK IN BANK: HONG LEONG BANK AKAUN: 10801002719 NAMA: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN HARGA / BAYARAN : RM50 SELEPAS BANK IN, HANTAR 1. NAMA 2 ALAMAT LENGKAP 3. NOMBOR TELEFON TERIMA KASIH

PERIBAHASA YANG MEMANFAATKAN PERKATAAN "KERBAU"

PERIBAHASA YANG MEMANFAATKAN PERKATAAN "KERBAU"
1
Peribahasa: kerbau berkandang, emas berpura
Maksud: sesuatu benda itu hendaklah disimpan pada tempatnya masing-masing supaya selamat.
2
Peribahasa: kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan
Maksud: pekerjaan yang dibuat tidak dengan selayaknya atau orang yang diletakkan bukan pada tempatnya.
3
Peribahasa: kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang
Maksud: isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang
4
Peribahasa: kerbau menanduk, kerbau pergi
Maksud: orang yang bersalah mesti menerima hukumannya.
5
Peribahasa: kerbau punya susu, sapi dapat nama
Maksud: orang lain yang berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yang mendapat kepujian.
6
Peribahasa: kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal
Maksud: perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik.
7
Peribahasa: bagai kerbau runcing tanduk
Maksud: orang yang terkenal kerana jahatnya.
8
Maksud: bagai kerbau terkejut oleh gong
Maksud: tercengang-cengang kehairanan.
9
Peribahasa: bagai jelongak kerbau rampung
Maksud: orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang.
10
Peribahasa: bagai melulutkan jebat pada kerbau
Maksud: pemberian yang tidak kena pada tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya)
11
Peribahasa: bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor
Maksud: berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian.
12
Peribahasa: jangan buat kerbau tanduk panjang
Maksud: jangan mencampuri perkara orang lain.
13
Peribahasa: jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
Maksud: janji mestilah ditepati.
14
Peribahasa: laksana kerbau, di mana rumput hijau di sana terkam.
Maksud: orang yang melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yang digemarinya
15
Peribahasa: mencongak rupa kerbau jantan kemudian
Peribahasa: mendongak rupa kerbau kemudian
Maksud: lelaki yang berjalan di belakang isterinya.
16
Peribahasa: menghambat kerbau melabuh
Peribahasa: menghambat kerbau berlabuh
Makaud: menghalang / mengganggu perbuatan orang yang akan mendatangkan kesenangan baginya.
17
Peribahasa: menolong kerbau ditangkap harimau
Maksud: menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan.
18
Peribahasa: seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya
Peribahasa: seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud: seorang yang melakukan kesalahan semuanya terlibat sama.
19
Peribahasa: seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud: orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain.
20
Peribahasa: seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya
Maksud: menghukum anak adalah untuk membaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa.
21
Peribahasa: seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar
Maksud: orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan.
22
Peribahasa: terambu kerbau kerana rumput muda
Maksud: orang yang mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda.
23
Peribahasa: tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Makaud: orang yang cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dalam mengerjakan sesuatu.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
Nantikan buku rujukan peribahasa yang akan diterbitkan oleh NUSAMAS.

PERIBAHASA YANG MEMANFAATKAN PERKATAAN "PADI".

PERIBAHASA YANG MEMANFAATKAN PERKATAAN "PADI".
1
Peribahasa: padi dikebat dengan daunnya
Maksud: mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dengan bahagian usaha itu jua
2
Peribahasa: padi masak jagung mengupih
Maksud: keuntungan yang diperoleh dengan berlipat ganda
3
Peribahasa: padi segenggam dengan senang hati, lebih baik drpd padi selumbung dengan bersusah hati
Maksud: kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan
4
Peribahasa: padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang
Maksud: perihal seseorang yang nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin
5
Peribahasa: padi selumbung dimakan orang banyak
Mksud: hiburan kepada isteri daripada seorang suami yang beristeri lebih drpd satu
6
Peribahasa: padi setangkai bernas semuanya
Maksud: keluarga yang bahagia dan beruntung semuanya
7
(a) Peribahasa: baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang
(b) Peribahasa: seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
(c) Peribahasa: seperti ilmu padi kian berisi kian runduk
Maksud: semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
8
Peribahasa: bukan tanahnya menjadi padi
Maksud: bukan tampannya akan jadi orang baik-baik
9
(a) Peribahasa: jika ada padi, tentu ada hampanya
(b) Peribahasa: jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah
Maksud: siapa yang berasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu
10
Peribahasa: jika kasih akan padi, buangkanlah akan rumput
Maksud: ika kasihkan anak isteri, berhentikanlah daripada mengasihi orang lain
11
(a) Peribahasa: menyisip padi dengan bilalang
(b) Peribahasa: menyisip padi dengan lalang
Maksud: mencam­purkan yang baik dengan yang jahat, akhirnya musnah­lah yang baik itu
12
Peribahasa: seperti padi hampa, makin lama makin mencongak
Maksud: orang sombong yang tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya
13
Peribahasa: tak ada padi yang bernas setangkai
Maksud: tidak ada sesuatu yang sempurna segala-galanya
14
Peribahasa: musim beremas kemas, berpadi menjadi
Maksud: orang berharta dapat mencapai apa yang dikehendakinya.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Informasi ejaan makanan

Bersempena dengan bulan yang mulia lagi suci ini, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh keinsafan ketika menggunakan bahasa Melayu, terutamanya dari segi ejaan makanan. Rujuklah Kamus Dewan Edisi Keempat agar kesilapan ejaan dapat dielakkan.
Lihat contoh di bawah:
1. murtabak (salah) martabak (betul)
2. mee (salah) mi (betul)
3. serunding (salah) serondeng (betul)
4. koey tiaw (salah) kuetiau (betul)
5. beehoon (salah) mihun/bihun (betul)
6. nasi impit (salah) nasi himpit (betul)
7. bergedil (salah) bergedel (betul)
8. sandwhic (salah) sandwic (betul)
9. ais-krim (salah) aiskrim (betul)
10. tosai (salah) tose (betul)
11. satey (salah) sate (betul)
12. BBQ (salah) barbeku (betul)
13. bahulu (salah) baulu (betul)
14. kuih kapit (salah) kuit sepit (betul)
15. tom yam (salah) tomyam (betul)
16. vade (salah) wade (betul)
17. dimsum (salah) dim sum (betul)
18. lasagnia (salah) lasagne (betul)
19. waffer (salah) wafer (betul)
20. putu mayam (salah) putu mayang (betul)
21. mi wan tan (salah) mi wantan (betul)
22. bubur lambok (salah) bubur lambuk (betul)
23. su un goreng (salah) suun goreng(betul)
24. hotdog (salah) hot dog (betul)
25. roti prata (salah) roti perata (betul)
26. kek majerin (salah) kek marjerin (betul)
27. krosant (salah) kroisan (betul)
28. nasi beriyani (salah) nasi beriani (betul)
29. sushi (salah) susyi (betul)
30. chap chay (salah) capcai (betul)
31 hingga 200..... nantikan buku baharu saya....
Selamat menyambut bulan Ramadan.
Salam Ramadan al-Mubarak.
Sebarkan dan tularkan!
(viralkan)

Buku Soal Jawab Songket Berbenang Emas oleh Munsyi Mohd Salleh dan Jurulatih Kebangsaan Puan Normizah.


BENGKEL PENULISAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN DI SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CHUNG HUA, KLANG

Untuk menulis karangan yang baik, sama seperti kita mendengar lagu yang baik dihasilkan. Saya yakin bahawa melodi serta liriknya akan terpahat kukuh dalam sanubari kita. Kalau lagu memerlukan lirik, melodi, lenggok, dan tempo yang betul, karangan memerlukan idea yang bernas, huraian yang matang, dan bahasa yang gramatis lagi cemerlang dengan kosa kata bertaraf tinggi dan laras bahasa yang segar lagi menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Klang yang mengundang saya untuk merealisasikan bengkel penulisan SPM untuk bahagian bahan rangsangan. Sesungguhnya, melodi dan lagu tidak dapat dipisahkan, karangan dan murid tidak dapat direnggangkan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Digital Academy yang merakamkan plot bengkel ini dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Mana-mana sekolah di Lembah Klang yang mahu memanfaatkan program seperti ini bolehlah menghubungi Zuizen Melvin Lim untuk urusan perbengkelan. Saya sedia membantu sekolah dan murid yang memerlukan kemahiran mengarang, mahupun menjawab rumusan, komsas, menguasai tatabahasa mahupun mencengkam kukuh teknik menjawab novel PT3 dan SPM. Bengkel yang dirakamkan ini akan memanfaatkan tuan rumah (sekolah) secara percuma. Yang paling signifikan, pengajaran yang interaktif dan bermutu tinggi dapat disampaikan kepada murid di seluruh negara.




HASIL BENGKEL:
Eddie Leong Xing Jie
Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN)

Pengawas ialah seseorang murid yang dilantik oleh guru disiplin untuk menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah. Selalunya, seseorang pengawas yang dilantik itu mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan mempunyai sikap yang baik. Sebagai pengawas, peranan mereka pastinya lebih berat berbanding dengan murid yang lain. Persoalannya, apakah tanggungjawab sebagai seorang pengawas?

Antara tanggungjawab pengawas termasuklah perlu membantu guru dalam pelbagai perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas lebih berupaya untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Sebagai contohnya, pengawas dapat membantu guru untuk mengajar pelajar yang lemah dalam akademik mahupun menjayakan sesuatu majlis di sekolah. Dengan ini, beban guru yang sememangnya berat dapat diringankan. Jelaslah bahawa sudah menjadi tanggungjawab pengawas untuk membantu guru di sekolah.

Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas mudah untuk mengenal pasti dan menangkap pelajar yang melanggar peraturan sekolah . Misalnya, pengawas yang bertugas pasti membuat rondaan di sekeliling sekolah pada masa rehat. Oleh itu, pelajar yang ditangkap kerana kesalahan disiplin dapat diberi nasihat dan denda agar mereka dapat insaf akan kesalahan diri. Konklusinya, pengawas haruslah memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti disiplin pelajar di sekolah.

Seterusnya, pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada pelajar yang lain. Hal ini disebabkan oleh, pengawas ialah seseorang murid yang semestilah memiliki tahap berdisiplin yang tinggi. Tamsilannya, pengawas akan berbaris dengan teraturnya apabila mereka berada di kantin. Oleh sebab itu, pelajar akan mencontohi tingkah laku pengawas dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas perlulah menjadi contoh yang baik kepada pelajar agar mereka sama-sama menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Intihanya, pengawas banyak memikul tanggungjawab di sekolah. Pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah dengan prinsip pepatah Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, pengawas juga haruslah menjadi wakil pelajar untuk menyuarakan pendapat pelajar kepada pihak sekolah supaya guru dapat memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Saya berharap agar semua pengawas sekolah akan menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.

(Karangan di atas sudah diedit dan dibaiki oleh Cikgu Tan untuk tujuan siaran di sini.)

TIP DAN RAMALAN BERDASARKAN ANALISIS UNTUK SOALAN BM SPM ULANGAN (SPMU) 27.6.2018

TIP DAN RAMALAN BERDASARKAN ANALISIS UNTUK
SOALAN BM SPM ULANGAN (SPMU) 27.6.2018
KERTAS 1 (KARANGAN)
TEMA RAMALAN
1. Ciri-ciri bandar pintar / bandar satelit / bandar raya moden
2. Tanggungjawab pengguna / konsumer / pemimpin sekolah
3. Amalan rumah terbuka pada musim perayaan
4. Kepentingan berekreasi pada hujung minggu
5. Faedah menimba ilmu pengetahuan
6. Pelancongan dalam negara
7. Isu jerebu dan kerjasama serantau
8. Peranan ibu bapa membentuk anak berbudi bahasa
9. Peranan masyarakat menjaga nama baik negara
10. Peranan rakyat untuk menjaga keselamatan negara
KERTAS 2
SOALAN1 : RUMUSAN
1. Peranan / tugas / tanggungjawab
2. Usaha / langkah / cara
3. Kebaikan / kepentingan
4. Impak / kesan
SOALAN 2: TAJUK KOMSAS
1. Gurindam Dua Belas
2. Syair Bidasari
3. Sejadah Rindu
4. Erti Hidup Bererti
5. Kepimpinan Melalui Teladan
6. Cerpen Munsyi
7. Cerpen Cinta Ahmad Mutawakil
PEMAHAMAN KOMSAS
(i) pemahaman berdasarkan petikan
(ii) KBAT - usaha / kepentingan / peranan / kebaikan
(iii) KOMSAS - nilai / persoalan / pengajaran / gaya bahasa / bentuk
SOALAN 3: TATABAHASA
3(a) BINA AYAT - kata majmuk / bahasa istana / kata pelbagai imbuhan
3(b) SINTAKSIS - pola ayat / pisahkan ayat / ayat pasif kepada ayat aktif /
3(c) KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN - keselarasan vokal, ejaan BI - BM / imbuhan pinjaman / imbuhan apitan / imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan / ber dan per
3(d) KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA - kelewahan bahasa / frasa kerja pasif / kesalahan kata sendi nama / kesalahan kata penguat
3(e) PERIBAHASA - bina ayat / isi tempat kosong dengan peribahasa / perenggan - nyatakan peribahasa berdasarkan cerita dalam perenggan
SOALAN 4: NOVEL
(a) 2 Latar masyarakat
(b) 2 Persoalan yang berkaitan dengan ketabahan watak utama
(c) 1 Pengajaran daripada setiap novel
(d) 1 Nilai kasih sayang daripada setiap novel
(e) 2 peristiwa yang mengejutkan pembaca
(f) 2 peristiwa yang berkaitan dengan satu nilai / persoalan
Semua ramalan di atas hanyalah berdasarkan analisis komprehensif dan komplit saya setelah membuat perbandingan dan rujukan analisis soalan sebenar SPM 2001 - 2017. Jika soalan ramalan di atas keluar dalam SPM Ulangan kali ini, itulah rezeki dan kebetulan sahaja. Saya hanya berniat untuk membantu calon-calon yang menduduki peperiksaan ini. Biarlah mereka juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu SPM untuk mempermudah segala urusan kenaikan pangkat, pengesahan jawatan, dan penerimaan untuk mana-mana IPT nanti. Jika tidak, hamba susun sepuluh jari untuk memohon kemaafan. Ramalan di atas dilakukan berdasarkan permintaan daripada rakan guru, calon peperiksaan SPMU dan rakan-rakan alam maya. Persediaan yang terbaik ialah persediaan awal yang melibatkan semua bahagian dalam buku teks dan buku rujukan.
Kongsikanlah kepada rakan atau kenalan yang mendudukinya.
Saya berdoa agar kejayaan milik 11,057 orang calon SPM Ulangan pada 27 Jun nanti.
SELALU ADA HARAPAN
BAGI MEREKA YANG SELALU BERDOA,
SELALU ADA JALAN
BAGI MEREKA YANG SERING BERUSAHA
Cikgu Tan CL
25.6.2018

JENIS-JENIS AYAT


JENIS-JENIS AYAT

Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis:
(a)   Ayat penyata
(b)   Ayat tanya
(c)   Ayat perintah
(d)   Ayat seruan

Ayat Penyata
Ayat penyata bertujuan atau maksud membuat sesuatu kenyataan, menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu berita atau hal. Ayat penyata juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:
1.       Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut. (FN+FN)
2.       Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. (FN+FS)
3.       Bangunan perpustakaan yang baru siap dibina di bandar itu amat besar. (FN+FA)
4.       Kain songket ialah busana yang lazimnya dipakai oleh pasangan pengantin. (FN+FN)
5.       Bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun sangat bersih dan indah.(FN+FA)
6.       Bungkusan hadiah ini untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.(FN+FS)
7.       Semua rakyat diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini. (FN+FK)
8.       Pihak kerajaan sedang memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di negara ini. (FN+FK)

Ayat Tanya
Ayat tanya bertujuan menanyakan sesuatu berita atau hal.
Terdapat dua jenis ayat tanya
(a)Ayat tanya tanpa kata tanya
(b)Ayat tanya dengan unsur tanya

(a)Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Biasanya, ayat jenis ini menggunakan tanda tanya (?) pada akhir ayat.

1.       Ikan hiasan di dalam akuarium itu cantik-cantik? (FN+FA)
2.       Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandar? (FN+FN)
3.       Darurat di negara kita diisytiharkan pada tahun 1948? (FN+FK)
4.       Mereka sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti? (FN+FS)
5.       Kota Paris bandar raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffel? (FN+FN)
6.       Guru sukan sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itu? (FN+FK)
7.       Padang sukan sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lain? (FN+FA)
8.       Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negara? (FN+FS)

PERINGATAN
Ayat tanya tanpa kata tanya menggunakan partikel tanya –kah yang hadir dalam predikat ayat. Apabila ini berlaku, predikat ayat dikedepankan.

Salah
Betul
1. Ikan hiasan di dalam akuarium cantik-cantik
Cantik-cantikkah ikan hiasan di dalam akuarium?
2. Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandarkah?
Asrama untuk pelajar dari luar bandarkah bangunan itu?
3. Negara kita mengisytiharkan darurat pada tahun 1948kah?
Pada tahun 1948kah darurat di negara kita diisytiharkan?
4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercutikah?
Akan ke Pulau Langkawi untuk bercutikah mereka sekeluarga?
5. Kota Paris bandar raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffelkah?
Bandar raya yang terkenal dengan Menara Eiffelkah kota Paris?
6. Guru sukan sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itukah?
Mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itukah guru sukan sekolah?
7. Padang sukan sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lainkah?
Sangat luaskah padang sukan sekolah itu berbanding dengan padang sekolah lain?
8. Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negarakah?
Dari Muzium Negarakah ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang?


Ayat tanya dengan unsur tanya
Ayat tanya yang mengandungi unsur tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila.Ayat tanya yang mengandungi unsur tanya terdiri daripada tiga kategori, iaitu:

(a)Ayat tanya dengan kata tanya
(b)Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
(c)Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

(a)Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti bila, berapa, bagaimana, mengapa dankenapa. Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki konstituen predikat.

Contoh:
1.  Baju kemeja kamu yang biru itu basah kenapa? (FN+FA)
2.  Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini bila? (FN+FK)
3.  Kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa bagaimana? (FN+FK)
4.  Latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi mengapa? (FN+FS)
5.  Jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah berapa? (FN+FN)
6.  Pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu mengapa? (FN+FA)
7.  Harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu berapa? (FN+FN)
8.  Peserta program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur bila? (FN+FS)

Ayat di atas boleh menerima partikel –kah yang hadir dalam predikat. Apabila ini berlaku, predikat ayat mengalami proses pendepanan.
Contoh dalam ayat:

1.  Kenapakah baju kemeja kamu yang biru itu basah? (FN+FA)
2.  Bilakah kenaikan harga minyak berkuat kuasa baru-baru ini? (FN+FK)
3.  Bagaimanakah kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa? (FN+FK)
4.  Mengapakah latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi? (FN+FS)
5.  Berapakah jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah? (FN+FN)
6.  Mengapakah pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu? (FN+FA)
7.  Berapakah harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu? (FN+FN)
8.  Bilakah program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur? (FN+FS)

(b)Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
Ayat tanya dengan kata ganti diri tanya ialah ayat yang mengandungi kata ganti diri tanya seperti apa,siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti diri tanya menduduki bahagian predikat.

Contoh:
1.  Buku rujukan yang kamu pinjam dahulu itu mana? (FN+FN)
2.  Tajuk debat antara pelajar sekolah asrama penuh pada tahun ini apa? (FN+FN)
3.  Pegawai Kementerian Pendidikan yang mengetuai rombongan itu siapa? (FN+FN)

Ayat di atas menerima partikel –kah yang hadir dalam predikat. Apabila ini berlaku, predikat ayat mengalami proses pendepanan.

Contoh:
1.  Manakah buku rujukan yang kamu pinjam dahulu itu? (FN+FN)
2.  Apakah tajuk debat antara pelajar sekolah asrama penuh pada tahun ini? (FN+FN)
3.  Siapakah pegawai Kementerian Pendidikan yang mengetuai rombongan itu? (FN+FN)

(c)Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya ialah ayat yang mengandungi frasa sendi nama tanya seperti di mana, daripada siapa, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan dengan siapa. Dalam susunan biasa, kata ganti diri tanya menduduki bahagian predikat.

Contoh:
1.  Ibu jari kaki kanan kamu bengkak sejak bila? (FN+FA)
2.  Rombongan pelancong yang menaiki bas itu dari mana? (FN+FS)
3.  Doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit sejak bila? (FN+FN)
4.  Michael yang terburu-buru berjalan itu hendak ke mana? (FN+FS)
5.  Surat berdaftar yang kamu terima semalam daripada siapa? (FN+FS)
6.  Pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar dengan siapa? (FN+FK)
7.  Pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan sampai bila? (FN+FK)
8.  Pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu di mana? (FN+FS)

Ayat di atas boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan meletakkan bahagian predikat ayat di hadapan ayat serta menggunakan partikel –kah.

Contoh:
1.  Sejak bilakah ibu jari kaki kanan kamu bengkak? (FN+FA)
2.  Sejak bilakah doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit? (FN+FN)
3.  Dari manakah rombongan pelancong yang menaiki bas itu? (FN+FS)
4.  Hendak ke manakah Michael yang terburu-buru berjalan itu? (FN+FS)
5.  Daripada siapakah surat berdaftar yang kamu terima semalam? (FN+FS)
6.  Dengan siapakah pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar? (FN+FK)
7.  Sampai bilakah pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan? (FN+FK)
8.  Di manakah pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu? (FN+FS)

1.     Ayat tanya jawapan terbuka dan jawapan tertutup
               (i)     Ayat tanya jawapan terbuka
             (ii)     ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada jawapan ya atau tidakatau bukan, tetapi lebih luas bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut 

Contoh:
1.     Apakah binatang yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional? (FN+FN)
Binatang yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional ialah kancil.

2.     Siapakah pelukis gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini? (FN+FN)
Pelukis gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini ialah Encik Osman dari Pekan, Pahang.

3.     Dari manakah mereka datang untuk menjual mutiara di sini? (FN+FS)
Mereka datang dari Sabah untuk menjual mutiara di sini.

4.     Kenapakah pasukan bola sepak negara kita ke Singapura pada minggu lalu? (FN+FS)
Pasukan bola sepak negara kita ke Singapura pada minggu lalu untuk perlawanan dengan negara tersebut.

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan sama ada suruhan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan. Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu dan engkau.Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis:
(a)Ayat suruhan
(b)Ayat larangan
(c)Ayat silaan
(d)Ayat permintaan


(a)Ayat suruhan
Ayat suruhan bertujuan memberikan perintah atau arahan. Subjek ialah kata ganti nama diri orang kedua [awak, engkau dan kamu ]
Contoh:
1.  Engkau pergi dari kawasan perumahan ini segera. (FN+FK)
2.  Keluar dari bilik ini sekrang jika mahu selamat. (FN+FK)
3.  Awak tunggu dia di sini hingga dia datang. (FN+FK)
4.  Buat karangan itu dengan cermat hingga selesai. (FN+FK)
5.  Baca surat yang baru kamu dapat itu dengan telitinya. (FN+FK)
6.  Isi borang permohonan yang kamu dapat itu betul-betul. (FN+FK)
7.  “Kamu siapkan kerja itu sekarang juga,” kata guru kepada muridnya. (FN+FK)
8.  “Tuan pergi terus ke bangunan itu dan belok ke kiri.” kata anggota polis kepada pelancong tersebut. (FN+FK)

PERINGATAN
Kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek digugurkan. Sekiranya hendak diberi penegasan kepada orang yang disuruh, subjek kata ganti nama diri orang kedua boleh juga digunakan.Partikel –lah boleh digunakan untuk melembutkan arahan dan kehadirannya mesti di hadapan ayat:

Salah
Betul
1. Keluar dari bilik ini sekaranglah.
Keluarlah dari bilik ini sekarang.
2. Engkau pergi dari sini segeralah.
Engkau pergilah dari sini segera.
3. “Kamu siapkan kerja itu sekarang jugalah,” kata guru kepada muridnya.
“Kamu siapkanlah kerja itu sekarang juga,” kata guru kepada muridnya.
4. Awak tunggu dia di sini hingga dia datanglah.
Awak tunggulah dia di sini hingga dia datang.


(b)Ayat larangan
Ayat larangan bertujuan menghentikan sesuatu perbuatan atau melarang seseorang melakukan sesuatu. Ayat larangan menggunakan kata larangan seperti jangan danusah.

Contoh:
1.  Jangan buang sampah merata-rata di tempat ini.
2.  Usah dikenang perkara yang lalu, nanti rosak jiwa.
3.  Engkau jangan mengambil barang orang tanpa kebenaran.
4.  “Jangan berjaja di kawasan ini,” kata pengawal di sekolah itu.
5.  “Kamu jangan merokok lagi,” kata guru disiplin kepada murid itu.
6.  “Usah kau dengar kata kawan kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7.  “Jangan beritahu sesiapa tentang perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8.  “Jangan dimakan makanan yang basi, nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.

Contoh:
1.  Janganlah buang sampah di tempat ini.
2.  Usahlah dikenang perkara yang lalu, nanti rosak jiwa.
3.  Engkau janganlah mengambil barang orang tanpa kebenaran.
4.  “Janganlah berjaja di kawasan ini,” kata pengawal di sekolah itu.
5.  “Kamu janganlah merokok lagi,” kata guru disiplin kepada murid itu.
6.  “Usahlah kau dengar kata kawan kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7.  “Janganlah beritahu sesiapa tentang perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8.  Janganlah dimakan makanan yang basi, nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.

PERINGATAN
Seperti ayat suruhan, subjek ayat larangan juga boleh digugurkan.
Contoh:
1. Awak janganlah merokok lagi.
Janganlah merokok lagi.

2. Engkau janganlah ponteng sekolah lagi.
Janganlah ponteng sekolah lagi.

3. Usahlah kau dengar kat kawan kamu itu.
    Usahlah dengar kata kawan kamu itu.
Terdapat juga ayat larangan yang bersifat umum yang tidak menggunakan partikel pelembut –lah.

Salah
Betul
1. Dilaranglah keluar melalui pintu ini.
Dilarang keluar melalui pintu ini.
2. Ditegahlah meludah di sini.
Ditegah meludah di sini.
3. Dilaranglah membuang sampah di sini.
Dilarang membuang sampah di sini.



PERINGATAN
Ayat larangan dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya.
Contoh:
1.  Harap jangan berkecil hati.
2.  Harap jangan kotorkan tempat ini.
3.  Harap jangan bunyikan radio kuat-kuat.
4.  Harap jangan berkumpul di kawasan ini.
5.  Harap jangan salah faham tentang perkara itu.

PERINGATAN
Dalam ayat larangan yang menggunakan kata kerja tak transitif, awalan me- dan ber- tidak boleh digugurkan.
Salah
Betul
Jangan ludah
Jangan meludah
Jangan lompat
Jangan melompat
Jangan rokok
Jangan merokok
Jangan membuat bising
Jangan berbuat bising

(c)Ayat silaan
Ayat silaan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang atau menyilakan seseorang untuk melakukan sesuatu. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.

Contoh:
1.  Sila datang lagi ke kedai kami pada bila-bila masa. (FN+FK)
2.  Jemput naik ke pentas untuk menerima hadiah. (FN+FK)
3.  Jemput makan juadah yang sedia terhidang di atas meja itu. (FN+FK)
4.  “Sila masuk ke dewan perhimpunan sekarang juga,” kata juruacara majlis (FN+FK)
NOTA: Partikel –lahboleh digunakan bagi maksud melembutkan jemputan.

Contoh:
1.  Silalah datang lagi ke kedai kami pada bila-bila masa.
2.  Jemputlah naik ke pentas untuk menerima hadiah.
3.  Jemputlah makan juadah yang sedia terhidang di tas meja itu.


(d)Ayat permintaan
Ayat permintaan bertujuan memohon atau meminta sesuatu. Ayat permintaan menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.
Contoh:
1.  Minta jelaskan sewa rumah untuk bulan lepas.
2.  Tolong berikan perhatian semasa guru kamu mengajar.
3.  “Tolong serahkan laporan ini kepada ketua jabatan, Ali,” kata pegawai itu.
4.  Minta tuan puan berada di lapangan terbang semasa ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
PERINGATAN
Kata silaan tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata larangan kerana ayat silaan dan ayat permintaan membawa makna yang positif tetapi ayat larangan membawa makna yang negatif.

Salah
Betul
Minta usah dikenang perkara yang lalu.
Usah dikenang perkara yang lalu.
Sila jangan buang sampah di tempat ini.
Jangan buang sampah di tempat ini.
Tolong jangan dimakan makanan yang basi.
Jangan dimakan makanan yang basi.
Tolong jangan berjaja di sini.
Jangan berjaja di sini.

Bagi ayat larangan aktif, awalan “me-” boleh dikekalkan atau digugurkan.

Contoh:
Jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Jangan membuang sampah di merata-rata tempat.
“membuang” ialah kata kerja transitif.

Ayat Seruan
Ayat seruan bertujuan melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok, sakit dan sebagainya. Tanda seru (!) digunakan di akhir ayat. Ayat seruan menggunakan kata seru seperti wah, oh, amboi, wahai, cis, aduh, eh dan syabas di permulaan ayat.

Contoh dalam ayat:
1.  Wah, besar sungguh Masjid Jamek baharu ini! (FN+FA)
2.  Cis, habis tanaman ubi kayuku dimusnahkannya! (FN+FK)
3.  Amboi, ke panggung wayung pula budak-budak ini! (FN+FS)
4.  Aduh, sakitnya perut aku kerana makan buah tadi! (FN+FS)
5.  Eh, di sini rupanya kamu! (FN+FK)
6.  Oh, abang kamu yang berjaya mendaki Gunung Everest itu! (FN+FN)
7.  Wahai anakku, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin sementara kamu masih muda! (FN+FK)
8.  Syabas, andalah orang yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia! (FN+FN)


PERINGATAN
Dalam ayat seruan, tanda seru hadir di hujung ayat. Lazimnya, tanda koma (,) diletakkan selepas kata seru. Contoh:

Salah
Betul
Wah! Besar sungguh masjid ini.
Wah, besar sungguh masjid ini!
Cis! Habis tanaman aku dimusnahkannya.
Cis, habis tanaman aku dimusnahkannya!
Amboi! Melampau kamu diberi betis hendak paha.
Amboi, melampau kamu diberi betis hendak paha!
Eh! Begitu fasih pelajar asing itu berbahasa Melayu.
Eh, begitu fasih pelajar asing itu berbahasa Melayu!


Seminar bedah karya novel zon 2, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Novel TIrani.

ISTILAH SEMASA DBP

Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>