Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

TATABAHASA TINGKATAN 4, TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN - DSKP 5.1.1 MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK DENGAN BETUL MENGIKUT KONTEKS

$
0
0
TATABAHASA TINGKATAN 4
TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN 
DSKP 5.1.1 MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK DENGAN BETUL MENGIKUT  KONTEKS 


RENCANA: AMALAN MEMBACA IALAH PENDIDIKAN ASAS UNTUK SEMUA

BINA AYAT + PERIBAHASA (TEMA 1) BUKU TEKS TINGKATAN 4

$
0
0
LATIHAN BINA AYAT
LATIHAN PERIBAHASA
(TEMA 1) BUKU TEKS KSSM TINGKATAN 4

Bengkel Pemerkasaan BM SPM Kertas 1 & Kertas 2 ( UNTUK GURU SAHAJA)

$
0
0
Bengkel Pemerkasaan BM SPM Kertas 1 ( UNTUK GURU SAHAJA)
Tarikh: 12 Januari 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi- 5.30 petang
Penceramah: 3 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM100 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam

Pendaftaran (yang berminat sahaja) sila klik https://chat.whatsapp.com/Cyo6CMop5Ej1jipagmhSjB


Bengkel Pemerkasaan BM SPM Kertas 2 ( UNTUK GURU SAHAJA)
19 Januari 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi- 5.30 petang
Penceramah: 3 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM100 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Pendaftaran (yang berminat sahaja) sila klik
https://chat.whatsapp.com/FAxpUeKiCBe5uASPndlFdg

BAHAN SOKONGAN AKTIVITI HALAMAN 12-13, BUKU TEKS TINGKATAN 4, KSSM

MAKLUMAT UMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

$
0
0
MAKLUMAT UMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

SURAT SIARAN PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/suratsiaran/2019/SURAT%20SIARAN%20BIL%201_2019(PT3)_15072019.pdf

BROSUR PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/PT3_Brosur%20PPT3_17.05.2019.pdf

BICARA ILMU PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/Bicara%20ilmu%202.pdf

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (1)
(Dasar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/1.dasar_pentaksiran_pendidikan_kebangsaan.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (2)
(Pengoperasian Dan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Sumatif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/2.pengoperasian_dan_penjaminan_kualiti_pentaksiran_sumatif.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (3)
(Prinsip Pembinaan Item)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/3.prinsip_pembinaan_item.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (4)
(Pembinaan Item Objektif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/4.pembinaan_item_objektif.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (5)
(Pembinaan Item Subjektif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/5.pembinaan_item_subjektif.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (6)
(Penilaian Item)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/6.penilaian_item.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (7)
(Peraturan Pemarkahan)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/7.peraturan_pemarkahan.mp4

VIDEO PEMERKASAAN PT3 (8)
(Format Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Mulai Tahun 2019)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/8.format_instrumen_pentaksiran_tingkatan_3_pt3_mulai_tahun_2019.mp4

JADUAL WAKTU PT3 TAHUN 2020
https://cikgutancl.blogspot.com/2020/01/jadual-waktu-pt3-tahun-2020.html

JADUAL WAKTU PT3 TAHUN 2020

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS (DARIPADA BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM)

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN BERDASARKAN TEMA 2, BUKU TEKS TINGKATAN 4 KSSM


Bengkel Pemerkasaan GURU Pendidikan Moral SPM

$
0
0


Bengkel Pemerkasaan GURU Pendidikan Moral SPM
(UNTUK GURU SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DAN TUTOR SERTA GURU TUISYEN SAHAJA)
Salam sejahtera. Bengkel ini memberikan pengetahuan dan ilmu baharu kepada guru-guru yang mengajarkan subjek Pendidikan Moral. Antara inti pati program ini ialah bengkel perbandingan antara KBSM dengan KSSM. Selain itu, perkongsian ilmu tentang cara menjawab soalan moral dan teknik pemberian markah kepada jawaban anak-anak murid kita. Jika kita tidak membantu anak-anak murid dengan cara yang betul, bagaimanakah mereka akan mendapat skor yang cemerlang dalam SPM nanti? Oleh sebab itu, pihak saya dan UOW Malaysia KDU cawangan Glenmarie, Shah Alam sudi bekerjasama untuk memberikan eksperimentasi realistik kepada guru-guru terhadap subjek Pendidikan Moral dalam tahap SPM. Tujuan murni ini memerlukan dorongan dan sokongan kalian untuk menjayakannya.
Salam hormat.
Tarikh: 9 FEBRUARI 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi- 2.00 petang
Penceramah: 2 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM60 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Bayaran:
BANK:HONG LEONG BANK
NO. ACC: 10801002719
NAMA: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
Bayaran akhir 7 FEBRUARI 2020
Siapa cepat dia dapat. Selepas bilangan sudah penuh, link pendaftaran grup akan ditutup.
TENTATIF PROGRAM
7.30am pendaftaran
8.00am ucapan alu-aluan pihak UOW Malaysia KDU
8.45-10.30am perbandingan KBSM & KSSM
10.30am rehat
11.00am taklimat
11.30 -1.00pm bengkel
1.00 - 1.30pm pembentangan & soal jawab
1.30 penutupan
2.00pm tamat
LOKASI BENGKEL: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Link menyertai program ini (yang benar-berminat sahaja)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) UNTUK SMJK CHONG HWA, KUALA LUMPUR

$
0
0
Pada 18 Januari 2020, SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur telah mengundang saya untuk menyampaikan bengkel LADAP yang berkaitan dengan teknik pembinaan modul dan item peperiksaan serta perkongsian ilmu tentang KSSM. Terima kasih Cikgu Angie Wong atas undangan melalui media sosial whatsapp 0122099440 kepada saya dua minggu sebelum bengkel dijalankan.

Pada awal pagi, saya berkongsi pengalaman saya sebagai pembina modul dan item peperiksaan dalam gaya saya sendiri berlandaskan format dan sumber seperti Tatabahasa Dewan, DSKP, dan Buku Teks Tingkatan 1-5. Perkongsian ini membantu guru mendapatkan ilham dan idea untuk membina item yang jitu lagi berpadanan dengan konsep pentaksiran dan peperiksaan. Dengan cara ini, keyakinan guru dan keberkesanan soalan peperiksaan yang berkualiti dapat menjanakan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.

Selepas perkongsian idea pembinaan item, saya juga berkongsi idea membina modul yang mesra calon yang ingin mudah lulus (MULUS) dan calon antara gagal dengan lulus (GALUS) serta calon yang cemerlang dan sederhana. Konsep pembinaan item ini haruslah berbeza kerana pemikiran dan penguasaan calon juga berbeza. Selepas itu, saya membina rajah I-Think untuk membezakan DSKP dan item-item penting dalam DSKP agar dapat difahami oleh guru-guru.

Kemudian, saya juga menyampaikan idea kepada guru untuk membantu murid yang sederhana untuk menjanakan idea dan huraian yang mantap dalam penulisan. Pengkongsian ini memberikan inspirasi kepada guru untuk terus berjuang agar dapat memberikan bantuan dan kepakaran mereka untuk mendorong calon sederhana dan lemah untuk menulis karangan dengan baiknya. Saya bersyukur kerana pihak sekolah berharap agar saya menjadikan sekolah mereka sebagai "sekolah angkat" dan terus memberikan bimbingan kepada guru-guru dari masa ke masa.

Saya berdoa agar SMJK Chong Hwa Kuala Lumpur yang cemerlang dalam kokurikulum juga akan gemilang dalam akademik agar keterbilangan murid akan menjadi buah mulut masyarakat demi memartabatkan dan mempertingkatkan nama baik sekolah serta imej sekolah pada masa depan. Saya juga berharap agar guru-guru yang menyertai bengkel ini berpuas hati dan terus berusaha untuk mencanai kejayaan daripada usaha dan kudrat masing-masing demi panitia, sekolah, bangsa, dan negara.

Jika ada pihak sekolah yang ingin mengundang saya, sila hubungi saya pada talian 0122099440. Saya sentiasa sudi membantu pihak sekolah di mana-mana juga dan pada bila-bila masa juga.
Perbincangan dan persediaan sebelum bengkel.

Prapenyampaian bengkel dengan sesi suai kenal.

Cikgu Tan mula beraksi.

Guru-guru subjek Bahasa Melayu memberikan perhatian pada perkongsian ilmu.

Rajah I-Think digunakan untuk membandingkan DSKP dan idea PdPC

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan kepada guru.

Terima kasih kepada Ketua Panitia yang sudi mengundang saya!

Sesi soal jawab yang rancak tetapi suasana santai!

Guru-guru gembira kerana bengkel selesai dan sesi swafoto bermula.


ARTIKEL "PENDIDIKAN SIVIK - MELENTUR JATI, MEMBENTUK DIRI"

Artikel Cikgu Tan dalam Majalah Pelita Bahasa, edisi Februari tahun 2020

PROGRAM BUAL BICARA ILMU DI KUCHING, SARAWAK PADA 29 FEBRUARI 2020 DAN 1 MAC 2020

BUKU TERBAHARU CIKGU TAN CL UNTUK BULAN FEBRUARI 2020

$
0
0
Februari sudah tiba, masa untuk saya mempromosikan buku baharu saya untuk kegunaan bulan Februari tahun 2020. Keberanian saya menggunakan tema warna-warni kehidupan ini harap diterima secara positif oleh pembaca dan pengguna buku nota latihan bulanan saya. Kita haruslah berani mengubah landskap penerbitan di Malaysia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kualiti penerbitan negara-negara maju yang lain.
Sila klik pada pautan berikutnya untuk mendapatkan buku-buku terbaharu mengikut tingkatan.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 3 - BUKU TEKS TINGKATAN 4 (KSSM)


KARANGAN RAMALAN SPM 2020 - PERANAN SEKOLAH

$
0
0

Karangan "peranan sekolah" ialah karangan ramalan saya yang pertama untuk tahun 2020. Oleh sebab itu, latihlah anak-anak kita dengan menggunakan pelbagai tema yang mungkin akan keluar dalam SPM.

Yang berikut ialah sampel idea karangan CEMERLANG yang bertajuk:
SOALAN
Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk menghidupkan permainan tardisional dalam kalangan murid di sekolah.
Ulaskan pernyataan di atas.
[100 markah]

IDEA PERTAMA 


Sila siapkan idea 2,3,4 dan 5

Selamat maju jaya!


5 PETUA UTAMA SEWAKTU MENGAJARKAN TOPIK PENULISAN KEPADA MURID-MURID

$
0
0
5 PETUA UTAMA SEWAKTU MENGAJARKAN TOPIK PENULISAN KEPADA MURID-MURID
1. PERSEDIAAN GURU SEBELUM MENGAJAR MURID TOPIK PENULISAN
Setiap guru harus menulis karangan yang akan diberikan kepada murid. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru harus melalui eksperimentasi dan pengalaman menulis karangan yang sama. Langkah ini paling penting agar guru-guru memahami kekangan dan cabaran yang bakal dilalui oleh anak-anak muridnya. Percayalah, jika cikgu menulis karangan tersebut dengan baiknya, karangan tersebut boleh dijadikan koleksi karangan terbaik/cemerlang malah menjadi penanda aras karangan dengan hasil murid. Lama-kelamaan, cikgu sendiri boleh menerbitkan buku penulisan sendiri. Kalau cikgu tak buat, yang rugi ialah cikgu dan murid cikgu. Cubalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
2. GURU DAN IDEA PENULISAN
Kebanyakan guru menyediakan idea karangan untuk ditulis oleh murid. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat memikirkan huraian atau ilham untuk mengembangkan idea yang diberikan. Hal ini berlaku demikian kerana pemikiran guru dan murid berbeza dan tahap kematangan juga berbeza. Biarlah murid menyenaraikan idea, kemudian kita sebagai guru memurnikan idea tersebut. Hormati idea murid dan kenali idea murid serta kaji setiap idea murid. Kadangkala idea mereka lebih mengikut trend dan kemas kini (updated) daripada kita. Sama-samalah kita melalui perdebatan dan berkongsi ilmu tentang idea. Hal ini juga jelas dinyatakan dalam DSKP, iaitu menyenaraikan idea.
3. SUMBER PENULISAN
Guru harus menekankan sumber penulisan yang betul kepada murid. Antara sumber penulisan yang baik ialah senarai penanda wacana yang tepat, senarai peribahasa berdasarkan senario/tema, dan frasa menarik atau ucapan menteri mahupun statistik tepat berkaitan dengan topik karangan tersebut. Hal ini bukan sahaja meringankan beban kita menanda karangan, tetapi juga memudahkan tugasan murid untuk menulis karangan. Sediakan sebuah buku untuk catatan peribahasa, koleksi ucapan, contoh realiti, statistik, keratan akhbar, dan senarai penanda wacana mahupun frasa menarik yang gramatis.
4. DISIPLIN PENULISAN MURID
Guru boleh mendisiplinkan murid dengan gaya penulisan yang betul dan mengikut DSKP. Antaranya, murid perlu tahu bahawa setiap idea mesti ada ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. Jika murid dapat membuat label dengan huruf atau abjad, mereka akan tahu jenis ayat yang telah ditulis oleh mereka. Dengan catatan begini, mereka akan dapat menulis karangan dengan lebih tersusun dan kemas. Pelbagai cara dan formula ada di pasaran, sesuaikan dengan kemampuan murid kita dan murnikan dengan persediaan yang rapi. Saya yakin bahawa kualiti penulisan murid akan meningkat.
5. MOTIVASI GURU KEPADA MURID
Murid pada hari ini memerlukan kata-kata motivasi dan dorongan yang ikhlas daripada guru. Selepas setiap karangan disemak dan dinilai, nyatakan kekuatan dan kelemahan karangan tersebut. Hal ini sesuai dengan kehendak semasa agar murid tahu kekurangan mereka. Selain menulis cadangan guru, tulislah juga kata-kata perangsang dan untaian kata yang mendorong mereka dan memangkin keyakinan mereka untuk menulis dengan lebih baik pada masa depan. Gunakan "teknik sandwic" iaitu satu lapisan ayat pujian, kemudian ayat kelemahan karangan, dan seterusnya ayat berkaitan dengan cadangan pemurnian atau penambahbaikan serta ayat harapan. Dengan kata-kata dari hati ke hati ini, saya yakin bahawa murid tahu memahami dan menghayati luahan guru terhadap kualiti penulisan yang baik.
Selamat berkongsi idea.
Selamat mencuba petua di atas.
Terima kasih kerana sudi membaca tip yang saya kongsikan melalui LADAP yang biasanya saya jalankan di sekolah-sekolah. TEL: 0122099440 (jika berminat untuk menjalankan LADAP GURU)

5 PETUA MEMANTAPKAN KUALITI TATABAHASA DALAM DIRI GURU SUBJEK BAHASA MELAYU

$
0
0
5 PETUA MEMANTAPKAN KUALITI TATABAHASA DALAM DIRI GURU SUBJEK BAHASA MELAYU

1. SUMBER RUJUKAN
Semua guru subjek Bahasa Melayu mestilah memiliki sumber rujukan yang betul, tepat, dan memenuhi keperluan peperiksaan. Antara sumber rujukan yang wajib dimiliki adalah seperti Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Tatabahasa Dewan, Buku Teks, dan Gaya Dewan. Bukan semua buku dalam senarai ini telah anda miliki, bukan? Maka, carilah buku-buku tersebut dengan melayari laman web kedai buku DBP.

2. MINAT
Semua guru haruslah memiliki minat yang mendalam terhadap tatabahasa dan sentiasa tidak jemu mencari maklumat serta menyimpan fail-fail/dokumen/buku berkaitan dengan tatabahasa. Minat terhadap tatabahasa bukanlah dapat ditimbulkan dalam masa sehari dua, tetapi memerlukan usaha yang berpanjangan dan langkah yang berterusan untuk mencari gali ilmu.

3. CAKNA BAHASA
Guru yang memiliki tahap kecaknaan terhadap bahasa, terutamanya ejaan dan kesalahan bahasa iklan, akhbar, poster, majalah, buku, dan lirik lagu serta bahan-bahan lain akan dapat menguasai tatabahasa dengan mudahnya. Bahan-bahan tersebut bolehlah dirakamkan dalam bentuk gambar untuk dijadikan bahan bantuan mengajar (BBM) dalam kelas tatabahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana kesilapan umum dan kesilapan yang lazim inilah yang berulang dalam peperiksaan dan kertas-kertas peperiksaan. Jika guru cakna bahasa, murid bijak berbahasa.

4. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Guru subjek bahasa Melayu mestilah mengikuti mana-mana kursus tatabahasa atau bengkel audit tatabahasa mahupun ceramah tatabahasa yang dianjurkan oleh DBP atau pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Para Munsyi Dewan juga banyak mengadakan kursus sebegini secara persendirian mahupun berkumpulan. Tuntutlah ilmu bahasa dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin bahawa cikgu akan berjaya. Janganlah segan menuntut ilmu bahasa kerana peribahasa Melayu juga sering mengingatkan kita bahawa malas berkayuh perahut tak hanyut, segan bertanya sesat jalan.

5. MODUL TATABAHASA
Guru-guru boleh membina modul tatabahasa berlandaskan DSKP dan soalan berbentuk model peperiksaan. Jika setiap minggu ada satu model bahan, pada setiap tahun cikgu dapat menerbitkan buku tatabahasa yang sesuai dengan tahap murid di sekolah dan murid di dalam kelas. Murid-murid juga boleh dibimbing untuk menggubal soalan tatabahasa, terutamanya soalan kesalahan ejaan dan kesalahan bahasa. Guru-guru boleh memurnikan bahan tersebut lalu menjadikannya bahan bantuan mengajar murid yang sangat efektif. Bengkel pembinaan item tatabahasa juga penting untuk diadakan di sekolah agar dapat membantu guru memahami konsep, format, standard, dan kemahiran menggubal soalan dengan memasukkan unsur kesahan, unsur pengganggu, dan unsur penentu jawaban dalam soalan.

Setitis perkongsian daripada pengalaman hamba ini diharapkan dapat memberikan pedoman dan maklumat berguna kepada guru-guru, terutamanya ketua panitia subjek Bahasa Melayu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

GAMBAR KENANGAN LADAP GURU BM

GAMBAR KENANGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>