Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

ANALISIS PERIBAHASA 2004 - 2019 (100% DARIPADA BUKU TEKS TINGKATAN 4 & 5)

$
0
0
ANALISIS PERIBAHASA 2004 - 2019
(100% DARIPADA BUKU TEKS TINGKATAN 4 & 5)
Untuk membantu murid-murid dalam mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, yang berikut disenaraikan peribahasa tersebut dengan muka suratnya sekali:
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10) (SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.
2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166) (SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
3. Darah daging. (m/s 10)
Anak yang ada pertalian darah dengan ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu kelaziman pada sesuatu kaum ataupun seseorang.
4. Seperti lembu dicucuk hidung. (m/s 166) (SPM 2014)
Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja.
5. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (m/s 166) (SPM 2009)
Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting.
6. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. (m/s 166)
Seimbang dari segi kedudukan dan sama tarafnya.
7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.
8. Tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. (m/s 174)
Hajat atau harapan yang begitu besar.
9. Genggam bara api biar sampai jadi arang. (m/s 174) (SPMU 2016)
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan diusahakan sehingga berjaya.
10. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. (m/s 174) (SPM 2014)
Sesuatu keputusan bergantung pada diri sendiri untuk melakukannya.
11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.
Di samping itu, peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 5 pula ialah:
12. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (m/s 3) (SPM 2016)
Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya.
13. Lintah darat. (m/s 15)
Peminjam wang yang mengenakan faedah yang tinggi pada peminjam.
14. Jauh perjalanan luas pengalaman. (m/s 80) (SPM 2009) (SPMU 2018)
banyak berjalan luas pengalaman. (m/s 252)
Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang.
15. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116) (SPM 2004) (SPM 2012)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.
16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2015)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama
17. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (m/s 15 & 98)
Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat, dan kalau berpecah belah, negara akan hancur.
18. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98) (SPM 2008)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.
19. Seperti kacang lupakan kulit. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2013)
Orang yang tidak tahu mengenang budi.
20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2017)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
21. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. (m/s 99) (SPM 2015)
Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.
22. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. (m/s 99) (SPMU 2019)
Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di mana kita menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup mereka yang tertentu.
23. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. (m/s 99) (SPM 2017)
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.
24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (m/s 114, 115, 116 & 216) (SPMU 2008) (SPM 2014)
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.
25 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. (m/s 114)
Kalaulah kita hendakkan sesuatu kejayaan atau kesenangan, kita hendaklah sanggup menempuh kesusahan dan juga bekerja dengan cara yang bersungguh-sungguh.
26. Rajin dan usaha tangga kejayaan. (m/s 114) (SPM 2010)
Kejayaan akan dicapai jika disertai dengan usaha dan kerajinan.
27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. (m/s 115) (SPM 2012)
Sikap berjimat-cermat akan membolehkan seseorang itu menjadi kaya-raya.
28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan. (m/s 115) (SPMU 2019)
Sesuatu perkara yang terlalu banyak pada satu-satu masa.
29. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (m/s 116) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2017)
Bersusah payah terlebih dahulu supaya dapat mengecap kesenangan pada masa akan datang..
30. Sediakan payung sebelum hujan. (m/s 189)
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.
31. Memerah otak. (m/s 115)
Memikirkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.
32. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215) (SPMU 2016)
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
33. Bagai aur dengan tebing. (m/s 115) (SPM 2010)
Saling membantu antara satu sama lain.
34. Mencari jalan. (m/s 115)
Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
35. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan menyayangi anak sendiri.
EDISI KEMAS KINI
ANALISIS SENARAI PERIBAHASA BM SPM
YANG PERNAH KELUAR DALAM
SOALAN SEBENAR (SPM 2006) - (SPMU 2019)
Kebanyakan soalan SPM sebenar dan SPM Ulangan menggunakan peribahasa yang ada dalam buku teks. Selain itu, banyak peribahasa yang diulang pakai dalam soalan SPM. Pandai-pandailah apabila membuat ulang kaji.
SPM 2006
(i) bahasa jiwa bangsa / bahasa menunjukkan bangsa / hilang bahasa lenyaplah bangsa
(ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(iii) mata pena lebih tajam daripada pedang
SPMU 2007
(i) seperti ulat lupakan daun / seperti kacang lupakan kulitnya
(ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(iii) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
SPM 2007
(i) bahasa jiwa bangsa
(ii) bagai dakwat dengan kertas
(iii) seperti air dalam kolam
SPMU 2008
(i) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu.
(ii) berani kerana benar, takut kerana salah
(iii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
SPM 2008
(i) bagai menatang minyk yang penuh
(ii) benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(SPMU) 2009
(i) tiada rotan, akar pun berguna
(ii) menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(iii) kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
SPM 2009
(i) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
(ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(iii) jauh perjalanan luas pemandangan
SPMU 2010
(i) bagai lebah menghimpun madu
(ii) seperti si buta baru celik
(iii) kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau
SPM 2010
(i) aur dengan tebing
(ii) usaha tangga kejayaan
(iii) muafakat membawa berkat
SPMU2011
(i) besar pasak daripada tiang
(ii) cepat kaki ringan tangan
(iii) pantang berundur sebelum berjuang
SPM 2011
(i) bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata
(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
(iii) seperti belut pulang ke lumpur / seperti ikan pulang ke lubuk
SPMU2012
(i) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
(ii) jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
SPM 2012
(i) membaca jambatan ilmu
(ii) sehari selembar penang, lama-lama menjadi kain
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
SPMU2013
(i) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
(ii) seperti kacang lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun
(iii) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa
SPM 2013
(i) Tiada beban batu digalas
(ii) dalam tangan
(iii) Belakang parang jika diasah lagikan tajam.
SPMU2014
(i) bagaimana acuan, begitulah kuihnya
(ii) terang hati
(iii) ringan tulang
SPM 2014
(i) Seperti kerbau dicucuk hidung/ Pak turut/ Ikut telunjuk
(ii) Pendayung sudah ditangan, perahu sudah di air.
(iii) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu.
SPMU2015
(i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(ii) sesal dhulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya / sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
(iii) rumah sudah pahat berbunyi / rumah siap pahat berbunyi
SPM 2015
(i) Seperti embun di hujung rumput / seperti abu di atas tunggul
(ii) Bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata
(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjunjg
SPMU2016
(i) kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
(ii) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) genggam bara api, biar sampai jadi abu
SPM 2016
(i) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(ii) indah khabar daripada rupa
(iii) alah bisa tegal biasa
SPMU2017
(i) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) berani kerana benar, takut kerana salah
(iii) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
SPM 2017
(i) bermuka dua/talam dua muka/ bermuka-muka
(ii) murah hati
(iii) ibarat telur sesangkal , pecah sebiji, pecah semua/seperti telur dua sebandung, pecah satu, pecah keduanya
(iv) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga/seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
SPMU 2018
(i) jauh perjalanan, luas pemandangan
(ii) malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh hanyut perahu
(iii) mandi peluh
SPM 2018
(i) belut pulang ke lumpur / ikan pulang ke lubuk / sirih pulang ke gagang / berapa tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / pinang pulang ke tampuk
(ii) alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / genggam bara api biar sampai jadi arang
(iii) bagaimana acuan, begitulah kuihnya / bapa borek, anak rintik semuanya
SPMU 2019
(i) seperti cendawan tumbuh selepas hujan
(ii) ada gula ada semut
(iii) masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
SPM 2019 (AKAN DATANG PADA 5 NOVEMBER 2019)
Saya berharap agar perkongian ini memanfaatkan semua.

ANALISIS SOALAN KESALAHAN EJAAN SPM 2005 – SPMU 2019

$
0
0
ANALISIS SOALAN KESALAHAN EJAAN
SPM 2005 – SPMU 2019
IMBUHAN PINJAMAN
(SPM 2005) eko-pelancongan --> ekopelancongan
(SPM 2005) semalaysia --> se-Malaysia
(SPM 2006) anti-dadah --> antidadah
(SPMU 2009 pro-aktif --> proaktif
(SPMU 2010) otomatik --> automatik
(SPM 2011) wira wati --> wirawati
(SPMU 2012) neokolonialisma --> neokolonialisme
(SPM 2012) multi etnik --> multietnik
(SPMU 2013) eko-sistem --> ekosistem
ISTILAH ASING
(SPM 2005) profesyen --> profesion
(SPM 2006) e-mail --> e-mel
(SPM 2007) prodaknya --> produknya
(SPMU 2009 sinario --> senario)
(SPM 2009) perihatin --> prihatin
(SPM 2009) kafetaria --> kafeteria
(SPM 2009) losyen --> losen
(SPM 2009) eletronik --> elektronik
(SPM 2010) ekspidisi --> ekspedisi
(SPM 2010) ambulan --> ambulans
(SPM 2011) Febuari --> Februari
(SPM 2011) deligasi --> delegasi
(SPM 2011) akedemik --> akademik
(SPMU 2012) petrolium --> petroleum
(SPM 2012) intrepretasi --> interpretasi
(SPMU 2013) pesonaliti --> personaliti
(SPM 2013) insfrastruktur --> infrastruktur
(SPM 2013) rekriasi --> rekreasi
(SPMU 2014) domistik --> domestik
(SPMU 2014) sainstifik --> saintifik
(SPM 2014) dailog - dialog
(SPM 2014) berbillion --> berbilion
(SPM 2014) ekspress --> ekspres
(SPMU 2015) domistik --> domestik
(SPM 2015) tranformasi --> transformasi
(SPM 2015) erobik --> aerobik
(SPM 2016) minerel --> mineral
(SPM 2016) spesis --> spesies
(SPMU 2017) sinareo --> senario
(SPM 2017) tiusyen --> tuisyen
(SPMU 2018) reket --> raket
(SPM 2018) sainstifik --> saintifik
(SPM 2018) komersil --> komersial
(SPMU 2019) intitusi --> institusi
(SPMU 2019) faksimili --> faksimile
(SPMU 2019) profesyen --> profesion
KATA NAMA AM/KHAS
(SPM 2006) Wakil Rakyat --> Wakil rakyat
KESELARASAN VOKAL
(SPM 2007) mendukong --> mendukung
(SPMU 2010) songkit --> songket
(SPMU 2010) tulin --> tulen
(SPM 2010) gemuroh --> gemuruh
(SPM 2011) sesaorang --> seseorang
(SPMU 2016) pasokan --> pasukan
(SPM 2016) tanjong --> tanjung
(SPMU 2017) diklamasi --> deklamasi
(SPM 2017) gelongsuran --> gelongsoran
(SPM 2017) berdidikasi --> berdedikasi
(SPM 2018) warong --> warung
KEKELIRUAN EJAAN BERIMBUHAN UMUM
(SPM 2008) mengembleng --> menggembleng
(SPMU 2009) dicampuradukan --> dicampuradukkan
(SPMU 2014) mahsyur --> masyhur
(SPMU 2015) memberansangkan --> memberangsangkan
(SPM 2015) berkahsiat --> berkhasiat
(SPMU 2016) membenteras --> membanteras
(SPM 2018) diujudkan --> diwujudkan
JARAK/RAPAT
(SPM 2007) di pantau --> dipantau
(SPM 2008) di landa --> dilanda
(SPM 2011) ibubapa --> ibu bapa
(SPMU 2012) melipat gandakan --> melipatgandakan
(SPM 2012) dibandar-bandar --> di bandar-bandar
(SPMU 2013) rekacipta --> reka cipta
(SPM 2013) jawatan kuasa --> jawatankuasa
(SPMU 2015) pasaraya --> pasar raya
(SPMU 2016) menguat kuasakan --> menguatkuasakan
(SPMU 2017) was-was --> waswas
(SPMU 2018) suratkhabar --> surat khabar
Saya berharap agar perkongsian analisis di atas dapat memberikan gambaran awal atau ramalan trend dan paten soalan kesalahan ejaan dalam BM SPM. Saya berdoa agar kejayaan milik semua murid kita.
Salam sukses!
Cikgu Tan CL

PROGRAM MENTOR-GURU-TUTOR

$
0
0
PROGRAM MENTOR-GURU-TUTOR
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN

Kebaikan menyertai program ini:

1. Anda mendapat bimbingan peribadi daripada saya untuk menjadi sekolah guru subjek Bahasa Melayu yang cemerlang. Anda akan dimasukkan ke dalam grup khas yang akan saya tadbir dan selenggara.

2. Anda akan mendapat bahan dan dibimbing untuk menjanakan/menggubal bahan berkualiti berdasarkan DSKP dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang efektif agar Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mencapai objektifnya.

3. Anda akan diberikan latihan/bengkel/ceramah/seminar secara percuma sebanyak sekali setiap dua bulan mengikut masa dan tempat yang saya tetapkan.

4. Anda berpeluang untuk menjadi penulis modul dan meningkatkan keyakinan diri dalam pembinaan modul demi menaikkam imej diri.

5. Saya akan menjawab soalan kemusykilan daripada anda dalam subjek Bahasa Melayu peringkat PT3 dan SPM sehinggalah anda menjadi lebih yakin dan berani untuk menyampaikan ilmu.

6. Jika ada program kerajaan dan swasta yang terbuka kepada luar, andalah yang pertama akan saya undang untuk menyertainya.

Program Seminar/Bengkel Tahun 2020

Tarikh: 31 Mei 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 28 JUN 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 19 JULAI 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 30 OGOS 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 26 SEPT 2020 (SABTU)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 31 OKTOBER 2020 (SABTU)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 15 NOVEMBER 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

Tarikh: 20 DISEMBER 2020 (AHAD)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: (akan ditentukan nanti)

BAYARAN: RM1000 (SEKALI BAYAR SAHAJA UNTUK TAHUN 2020)
NOTA: Bayaran sudah termasuk bimbingan dan bengkel sepanjang tahun.

CARA BAYARAN:
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
10801002719
HONG LEONG BANK

Selepas anda membuat bayaran, anda perlu menghantar informasi:
(1) NAMA DALAM KAD PENGENALAN:
(2) NO. KAD PENGENALAN:
(3) ALAMAT LENGKAP:
(4) INSTITUSI BEKERJA:

Hantar kepada saya melalui whatsapp: +60122099440 (Cikgu Tan CL)
Jika ada soalan, boleh hubungi saya juga.

Terima kasih.

Bengkel Pemartabatan Guru Subjek Biologi SPM & Pemesraan Konsep KSSM dalam Penilaian Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (SPM)

$
0
0
Bengkel Pemartabatan Guru Subjek Biologi SPM & Pemesraan Konsep KSSM dalam Penilaian Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (SPM)
Tarikh: 12 APRIL 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Penceramah: 3 orang yang berpengalaman, berpengetahuan, dan berkewibawaan
Yuran: RM100 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 03
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Selangor

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd-brC-TVT2B7p8tjCAHyZClGK7NYBKDLuA7pHmWHbnF1fKMg/viewform?usp=pp_url


Sila sebar luaskan kepada rakan-rakan guru yang mengajarkan subjek BIOLOGI

Bengkel Pemartabatan Guru Subjek Sejarah SPM & Pemesraan Konsep KSSM dalam Penilaian Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (SPM)

$
0
0
Bengkel Pemartabatan Guru Subjek Sejarah SPM & Pemesraan Konsep KSSM dalam Penilaian Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (SPM)
Tarikh: 12 APRIL 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Penceramah: 2 orang yang berpengalaman, berpengetahuan, dan berkewibawaan
Yuran: RM100 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Selangor
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd_Jqi6cUgeqbVs5mmca6m6ca7i0_Xx11DBYWRh3Eh8wnPfXQ/viewform?usp=pp_url

Sila hantar kepada rakan yang mengajarkan subjek Sejarah KSSM + SPM

OLEH SEBAB/ OLEH KERANA / SEBAB / KERANA / LANTARAN

$
0
0
OLEH SEBAB/ OLEH KERANA / SEBAB / KERANA / LANTARAN

Saya tidak hadir oleh kerana demam. ❌
Saya tidak hadir kerana demam. ✅
Saya tidak hadir oleh sebab demam. ✅
Saya tidak hadir sebab demam. ✅
Saya hadir lantaran aktiviti ini penting. ✅

(rujuk gambar) Bahagian kiri dalam gambar ialah halaman 493, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu manakala bahagian kanan dalam gambar ialah halaman 515, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ada perbezaan dan entri baharu dalam kategori "Kata Hubung Pancangan Keterangan Musabab", iaitu "sebab" dimasukkan. Adakah hal ini membuktikan bahawa "sebab" diterima sebagai kata hubung pancangan keterangan musabab? Jawabannya ya.

Dalam analisis saya, kesalahan "oleh kerana" belum pernah diuji dalam kesalahan bahasa dalam soalan 3 (d), Kertas 2, BM SPM setakat ini. Jika diuji, adakah "sebab" boleh diterima? Jika panel penggubal soalan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, yakni terbitan terkini, ternyata kemunculan "sebab" sebagai entri baharu dalam kata hubung pancangan keterangan musabab dan kemasukan ayat baharu, ayat 115 dalam halaman 515 wajar diterima kerana kemantapannya dalam lisan dan pertuturan harian. Lebih-lebih lagi, masyarakat kia suka menggunakan "sebab" untuk menggantikan "kerana" dalam perbualan. Demikian pandangan saya. Murnikan jika ada khilaf.

 Mengapakah "oleh kerana" tidak gramatis?

"oleh kerana" tidak gramatis kerana "oleh" ialah kata sendi nama manakala "kerana" ialah kata hubung. Kata sendi nama tidak boleh menerima kata hubung, sebaliknya mesti menerima kata nama. Oleh hal yang demikian, "oleh kerana" tidak gramatis berbanding dengan "oleh sebab". Hal ini dikatakan demikian kerana "sebab" ialah kata nama. Jika "oleh sebab" sama maknanya dengan "kerana", maka "oleh kerana" bermaksud "oleh oleh sebab".

Setuju?

PENGGUNAAN 10 LIRIK LAGU TERBAIK DALAM PENULISAN CEMERLANG SPM

$
0
0
PENGGUNAAN 10 LIRIK LAGU TERBAIK
DALAM PENULISAN CEMERLANG SPM

(LAGU 1)

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Setiap kali lagu bertajuk "Setia" ini berkumandang di udara, meremang bulu roma kita. Demikianlah betapa pentingnya pengorbanan dan kesetiaan rakyat lepada bangsa dan negara. Dengan kesetiaan dan pengorbanan ini, kita dapat membina rakyat yang cinta akan negara dan masyarakat yang hidup bersatu padu agar perpecahan dapat dielakkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

(LAGU 2)
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam lagunya bertajuk 7 Nasihat ini membawa pelbagai unsur nasihat dan didikan yang penting kepada masyarakat kita, terutamanya golongan yang menjadi harapan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Rangkap pertama lirik lagu ini menyampaikan mesej yang begitu jelas iaitu anak-anak didik atau golongan muda perlu dipantau dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan hati-hati bak peribahasa bagai menatang minyak yang penuh. Jika tidak, mereka akan terlibat dalam pelbagai gejala negatif yang akhirnya mampu menjadi duri dalam daging dalam pembangunan bangsa dan negara.

(LAGU 3)
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat mengisi uratku
Agar bisa ku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Lagu "Mentera Semerah Padi Nyanyian seniman ulung negara, Dato' M. Nasir ini benar-benar menusuk kalbu dan membakar semangat rakyat Malaysia agar bekerja keras dan tidak berputus asa dalam perjuangan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana lirik lagu ini memaparkan keberanian dan kegagahan pahlawan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, kita mestilah tabah menghadapi onak dan duri dalam kehidupan demi membentuk masyarakat yang berminta kelas pertama dan berjati diri kukuh.

(LAGU 4)
Kisah duka ulang-berulang
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga kembang dipuja
Layu dibuang.

Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati turutkan rasa
Diri sendiri akan binasaDemi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal usulnya
Jangan sampai terpedaya

Lagu "Kalau Mencari Teman" nyanyian penyanyi tersohor negara, Ziana Zain ini menyampaikan mesej yang kukuh dan berkesan kepada anak-anak muda. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak muda pada hari ini mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka tidak menyiasat asal usul rakan sebelum meniru perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Akhirnya, mereka akan menyesal tetapi sudah terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(LAGU 5)
Beribu bintang dilangit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Lagu nyanyian Manbai, "Kau Ilhamku" sesuai dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa dan guru-guru terhadap kita. Hal ini dikatakan demikian kerana merekalah yang memberikan ilham dan ilmu kepada kita untuk melangsungkan kehidupan ini. Tanpa mereka, kita akan menjadi seperti layang-layang putus teraju dan anak ayam kehilangan ibu. Untuk menghargai jasa mereka, kita haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa ilmu yang diberikan oleh mereka kepada kita tidaklah sia-sia. Oleh sebab itu, anak-anak muda harus menghargai jasa dan pengorbana ibu bapa dan guru-guru, sebaliknya janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.

(LAGU 6)
Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Lagu "Standing In The Eyes Of The World" nyanyian Ella ini amat sinonim dengan kesungguhan dan keiltizaman anak-anak muda dalam perjuangan mereka. Perjuangan dalam bidang pendidikan, sukan, dan kerja perlu diteruskan tanpa semangat yang lemah. Dengan semangat "Malaysia Boleh" ini juga kita dapat membentuk minda rakyat yang berdaya saing agar kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

(LAGU 7)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Rangkap pertama lagu Gurindam Jiwa nanyian Seniman Ulung Negara, Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee ini memberikan pedoman kepada kita agar menghargai jasa dan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa lama-kelamaan melupakan jasa dan pengorbanan mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak perlulah menziarahi ibu bapa dan menjenguk mereka serta memastikan kebajikan mereka terjaga dengan baiknya. Dengan berbuat begitu, ibu bapa tidak akan kecewa dengan sikap bagai ulat lupakan daun yang ada pada anak-anaknya.

(LAGU 😎
Oh, Ibu!
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Kutatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Lagu "Ibu" nyanyian Mamat, Exist ini menusuk hati dan jiwa kita tentang pengorbanan ibu kepada anak. Pengorbanan ini jelas terpancar apabila seorang anak meratapi pemergian ibunya yang telah pulang ke pangkuan Tuhan. Kesedihan, kesunyian, dan kehilangan kasih sayang yang amat terasa ini perlu kita hadapi apabila kehilangan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak perlu menghargai jasa dan menyayangi ibu bapa sebelum terlambat. Sebaliknya, fenomena yang berlaku hari ini ialah anak-anak terlalu mementingkan diri sehingga bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sehingga mengabaikan nasihat ibu bapa kepadanya. Mereka juga lupa akan hakikat bahawa didikan ibu bapa sangat penting untuk mereka agar dapat merencanakan kehidupan. Oleh hal yang demikian, anak-anak perlulah menghargai pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak.

(LAGU 9)
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

Indahnya lirik lagu "Pantun Budi" nyanyian Allahyarham Tan Sri. S.M Salim yang menjelaskan betapa pentingnya budi dalam kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang tidak tahu berbudi dikiaskan bagai pokok yang tidak berbuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia haruslah menghayati lirik lagu ini kerana kekayaan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada kita. Janganlah kita lupa akan budi dan jasa siapa-siapaa sahaja yang pernah membantu kita. Sebaliknya, insan yang melupakan budi ini pasti tidak akan bahagia kehidupannya.

(LAGU 10)
Berjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini gemilang
Lalu ku redah onak duri
Dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi oh
Kini gemilang itu
Semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam

Lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor ini pernah mencetuskan suatu fenomena di negara kita lebih satu dasawarsa yang lalu. Lagu ini memberikan semangat dan meniupkan api perjuangan dalam diri anak-anak muda untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Jika lautan cabaran ini dapat direnangi, anak-anak kita akan sampai di puncak kejayaan. Oleh sebab itu, remaja perlulah........

Jika bermanfaat, kongsikan kepada anak-anak murid.
Terima kasih.

Cikgu Tan CL
www.cikgutancl.blogspot.my

PENGHASILAN UNSUR KOHESI DALAM PENULISAN MELALUI KATA TERBITAN

$
0
0
PENGHASILAN UNSUR KOHESI DALAM PENULISAN MELALUI KATA TERBITAN

Nampaknya cuti sekolah ini membolehkan saya merehatkan fizikal dan minda sehingga mencipta suatu unsur kohesi dalam penulisan melalui kata terbitan. Perkongsian ini dapat membantu anak-anak murid kita yang masih tidak mampu menulis karangan yang berunsur kohesi atau ada unsur pertautan antara ayat. Oleh sebab itu, perkongsian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada guru-guru dari segi idea sewaktu mengajarkan penulisan.

TEMA 1 - AMALAN MEMBACA
SENARAI KATA TERBITAN:

MELANCARKAN - PELANCARAN - DILANCARKAN - KELANCARAN - MELANCARKAN

Kerajaan perlulah melancarkan kempen membaca secara besar-besaran di seluruh negara untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat. Pelancaran kempen ini tidak haruslah dijalankan seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata sehingga tidak berjaya membentuk masyarakat yang suka membaca buku. Sebagai contohnya, Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) telah dilancarkan oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia. Kempen ini perlu dipantau dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh demi memastikan kelancaran sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu mahu meningkatkan kedudukan Malaysia daripada tangga ke-53 sebagai negara membaca, menurut "World Most Literate Nation" kepada tangga yang lebih produktif dan maju. Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan mestilah melancarkan kempen membaca dengan bersungguh-sungguh agar cita-cita Malaysia yang mahu menjadi bangsa membaca bangsa berjaya suatu impian yang mampu menjadi realiti.

TEMA 2 - GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

SENARAI KATA TERBITAN:
MENDIDIK - PENDIDIKAN - DIDIDIK - DIDIKAN - MENDIDIK

Ibu bapa haruslah memberikan didikan moral dan agama sebagai benteng paling kuat untuk mengekang anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan awal anak-anak seyogianya bermula dari rumah, bukannya dari prasekolah. Sebagai contohnya, anak-anak yang masih kecil dan suci bagai kain kapas perlu dididik dan dicorakkan dengan ilmu didikan agama dan moral. Didikan ini ada kebenarannya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar anak-anak mudah dilentur menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjati diri kukuh untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Oleh sebab itu, tugas mendidik anak-anak dengan didikan agama dan moral ialah formula paling tepat untuk mengekang masalah sosial yang kian menular dalam kalangan anak remaja di negara kita.

TEMA 3 - AMALAN MENABUNG

SENARAI KATA TERBITAN:
MEMBELI - PEMBELIAN - DIBELI - MEMBELIKAN - MEMBELI

Ibu bapa haruslah membeli tabung sebagai hadiah kepada anak-anak mereka untuk menggalakkan mereka supaya menabungkan wang. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelian tabung ialah hadiah terbaik yang berunsur pendidikan kewangan paling baik kepada anak-anak yang berkaitan dengan kata mutiara orang tua-tua, "sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit". Sebagai hadiah kepada anak-anak, tabung yang cantik dan menarik bentuknya bolehlah dibeli oleh ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka supaya menabung. Dengan membelikan anak-anak tabung sebagai alat paling efektif agar mereka tidak bersikap boros, anak-anak dapat memasukkan wang baki daripada wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Tegasnya, ibu bapa haruslah membeli tabung untuk dijadikan sebagai hadiah kepada anak-anak supaya amalan menabung dapat disemai dengan suburnya di dalam sukma jiwa anak agar mereka berpegang pada prinsip dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

TEMA 4 - SUKAN

SENARAI KATA TERBITAN:
BERLATIH - LATIHAN - DILATIH - MELATIH - BERLATIH

Untuk meningkatkan stamina sebagai persediaan menghadapi pertandingan sukan, murid-murid perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh pada setiap petang di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana latihan sukan yang diadakan di sekolah pada setiap petang untuk atlet amat penting untuk memastikan atlet yang mewakili sekolah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi persaingan pada pertandingan sukan. Sebagai contohnya, murid-murid yang berbakat dalam bidang sukan perlu dilatih oleh jurulatih yang diupah atau diundang oleh pihak sekolah mahupun guru bertugas yang berpengalaman. Jurulatih yang gigih melatih anak-anak murid mereka dan memberikan dorongan serta sokongan kepada murid akan dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam pertandingan. Saya yakin bahawa murid yang rajin berlatih akan beroleh kejayaan dalam pertandingan sukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

TEMA 5 - KESELAMATAN DI JALAN RAYA

SENARAI KATA TERBITAN:
MENGUATKUASAKAN - PENGUATKUASAAN - DIKUATKUASAKAN - PENGUAT KUASA - BERKUAT KUASA

Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang di jalan raya untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana penguatkuasaan undang-undang dapat memberikan didikan dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya. Sebagai contohnya, undang-undang had laju di lebuh raya perlu dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sekatan jalan raya dan memasang kamera Penguatkuasaan Undang-undang Jalan Raya Automatik (AES) di lebuh-lebuh raya seperti di Lebuh Raya Kesas, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan yang acap kali menjadi medan perlumbaan haram. Pegawai polik trafik dan penguat kuasa yang bertugas perlulah menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti tanpa dicemari unsur rasuah pasti mampu mengurangkan kemalangan di jalan raya sekali gus mendisiplinkan pemandu dengan slogan pandu cermat jiwa selamat. Ringkasnya, undang-undang yang berkuat kuasa serta-merta dapat mengurangkan kemalangan di jalan raya agar kemalangan jiwa juga dapat dikurangkan.

Cukuplah dengan lima contoh ini. Murid-murid boleh diberi ilmu penulisan seperti ini dengan pelbagai tema dalam perbengkelan di sekolah atau di mana-mana sahaja. Penggunaan kata terbitan yang berkait dan berkesinambungan yang bukan sahaja mesra kohesi tetapi juga mampu meningkatkan penguasaan ilmu penggunaan dan fungsi pelbagai jenis imbuhan dalam kalangan murid.

Selamat mencuba.

Cikgu Tan CL
www.cikgutancl.blogspot.my




KARANGAN PENDEK - PT3 (14 LATIHAN CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

LATIHAN TATABAHASA (SINTAKSIS) - KERJA RUMAH BERSEMPENA DENGAN CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Surat Siaran Lembaga Peperiksaan : FORMAT BAHARU SPM 2021

$
0
0
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 4 Tahun 2020
Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Mulai Tahun 2021 Bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

SKEMA JAWABAN - KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS) CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

MODUL KOMSAS GRUP GURU BM SPM

LATIHAN PERIBAHASA - LANJUTAN CUTI SESUAI UNTUK SEMUA TINGKATAN

$
0
0
LATIHAN PERIBAHASA - LANJUTAN CUTI
SESUAI UNTUK SEMUA TINGKATAN
Lengkapkan peribahasa di bawah.
Cari maksud peribahasa dengan menggunakan Kamus Dewan, kemudian tulis halaman dalam Kamus Dewan sebagai catatan. Selepas itu, bina ayat dengan peribahasa yang disenaraikan.
1. di mana ada kemahuan, ___________________________________________________.
2. hendak seribu daya, ______________________________________________________.
3. hujan emas di negeri orang, ________________________________________________.
4. sampan sudah di air, ______________________________________________________.
5. di mana bumi dipijak, _____________________________________________________.
6. seliang bagai tebu, _______________________________________________________.
7. kerana pulut santan binasa, _________________________________________________.
8. sesal dahulu pendapatan, ___________________________________________________.
9. kalau takut dilambung ombak, ______________________________________________.
10. tak tahu menari, __________________________________________________________.
11. tak basah dek hujan, ______________________________________________________.
12. berat sama dipikul, _______________________________________________________.
13. ke bukit sama mendaki, ____________________________________________________.
14. cubit paha kanan, _________________________________________________________.
15. enggang sama enggang, ____________________________________________________.
16. gajah mati meninggalkan tulang, _____________________________________________.
17. jika tidak dipecahkan ruyung, _______________________________________________.
18. kais pagi makan pagi, _____________________________________________________.
19. lembu punya susu, ________________________________________________________.
20. orang berbudi kita berbahasa, _______________________________________________.
21. ringan sama dijinjing, _____________________________________________________.
22. sepandai-pandai tupai melompat, ____________________________________________.
23. yang dikejar tak dapat, ____________________________________________________.
24. ingat sebelum kena, ______________________________________________________.
25. kecil tapak tangan, _______________________________________________________.
26. kuman di seberang laut nampak, ____________________________________________.
27. sekali jalan sesat, ________________________________________________________.
28. yang baik dijadikan teladan, ________________________________________________.
29. bulat air kerana pembetung, ________________________________________________.
30. duduk sama rendah, _______________________________________________________.
31. hati gajah sama dilapah, ___________________________________________________.
32. masuk kandang kambing mengembek, ________________________________________.
33. berakit-rakit ke hulu, ______________________________________________________.
34. yang bulat tak datang bergolek, ______________________________________________.
35. biar mati anak, ___________________________________________________________.
36. anjing menyalak bukit, ____________________________________________________.
37. seekor kerbau membawa lumpur, ____________________________________________.
38. laksana bunga dedap, ______________________________________________________.
39. berat mata memandang, ____________________________________________________.
40. kalau asal benih yang baik, _________________________________________________.
41. _________________________________________________cakap malam dengar-dengar.
42. ____________________________________________________, lain lubuk lain ikannya.
43. _________________________________________, menggolek rosak, kena golek binasa.
44. ________________________________________________, hidup enggan mati tak mahu.
45. ____________________________________, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya.
46. __________________________________________________, lautan dalam usah diduga.
47. ________________________________________________, besar jangan disangka bapa.
48. __________________________________________________, masuk ke mulut harimau.
49. _____________________________________________________, sekali pantai berubah.
50. _____________________________________________, pelanduk mati di tengah-tengah.
51. __________________________________________________, tidak akan hilang bisanya.
52. _____________________________________________________, balik ke pangkal jalan.
53. ________________________________________________________, seciap bagai ayam.
54. _____________________________________________________, mati dikandung tanah.
55. ______________________________________________, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
56. _________________________________________________, bercakap peliharakan lidah.
57. _____________________________________________, jika manusia dipegang janjinya.
58. ___________________________________________________, sudah tahu jantan betina.
59. ______________________________________________________, pemudi tiang negara.
60. _______________________________________________, di laut sekalipun timbul juga.
61. _________________________________________________, jatuh ke laut menjadi pulau.
62. ________________________________________________________, takut kerana salah.
63. ______________________________________________________, rosak susu sebelanga.
64. ____________________________________________________, untung batu tenggelam.
65. ________________________________________________, ada beras semua kerja deras.
66. ________________________________________________________, ada buat ada balas.
67. ________________________________________________ jangan disangka tiada buaya.
68. ______________________________________________ biar sampai ke pangkal lengan.
69. ___________________________________________, lautan mana yang tidak berombak.
70. ________________________________________________, hujung hilang pangkal lesap.
71. ________________________________________________________, turun seperti ribut.
72. _______________________________________________, diam-diam penggali berkarat.
73. _________________________________________________________, diluah mati bapa.
74. ______________________________________________________ adakala tergigit juga.
75. _____________________________________________________, murid kencing berlari.
76. _____________________________________________, apakan daya tangan tak sampai.
77. _____________________________________________________ pipi tersorong-sorong.
78. ___________________________________________________________, esok hari kita.
79. ________________________________________________________ kalau tidak ke nasi.
80. ________________________________________________________, parut tinggal juga.
81. _________________________________________________ air di tempayan dicurahkan.
82. _______________________________________ mulut manusia bagaimana menutupnya.
83. __________________________________________________________ ulam mendatang.
Selamat mencuba!
Skema jawaban akan saya kongsikan selepas beberapa hari.
Disediakan oleh Cikgu Tan CL
www.cikgutancl.blogspot.my

KOLEKSI BENTUK KECUALIAN DALAM TATABAHASA DEWAN

$
0
0
KOLEKSI BENTUK KECUALIAN DALAM TATABAHASA DEWAN
(1)
konsonan ganda jadi konsonan tunggal, kecuali apabila mengelirukan
assimilation - asimilasi
ferrum - ferum
majallah - majalah
Contoh kecualian ialah media massa.
(2)
Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Yang berikut ialah beberapa contoh kata majmuk yang lazim dan
yang terkecuali:
(bentuk lazim) (bentuk kecualian)
jalan raya antarabangsa
daya serap bumiputera
campur aduk jawatankuasa
tunjuk ajar kakitangan
ambil alih tanggungjawab
(3)
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan dan dianggap kecualian. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari
(4)
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya:
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya kapal-kapal terbang
suku-suku kata garis-garis pusat
jirim-jirim organik model-model linear
Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar Ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
(5)
peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:
dapat - pendapat
datang - pendatang
curi - pencuri
cukur - pencukur
jaja - penjaja
jodoh - penjodoh
syarah - pensyarah
ziarah - penziarah
Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:
tadbir - pentadbir
terjemah - penterjemah
tafsir - pentafsir
tauliah - pentauliah
stabil - penstabil
sintesis - pensintesis
swasta - penswasta
Terdapat satu kecualian pada peraturan ini, iaitu pada bentuk kata dasar ternak yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan pen- membentuk kata penternak.
peN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g dan h (bunyi konsonan), dan a, e, i, o, dan u (bunyi vokal). Seperti pen-, peng- hadir juga dengan perkataan pinjaman serta beberapa bentuk kecualian yang kata dasarnya bermula dengan huruf k. Contohnya:
gulung - penggulung
hubung - penghubung
atur - pengatur
elak - pengelak
ikut - pengikut
olah - pengolah
ukur - pengukur
Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:
kabul - pengkabul
katalog - pengkatalog
kategori - pengkategori
kritik - pengkritik
klasifikasi - pengklasifikasi
khianat - pengkhianat
Terdapat satu kecualian, iaitu pada kata dasar kaji yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan peng- menjadi pengkaji untuk dibezakan dengan perkataan pengaji.
(6)
peN-...-an menjadi pen-...-an apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, dan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:
dapat - pendapatan
damping - pendampingan
cari - pencarian
cuci - pencucian
jajah - penjajahan
judul - penjudulan
syarikat - pensyarikatan
zalim - penzaliman
Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:
tadbir - pentadbiran
terjemah - penterjemahan
tafsir - pentafsiran
tauliah - pentauliahan
transkripsi - pentranskripsian
takrif - pentakrifan
sintesis - pensintesisan
stabil - penstabilan
swasta - penswastaan
Terdapat satu kecualian, iaitu kata dasar ternak yang bukan kata pinjaman tetapi menerima apitan pen-...-an menjadi penternakan.
(7)
Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kecualian Contohnya:
pelopor - mempelopori
pelawa - mempelawa
percaya - mempercayai
punya - mempunyai
peduli - mempedulikan
(8)
Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar, iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran huruf t.
ternak - menternak
tertawa - mentertawakan
(9)
Terdapat satu bentuk kecualian, iaitu kata dasar kaji yang huruf pertamanya tidak berubah menjadi bentuk sengau apabila bergabung dengan awalan meng-, iaitu mengkaji. Bentuk ini berbeza daripada bentuk mengaji.
kaji - mengkaji
(10)
Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak berubah menjadi menge- Contohnya:
stor - menstor
brek - membrek
klip - mengklip
(11)
Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er-, misalnya derma, maka r dalam awalan ber- tidak gugur. Namun begitu, terdapat kecenderungan bagi setengah-setengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan, tetapi tetap tidak digugurkan dalam ejaan. Contohnya: berderma, berserban, dan berternak.
Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan, sebagai satu kecualian.
Demikian juga, bagi perkataan ajar, gabungan ber- dengannya menghasilkan bentuk kecualian, iaitu belajar.
(12)
Awalan memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. Contohnya:
alat - memperalat
daya - memperdaya
kacang - memperkacang
budak - memperbudak
hamba - memperhamba
Contohnya dalam ayat:
(a). Komunis memperalat pemuda-pemuda itu.
(b). Peniaga itu memperdaya pelanggannya dengan janji-janji manis.
(c). Dia memperkacang harta orang tuanya hingga habis.
Kecualian daripada pola ini, dari segi makna, ialah bentuk memperisteri dan mempersuami dengan maksud menjadikan seseorang itu isteri atau suami. Sebenarnya bentuk ini menerima apitan memper-...-i tetapi oleh sebab bentuk dasar perkataan tersebut berakhir dengan huruf i maka bentuk i dalam apitan memper-...-i digugurkan.
(13)
Inti + penerang nama panggilan atau gelaran
Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda, misalnya Si Belang, Tan Sri, dan sebagainya. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama, iaitu penerang ini terletak di hadapan inti.
Contohnya:
Haji Ahmad
Yang Arif Hakim Mohd Yusof
Si Belang
Nik Abdullah
YBhg. Datuk Ali
Syed Nasir
Doktor Majid
Profesor Harun
YB Senator Fatimah
Tan Sri Abdullah
Sang Kancil
(14)
Kecualian Hukum D-M
Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya:
Penerang (M) Yang Diterangkan (D)
perdana menteri
timbalan presiden
naib yang dipertua
naib canselor
naib pengerusi
timbalan penyelidik
pembantu penyelidik
ibu pejabat
(15)
Penggunaan kata Sendi Nama Secara Umum
Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi. Kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama. Contohnya:
36. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota.
37. Cahaya laser itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan?
38. Hadiah itu untuk ayah dan untuk ibu.
39. Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan.
40. Ia makan dengan Ali atau dengan Ahmad?
41. Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.
42. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.
43. Bungkusan ini dikirimkan oleh abang atau oleh kakak?
44. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
45. Kerusi itu diperbuat daripada kayu dan daripada rotan.
(16)
Pada umumnya kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif. Contohnya:
356. Kenyataan tentang kebocoran itu daripada pegawai jabatan adalah tidak munasabah dan mungkin terlalu awal.
357. Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang dicipta oleh Tuhan ini adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua.
358. Keputusan panel temu duga bagi jawatan kerani di jabatan itu, pada pandangan beberapa orang kakitangannya, adalah tidak adil dan akan dibantah.
Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

60 SOALAN INTENSIF EJAAN MULTIASPEK

$
0
0
60 SOALAN INTENSIF EJAAN MULTIASPEK DIBERIKAN DI BAWAH INI.
SELAMAT MENCUBA!!!
A. EJAAN (nama sayur-sayuran)
1. kobis
___________
2. kacang botol
__________________
3. berokoli
_____________
4. kangkong
_______________
5. timun Cina
________________
6. kacang boncis
____________________
7. tauge
___________
8. bunga kantang
____________________
9. petole
___________
10. kapsikom
_________________
B. EJAAN(nama buah-buahan)
1. limau kasturi
__________________
2. strawbery
_______________
3. rasberi
____________
4. nenas serawak
____________________
5. buah pir
_____________
6. buah plam
________________
7. embahcang
_________________
8. quini
__________
9. buah nyiru
________________
10. cheri
___________
C. EJAAN(nama makanan)
1. kuehtiau
______________
2. serunding
_______________
3. kuih rengkas
__________________
4. murtabak
_______________
5. tosei
__________
6. putu mayam
__________________
7. vade
__________
8. paniaram
_______________
9. cik mek molek
____________________
10. kertayap
_______________
D. EJAAN(istilah berkaitan dengan sukan)
1. jerse
__________
2. kayu billiard
_________________
3. stokin
___________
4. velodorom
________________
5. batorn
___________
6. jam randik
________________
7. bet ping pong
___________________
8. ped lutut
______________
9. slalum luncur ais
______________________
10. bowling padang
_______________________
E. EJAAN(kata pinjaman bahasa Inggeris)
1. losyen
____________
2. petisen
_____________
3. fiksen
___________
4. seksen
_____________
5. stesyen
_____________
6. pensyen
______________
7. kapsen
_____________
8. efisen
____________
9. kusen
____________
10. fesen
____________
F. EJAAN(kesalahan tanda baca)
1. semak-samun
___________________
2. sampah-sarap
___________________
3. bukit-bukau
_________________
4. sopan-santun
___________________
5. lemah-lembut
___________________
6. jimat-cermat
__________________
7. sanak-saudara
____________________
8. ibu-bapa
______________
9. asal-usul
_______________
10. adat-istiadat
___________________

RUJUKAN (SKEMA)
EJAAN(nama sayur-sayuran)
1.kubis
2.kacang botor
3.brokoli
4.kangkung
5.timun cina
6.kacang buncis
7.taugeh
8.bunga kantan
9.petola
10.kapsikum

EJAAN(nama buah-buahan)
1.limau kesturi
2.strawberi
3.raspberi
4.nanas serawak
5.buah pear
6.buah plum
7.embacang
8.kuini
9.buah nyiur
10.ceri

EJAAN (nama makanan)
1.kuetiau
2.serondeng
3.kuih rengas
4.martabak
5.tose
6.putu mayang
7.wade
8.peniaram
9.cek mek molek
10.ketayap

EJAAN (istilah berkaitan dengan sukan)
1.jersi
2.kayu biliard
3.stoking
4.velodrom
5.baton
6.jam randek
7.bet pingpong
8.pad lutut
9.slalom luncur air
10.boling padang

EJAAN (kata pinjaman bahasa Inggeris)
1.losen
2.petisyen
3.fiksyen
4.seksyen
5.stesen
6.pencen
7.kapsyen
8.efisien
9.kusyen
10.fesyen

EJAAN (kesalahan tanda baca)
1. semak samun
2. sampah sarap
3. bukit bukau
4. sopan santun
5. lemah lembut
6. jimat cermat
7. sanak saudara
8. ibu bapa
9. asal usul
10. adat istiadat

LATIHAN PEMANFAATAN KAMUS DEWAN

$
0
0
TUGASAN 26 MAC 2020
PEMANFAATAN KAMUS DEWAN
Gunakan Kamus Dewan Edisi Keempat, cari senarai peribahasa dan tulis maksud peribahasa itu. Peribahasa yang anda tulis mestilah memanfaatkan unsur alam semula jadi yang berikutnya. Selepas sekolah dibuka semula, setiap murid perlu membentangkan peribahasa, makna dan ayat contoh (jika rajin) bagi setiap tugasan ini. Setiap tugasan melibatkan unsur alam semula jadi yang berlainan.
Tugasan 1: Kucing
Tugasan 2: Anjing
Tugasan 3: Ikan
Tugasan 4: Gajah
Tugasan 5: Harimau
Tugasan 6: Rusa
Tugasan 7: Udang
Tugasan 8: Keldai
Tugasan 9: Ular
Tugasan 10: Singa
Tugasan 11: Serigala
Tugasan 12: Tupai
Tugasan 13: Monyet
Tugasan 14: Kera
Tugasan 15: Buaya
Tugasan 16: Kuda
Tugasan 17: Burung
Tugasan 18: Biawak
Tugasan 19: Katak
Tugasan 20: Belut
Tugasan 21: Cicak
Tugasan 22: Kambing
Tugasan 23: Ayam
Tugasan 24: Lembu
Tugasan 25: Kerbau
Tugasan 26: Semut
Tugasan 27: Bunga
Tugasan 28: Pelanduk
Tugasan 29: Penyu
Tugasan 30: Siput
Contoh jawaban:
Peribahasa Tugasan 1: Kucing
1.
Peribahasa: Menantikan kucing bertanduk
Maksud: Menantikan perkara yang tidak mungkin berlaku.
Sumber: Halaman 838, Kamus Dewan Edisi 4
2.
Peribahasa:
Maksud:
Sumber:
3.
Peribahasa:
Maksud:
Sumber:
Selepas pulang daripada cuti PKP ini, setiap bahagian dinding bangunan yang kosong boleh dilukis dengan mural peribahasa ini. Murid yang melalui bangunan ini dapat membaca, menghayati, dan membuat rujukan dengan mudahnya. Guru juga boleh memanfaatkan bahan ini dalam PdP agar PdPc menjadi lebih hidup dan menarik.
Selamat mencuba!

LATIHAN JADUAL AJAIB ANALISIS AYAT - LATIHAN TAMBAHAN CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

SKEMA JAWABAN - JADUAL AJAIB ANALISIS AYAT

LATIHAN PERIBAHASA (SKEMA)

$
0
0
LATIHAN PERIBAHASA
(SKEMA)
Lengkapkan peribahasa di bawah.
1. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2. hendak seribu daya, tak hendak seribu daya / upaya
3. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
4. sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
5. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
6. seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
8. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
9. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
10. tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah
11. tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
12. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
13. ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menurun
14. cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
15. enggang sama enggang, pipit sama pipit
16. gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
17. jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
18. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
19. lembu punya susu, sapi dapat nama
20. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
21. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
22. sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga
23. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
24. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
25. kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
26. kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak
27. sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu
28. yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
29. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
30. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
31. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
32. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
33. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
34. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
35. biar mati anak, jangan mati adat
36. anjing menyalak bukit, mahukah / bolehkah runtuh
37. seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit
38. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tiada
39. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
40. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
41. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
42. lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya.
43. seperti mentimun dengan durian, menggolek rosak, kena golek binasa.
44. bagai kerakap di atas batu, hidup enggan mati tak mahu.
45. baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya.
46. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
47. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
48. keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
49. sekali air bah, sekali pantai berubah.
50. gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
51. ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
52. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
53. sedencing bagai besi, seciap bagai ayam.
54. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
55. ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
56. berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah.
57. kalau lembu diikat pada tali, jika manusia dipegang janjinya.
58. sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina.
59. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
60. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.
61. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
62. berani kerana benar, takut kerana salah.
63. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
64. untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
65. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
66. ada ubi ada batas, ada buat ada balas.
67. air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
68. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
69. bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak berombak.
70. berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
71. naik seperti semut, turun seperti ribut.
72. diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.
73. ditelan mati emak, diluah mati bapa.
74. gigi dengan lidah, adakala tergigit juga.
75. guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
76. hajat di hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
77. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
78. ini hari orang, esok hari kita.
79. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
80. luka sudah sembuh, parut tinggal juga.
81. mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
82. mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.
83. pucuk dicita ulam mendatang.
Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>