Quantcast
Channel: LAMAN BLOG CIKGU TAN CL
Viewing all 558 articles
Browse latest View live

TEMA RAMALAN PT3 - LANGKAH MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT

$
0
0
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bangunan-bangunan pencakar langit yang megah berdiri di Malaysia telah berjaya mengangkat nama Malaysia, iaitu sebuah negara membangun di persada antarabangsa.  Tempias arus deras globalisasi yang melanda dunia pada hari ini turut dirasai oleh masyarakat pascamoden di Malaysia, sehingga rata-rata daripada komuniti kita bersifat lebih mementingkan kejayaan dan kecemerlangan berbanding kesihatan diri kita sendiri. Harus diingat bahawa kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, malahan pepatah Inggeris ada mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat dunia.  Menyedari hakikat ini, kita haruslah mengambil langkah-langkah pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat.

                Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah kita seharusnyamengamalkan pemakanan secara seimbang berlandaskan piramid makanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan .  Hal ini demikian kerana kuantiti atau kadar makanan yang kita ambil sehari-hari akan mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa hadapan.    Setiap makanan mengandungi gizi atau khasiat yang berbeza-beza, penting untuk tubuh badan dan harus diambil secara seimbang.  Biar saya mengemukakan contoh, karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana nutrien ini membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.  Sementelahan itu, sayur-sayuran dan buah-buahan wajar diambil dalam kuantiti yang agak banyak kerana makanan tersebut merupakan sumber fiber atau serat dan vitamin yang merupakan elemen-elemen penting dalam mengekalkan kesihatan badan.  Sehubungan dengan itu, kita juga disarankan agar minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana proses biokimia dalam tubuh kita memerlukan air bagi melancarkannya.  Protein dan lemak sepatutnya dikawal atau dihadkan pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang kronik seperti obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes.  Tegasnya, amalan pemakanan secara seimbang dapat menyihatkan tubuh badan kita.

                Selain itu, kita harus menjalani kehidupan yang sihat dengan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya selama 30 minit dan dilakukan tiga kali seminggu.  Aktiviti riadah seperti bermain badminton, bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang.  Sejajar dengan isu ini, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda”,  yang secara izharnya menunjukkansignifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah ini.  Setelah bersukan, kita akan mendapati bahawa kita mengalami perpeluhan serta berasa lebih sihat dan cergas.  Badan kita semestinya akan menjadi lebih aktif setelah mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui proses perkumuhan tersebut.  Pada waktu malam, kita akan berasa letih serta ingin mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur.  Impaknya, kita tentunya akan dapat tidur dengan nyenyak dan tidaklah mengalami penyakit insomnia, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan pesakitnya sukar tidur malam.   Justifikasinya, melalui gaya hidup sihat seperti bersenam dan berehat dengan secukupnya, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit.

                Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat tidak sekadar berhenti di situ.  Bagi memastikan tubuh badan kita sihat, kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.  Pendekatan ini adalah sangat penting bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang penyakit yang kita hadapi sama ada kita sedar ataupun tidak.  Langkah ini merupakan langkah awal yang sinonim dengan memoir peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.  Sebelum penyakit berbahaya bersarang dan bermaharajalela dalam tubuh badan kita, doktor dapat mencegah penyakit itu daripada terus membelenggu diri kita.   Sesungguhnya, bijak pandai ada mengungkapkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati Deduksinya, pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu menjamin kesihatan tubuh badan kita.


                Sebagai intihanya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka.  Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa kesihatan tidak dapat dibeli oleh emas dan permata.  Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar kemewahan dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira bagi menjamin kebahagiaan hidup kita di bumi yang fanaini.  Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih mengutamakan kesihatan diri sebelum penyakit datang menyinggah agar tidak menyesal pada hari kemudian.  Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru amalan gaya hidup sihat mahu dipraktikkan.  Harus kita sedar bahawa penjagaan kesihatan merupakan pelaburan yang menguntungkan bagi menjamin kehidupan hari esok yang lebih sejahtera.

KERANGKA KARANGAN RAMALAN PT3/SPM 2015

$
0
0
KERANGKA KARANGAN PT3 / SPM 2015

SOALAN 1
USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
PENDAHULUAN
-manusia kian mengabaikan kesihatan
-kesibukan menghambat mereka daripada menjalani gaya hidup yang sihat
-banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi
-harus memikirkan usaha untuk memupuk gaya hidup sihat
-mencegah lebih baik daripada mengubati

1. KERAJAAN - KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
-menjalankan kempen di seluruh negara
-meningkatkan kesedaran rakyat
-pelbagai acara sampingan seperti pameran dan pertunjukan
-mendedahkan rakyat kepada amalan gaya hidup sihat
-mendapat pencerahan bahawa kesihatan tidak dapat dijual beli

2. IBU BAPA - MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA ANAK-ANAK
-ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak
-membawa anak ke taman rekreasi dan pusat sukan
-berbasikal, berenang, berjoging, dan bersenamrobik dengan anak
-memupuk hubungan yang erat di samping memupuk gaya hidup sihat
-membentuk keluarga yang sihat dan berprinsipkan badan cergas otak cerdas

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN GAYA HIDUP SIHAT
-pihak swasta mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi
-patut menaja pelbagai program atau aktiviti bertemakan gaya hidup sihat
-melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
-menaja pembinaan gim, pusat sukan, dan aktiviti atau pertandingan sukan
-bekerjasama dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing
-membina negara yang sihat dan progresif
  
4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR KESIHATAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
-sekolah memainkan peranan untuk menyebarkan ilmu dan pengetahuan kepada murid
-menjemput pakar kesihatan untuk sesi bicarawara gaya hidup sihat
-bertukar-tukar pandangan dengan murid dan menimba pengetahuan tentang kepentingan gaya hidup sihat
-pakar kesihatan pasti dapat menjelaskan impak gaya hidup sihat kepada kesihatan manusia
-murid mendapat pencerahan sekali gus mempraktikkan gaya hidup sihat

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG GAYA HIDUP SIHAT
-media massa harus memainkan peranan sosial mereka dengan menyiarkan rancangan yang berbentuk gaya hidup sihat
-meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan baik ini
-menjauhi gejala negatif di samping beriadah dan bersukan
-mencambahkan minat penonton untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi menjauhi penyakit berbahaya

PENUTUP
-setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup sihat
-memajukan bangsa dan negara dengan badan yang sihat
-memiliki mentaliti yang sihat untuk berfikiran matang
-membina jati diri kukuh sebagai benteng pertahanan diri
-mula mengamalkan gaya hidup sihat demi masa depan diri dan keluarga

 SOALAN 2 
USAHA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
-berita pencemaran alam banyak disiarkan pada dada-dada akhbar
-mengusik jiwa dan menggores perasaan manusia yang cinta akan alam sekitar
-pencemaran sungai, udara, dan domestik
-semakin serius sehingga mampu mengancam kesihatan manusia
-mesti berusaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar

1. KERAJAAN - KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
-mengadakan kempen mengitar semula sampah
-mengurangkan pencemaran domestik
-bau busuk yang tidak selesa dapat dielakkan
-mengurangkan sampah dan sisa pepejal
-menyediakan tong kitar semula demi memulihara alam sekitar

2. IBU BAPA - MENGAJAR ANAK-ANAK CARA MENJAGA ALAM SEKITAR
-menunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana bapa borek anak rintik
-tidak membuang sampah sesuka hati waima membakar sampah sarap
-menguruskan sampah dengan konsep mesra alam
-anak-anak akan mencontohi sikap baik kita kepada alam
-berbudi kepada alam dan bumi harus bermula daripada diri sendiri

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
-pihak swasta harus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap alam
-menaja aktiviti yang bertemakan alam sekitar dan membantu kerajaan mempromosikan program pelestarian alam sekitar
-menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti seperti pameran dan pertunjukan
-memikul tanggungjawab kepada alam dengan baik demi keseimbangan alam
-alam kita tanggungjawab bersama

4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR DARIPADA JABATAN ALAM SEKITAR UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KEPENTINGAMEMULIHARA ALAM SEKITAR
-meningkatkan pengetahuan dan kesedaran diri murid
-mendapat pencerahan daripada ceramah yang disampaikan
-mempelajari cara memulihara alam dan usaha yang berterusan untuk melindungi alam
-melihat slaid dan gambar tentang kesan pencemaran alam
-menimbulkan keinsafan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG PENCEMARAN ALAM SEKITAR DEMI MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT
-surat khabar harus menyiarkan berita berkaitan dengan pencemaran dan impaknya
-menyebarluaskan berita tentang alam sekitar yang semakin tenat
-mendidik masyarakat untuk menanam pokok dan mengurangkan pembuangan sampah
-menjaga alam sekitar sekali gus mengurangkan pencemaran alam demi keseimbangan ekologi dan memulihara flora dan fauna

PENUTUP
-semua penduduk bumi harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar
-mengurangkan masalah yang menjurus kepada pencemaran alam
-mengurangkan pemanduan agar asap dapat dikurangkan
-menjimatkan penggunaan sumber alam
-alam kitar yang musnah memerlukan kerja pembaikan yang panjang
-usahlah kita menyesal nanti kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


 SOALAN 3 
USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN
-negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
-banyak pejuang negara terkorban kerana mereka berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
-kemerdekaan yang kita nikmati ialah perjuangan nenek moyang kita yang merenangi lautan kesusahan
-mesti menghargai kemerdekaan negara sekali gus memupuk semangat kemerdekaan yang tinggi
-berikut ialah usaha untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat

1. KERAJAAN – KEMPEN BULAN  KEMERDEKAAN 15 OGOS HINGGA 15 SEPTEMBER
-menjadikan acara ini sebagai aktiviti tetap yang penting
-melibatkan pihak sekolah, pejabat, dan pihak swasta
-mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik
-menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama

2. IBU BAPA - MEMBAWA ANAK-ANAK MENYAKSIKAN ACARA PERBARISAN
-mendedahkan anak kepada sambutan yang gilang-gemilang
-membawa anak ke Dataran merdeka pada awal pagi dengan semangat kemerdekaan yang tinggi
-melihat pasukan keselamatan negara berkawad kaki, pancaragam yang berwarna-warni dan persembahan anak-anak Malaysia yang bervariasi
-menarik hati dan jiwa anak untuk turut serta pada tahun seterusnya
-berjaya memupuk semangat kemerdekaan dalam diri anak sekali gus membentuk minda merdeka dan jiwa patriotik yang kental
  
3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN KEMERDEKAAN
-pihak swasta harus menyahut seruan jiwa merdeka seiring semangat perjuangan dalam memerdekakan ekonomi dan kestabilan sosial
-menyuntik kewangan yang kukuh dalam usaha menghidupkan semangat kemerdekaan
-menaja hadiah lumayan dalam pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti kuiz dan teka silang kata
-menarik minat mereka untuk mengetahui sejarah tanah air sekali gus menanam subur semangat kemerdekaan itu
-menjadi benteng kukuh untuk mempertahankan negara daripada anasir jahat

4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT TOKOH SEJARAH ATAU PEJUANG KEMERDEKAAN KE SEKOLAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN PADA ZAMAN PRAKEMERDEKAAN
-murid-murid akan menghayati sejarah negara dan menyuntik semangat kemerdekaan dengan acara yang menarik
-tokoh pejuang negara dan tokoh sejarah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada murid
-segala input dan pencerahan dapat menghidupkan obor kemerdekaan
-api juang merdeka akan terus bersemarak demi mendaulatkan tanah air kita

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG USAHA MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA DAN DETIK-DETIK KEMERDEKAAN DICAPAI
-banyak rancangan berbentuk kemerdekaan sesuai dipertontonkan kepada umum
-menaikkan semangat kemerdekaan mereka
-biarlah mereka menitiskan air mata kesedihan apabila menonton rancangan yang menyiarkan anak bangsa dipijak dan ditindas oleh penjajah durjana
-biarlah mereka menginsafi kepentingan memerdekakan negara dan mendaulatkan keamanan negara demi masa depan kita
-usaha ini pasti dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia

Penutup
-semangat kemerdekaan harus disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
-memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjamin
-dapat tinggal di negara yang damai dan makmur demi masa depan yang cerah
-bekerja keras untuk membangunkan negara berlandaskan semangat kemerdekaan
-walaupun luar negara baik, negara sendiri paling baik kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
-Malaysia Boleh!


SPM 2015 - RAMALAN TATABAHASA

$
0
0
BINA AYAT RAMALAN 1
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     melorek –melirik
(ii)    pelancong – pelangsing
(iii)   pembaikan – pemerolehan
[6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 2
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     eksekutif –eksklusif
(ii)    insentif – intensif
(iii)   kolaborasi –  kolaboratif
[6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 3
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     menjunjung duli –merafakkan sembah
(ii)    menjunjung perintah – mohon menghadap
(iii)   ampun tuanku –  daulat tuanku
[6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 4
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     agung – Agong
(ii)    kesah – kisah
(iii)   gores – garis
[6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 5
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     oleh
(ii)    diperoleh
(iii)   memperoleh
(iv)   perolehan
(v)     pemerolehan
(vi)   oleh-oleh
[6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 6
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     sumsum
(ii)    waswas
(iii)   urus setia
(iv)   keurusetiaan
(v)     tanggungjawab
(vi)   kebertanggungjawaban
 [6 markah]
BINA AYAT RAMALAN 7
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau menukar imbuhan dan tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)     merojak
(ii)    mereneh
(iii)   menjulang
(iv)   menjunjung
(v)     memangku
(vi)   mendukung
 [6 markah]

RAMALAN MOFORLOGI 1
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat tanya berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilah menepati maksud asal pada ayat.

(i)          Ali dan keluarganya tinggal di Slim River.
(ii)       Puan Chong mengajarkan subjek Sejarah dengan video dan multimedia lain.
(iii)     Che Ta suka menggunakan khidmat solek antarabangsa.
(iv) Lorong yang sepi itu berbahaya kerana menjadi tempat penagih dadah bersarang.
(v)       Lima orang guru cemerlang itu datang dari Pantai Timur.
(vi)     Kucing sedang berlindung di bawah kereta sewaktu hujan turun.
[6 markah]



RAMALAN MOFORLOGI 2
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti jenis kata adjektif yang dihuruftebalkan di bawah.

(i)           Dengan pensel, adik melukis gambar pemandangan yang amat indah itu.
(ii)        Cikgu Sellamari sedihkerana disindir oleh rakannya.
(iii)      Hebat sekali pembahas dari Johor itu.
(iv)      Tinggi bangunan itu.
(v)        Penyanyi itu terkenal dengan suara yang lantang.
(vi)      Warna pen itu biru.
[6 markah]



RAMALAN MOFORLOGI 3
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti jenis kata bilangan yang dihuruftebalkan di bawah.

(i)           Kelima-lima orang guru itu garang.
(ii)        Dua orang lelaki itu memasuki sekolah saya.
(iii)      Sesetengah wanita suka berbaju kebaya.
(iv)      Waktu rehat murid ialah satu jam setengah.
(v)        Saya anak keenamdaripada sepuluh orang adik-beradik.
(vi)      Setiap murid diwajibkan menghadiri kelas tambahan.
[6 markah]



RAMALAN MOFORLOGI 4
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat seruan berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilah menepati maksud asal pada ayat.

(i)          Dengan perasaan terkejut, ibu bertanya tentang kemunculan dua ekor tikus di dapur.
(ii)       Kakak meraungkesakitan kerana jarinya berdarah.
(iii)     Ibu Selmi menasihati anak-anak supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah.
(iv)     Ayah mengeluhsambil berkata bahawa anak-anak gadis zaman ini semakin liar.
(v)       Shasmita mengagumikeindahan pantai yang bersih itu.
(vi)     Dengan perasaan marah, Rianna menghalau pengemis itu keluar dari kedainya.
 [6 markah]



RAMALAN MOFORLOGI 5
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti jenis kata ganda yang dihuruftebalkan di bawah sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa, atau penggandaan berentak.

(i)           Meja-meja yang dibeli oleh ayah cantik warnanya.
(ii)        lelaki itu tidak suka makan makanan yang pedas.
(iii)      Ibu membeli sayur-mayur di pasar.
(iv)      Suku-sakat saya datang ke rumah pada Hari Raya Puasa.
(v)        Ibu sedu-sedanapabila mengenangkan nasib anak lelakinya di perantauan.
(vi)      Lima ekor kekura telah dilepaskan oleh ayah ke dalam sungai.
 [6 markah]

RAMALAN MOFORLOGI 6
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti jenis bentuk darjah perbandingan bagi kata penguat yang dihuruftebalkan di bawah sama ada darjah biasa, darjah perbandingan, atau darjah penghabisan.

(i)           Kehidupan keluarga itu mewah.
(ii)        Lelaki itu tidak setinggianak saya.
(iii)      Rumah Kak Pah lebih besardaripada rumah ibunya.
(iv)      Sepandai-pandai tupai lompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
(v)        Atlet terkenalitu mendapat insentif daripada kerajaan.
(vi)      Tuan Puteri Irdina yang tersangat cantik itu disukai oleh Putera Shahruk.
[6 markah]


BETULKAN KESALAHAN PERKATAAN
YANG MENERIMA IMBUHAN PINJAMAN DI BAWAH
NO
KESALAHAN
PEMBETULAN
1
hadhirat

2
dhobi

3
isharat

4
shaitan

5
skuash

6
hadith

7
maha rani

8
maha meru

9
mahamulia

10
maha agung

11
tata dunia

12
tata negara

13
pra syarat

14
pra-sejarah

15
pra-sarana

16
dwi-fungsi

17
tri-windu

18
panca sila

19
biduwaneta

20
jelitaman

21
cendikiawan

22
angkasa wati

23
biadap

24
sejarahwan

25
pro-pembangkang

26
poli-cakera

27
sub-sistem



BETULKAN KESALAHAN PERKATAAN
YANG MENERIMA KATA ASING DALAM FRASA DI BAWAH
NO
KESALAHAN
PEMBETULAN
1
nombor plate kereta

2
memasang aeriel radio

3
hidup secara automatic

4
memenuhi auditerium

5
totologi

6
lima puluh sent

7
sesak nafas akute

8
menyuntik vacksin

9
frekuansi yang tinggi

10
bersenam di bilik gym

11
menukar ream tayar

12
menaiki sebuah jeep

13
terlihat seekor cipanzi

14
lukisan geometry

15
molekul neuteron

16
fakulty bahasa

17
kajian geology

18
kilang tekstile

19
dialisies

20
carta pie

21
menyertai kongress

22
menghadapi stress

23
kajian lingustik

24
naib cansellor

25
musim monsum

26
baucer buku

27
menikmati buffet




SOALAN RAMALAN SPM 2015 - KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA

$
0
0
RAMALAN 1 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Rambutnya tegang kerana disapu oleh gel rambut yang baru dibelinya.
(ii) Kebanyakan masalah pencemaran disebabkan oleh pembuangan asap-asap oleh pengusaha-pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab.
(iii) Ibu bapa yang sibuk mengejar kewangan menjadi salah satu daripada punca remaja terlibat dalam masalah sosial.       
                                                                                     [6 markah]

SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)
(ii)
(iii)


RAMALAN 2 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.


(i) Lelaki itu meragui bahawa barang-barangnya telah hilang di dalam kecurian di rumahnya semalam.
(ii) Aminah tidak sepandai-pandai adiknya yang telah melanjutkan pengkajian ke universiti.
(iii) Walaupun sudah lama berdiam, namun kami amat letih lagi kerana perjalanan yang terlalu jauh sekali.
[6 markah]
SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)
(ii)
(iii)



RAMALAN 3 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Orang tua itu sedang hendak pergi bandar apabila dia dihadiri seorang pegawai kerajaan.
(ii) Wanita yang bertudung itu kelihatan sopan santun dan bijak menitahkan hujahnya atas pentas.
(iii) Amalan merokok menjahanamkan kesihatan kerana tiap-tiap hembusan itu mengandungi bahan-bahan kimia.
[6 markah]
SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)

(ii)

(iii)


RAMALAN 4 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i)Sambutan daripada penuntun terhadap siaran kami amat memberangsangkan sebab mereka sentiasa memberikan sokongan dan cadangan. 
(ii) Kebanyakan sayur-sayuran di kebun kepunyaan Pak Wan akan dipancang kerana beliau bercadang untuk menjualnya pada minggu depan.
(iii) Syarikat insurans itu mentafsirkan kerugian sebanyak tiga ratus ribu ringgit sebagai akibat kebakaran di Kilang Johan Roti yang berlaku pada minggu lepas.
                                                                                              [6 markah]
SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)
(ii)
(iii)


RAMALAN 5 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i)Masih ramai peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan akhir pesta pantun itu belum menyenaraikan diri mereka. 
(ii) Murid-murid yang memohon masuk sekolah berasrama akan mengetahui status kemasukan permohonan mereka pada bulan Februari. 
(iii) Berbagai jenis sayuran yang dijual oleh Mak Cik Salmah di gerai itu habis dibeli oleh pemborong tersebut.   
                                                                                              [6 markah]
SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)

(ii)

(iii)


RAMALAN 6 (KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i)Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana gulungan, terutamanya rakyat yang kurang berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
(ii) Ladang milik Pak Deraman sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis buah-buahan.
(iii) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di Sungai Serdang.                 
                                                                                              [6 markah ]
SOALAN
KESALAHAN ISTILAH
KESALAHAN BAHASA
(i)

(ii)

(iii)


ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN BM SPM & RAMALAN SOALAN KARANGAN SPM

$
0
0
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 1 (DIMENSI DIRI)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 1
1
MRSM
Kesan tabiat mementingkan jenama produk kepada remaja
2
SBP
Kemahiran oleh remaja hadapi cabaran globalisasi
3
Kedah
Implikasi  penggunaan  telefon bimbit kepada pelajar
4
Perlis
Cara remaja memanfaatkan laman sosial.
5
Perak
Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan.
6
Pulau Pinang
Usaha menghargai jasa guru.
7
Melaka
Ciri sahabat yang baik dapat membantu anda menjadi pelajar cemerlang.
8
Negeri Sembilan
Laporan program Gotong-royong Perdana.
9
Johor
Usaha anda tangani tekanan atau stres.
10
Kelantan
Remaja bersahsiah mulia.
11
Terengganu
Laporan kejadian dan aktiviti misi bantuan bencana banjir.
12
Pahang
Cadangan cara menjaga kebersihan diri
13
YIK
Peranan Ketua Pengawas menangani masalah disiplin pelajar.
14.
Sabah
Persediaan anda menghadapi peperiksaan awam.
15
Sarawak
Kemahiran remaja hadapi cabaran era globalisasi.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]

(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 2 (KELUARGA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 2
1
MRSM
Tanggungjawab ahli keluarga menangani demam denggi
2
SBP
Peranan ibu bapa – gaya hidup sihat
3
Kedah
Peranan keluarga atas masalah penderaan kanak-kanak.
4
Perlis
Peranan ibu bapa lahirkan anak-anak yang mengenang budi.
5
Perak
Peranan ibu bapa pupuk sikap cintai alam sekitar.
6
Pulau Pinang
Peranan ibu bapa pupuk semangat patriotik
7
Melaka
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak membantu meringankan bebanan kewangan keluarga.
8
Negeri Sembilan
Peranan pelbagai pihak menangani gejala sosial.
9
Johor
Pidato – langkah membentuk keluarga bahagia.
10
Kelantan
Amalan membaca.
11
Terengganu
Kos sara hidup memerlukan pengurusan kewangan yang bijak setiap ahli keluarga.
12
Pahang
Rencana jiran sepakat membawa berkat.
13
YIK
Peranan ibu bapa pupuk anak-anak minat membaca.
14.
Sabah
Rencana peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
15
Sarawak
Peranan ibu bapa galakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti sukan.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
(KBAT)
Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.
[100 markah]

(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]



ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 3 (NEGARA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 3
1
MRSM
Punca-punca dan usaha menangani penyebaran berita melalui laman sembang
2
SBP
Implikasi TMK
3
Kedah
Langkah memupuk semangat kejiranan.
4
Perlis
Usaha masyarakat tangani demam denggi.
5
Perak
Langkah memupuk  semangat  patriotik.
6
Pulau Pinang
Langkah menyuburkan semangat kejiranan.
7
Melaka
Kepentingan majlis ilmu menjayakan Wawasan 2020.
8
Negeri Sembilan
Kepentingan perpaduan kepada negara kita.
9
Johor
Amalan permuafakatan penting menjamin keharmonian hidup.
10
Kelantan
Menjaga sumber air bersih.
11
Terengganu
Usaha pelbagai pihak mewujud dan mengekalkan perpaduan di negara ini.
12
Pahang
Sistem pengangkutan awam.
13
YIK
Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
14.
Sabah
Kesan kenaikan harga bahan mentah kepada rakyat dan langkah pelbagai pihak mengurangkan kesan itu.
15
Sarawak
Kebaikan Pusat Transformasi Bandar (UTC)

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]

(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]


ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 4
1
MRSM
Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
2
SBP
Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
3
Kedah
Kesan negatif pemerdagangan manusia
4
Perlis
Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara.
5
Perak
Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
6
Pulau Pinang
Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan.
7
Melaka
Masalah pendatang asing.
8
Negeri Sembilan
Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB.
9
Johor
Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
10
Kelantan
Tenaga kerja berkemahiran
11
Terengganu
Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain.
12
Pahang
Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
13
YIK
Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
14.
Sabah
Faktor dan usaha - Jenayah siber
15
Sarawak
Langkah bantu negara yang alami bencana alam.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]

(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]


ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 5
1
MRSM
Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2
SBP
Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama
3
Kedah
Cerita – Berakit-rakit ke hulu...
4
Perlis
Kepentingan mempertahankan adat warisan.
5
Perak
Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif.
6
Pulau Pinang
Faedah membaca kepada masyarakat.
7
Melaka
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya.
8
Negeri Sembilan
Cara belajar yang berkesan.
9
Johor
Langkah  menghargai sasterawan.
10
Kelantan
Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
11
Terengganu
Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api...
12
Pahang
Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah.
13
YIK
Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
14.
Sabah
Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh...
15
Sarawak
Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]

(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[100 markah]


ANALISIS RUMUSAN PERCUBAAN BM SPM 2015 SE-MALAYSIA

$
0
0

NEGERI
SOALAN 1
(Rumusan)

PERLIS
Langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha /cara / kaedah / strategi / tindakan mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak di negara ini/di Malaysia.


ISI TERSIRAT

1. Pembesaran anak-anak sempurna dari aspek fizikal
2. Membentuk vitamin yang cukup kepada badan
3. Mampu mengawal kadar obesiti/kegemukan
4. Perkembangan mental anak-anak tidak terganggu
5. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak / ibu bapa haruslah berusaha mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kalangan anak supaya melahirkan generasi yang sihat dan sejahtera.



KEDAH
Kepentingan pokok dalam kehidupan manusia dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menanam pokok.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok
dalam kehidupan manusia di muka bumi ini / di dunia ini / di Malaysia / di negara ini.    
ISI TERSIRAT
1.          Memberikan informasi / mengadakan ceramah / kempen “Hijaukan Bumi Kita”
2.          Mengadakan pertandingan landskap indah (peringkat komuniti)
3.          Mewajibkan pemaju perumahan menanam pokok
4.          Mendenda pihak yang menebang pokok secara
     sewenang-wenangnya Menyemai perasaan cinta akan suasana hijau dalam diri generasi muda
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam kehidupan manusia agar / supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan.    




PULAU PINANG
soalan: Kelebihan permainan
tradisional dan kekangan yang dihadapi dalam usaha mempopularkannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kebaikan / faedah / manfaat/ fungsi / peranan permainan tradisional di Malaysia / di negara ini / di negara kita.
ISI TERSIRAT
1.       Tiada tenaga pakar atau orang yang mewarisi kemahiran permainan tertentu.
2.       Masyarakat yang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.
3.       Ahli masyarakat tiada masa bersama/ kurang komunikasi antara satu sama lain.
4.       Saingan daripada permainan moden/elektronik /digital dan lain-lain.
5.       Sikap remaja yang kurang berminat dengan perkara/benda yang tradisi.
6.       Tiada pihak yang tampil untuk mencari alternatif memperkembangkannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mempopularkan semula permainan tradisional agar warisan dan budaya bangsa dapat dikekalkan.




PERAK [SMK SUNGAI MANIK]
Langkah-langkah kerajaan meringankan  beban rakyat dalam  menghadapi  kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ pendekatan/ formula kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang semakin serius.
ISI TERSIRAT
1. peluang pekerjaan sentiasa wujud
2. kualiti kehidupan dapat dipertingkatkan
3.gejala pengangguran dalam dikurangkan
4.jenayah dan gejala sosial dapat diatasi segera
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara agar kehidupan rakyat tidak dihimpit kemiskinan dan kesusahan yang berpanjangan.

SELANGOR [SMK SHAHBANDARAYA]
Kaedah-kaedah membendung kenaikan harga barang dan punca-punca kenaikan harga barang.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan langkah-langkah / cara-cara/ prakarsa / strategi / tindakan /usaha membendung kenaikan harga barang dalam masyarakat di Malaysia.
ISI TERSIRAT

1. Orang tengah mengambil kesempatan untuk mengaut untung berlebihan.
2. Berlaku ketidakseimbangan bekalan dan permintaan dalam pasaran.
3. Peniaga menyorok/sembunyikan barangan untuk menaikkan harga
4. Penguatkuasaan lemah bahkan ada masa tidak berkesan sama sekali.
5. Masalah rasuah antara peniaga dengan pihak kerajaan.
6. Sikap degil peniaga tidak mematuhi syarat kerajaan atau kempen kerajaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengguna haruslah membantu pihak berkuasa membanteras kenaikan harga barang agar mereka tidak menjadi mangsa peniaga yang tamak.


MELAKA
Langkah-langkah penjimatan minyak dalam pemanduan dan kesan-kesannya kepada masyarakat.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah penjimatan minyak dalam pemanduan di jalan raya oleh pengguna.

ISI TERSIRAT
1. mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. menjimatkan perbelanjaan harian dari segi pengisian petrol
3.kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan
4. kemalangan jalan raya dapat dikurangkan
5. konsep mesra alam dapat dipraktikkan dalam kalangan pengguna kenderaan



KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pengguna kenderaan mestilah menjimatkan penggunaan petrol demi kesejahteraan bumi dan kesihatan manusia.

NEGERI SEMBILAN
Usaha-usaha menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti dan kekangannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat di Malaysia.

ISI TERSIRAT
1. rakyat Malaysia tidak berani mencuba sesuatu yang baharu dan segar
2. rakyat Malaysia malas membuat kajian dan penyelidikan melalui pembacaan bahan media cetak
3. institusi kemahiran yang menawarkan kursus inovasi masih baharu dan belum berkembang
4. pereka cipta dan inovasi gagal bersaing kerana kekurangan ilmu dan pengetahuan
5. pertandingan yang bertemakan inovasi dan kreativiti kurang mendapat sambutan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah berfikiran kreatif dan inovatif agar dapat bersaing secara sihat.

JOHOR (MUAR)
Punca-punca berlakunya obesiti dan tindakan ibu bapa untuk mengatasinya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.                                                                                                                                         
ISI TERSIRAT
1 menggalakkan anak-anak bersenam/ memperbanyak aktiviti fizikal
2 Bawa anak-anak menjalani pemeriksaan doktor                                      
3 Ibu bapa tidak terlalu kerap (penting) membawa anak-anak makan di luar padawaktu malam.                                                                                                                   
4 Pengetahuan tentang kepentingan piramid makanan dimiliki oleh ibu bapa
5 Ibu bapa mengawal corak pemakanan anak-anak                          
6 Ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah

KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menangani masalah obesiti dalam kalangan anak-anak mereka supaya dapat memastikan kanak-kanak di negara ini kekal cergas dan sihat.


KELANTAN
Kepentingan menguasai pelbagai bahasa dan langkah-langkah untuk menggalakkannya.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kelebihan / kebaikan / kemaslahatan menguasai pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat di Malaysia.

ISI TERSIRAT
1. menubuhkan kelas pelbagai bahasa untuk dipelajari oleh umum
2. menayangkan rancangan berbentuk pelajaran bahasa asing
3. buku dan kemudahan mempelajari pelbagai bahasa haruslah dijual di negara kita
4. ibu bapa harus menggalakkan anak mereka mempelajari pelbagai bahasa dengan menyertai pameran dan ceramah bahasa

KESIMPULAN
Kesimpulannya, anak-anak zaman moden ini haruslah menguasai pelbagai bahasa agar dapat bersaing secara sihat di pentas antarabangsa.
TERENGGANU
Punca-punca berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya longgokan sampah di kawasan perumahan di negara kita.

ISI TERSIRAT
1. longgokan sampah menjadi vektor penyakit seperti malaria dan denggi
2. longgokan sampah menjejaskan pemandangan sekali gus menjejaskan industri pelancongan
3. longgokan sampah menyebabkan bau yang tidak selesa sehingga memualkan penduduk sekitar
4. longgokan sampah juga mengakibatkan kawasan sekitar tidak selesa untuk dijadikan kawasan petempatan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua penduduk Malaysia haruslah bijak menguruskan sampah sarap agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin.
PAHANG
Langkah-langkah untuk mengelakkan tragedi anak lemas dan kesan-kesannya.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah / cara-cara untuk mengelakkan tragedi anak lemas ketika bermain di kawasan sungai dan air terjun
ISI TERSIRAT
1. keselamatan anak terjamin daripada bahaya
2. ibu bapa tidak bimbang akan keselamatan anak
3. anak dapat bergembira dan bermandi-manda dengan hati yang tenang
4. modal insan negara tidak mati secara sia-sia
5. anak-anak akan lebih berhati-hati dalam segala aktiviti yang dijalankan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka dapat menjaga keselamatan diri ketika berkelah agar dapat mengurangkan risiko kemalangan waima lemas.
SARAWAK
Kepentingan pendidikan kepada pembangunan dan cara menggalakkan remaja berminat untuk melanjutkan pelajaran.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan / faedah/kebaikan/manfaat pendidikan kepada pembangunan negara/ di Malaysia.


ISI TERSIRAT
1.kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman/biasiswa.
2. memperuntukkan lebih banyak institusi yang diiktiraf kerajaan.
3. kurangkan jumlah yang perlu diambil untuk setiap semester kepada pelajar yang lemah/sederhana.
4. sediakan ruangan pertanyaan yang lebih banyak untuk pelajar mendapatkan maklumat potensi melanjutkan pelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan yang lebih mantap perlulah diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar negara membangun dengan pesat


SBP
Punca-punca jenayah pemerdagangan manusia dan kesan-kesan daripada permasalahan ini.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab/ yang mendorong jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia/di negara ini.

ISI TERSIRAT
1. mencemarkan imej negara di mata dunia
2. mengancam keselamatan dan keamanan negara
3. menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
4. peningkatan masalah sosial seperti penularan penyakit berjangkit dan sebagainya

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah pemerdagangan manusia agar masyarakat dunia/global/sejagat dapat hidup sejahtera/harmonis
MRSM
Usaha-usaha memerangi kejadian jenayah dan kekang-kekangan untuk memeranginya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan cara-cara / kaedah / langkah-langkah / pendekatan memerangi jenayah dalam kalangan rakyat di negara kita.

ISI TERSIRAT
1 rasuah yang semakin menular seakan-akan menambah kegiatan jenayah di negara kita
2 kelonggaran undang-undang juga menyebabkan jenayah meningkat
3. kurangnya didikan agama dan moral juga menyebabkan jenayah meningkat
4. ajaran ibu bapa semakin dilupakan oleh anak-anak sehingga terjerumus dalam jenayah
5. pengaruh rakan sebaya dan media massa

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama membanteras jenayah di negara kita agar keselamatan rakyat lebih terjamin.
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Cara-cara penyediaan makanan yang selamat dan masalah-masalah yang dihadapinya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah penyediaan makanan yang selamat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
ISI TERSIRAT
1. sumber makanan yang tidak segar dan disimpan di dalam peti sejuk
2. pengaruh makanan segera turut menyebabkan penyediaan makanan terjejas
3. ibu bapa tiada masa terluang untuk menyediakan makanan kerana sibuk bekerja
4. masyarakat kurang berpengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang selamat.
5. masyarakat masih suka menggunakan makanan di dalam tin dan daging sejuk beku
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa harus menyediakan makanan yang sihat untuk anak agar dapat menjamin kesihatan dan tumbesaran anak-anak mereka.

LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015 - Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat

$
0
0
Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat-ayat di bawah.
  1.  Kefisienan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa internasional perlu diberi pujian.
  2. Sultan Selangor yang berjiwa rakyat itu telah mencemarkan duli dengan mengagihkan bantuan ehsan kepada rakyat termiskin di negeri taklukan baginda.
  3. Saya terperanjat bila mana ayah masuk ke bilik saya tanpa berketuk pintu.
  4. Struktur pengbilan baharu akan diperkenalkan oleh Jabatan Kastam dan Eksaes Malaysia mulai 1 April 2015.
  5. Sempena dengan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, istiadat penganugerahan pingat jasa akan diadakan di Istana Negara.
  6. Kawasan rezab di daerah terpencil itu dikhaskan untuk bertujuan projek pendidikan pada masa akan datang.
  7. Pelajar beragamakan Islam yang membukankan ajaran Nabi Muhamad itu ditegur oleh guru agama.
  8. Pekerja di hospital itu meng-Xray pesakit itu untuk mengetahui punca pesakitnya.
  9. Janganlah kita terasa was-was akan kebenaran kata guru yang berpengalaman itu.
  10. Kedatangan lelaki itu kadang kala menyebabkan ibu berasa tidak selesa kerana dia rokok di ruang tamu rumah kami.
  11. Calet yang dibuat daripada kayu itu ialah tempat penginapan pencuti di kawasan pantai.
  12. Ibu mendandan dan mengerintingkan rambutnya supaya nampak lebih cantik dan anggun.
  13. Pada Hari Raya Haji, kami sekeluarga mengunjungi rumah sanak-saudara yang berletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
  14. Pihak komunis yang menyebarkan dakyah di kawasan kampung itu telah tertangkap oleh penduduk yang pandai bersilat.
  15. Para penonton tidak sedar bahawa keurussetiaan dan kerja-kerja belakang takbir memainkan berperanan penting demi kelancaran sesuatu program televisyen.
  16. Kamus dwi-bahasa itu dibelikan oleh ayah untuk adik yang akan belajar di sekolah menengah.

Ingin mendapatkan jawapannya? Hantarlah e-mel kepada saya cikgutancl@hotmail.com dan beritahu saya (LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015)

Selamat Berjaya!

LATIH TUBI SPM - KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT

$
0
0
Baca ayat di bawah dengan teliti, betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan. Senaraikan kesalahan tersebut dan berikan jawapan yang paling tepat.
  1. Kakak menerima sehelai surat daripada sahabatnya.
  2. Hamizan melilit tali kepada gasingnya sebelum melontar gasing itu ke tanah.
  3. Kejayaan Nicole di dalam kejohanan Skuasy Dunia baru-baru ini akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya.
  4. Kejayaan Azali Azlan memperolehi 21A dalam SPM baru-baru ini disambut dengan perasaan gembira oleh keluarganya.
  5. Sumbangan para-para karyawan amat besar dalam memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.
  6. Kakak memandu kereta dia dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang berliku-liku itu.
  7. Mak Cik Leha meminta anak-anaknya memperbesarkan rumah pusaka itu.
  8. Para pemain bola sepak itu kebanyakannya berasal daripada kawasan pedalaman.
  9. Kami berasa kekok ketika menghadiri ke majlis perkahwinan anak majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan itu.
  10. Encik Musa dan isterinya masih berada di hospital kerana bedah siasat kepada jenazah anaknya masih belum selesai.
  11. Kami sekelas terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya.
  12. Cikgu Hayati sedang menyemak buku latihan mata pelajaran bahasa Malaysia pelajar-pelajarnya.
  13. Buku kerja itu tidak sahaja sesuai kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tetapi juga kepada guru-guru.
  14. Abang ke Putrajaya untuk menghadiri temu duga bagi untuk mendapatkan biasiswa pelajaran.
  15. Gambar berukuran pasport mesti dilekatkan oleh anda pada borang permohonan ini.
  16. Sejak kejadian semalam, Anita menyedari akan dia telah banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
  17. Di dalam diam-diam, Azlan dan Nana telah melangsungkan perkahwinan mereka.
  18. Ayah dan ibu sedang sibuk menyapu sampah di luar rumah, tetapi abang hanya duduk bermain mainan komputer.
  19. Kakak memerah kain yang dibilasnya itu setelah menyidai kain tersebut di ampaian.
  20. Pak Cik Uda turun angin apabila melihat pagar kebunnya roboh dirempuh oleh kerbau Pak Mail.
  21. Masalah yang berbangkit itu akhirnya selesai setelah pengarah memberikan penjelasan yang panjang luas.
  22. Jika dipandang seimbas pergi, pemuda itu mirip abang Atira.
  23. Mereka kelihatan tercungap-cungap ketika menaiki ke tangga Batu Caves itu.
  24. Masalah merokok di dalam kalangan pelajar perlu ditangani dengan segera.
  25. Apakah kamu pasti bahawa Farid telah mengambil buku saya itu?” tanya Aleeya kepada rakannya.
  26. Dayang-dayang itu sedang memetik bunga di taman rumah.
  27. Penulis esei yang baik biasanya akan memetik satu atau dua kata-kata hikmat untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
  28. Penyanyi ghazal itu sedang belajar memetik jari untuk persembahan telah datang.
  29. Warna rambut Azli kelihatan perang-perang setelah di mewarnakannya di salun.
  30. Walaupun perang Iran dengan tentera bersekutu telah tamat,tetapi rakyat negara itu masih menderita.



LATIH TUBI BAHASA - MENCARI DAN MEMBAIKI KESALAHAN BAHASA DALAM KARANGAN

$
0
0
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesilapan bahasa yang terkandung dalam karangan di bawah:

Model karangan 1

Rakan anda di negara jiran ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda negara anda beberapa bulan yang lalu.

Balas surat rakan anda dari luar negara itu.

No.116, Jalan Serindit
Kampung Bukit Pegoh,
25460 Terengganu,
Malaysia.
22 Februari 2010

        Menemui sahabatku, Dayang Suhana Hamid di Brunei Darul Salam. Semoga saudari sihat dan ceria disamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Saya di Malaysia sihat.

Saudari,
        Maafkan saya kerana terlewat membalas surat dari saudari. Sebenarnya, surat saudari tiba ketika saya sedang menghadapi peperiksaan. Selepas itu, saya sibuk pula dengan sambutan Jubli Perak Pasukan Pandu Puteri sekolah. Saya berharap agar supaya saudari memahami keadaan saya.

        Dalam surat saudari tempoh hari, saudari ada bertanya kepada saya akan masalah pencemaran udara yang berlaku di sini. Memang benar, saudari. Beberapa bulan dulu, Malaysia mengalami pencemaran udara yang agak teruk. Keadaan ini dikenalpasti sebagai “jerebu”. Punca utama berlakunya jerebu ini adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

        Kebakaran secara besar-besaran untuk tujuan pertanian ini menyebabkan habuk yang terhasil dibawa angin hingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai akibatnya, kawasan tersebut mengalami masalah jerebu yang teruk. Demi untuk keselamatan rakyat, beberapa buah kawasan akhirnya diisytiharkan sebagai kawasan darurat jerebu setelah ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai status berbahaya. Mujurlah udara yang berjerebu itu tidak merebak hingga ke Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Saudari,
        Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Indonesia. Anggota bomba dan penyelamat daripada Malaysia telah dihantar ke Indonesia untuk membantu pihak di Indonesia memadamkan kebakaran hutan tersebut sebelum menular. Mujurlah masalah jerebu ini melanda selama seminggu sahaja.

        Walaupun saya di Terengganu tidak terjejas oleh jerebu, namun apabila masalah jerebu selesai, saya turut berasa lega. Manakan tidak, abang, kakak, dan beberapa orang sanak-saudara serta rakan saya tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Melalui perbualan dengan mereka melalui telefon, saya mendapat tahu bahawa keadaan jerebu tersebut amat melemaskan mereka. Udara yang disedut tercemar lalu banyak aktiviti-aktiviti luar terpaksa dilupakan buat sementara. Malah, ada antara mereka yang mengalami pedih mata, gatal-gatal kulit, sakit tekak, dan batuk-batuk.

        Saya berharap agar saudari berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan. Akhir kata, sambutlah salam ceria dari saya. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aina Sabrina


SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI DIRI)

$
0
0
SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Jalan raya – dibina oleh kerajaan – bertujuan memudahkan perjalanan dan kemudahan pengangkutan bergerak – kemalangan semakin meningkat – saya harus memainkan peranan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya
ISI PENTING
1. Saya tidak akan menyalahgunakan lesen kenderaan yang saya miliki – menggunakan lesen tersebut untuk tujuan kemudahan bergerak – tidak menyalahgunakan lesen memandu untuk berlumba haram – kemalangan dapat dikurangkan

2. Saya perlu bertimbang rasa – menghormati pengguna jalan raya yang lain – memberikan laluan kepada pejalan kaki – menunggu dengan kesabaran – sikap sabar itu separuh daripada iman – mengurangkan kemalangan jiwa

3. Saya mesti mematuhi peraturan lalu lintas – mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan – tidak memandu melebihi had laju – sikap ini membahayakan diri dan nyawa orang lain – biar lambat asalkan selamat – sentiasa mengingati pesanan ibu bapa

4. Saya mesti berbudi bahasa di jalan raya – bersikap tolak ansur terhadap pengguna jalan raya yang lain – tidak menunjukkan sikap biadab seperti mencabar pemandu lain untuk bersaing dan berlagak ngeri – menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh Tuhan

5. Saya wajib memandu dengan berhemat dan berhemah – merancang perjalanan yang jauh – rehat apabila berasa letih – tidak memaksa diri memandu dalam keadaan penat – menggelakkan kemalangan jalan raya – pandu cermat jiwa selamat
PENUTUP
Setiap pengguna jalan raya termasuk saya – berusaha untuk mengurangkan risiko kemalangan – tidak lagi melabelkan jalan raya sebagai mulut harimau yang berbahaya – menjamin keselamatan diri dan orang lain di jalan raya – rakyat Malaysia boleh!
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Telefon bimbit – ciptaan teknologi yang paling popular selepas Internet – hampir semua manusia di dunia ini memerlukannya – telefon bimbit banyak manfaatnya – remaja boleh memanfaatkannya dengan tujuan yang baik
ISI PENTING
1. remaja bolehlah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan telekomunikasi – perhubungan antara manusia menjadi erat bagai isi dengan kuku – bertukar cerita dan pandangan melalui perbualan – menjalin ukhuwah dengan cara yang betul melalui teknologi telefon

2. remaja dapat menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran – memuat turun aplikasi yang berguna dalam sistem android – aplikasi Kamus, kalkulator, perisian nota sejarah dan geografi – memudahkan pencarian maklumat – masa itu emas – menjimatkan masa

3. remaja dapat menyimpan data waima maklumat – bergantung pada kapasiti memori telefon – nota dalam bentuk PDF, JPEG, dan multimedia lain – memudahkan kerja ulang kaji – maklumat di hujung jari – dapat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

4. remaja dapat membina laman web atau laman blog sendiri – meluahkan perasaan dan idea dalam bentuk media – membina laman blog kehidupan, pelajaran waima hiburan – mengisi masa lapang dengan bijak – tidak mensia-siakan kemahiran yang diperoleh

5. remaja juga dapat membina jaringan sosial yang sihat – bertukar-tukar idea dan pendapat tentang ilmu dan pengetahuan – membina kumpulan belajar secara maya – menggunakan kemudahan aplikasi Telegram – memudahkan perhubungan dan penyebaran maklumat
PENUTUP
Remaja – bijak memanfaatkan ciptaan teknologi – tidak menyalahgunakan telefon bimbit – menghargai dan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan baik – memudahkan kehidupan moden
(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Remaja – golongan yang menghadapi perubahan fizikal dan mental – menjaga kesihatan sejak kecil – gaya hidup yang sihat – mencapai tahap kesihatan yang optimum – memastikan hidup lebih berkualiti – pelbagai cara dapat saya amalkan – menjadi remaja yang sihat 
ISI PENTING
1. makan makanan yang seimbang – menjauhi makanan segera – mengelakkan diri daripada mengunjungi restoran yang menjual makanan segera – mematuhi piramid makanan – mendapat semua zat dan nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa depan

2. remaja harus bersenam dan bersukan – tidak menjadikan sibuk sebagai alasan tidak bersenam – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu – membina stamina yang tinggi – membuang sisa-sisa toksik – berasa lebih cergas – badan cergas otak cerdas – amalan gaya hidup sihat

3. remaja perlulah merancang jadual kehidupan – berehat jika penat dan letih – tidak memaksa diri bekerja lebih daripada kemampuan – rehat dapat membaiki tisu badan yang rosak – menjamin kesihatan diri – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – kesedaran

4. remaja seperti saya harus menjauhi gejala sosial – mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat – menjauhi tabiat merokok, kancah dadah, dan gengsterisme – memastikan diri berfikiran matang dan memiliki jati diri mulia – diterima kawan dan disanjung oleh lawan

5. remaja harus mendapatkan rawatan jika tidak sihat – membuat pemeriksaan kesihatan – mendengar nasihat pakar kesihatan – makan ubat mengikut sukatan dan jadual – membasmi bakteria dalam badan – otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas
PENUTUP
remaja – menjaga kesihatan diri – menghargai nyawa – tidak menyesal setelah mendapat strok – kadar strok dalam kalangan orang muda semakin meningkat – penyakit tidak akan menyerang manusia yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat – demi masa depan yang gemilang

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI KELUARGA)

$
0
0
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Jiran – penduduk yang tinggal berdekatan – orang pertama yang dapat membantu kita – semangat kejiranan semakin dipandang sepi – dikatakan kurang penting kerana masing-masing bersikap kera sumbang – keluarga memainkan peranan dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh
ISI PENTING
1. Ibu – menjadi suri teladan kepada anak – bertegur sapa dengan jiran tetangga – berkenalan secara harmoni tanpa melihat warna kulit waima agama – anak akan mengikut sikap ibu bapa – berkenalan dan beramah mesra dengan jiran – tak kenal maka tak cinta

2. Bapa – menghulurkan bantuan kepada jiran – membantu orang yang berada dalam kesusahan – meringankan jiran – menghantar jiran yang sakit ke hospital – menunjukkan keprihatinan – hari ini hari orang, esok mungkin hari kita – dibantu jiran pula – bersyukur

3. anak – menghormati jiran – bersalam dengan jiran – mengucapkan selamat pagi – berkawan dengan anak jiran – pergi ke sekolah bersama-sama – belajar dalam kumpulan di rumah – sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – membentuk semangat kejiranan sejak kecil

4. keluarga – mengajak jiran menyertai kegiatan kemasyarakatan – bersukan, gotong-royong, dan aktiviti riadah yang lain – menjalin kemesraan dan membentuk gaya hidup yang sihat – menjamin kerukunan jiran tetangga – jiran bermuafakat membawa berkat

5. sebagai serumpun kejiranan – saling membantu dalam kalangan jiran – menjayakan majlis, kenduri, dan sambutan yang dianjurkan – berkongsi kos untuk menjayakan sambutan perayaan – mengadakan rumah terbuka – hubungan pasti menjadi erat bagai isi dengan kuku
PENUTUP
Jiran – menghubung utama kita jika tiada di rumah – memerlukan jiran yang bersepakat – muafakat itu berkat – memastikan hubungan kejiranan kekal kukuh dan kuat – membina perpaduan nasional melalui semangat kejiranan – hidup berpecah jika tidak bersatu hati – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
(KBAT)
Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Ekonomi – semakin gawat – harga barangan dalam pasaran semakin tinggi – perbelanjaan dalam keluarga turut meningkat – ibu bapa harus memainkan peranan mereka dari segi ekonomi – mengawal perbelanjaan keluarga
ISI PENTING
1. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak – merancang perbelanjaan keluarga – menulis senarai barangan keperluan – membeli di pasar raya setelah membuat perbandingan harga – tidak membazirkan wang – mengawal perbelanjaan keluarga bersama anak

2. ibu bapa perlu mendidik anak supaya berjimat cermat – bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan – tidak membeli barangan yang berjenama – mengutamakan barangan buatan tempatan – mengawal perbelanjaan – lebih murah dan berkualiti – patriotik

3. ibu bapa perlu menyediakan makanan di rumah – mengurangkan perbelanjaan makan di luar yang mahal – dimasak oleh ibu dengan kasih sayang – anak-anak mendapat menikmati makanan yang sihat – menjalin hubungan kekeluargaan yang erat dan kukuh

4. ibu bapa bolehlah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri – mengajak anak-anak mengerjakan kebun – berbudi kepada tanah – mendapat hasil tanaman – berasa puas hati dan bersyukur – tidak perlu membeli sayur – boleh dijual untuk menambah pendapatan di samping menjimatkan perbelanjaan keluarga

5. ibu bapa haruslah mendidik anak mengawal perbelanjaan melalui didikan agama – Nabi Muhammed SAW seorang yang berhati-hati dalam perkara yang dilakukan – sikap hati-hati dan bersabar harus diamalkan demi mengurangkan nafsu untuk memiliki barangan yang mahal – berbelanja dengan berlandaskan keperluan, bukan kemahuan
PENUTUP
Ibu bapa – nakhoda utama dalam keluarga – mesti berbelanja dengan bijaksana – mengawal perbelanjaan keluarga demi mengekalkan iklim ekonomi yang sihat – memastikan keluarga bebas daripada masalah kewangan – ekonomi keluarga menjadi lebih kukuh demi masa depan
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Kata alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru, rakan seperjuangan, dan penonton di dewan – mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk menyampaikan pidato – menyampaikan pidato yang bertajuk “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”
ISI PENTING
1. Keluarga – unit kecil yang membentuk masyarakat – semua manusia berharap dapat membentuk kebahagiaan selepas berkahwin dan berkeluarga – menjamin kerukunan – semangat kerukunan tersebut dapat diamalkan dalam negara – sentiasa mengekalkan kerukunan negara demi memastikan kemajuan negara – bebas daripada gejala negatif
2. Keluarga – kekal bahagia sampai bila-bila – anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa – tidak akan menghampakan harapan ibu bapa – belajar dengan bersungguh-sungguh – mencapai kejayaan diri, keluarga, dan negara – berjasa kepada negara – memodenkan dan memajukan negara dengan acuan tersendiri – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain
3. Setiap anggota keluarga – bersikap toleransi dan hormat-menghormati – yang tua menghormati yang muda dan sebaliknya – penghormatan itu dikekalkan apabila anak menghadap pasaran kerja – menghormati pemimpin – bekerjasama dengan pemimpin negara – menyokong dasar pembangunan kerajaan – memajukan bangsa dan negara demi berdiri di pentas kejayaan
4. ibu bapa dan anak-anak harus berpendidikan – dengan didikan yang baik kita dapat berkhidmat kepada masyarakat – melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi – membina kerjaya yang kukuh – membangunkan negara melalui pelbagai usaha – membuat kerja dengan dedikasi – mencurahkan bakti dan jasa kepada negara yang tercinta – membangunkan negara ke arah kejayaan
PENUTUP
Keluarga ialah tunjung kejayaan negara – impak yang besar kepada negara tercinta – memastikan keharmonian dan kemakmuran dinikmati bersama – melakar sejarah yang tersendiri demi kecintaan terhadap negara – lahir daripada rasa sayang akan keluarga – sesebuah keluarga yang bahagia dapat menjamin kejayaan sesebuah negara

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI NEGARA)

$
0
0
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Sebatang kayu – mudah dipatahkan – seberkas kayu – sukar dipatahkan – analogi ini membuktikan kepentingan semangat bersatu padu – rakyat dan negara saling memerlukan – memahami tugas membina negara yang maju dan moden dengan semangat bersatu padu
ISI PENTING
1. Semangat bersatu padu – mengelakkan tragedi hitam negara berulang – peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana perpecahan kaum – rakyat berbilang kaum harus bersatu – membina kefahaman bawah perlindungan payung kedaulatan – menjamin keamanan dan kemajuan

2. rakyat yang bersatu padu – membangunkan negara – tidak akan menyalurkan khidmat dan jaga di negara orang lain – pulang ke tanah air dan bersatu dengan tenaga muda tempatan – sama-sama membangunkan negara – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

3. penduduk yang bersatu hati – mengelakkan persengketaan dan konflik – memahami kebudayaan dan adat resam – tidak menghina agama orang lain sebaliknya menghormati kebudayaan masing-masing – membina mentaliti yang unik demi membangunkan bangsa

4. penduduk mesti bersatu hati – membanteras jenayah di dalam negara – menangkap anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara – melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa – mengamalkan konsep rukun tetangga demi keamanan dan keselesaan

5. penduduk Malaysia – harus berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – rakyat berpecah jika tidak bersatu – rakyat memiliki jati diri kukuh juga bersatu hati – mementingkan agenda pembangunan negara daripada agenda peribadi – cinta akan negara
PENUTUP
Negara – perlu didiami rakyat yang bersatu hati – tidak mudah dipatahkan oleh pengaruh luar – terus kukuh berdiri dan teguh berjalan di alur cabaran kehidupan – mendepani masalah dengan hati yang tabah – membina bangsa yang bersatu demi negara tercinta – negara kita akan terus makmur dan maju demi mencapai kejayaan
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Jalan raya yang sesak – menggusarkan nadi dan membimbangkan jiwa – lewat tiba ke suatu destinasi – hati mula memberontak untuk memprotes kesesakan jalan raya – sikap ini salah – harus sedar bahawa semua pihak berperanan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak
ISI PENTING
1. Kerajaan – memperlebar jalan yang sesak – jumlah kenderaan meningkat – pemilikan lesen semakin meningkat – jalan perlu lebar untuk mengatasi kesesakan pada awal pagi dan lewat petang – mengurangkan tekanan hidup penghuni kota konkrit

2. Ibu bapa – menggalakkan anak-anak mereka berbasikal ke sekolah – sesuai untuk jarak sekolah yang dekat – mengurangkan kesesakan – mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada waktu puncak – menjamin kelancaran jalan raya – usaha yang sesuai dan pragmatik

3. Pihak swasta – menarik minat pelabur asing ke negara kita – membina jaringan trend dan sistem aliran ringan (LRT) – meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan LRT – mengurangkan kesesakan jalan raya – masa dapat dijimatkan

4. Pihak sekolah – mengadakan seminar tentang kempen di atas jalan raya – menyeru murid dan guru berkongsi kereta jika berjiran – mengurangkan kesesakan di jalan raya – mengurangkan tempat letak kereta di sekolah – mengurangkan pencemaran udara dan bunyi

5. Media massa – menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan kesesakan jalan raya – menyedarkan rakyat agar tidak memandu kenderaan jika tidak perlu – mengurangkan kesan rumah hijau – menghijaukan bumi di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas
PENUTUP
Penduduk Malaysia – dapat memainkan peranan masing-masing – memastikan perjalanan kita lancar – kesesakan lintas hanya menjejaskan kualiti kehidupan dan mengancam kesejahteraan bumi – mula memainkan peranan masing-masing – mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak – pergi dan pulang ke rumah tanpa stres
(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Industri pelancongan – periuk nasi negara kita – pendapatan utama negara sejak 1990 – Kempen Tahun Melawat Malaysia – penubuhan syarikat penerbangan tambang murah – AirAsia pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996 – membawa kebaikan kepada rakyat dan negara
ISI PENTING
1. Rakyat – dapat melancong dengan kos yang rendah – sesuai dengan moto “Semua Orang Boleh Terbang” – menikmati cuti dengan bermanfaat – mengurangkan stres dan tekanan kehidupan – jauh perjalanan luas pemandangan – pengalaman dan pengetahuan luas

2. rakyat – dapat melancong ke mana-mana sahaja – jaringan penerbangan yang luas – menghubungkan negara dengan negara dan benua dengan benua – rakyat didatangi pelancong berbilang bangsa dan agama – mempelajari kebudayaan mereka – mesra pelancong

3. rakyat – mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan – menjadi pramugara dan pramugari – AirAsia, Malindo Air, FireFlyz dan beberapa syarikat penerbangan tambang murah di Asia – produk pelancongan juga dapat dijual – barangan tempatan dijual di dalam penerbangan – nasi lemak dan sate – memajukan perusahaan makanan

4. negara – meningkatkan kemajuan dalam bidang penerbangan – industri yang semakin rancak – melebarkan sayap ke negara jiran untuk membuka cawangan – bekerjasama dengan syarikat tambang murah yang lain – menerima pendapatan daripada fi lapangan terbang

5. negara – menjadikan sektor pelancongan dan perhotelan di Malaysia – hotel dibina demi menampung permintaan yang tinggi – menjamin imej Malaysia – mengharumkan nama negara dari segi perkhidmatan baik dan mesra pelanggan – pilihan utama pelancong
PENUTUP
Industri penerbangan tambang murah – perlu memperluas jaringan – rakyat dapat makan angin – negara dapat meraih keuntungan – membangunkan bidang penerbangan – menjadi hab pengangkutan udara yang penting – sesuai dengan lokasi yang strategik – memberikan faedah yang banyak kepada semua pihak

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI ANTARABANGSA)

$
0
0
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 4
1
MRSM
Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
2
SBP
Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
3
Kedah
Kesan negatif pemerdagangan manusia
4
Perlis
Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara.
5
Perak
Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
6
Pulau Pinang
Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan.
7
Melaka
Masalah pendatang asing.
8
Negeri Sembilan
Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB.
9
Johor
Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
10
Kelantan
Tenaga kerja berkemahiran
11
Terengganu
Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain.
12
Pahang
Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
13
YIK
Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
14.
Sabah
Faktor dan usaha - Jenayah siber
15
Sarawak
Langkah bantu negara yang alami bencana alam.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Pendidikan – kekayaan yang tidak dapat dijual beli – kerajaan mementingkan pendidikan negara – meluluskan pembinaan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) – universiti bertaraf antarabangsa membuka cawangan di Malaysia – Australia, Amerika, Britain – membawa pelbagai kesan kepada negara kita

ISI PENTING
1. meningkatkan kualiti pendidikan negara – membawa masuk tenaga pengajar yang berkualiti dan bertauliah – mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia – generasi muda kini sangat bertuah – diajar oleh pensyarah yang berkelayakan tinggi – meningkatkan ilmu dan kualiti pendidikan sedia ada

2. menarik kedatangan penuntut di rantau Asia – membawa masuk pelajar asing yang ingin melanjutkan pelajaran – membawa masuk pendapatan sampingan kepada negara dan rakyat – membeli barangan buatan Malaysia – menyewa di rumah penduduk tempatan – membawa faedah kepada bidang ekonomi – bersaing dengan negara maju yang lain

3. banyak tenaga mahir dan profesional dapat dilahirkan – tidak perlu ke luar negara – modal insan kekal di negara sendiri – menjimatkan wang perbelanjaan pendidikan – mendapat ijazah daripada universiti yang bertaraf dunia – ibu bapa tidak perlu berjauhan dengan anak mereka – usaha serampang dua mata ini juga memanfaatkan negara – bekerja di negara sendiri selepas tamat belajar

4. rakyat tempatan dapat mengenali kebudayaan penuntut antarabangsa – berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar dari seluruh dunia – mengetahui budaya mereka dan adat resam mereka – hidup harmoni sambil beramah mesra – menjadikan mereka hidup aman dan diterima oleh rakyat – mesra pelajar asing – tidak memulaukan mereka – menghidupkan semangat hidup serumpun yang harmoni

PENUTUP
Penubuhan IPTS – wajar digalakkan – membawa kesan yang baik – memastikan pelajar antarabangsa tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan jenayah – menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama – Malaysia Boleh! – bidang pendidikan terus menjadi pemangkin pembangunan negara yang utama – melakar sejarah pendidikan yang tersendiri

(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Sukan – bidang yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam bidang sukan bukan sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit dilaburkan dalam pembinaan prasarana sukan – melahirkan atlet yang mampu melonjakkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa
ISI PENTING
1. Dalam bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia – pernah meraih Piala Thomas – mengharumkan nama Malaysia – Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek adalah antara nama besar pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee Chong Wei – harapan utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik

2. Dalam sukan skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri – Datuk Nicol Ann David pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11 kali – melonjakkan nama Malayisa – memegang rekod juara dunia terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal dan berlatih di luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia

3. Malaysia – juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik – Pandalela Renong, gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak – berpisah daripada keluarga – menempa nama dengan kejayaan hebat – mendapat pingat gangsa dalam Sukan Olimpik – menjadi harapan negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan lebih gemilang

4. Pasukan hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama negara di pentas dunia – merangkul pingat emas dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel – memiliki barisan pemain yang profesional dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan jaguh hoki dunia dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam bidang sukan hoki
PENUTUP
Atlet Malaysia – ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha dan pengorbanan – tidak berputus ada walaupun pernah menghadapi kegagalan – berani berjuang demi nama Malaysia – menggalas tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia – menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini – menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama
ISI PENTING
1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan – rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing – melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat

2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan – memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa – menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara

3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong – membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau – keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama

4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri – menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong – memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama
PENUTUP
Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI KOMSAS)

$
0
0
ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 5
1
MRSM
Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2
SBP
Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama
3
Kedah
Cerita – Berakit-rakit ke hulu...
4
Perlis
Kepentingan mempertahankan adat warisan.
5
Perak
Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif.
6
Pulau Pinang
Faedah membaca kepada masyarakat.
7
Melaka
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya.
8
Negeri Sembilan
Cara belajar yang berkesan.
9
Johor
Langkah  menghargai sasterawan.
10
Kelantan
Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
11
Terengganu
Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api...
12
Pahang
Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah.
13
YIK
Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
14.
Sabah
Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh...
15
Sarawak
Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung.


SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
PENDAHULUAN
“Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana

ISI PENTING
1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah – menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu

2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber – menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan

3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas – memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri

4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah – menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca

PENUTUP
Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan – menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu!
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai – hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama – menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu
PERKEMBANGAN
Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim, dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga
KONFLIK
Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir

Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan
KLIMAKS
Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong

Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras
PELERAIAN
Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu – Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan
(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[30 markah]

PENDAHULUAN
Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan – dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi – diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa
ISI PENTING
1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur
2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak – memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang
3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar
4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa – mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita
5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa – mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu
PENUTUP
Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya – tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila

ANALISIS SOALAN NOVEL SE-MALAYSIA (ZON KUALA LUMPUR/SELANGOR/NEGERI SEMBILAN/PUTRAJAYA)

$
0
0
NEGERI
4a
(Satu novel)
4b
(Dua novel)

KEDAH
Dua peristiwa peleraian



Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah.
-Mama menitiskan air mata kesedihan
-Mama melihat muka Papa dengan marah dan kecewa


Mama mendengus dengan kuat lalu menangis.
-Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
-Papa berasa sedih dan Intan Julia mengalirkan air mata kesedihan lantaran kehilangan ibu tercinta

Satu persoalan semangat kerjasama bagi dua buah novel
(Novel Papa)

Kerjasama mengusahakan kebun jagung
-Papa dan Mama, Intan Julia, iaitu Jeffri dan Intan Maliana bekerjasama mengusahakan kebun sayur.
-Mama memetik jagung untuk dibuat bubur jagung kesukaan suaminya.


(Novel Konserto Terakhir)
Kerjasama mengusahakan tanam bunga dan tanaman.
-Hilmi dan Hayati bekerjasama menanam pokok bunga
-mengubah kebun bunga yang kotor menjadi kemas dan bersih
















TERENGGANU
Dua nilai kemanusiaan



Nilai – penyayang
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Nilai – pengorbanan
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
Dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju dengannya

NOVEL PAPA
Saya tidak menyetujui sifat Intan Julia yang tidak sopan terhadap Papanya, Jeffri
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Saya juga tidak bersetuju dengan sikap Intan Julia yang mengingkari arahan Papa.
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri




















PERAK
Dua peristiwa yang menunjukkan persoalan ketabahan

Ketabahan menghadapi penghinaan daripada orang kaya
-Hilmi tabah menghadapi penghinaan daripada  Datin Salmah
-Datin Salmah memanggilnya “Tukang Kebun” dan berasa malu kerana memiliki anak saudara dari kampung

Ketabahan menghadapi keretakan rumah tangga
-Hilmi terpaksa akur dan berpisah dengan Azizah dan anaknya, Hakim
-Hilmi berasa rindu akan anak dan isterinya sehingga jatuh sakit.
Satu pengajaran yang menggambarkan semangat kerjasama bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Kita mestilah bekerjasama menjaga ahli keluarga yang sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan memastikan keadaan Mama teratur.

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kita mestilah bekerjasama dalam sebuah pasukan untuk menjayakan suatu kerja yang dilakukan
-Ahli muzik Orkestra Perdana bekerjasama dalam pasukan untuk menjayakan persembahan Hilmi Potpuri sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di Dewan Tunku Canselor.












SELANGOR
(Klang)
Dua peristiwa menunjukkan nilai kasih sayang


NOVEL PAPA
Mama, Intan Maliana amat sayang akan Papa, Jeffri sehingga sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya apabila dia membuat keputusan untuk mengandung lagi.
-sanggup menanggung risiko sewaktu mengandungkan anak dan melahirkan anak kembar
-kasih sayang seorang isteri kepada suami jelas terpancar

Papa, Jeffri yang sibuk bekerja menjaga Intan Maliana yang koma dengan penuh kasih sayang.
-memastikan keadaan Intan Maliana terurus dan kemas
-berbual-bual dengan Intan Maliana  di biliknya selepas pulang dari hospital sekali gus jelas terpancarnya kasih sayang suami kepada isteri.
Satu peristiwa yang menimbulkan unsur saspens bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal dunia pada akhir cerita.



SBP

Dua masalah kehidupan dan cara menyelesaikannya

NOVEL PAPA
Masalah kesihatan Intan Maliana.
-Intan Maliana koma akibat komplikasi selepas melahirkan anak kembarnya.
-Intan Julia dan Papa atau Jeffri secara bergilir-gilir menjaga Mama atau Intan Maliana yang koma untuk melihat Mama atau Intan Maliana pulih kembali.
-Papa dan Intan Julia perlu menjaga Mama dengan baik selepas Mama berkorban untuk mengandung lagi demi melaksanakan hasrat Papa Jeffri.


Masalah Julia dengan Papa.
-Julia menentang hasrat Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah sewaktu Mama masih koma.
-Akhirnya Julia menerima keputusan Papa yang mahu berkahwin lagi kerana memikirkan Papa yang hidup sunyi selepas Mama koma selama tiga tahun.
-Julia patut merestui keinginan papanya yang inginkan teman sejak Mama sakit.


Satu peristiwa yang menunjukkan nilaikasih sayang antara watak bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang isteri terhadap suami
-Mama sanggup mengandung sekali lagi apabila Papa menyuarakan hasratnya yang ingin akan anak lagi.
-Hal ini membuktikan kasih sayang Mama terhadap Papa walaupun Mama berhadapan dengan risiko komplikasi kelahiran sewaktu melahirkan Julia.



NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
-Datin Salmah sangat sayang akan anak tunggalnya, Hayati.
-Datin Salmah mahu Hayati menjauhkan dirinya daripada Hilmi.
-Beliau tidak mahu Hayati dipengaruhi oleh anak kampung yang tidak berpelajaran seperti Hilmi.








JOHOR
Dua peristiwamenarik


NOVEL KONSERTO TERAKHIR
-Peristiwa Kedatangan Hilmi di rumah Datuk Johari
-berpakaian tidak kemas
-meminta Datuk Johari mencarikannya pekerjaan

Peristiwa Pak Karim membongkar identiti Hilmi
-Hilmi dikatakan anak kandung Datuk Johari
-Datuk Johari dan Datin Salmah berasa amat bersalah terhadap Hilmi
-pernah melayaninya dengan buruk
Satu latar tempat bagi dua novel

NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana meninggal dunia

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari, Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke Eropah.
















PULAU PINANG
Pengajaran dalam novel

NOVEL PAPA
Pengajaran pertama:
Kita mestilah menyayangi ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Pengajaran kedua:
Kita mestilah berkorban demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
Satu nilai positif pada watak utama bagi dua novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Ketabahan
-Hilmi tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang memandang hina kepadanya sebagai budak kampung
-Hilmi juga dipanggil “Tukang Kebun” kerana Datin Salmah malu memberitahu keluarganya bahawa Datuk Johari mempunyai anak saudara yang miskin.













PAHANG



Dua peristiwa kepincangan sosial dalam masyarakat

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri

Satu persoalan tanggungjawab bagi dua novel

NOVEL PAPA
Persoalan tanggungjawab suami terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.
















KELANTAN
Perwatakan satuwatak sampingan

NOVEL PAPA
Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas

Tema bagi dua novel

PAPA
Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang. Buktinya, mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu. Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air. Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati ramai.

MRSM
Dua peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu menyelesaikan masalah

NOVEL PAPA
Sikap bantu-membantu dalam usaha menjaga ahli keluarga yang sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan memastikan keadaan Mama teratur.

Sikap saling membantu antara suami isteri untuk mengerjakan kebun di rumah
-Intan Maliana dan Jeffri saling membantu untuk mengerjakan kebun jagung di halaman rumah
-sama-sama bergurau senda dan mengerjakan kebun dengan harapan hasilnya dapat dituai dan dinikmati bersama
Satu peristiwa  unsur saspensdua novel

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal dunia pada akhir cerita.



NEGERI SEMBILAN
Dua teknik plot

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan teknik saspens dalam novel.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

Teknik plot kedua ialah kejutan
-pembaca novel terkejut akan kematian Intan Maliana
-Intan Julia juga tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya Intan Maliana meninggal dunia
-Papa pula menitiskan air mata kesedihan sewaktu menatap wajah mayat isterinya.











Satu kritikan sosial

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Masyarakat yang menghina orang miskin
-Datin Salmah menghina Hilmi yang miskin
-berasa malu kerana memiliki anak saudara yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran tinggi
-berasa malu untuk mengakui bahawa Hilmi ialah anak saudara suaminya di depan tetamu yang datang ke rumah















MELAKA
Dua kritikan sosial

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri























Satu persoalan bagi dua novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang anak kepada ibu
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah

KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.

SARAWAK
Kepentingan tema sebuah novel

KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air.

Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati ramai.

Kepentingan: Pembaca dapat mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh penulis





















Dua persoalan  sebuah novel

NOVEL PAPA
Persoalan pertama:
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Persoalan kedua:
Pengorbanan demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
YIK
(Kelantan)
Satu perwatakan watak utama dan watak sampingan sebuah novel

PAPA
WATAK UTAMA
WATAK UTAMA: INTAN JULIA
Intan Julia seorang anak yang penyayang
-sayang akan ibu bapanya dan tidak pernah menyakitkan hati mereka
-menjaga ibunya yang koma dan merestui perhubungan antara Papa dengan Aisyah

Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas














Peristiwa yang menggembirakan dalam dua novel

NOVEL PAPA
Papa dan Intan Julia berasa amat gembira apabila Intan Maliana disahkan mengandung
-Papa berasa amat bahagia kerana isterinya sanggup berkorban untuk mengandungkan anak lagi
-Intan Julia pula gembira kerana bakal mendapat adik baharu

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Pembaca berasa gembira apabila Hilmi diterima belajar muzik daripada Encik Bakar
-Hilmi bersyukur dan bergembira kerana Encik Bakar tidak mengenakan sebarang bayaran terhadapnya
-Encik Bakar juga gembira kerana dapat mengajar seorang yang berbakat besar dalam bidang muzik
PERLIS
Dua nilai pengorbanan

NOVEL PAPA
Pengorbanan isteri kepada suami
-Intan Maliana sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya
-mengandungkan anak kembar
-mengambil risiko yang tinggi sehingga koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

Pengorbanan suami terhadap isteri yang sakit
-Jeffri berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Intan Maliana yang koma
-memastikan keadaan isterinya yang koma itu selesa dan terurus
-berulang-alik ke hospital untuk melawat Intan Maliana
Satu latar tempat dalam dua novel

NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana meninggal dunia

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari, Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke Eropah.
















PERIBAHASA RAMALAN BM SPM 2015

$
0
0
NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
air susu dibalas dengan air tuba
kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan kejahatan.

2
alah bisa tegal biasa
sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

3
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan /
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar licin /

apabila mula membuat sesuatu, kita harus menyempurnakannya.
4
bagai lebah menghimpun madu

rajin bekerja.
5
bagaimana acuan begitulah kuihnya /
bapa borek anak rintik /
bagaimana tepuk, begitulah tarinya

anak-anak biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa
6
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

orang yang melihat penderitaan orang lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu.
7
biar putih tulang, jangan putih mata
berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa

8
buah tangan
cenderamata.
9
air yang dicincang tidak akan putus /
biduk lalu kiambang bertaut
pergaduhan dalam kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah berbaik-baik semula.
10
gunting dalam lipatan /
api dalam sekam /
musuh dalam selimut

musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat kita kesan
11
harapkan pagar, pagar makan pagi /
harapkan sokong, sokong membawa rebah

dikhianati oleh seseorang yang dipercayai /
dikecewakan oleh golongan yang diharapkan
12
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

kalau tidak berusaha, kejayaan tidak akan dapat dicapai.
13
langkah kanan
bernasib baik.
14
masa itu emas
masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik.

15
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang lain.
16
menconteng arang di muka sendiri
apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri.

17
muafakat membawa berkat /
bersekutu bertambah mutu

untuk mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat amat diperlukan.

18
rendah diri /
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk /
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya

seseorang yang tidak bersombong walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
19
seperti anjing dengan kucing
sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing

20
seperti langit dengan bumi
sangat berbeza

21
seperti pahat dengan penukul
seseorang yang hanya akan bekerja apabila disuruh.

22
seperti pinang dibelah dua / seperti bulan dengan bintang /
seperti cincin dengan permata
pasangan yang kelihatan secocok.
23
seperti rusa masuk kampung
seseorang yang kelihatan tercengang-cengang apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang baharu.
24
seperti ulat lupa akan daun /
seperti kacang lupakan kulitnya
seseorang yang melupakan jasa.
25
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua/
seperti gagak pulang ke benua/
seperti ikan pulang ke lubuk /
seperti sirih pulang ke gagang/
seperti belut pulang ke lumpur /
seperti gagak pulang ke benua
pulang ke tempat asal setelah lama merantau
26
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

seseorang yang sudah mengetahui sesuatu masih ingin bertanya tentang perkara yang sama.
27
usaha tangga kejayaan /
genggam bara api, biar sampai jadi abu /
genggam bara api, biar sampai jadi arang /
hati hendak semua jadi /
di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya
jika seseorang mempunyai niat untuk berjaya, dia akan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan.

KOMSAS 2016 - TINGKATAN 2 & TINGKATAN 5

$
0
0
ANTOLOGI TINGKATAN 2: ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
ANTOLOGI TINGKATAN 5: ANTOLOGI SEJADAH RINDU
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
NOVEL TINGKATAN 2 - JALAN KE PUNCAK - JURI DURABI
NOVEL TINGKATAN 5 - SONGKET BERBENANG EMAS - KHAIRUDDIN AYIP
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
NOVEL TINGKATAN 2 - MENITI IMPIAN - OSMAN AYOP
NOVEL TINGKATAN 5 - TIRANI - BEB SABARIAH
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
NOVEL TINGKATAN 2 - JEJAK MONPUS - ZULAIHA PAIKON
NOVEL TINGKATAN 5 - BIMASAKTI MENARI - SRI RAHAYU YUSOP
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
NOVEL TINGKATAN 2 - DARAH TITIK DI SEMANTAN - ARMAN SANI
NOVEL TINGKATAN 5 - SILIR DAKSINA - MD NIZAR PARMAN

INFORMASI BAHASA - KATA MAJMUK MANTAP

$
0
0
INFORMASI BAHASA
KATA MAJMUK MANTAP

Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
1.                  antarabangsa
2.                  beritahu
3.                  bumiputera
4.                  jawatankuasa
5.                  kakitangan
6.                  kerjasama
7.                  olahraga
8.                  matahari
9.                  setiausaha
10.           sukarela
11.           suruhanjaya
12.           tandatangan
13.           tanggungjawab
14.           warganegara
15.           pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1. kata nama
peribadi
peribahasa
dinihari
perikemanusiaan
hari bulan

2. kata adjektif
sukacita
dukacita

3. kata sendi nama
kepada
daripada

4. kata hubung
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal

5. kata tanya
bagaimana
kenapa


Dengan mengenali kata majmuk mantap, kita dapat mengelakkan kesilapan bahasa, terutama dari segi ejaan. Ingatlah bahawa "kadangkala" yang ditulis "kadang-kala" waima "kadang kala" ialah kesalahan penjarakan aksara yang juga dianggap sebagai kesilapan ejaan.

ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA - PANTUN ALAM REMAJA

$
0
0
ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN 2
TAHUN 2016
(BAIK BUDI, INDAH BAHASA)
PANTUN ALAM REMAJA
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.

Pantun di atas sebenarnya berasal daripada Pantun Bersukacita, yakni bertemakan perasaan anak-anak yang bergembira dan bersuka ria apabila menyambut kepulangan ibu bapa mereka. Kegembiraan mereka bukan sahaja diiringi hati yang ria, tetapi juga bersorak-sorak apabila dibelikan pakaian oleh ibu bapa yang amat memanjakan anak-anak. Dalam konteks lain, anak-anak zaman dahulu suka akan apa-apa sahaja yang dibeli oleh ibu bapa sebagai tanda kesyukuran dan kasih sayang. Ironinya, anak-anak zaman ini lebih selesa dihulurkan wang oleh ibu bapa lalu memilih pakaian dan membeli mengikut cita rasa tersendiri. Impaknya, anak-anak mudah membeli pakaian yang tidak sesuai, mencolok mata, waima tidak mengikut keperluan majlis, perayaan, atau upacara yang akan dihadiri. Selain itu, anak-anak zaman ini juga hilang perasaan syukur dan berterima kasih serta kurang berbangga akan pakaian yang dipilih dan dibeli oleh ibu bapa lantaran menganggap cita rasa orang tua mereka sudah tidak mengikut peredaran zaman. Tuntasnya, anak-anak zaman dahulu lebih bergembira daripada anak-anak sekarang yang mementingkan gaya daripada gembira.

INFORMASI BAHASA - PENGGANDAAN KATA MAJMUK

$
0
0
INFORMASI BAHASA
PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Dalam peperiksaan waima ujian, kata majmuk sering menjadi topik pilihan guru. Oleh sebab itu, penguasaan murid dalam topik penggandaan kata majmuk memainkan peranan penting. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian kata majmuk yang ditulis dalam karangan juga menjadi bonus kepada murid untuk mendapat markah yang baik dalam penulisan. Sebenarnya, penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata sahaja. Banyak kesilapan dilakukan oleh pengguna bahasa telah dikesan melalui media dan penulisan. Contohnya:

1.
alat tulis-alat tulis (salah)
alat-alat tulis (betul)

2.
gambarajah-gambarajah (salah)
gambar-gambar rajah (betul)

3.
balai raya-balai raya (salah)
balai-balai raya (betul)

4.
suku kata-suku kata (salah)
suku-suku kata(betul)

5.
jirim organik-jirim organik (salah)
jirim-jirim organik (betul)

6.
kapal terbang-kapal terbang (salah)
kapal-kapal terbang (betul)

7.
garis pusat-garis pusat (salah)
garis-garis pusat (betul)

8.
model linear-model linear (salah)
model-model linear (betul)

Dalam penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata nama khas, pengekalan huruf besar harus diambil perhatian. Contohnya:

1.
Menteri-menteri Besar (salah)
Menteri-Menteri Besar (betul)

2.
Naib-naib Canselor (salah)
Naib-Naib Canselor (betul)

3.
Penolong-penolong Pendaftar (salah)
Penolong-Penolong Pendaftar (betul)
4.
Ketua-ketua Menteri (salah)
Ketua-Ketua Menteri (betul)

Menurut Tatabahasa Dewan, satu kekecualian dalam penggandaan ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Hal ini dikatakan demikian kerana penggandaan kata majmuk mantap haruslah melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

1.
pesuruh-pesuruhjaya (salah)
pesuruhjaya-pesuruhjaya (betul)

2.
warga-warganegara (salah)
warganegara-warganegara (betul)

3.
tanda-tandatangan (salah)
tandatangan-tandatangan (betul)

4.
jawatan-jawatan kuasa (salah)
jawatankuasa-jawatankuasa (betul)

5.
setia-setiausaha (salah)
setiausaha-setiausaha (betul)


Akhir kata, betulkan yang salah, biasakan yang betul!
Viewing all 558 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>